Rabu, 23 Januari 2013

Misteri Harta Karun Suku Maya

Baru-baru ni harta karun kaum maya yang berupa tiang-tiang emas seberat 8 tan (8000kg) telah diketahui lokasinya. Nak tau di mana lokasinya? Jom baca artikel di bawah. P/S: Dari korang peningkan kepala korang dengan berita tahyul lagi khurafat ni, baik korang gi baca al-Quran banyak, tingkatkan amal ibadah dan berbuat sesama manusia.


Gambar hiasan: Adakah benar lokasi harta karun kaum Maya itu di sebuah gua di dasar sebuah tasik?
Joachim Rittsteig mendakwa telah berhasil menemui sebuah petunjuk yang mengarah kepada lokasi harta karun suku Maya. Dia menemukan petunjuk itu di dalam Dresden Codex yang telah berusia ratusan tahun.
Perlu dicatat kalau Joachim bukanlah seorang pengkhayal yang terlalu banyak menonton film pertualangan.Dia adalah seorang profesor Emeritus di universiti Dresden yang telah mempelajari kebudayaan suku Maya selama 40 tahun.
Dia juga ahli bahasa suku Maya dan salah satu objek penelitiannya adalah Dresden Codex yang berisi catatan-catatan mengenai kebudayaan suku Maya. Joachim percaya kalau pada Codex itu tersembunyi harta karun berupa emas murni seberat 8 tan.
Bukan itu saja, Joachim mendakwa mengetahui lokasi persembunyian harta tersebut, yaitu di dasar danau Izabal. Dresden Codex atau Codex Dresdensis sendiri adalah satu dari empat dokumen utama yang masih tersisa dari kebudayaan Maya.
Dokumen ini pertama kali ditulis oleh para pendeta suku Maya pada tahun 1250 Masehi. Dokumen ini memiliki 74 halaman dengan 74 hieroglyps yang berbeza.Jika direntangkan, panjangnya mencapai 3,56 meter.
Para ilmuwan percaya kalau dokumen ini adalah dokumen tertua yang pernah ditulis di benua Amerika. Dresden codex ditulis diatas kertas yang terbuat dari batang pokok ara dan ditulis oleh lapan penulis yang memiliki gaya tulisan yang berbeza-beza.
Masing-masing dari mereka juga membahas subjek yang berbeza pula. Ada perbahasan mengenai astronomi yang memuat tabel Venus dan Bulan dengan ketepatan yang luar biasa.Tabel bulan itu memiliki interval yang berkolerasi dengan gerhana.
Sedangkan tabel Venus berkorelasi dengan pergerakan planet itu di angkasa. Di dalamnya juga ada almanak, tabel astrologi, informasi mengenai musim-musim, banjir, penyakit, perubatan, keagamaan dan nasihat mengenai waktu bertani.
Selain itu, codex ini jugalah yang dianggap banyak orang telah meramalkam kehancuran bumi pada tahun 2012 kerana pada bagian akhirnya diceritakan mengenai bumi yang tenggelam oleh air yang keluar dari mulut naga.
Pertama kali Codex ini dikenali masyarakat luas adalah pada tahun 1739 ketika Johann Christian Gotze, pengarah Royal Library di Dresden, membelinya dari pengumpul peribadi di Wina, Austria. Bagaimana awalnya Codex itu boleh berada di Wina tidak diketahui dengan pasti.
Namun ada spekulasi yang menyebutkan kalau Codex itu mungkin telah dihadiahkan oleh Hernando Cortes kepada Charles I, Raja Sepanyol pada waktu itu. Seperti yang kita ketahui, Hernando Cortes adalah penakluk Sepanyol yang berhasil menguasai sebagian besar wilayah Mexico pada awal abad ke-16, termasuk kerajaan Aztec yang berhasil dilumpuhkannya pada tahun 1521.
Setelah diperoleh oleh Gotze, pada tahun 1744, Codex itu diberikan kepada Royal Library di Dresden yang kemudian mempamerkannya untuk pertama kali pada tahun 1848. Pada perang dunia II, codex itu mengalami kerosakan serius akibat pengeboman.
Dua belas halamannya rosak dan bagian-bagian lainnya hancur. Namun, usaha pemulihan yang terus menerus berhasil memulihkannya sehingga dapat dipelajari hingga kini. Siapa sangka, dokumen yang awalnya hanya dianggap bernilai sejarah ini ternyata mengandungi petunjuk mengenai harta karun yang sangat berharga.
“Codex Dresden memiliki petunjuk yang mengarah kepada lapan tan emas murni”, Kata Joachim Rittsteig. Dengan ditaja oleh surat kabar Bild dari Jerman, Dia telah menyiapkan sebuah ekspedisi menuju danau Izabal, tempat yang dipercayainya menyimpan harta karun tersebut.
Menurut Rittsteig, halaman 52 pada codex tersebut menyebutkan mengenai sebuah bandar suku Maya yang bernama Atlan yang hancur oleh gempa bumi pada tanggal 30 Oktober tahun 666 sebelum Masehi. Di bandar ini, mereka menyimpan 2.156 batangan emas yang dipermukaannya terukir hukum-hukum suku Maya.
Ketika kota itu hancur oleh gempa,emas-emas itu ikut tenggelam ke dalam danau Izabal yang berada di timur Guetamala. Rittsteig mendakwa telah berhasil menemukan runtuhan kota Atlan dengan citra radar yang diambil di daerah tersebut.
Dia memperkirakan kalau seluruh batangan emas itu bernilai sekitar 290 juta dolar Amerika. Ini jumlah yang sangat besar, bahkan untuk ukuran ketika ini. Jika harta ini ditemukan, dipastikan kalau nilai sejarahnya akan jauh lebih berharga dibanding nilai materialnya.
Selain masalah harta, ada satu hal lagi yang menarik dari perkataan Rittsteig. Anda mungkin memperhatikan kalau nama bandar suku Maya yang hancur oleh gempa bumi tersebut adalah Atlan. Teringat dengan sesuatu?.
Ya, Atlantis yang juga hancur oleh gempa bumi sekitar tahun 10.000 sebelum Masehi. Tentu saja yang membezakan kedua bandar itu adalah jarak waktu kehancuran yang sangat jauh, hampir 9.000 tahun.
Jika kita tidak dapat menemukan Atlantis yang misteri itu, mungkin kita masih dapat menemui bandar Atlan yang penuh dengan batangan emas. Dan saya rasa itu pun akan menjadi sesuatu yang sangat menarik. Jadi, kita tunggu kabar dari Prof. Rittsteig.

Sumber: Fcukz via http://melayukini.net/

Apa itu Planet Nibiru atau Planet X Yang Dikaitkan dengan Bencana Hari Kiamat Diramal oleh Kaum Maya Pada 2012?

Jawapan ringkas aku kepada soalan dalam tajuk entri ini ialah tahyul dan khurafat. Boleh jatuh syirik kalau kita tak berhati-hati. Kalau korang nak tahu, syirik ialah dosa yang Allah tak ampunkan. Tak masuk syurga dan kekal di neraka wooooo. Nak tau aku punya asas kepada jawapan aku. Jom kita rujuk al-Quran, sumber utama supaya kita tak sesat di dunia ni. Kita baca terjemahan al-quran tentang perihal teori konspirasi ini. Korang buka la al-Quran terjemahan korang ye. Jangan malas!
Surah Al-A’raaf Ayat 187: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
planet10
Wow, tak kusangka bulan kita pun dianggap sebagai planet. Kalau tengok dari grafik kat atas ni la haha
 
Okay, bagaimana persoalan ni boleh muncul dan kenapa aku tulis pasal perkara ramalan Maya dan Planet Nibiru ni. Cerita begini, tengah aku saja-saja browse video Youtube, tiba-tiba aku terjumpa akan video berita konspirasi Planet Nibiru atau Planet X yang dikaitkan dengan ramalan khurafat Maya yang mengatakan yang Bumi akan kiamat pada 21 Disember 2012. Mengikut fahaman khurafat Maya tersebut, Bumi akan kiamat selepas berlanggar dengan sebuah Planet misteri yang dipanggil Planet Nibiru. Aku pun pertama kali dengar akan adanya Planet Nibiru yang dikatakan planet ke-10 dalam sistem solar kita. Pastu selepas aku google tentang Planet Nibiru ni aku terjumpa la artikel dari Malaysia Insider yang kata kerajaan menafikan Planet Nibiru akan melanggar Bumi. Perincian berita ada di bawah. Entah apa-apa lah. Banyak perkara lain boleh dibuat dari berkonspirasi tentang berita ni kiamat ni. Dah jelas lagi terang dalam al-Quran, Allah berfirman yang hanya Allah sahaja yang tahu tentang bila Hari Kiamat ni. Malaikat pun tak tahu, Iblis pun tak tahu. Tiba-tiba je kaum asli Maya kata depa tahu pulak hahahaha. P/S: Dari korang peningkan kepala korang dengan berita tahyul lagi khurafat ni, baik korang gi baca al-Quran banyak, tingkatkan amal ibadah dalam bulan puasa Ramadhan ni. Setiap amalam sunat adalah fardhu, setiap amalan fardhu digandakan dengan 70 kali ganda. Tak ke banyak tu? Umur kita ni pendek je kawan. Satu benda yang pasti, semua manusia yang hidup akan merasa kematian. Itu janji Allah yang pasti. Jadi rebutkan peluang keemasan bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
“Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
“Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan,” katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut.
Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lepas. — Bernama
Sumber berita: Malaysia Insider / http://melayukini.net/

Pantang Larang Melayu


Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.


Pantang larangSebab pantang larang wujud
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anakBagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluanUntuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisulSupaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orangLarangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangisini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.


Pantang larang sebelum perkahwinan



Terdapat 44 pantang larang kepada bakal pengantin. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi apa-apa jika pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.


Pantang larangSebab pantang larang wujud
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.Untuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik semaa dalam tempoh pertunangan.Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.Petai dan Jering mempunyai bau yang kuat. Dibimbangi akan berbau yang tidak enak semasa berhadapan dengan tetamu.Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.Terdapat hadis dalam perkara ini.
Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki).
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
Elakkan minum minuman keras dan merokok.
Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan.
Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat.
Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama.
Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang.
Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar.
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.


Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

 

Selasa, 22 Januari 2013

Foto




Photo Credit:  Google Images

Seram! Misteri Gunung Hitam Yang Belum Terungkai (3 Foto)

Sebuah gunung yang dikenali sebagai Black Mountain atau Gunung Hitam cukup dikenali sebagai sebuah tempat yang terkandung banyak kisah misteri. Gunung ini terletak di Australia

Melayukini.net – Seram! Misteri Gunung Hitam Yang Belum Terungkai | Kisah pada kali ini di Melayukini.net bukanlah berlaku di Malaysia atau di negara jiran. Tetapi kisah misteri ini berlaku di Black Mountain atau Gunung Hitam yang terletak di Bandar Cooktown, Queensland, Australia, bukan sekadar nama sahaja. Tetapi ianya memang kelihatan berwarna hitam apabila dilihat dari jauh dan ternyata kewujudannya penuh dengan misteri. Sekali pandang, ia hanyalah gunung biasa, dipenuhi batu granit yang membentuk gua-gua kecil yang menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti katak bukit, walabi, ular, kelawar dan sebagainya.
 
 
Namun disebalik zahirnya yang kelihatan biasa itu, tersimpan pelbagai peristiwa yang masih belum terungkai sehingga kini. Sayang sekali kerana belum ada individu yang dapat menceritakan rahsia Gunung Hitam secara jelas. Ini kerana, setiap yang melangkah masuk ke kawasan Gunung Hitam akan hilang tanpa meninggalkan kesan atau hilang akal jika terselamat.
Pada Tahun 1877, seorang pengembara yang menaiki kereta kuda telah melalui kawasan gunung tersebut. Dengan tiba-tiba roda kereta kudanya tertanggal dan kereta kudanya pun terbabas. Dia kemudiannya turun untuk memeriksa dan sejak itu dia tidak ditemui lagi.
 
 
Hanya bangkai kereta kudanya yang ditemui. Pengembara itu dan kuda-kudanya telah hilang entah ke mana. Ini berdasarkan kesan tapak kakinya mereka yang ditemui menunjukkan kehilangan mereka secara tiba-tiba. Malah tiada tanda-tanda mereka diserang binatang buas atau berjalan ke tempat lain.
Tiga Belas Tahun kemudian, Ketua Polis Cooktown, Sarjan Isaac sedang mengejar seorang penjenayah hingga ke Gunung Hitam. Sebaik ternampak musuh yang dijejaki itu memasuki salah sebuah gua, Isaac pun mengekorinya. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka tidak diketahui nasibnya.
Kemudian seorang bekas komando diupah untuk mencari Isaac, tetapi dia juga lenyap tanpa khabar berita. Misteri satu demi satu kehilangan itulah yang membuatkan Gunung Hitam bukan saja dipinggirkan tetapi amat digeruni.
Bagaimanapun, masih ada orang yang berminat untuk mengunjungi kawasan itu. Salah seorang daripada mereka adalah Harry Owens, pengawal stesen Cooktown. Beliau pergi ke Gunung Hitam dengan alasan untuk memburu lembu-lembu liar.
 
 
Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya, beliau tetap berkeras dan meneruskan hajatnya. Setelah tidak pulang menjelang malam, rakan-rakanya segera membuat laporan polis.
Usaha besar-besaran dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencarinya. Dua orang anggota pencari telah ditugaskan untuk memasuki sebuah gua yang terdapat disitu dengan berbekalkan peralatan yang lengkap.
Setengah jam kemudian, hanya seorang yang berjaya merangkak keluar dan menyebabkan rakan-rakan mereka yang lain menjadi panik.
Sekalipun pencari itu tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tidak dapat menceritakan apa yang telah dialaminya.
Dia seolah-olah kebingungan dan mengalami ketakutan yang amat sangat. Selepas histeria beberapa lama, dia menghembuskan nafas terakhir tanpa meniggalkan sebarang maklumat berkaitan peristiwa berlaku di Gunung Hitam.
Pada tahun 1932 pula, seorang lagi didapati hilang selepas memasuki salah sebuah gua di Gunung Hitam. Dia yang dikenali sebagai Henry Page sedang menjalankan kajian tentang kehilangan-kehilangan yang berlaku sebelum ini.
Kemudian, dua orang pemuda Orang Asli yang mahir tentang ilmu hutan diupah untuk mencarinya. Malangnya, mereka juga lenyap tanpa berita padahal mereka terlalu biasa dengan keadaan hutan di situ.
Pihak polis Cooktown kemudiannya menjalan operasi menyiasat dengan menggunakan pelbagai alatan tercanggih pada masa itu termasuk Live Camera dan Helicopter bagi mengesan apakah yang terdapat di gua itu.
Nyata semua usaha mereka gagal menemui sebarang kesan seperti mayat, tulang rangka, pakaian, barang-barang peninggalan mangsa atau sebaginya. Lebih malang lagi apabila lebih seratus orang yang dilaporkan hilang dalam operasi itu.
Ada yang berteori mengatakan di gua itu terdapat satu lubang. Mangsa-mangsa yang hilang mungkin terjatuh ke situ dan gagal dikesan kerana tiada sebarang cahaya.
Tiba-tiba seorang lagi pemuda di kalangan Orang Asli yang lebih berpengalaman menawarkan diri untuk memasuki gua tersebut dan menyiasat. Semua pihak mengharapkan beliau akan membawa pulang sedikit sebanyak maklumat berkaitan misteri Gunung Hitam.
Apabila tiba dipintu gua yang berkenaan, pinggang pemuda Orang Asli itu diikat dengan tali dan tali itu dipegang oleh puluhan anggota penyelamat yang akan menunggu di pintu gua. Beliau pun mencuba nasib untuk memasuki gua itu berbekalkan lampu picit berkuasa elektrik dan sepucuk pistol automatik.
Setelah satu jam, beliau pun ditarik keluar dengan tali tersebut. Sekali lagi semua yang hadir di situ menjadi gempar kerana pemuda Orang Asli itu sudah tidak dapat menjawap sebarang pertanyaan.
Beliau pun segera dikejarkan ke hospital. Selepas satu minggu menerima rawatan, barulah beliau dapat menceritakan pengalamannya.
” Cahaya lampu masih tidak mencukupi untuk menerangkan seluruh kawasan di dalam gua itu.Yang saya nampak, hanyalah batu. Semakin dalam saya memasuki gua itu, semakin terasa panas. Saya menjadi semakin tidak selesa dan gementar “
” Dalam keadaan itu, tiba-tiba muka saya ditampar. Saya mengandaikan ianya adalah libasan sayap kelawar yang amat besar. Saya cuba mendongak untuk melihatnya, tetapi muka saya pula tertempek oleh sesuatu yang seakan-akan najis “
” Kemudian saya terdengar bunyi desis yang kuat dan bergema di dalam kegelapan gua itu. Lantas saya teringat pada ular-ular tedung yang sering saya temui di sekitar Gunung Hitam “
” Saya mengeluarkan pistol yang di bawa, tetapi tiada akal untuk menembak ke arah mana. Pada saat itu, saya mengalami perasaan takut teramat sangat yang tidak pernah dialami seumur hidup saya “
” Dalam keadaan genting itu, saya tidak dapat mengingati apa yang berlaku seterusnya, sehinggalah saya terasa tali yang diikat pada pinggang saya ditarik dan kemudiannya saya berada di pintu gua semula. “
Malangnya masih belum ada maklumat yang dapat dikaitkan dengan kes-kes kehilangan sebelum ini. Malah sehingga kini, misteri Gunung Hitam itu kekal menjadi tanda tanya. Dan cerita yang deperolehi daripada Pemuda Orang Asli itu juga banyak kekurangannya berdasarkan tempoh masa yang kejadian itu yang agak lama.
Merujuk kepada penduduk di situ pula, terdapat pelbagai cerita tentang Gunung Hitam. Ia dianggap amat penting oleh masyarakat Kaum Asli yang mendiami sekitar kawasan Gunung Hitam itu. Mereka memanggilnya Kalkajaka yang bermaksud Gunung Kematian.
Terdapat mitos atau lagenda yang dikaitkan dengan misteri Gunung Hitam itu. Menurut cerita Kaum Asli di situ, pada masa dahulu terdapat seorang bomoh ilmu hitam yang boleh mengubah dirinya menjadi mengkarung.
Tetapi bagi memenuhi syarat-syarat dalam pengamalan ilmu hitamnya itu, bomoh itu harus memakan daging manusia. Suatu hari, rahsia bomoh itu telah terbongkar, dia diusir kerana didapati memakan daging kaumnya sendiri.
Bomoh itu lari ke Gunung Hitam. Ketika itu hujan turun mencurah-curah dan kononya dewa telah menghukumnya dengan menyumpahnya menjadi batu-batu dan kemudiannya batu-batu itu bertukar menjadi hitam selepas dipanah petir.
Manakala bagi penduduk-penduduk setempat pula yakin yang Gunung Hitam terbentuk akibat pergaduhan di antara dua beradik berkuasa luar biasa yang berebutkan seorang gadis.
Dalam pergaduhan itu. mereka melempar dan menggolekkan batu-batu besar bagi mengalahkan antara satu sama lain. Batu yang bertimbun-timbun itulah yang kononya membentuk Gunung Hitam.
Bagaimanapun, fakta yang lebih pasti adalah kawasan sekitar Gunung Hitam telah dijadikan killing field oleh pendatang kulit putih untuk membunuh kaum Asli Australia pada 500 tahun dahulu.
Sesetengah kaum Asli di situ yakin yang hantu-hantu mangsa pembunuhan itulah yang membalas dendam atas kekejaman kaum kulit putih dahulu. Malah keturunan daripada kaum Asli yang cuba untuk membantu kaum kulit putih juga akan turut menerima padah !
Melayukini.net - Walaupun misteri gunung hitam ini masih lagi belum terungkai, banyak kisah-kisah pelik berlaku di sana. Seperti kisah lagenda segi tiga bermuda pula apabila melewati kawasan tersebut, tiada siapa yang akan boleh balik. Namun sehingga hari ini misteri ini belum berjawab. Ada sesiapa berani pergi ke sini?

 
Sumber: Kedah2u | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net