Membelek
susunan novel di kedai-kedai buku membuatkan anda sesak nafas. Mengapa?
Kerana anda sudah jemu dihidangkan dengan lambakan novel bergenrekan
cinta cintan cintun.
Membaca
novel A, kisahnya mengenai kahwin paksa. Cuba meneliti sinopsis novel
B, plotnya berkisarkan cinta dua darjat. Beralih ke novel C, tidak
habis-habis dengan hero dan heroin bergaduh yang akhirnya bercinta.
Anda hampir keluar daripada kedai buku, tetapi pandangan tertacap pada sebuah novel dengan kulit kaver pocong sedang berselfie. Ya, mungkin itu novel yang anda perlukan. Berbeza!
Ada Hantu? adalah novel keluaran Gedebook yang akan membawa anda untuk menyelami kisah seram. Bukan kisah seram biasa, tetapi kisah seram yang akan membuat anda meremang bulu roma sambil ketawa.
Enam
orang penulis berentap idea menghasilkan satu cubaan dalam dunia
penulisan untuk menghasilkan konsep cerita yang lain daripada lain.
Akhirnya, lapan buah cerita berjaya dimuatkan ke dalam satu novel dengan tema komedi seram.
Membaca Ada Hantu? seolah-olah anda sedang menaiki permainan roller coaster.
Apabila di jalan mendatar, anda lega. Apabila ia menaiki puncak, anda
berdebar. Apabila ia turun menjunam, anda mula mengilai. Penulis-penulis
ini bijak bermain dengan ayat dan mempunyai idea penceritaan yang
sangat menarik. Unsur suspens yang diterapkan hampir kesemuanya menjadi.
Tidak lupa juga elemen komedi yang diserapkan dalam hampir semua
cerita. Hampir semua watak utama dalam setiap kisah membawa perwatakan seorang yang penakut. Pantang diusik, pasti akan ketar lutut.
Walaupun
begitu, pembaca akan seolah-olah dapat menjiwai setiap watak dan
seperti terasa berada dalam kisah tersebut. Siapa sangka wujudnya hantu
gincu merah, hantu engsot, zombi putih dalam masyarakat kita? Hanya di
dalam novel keluaran syarikat Gedebook ini sahaja!
Pembaca
juga mungkin akan tertarik dan dapat menyaksikan betapa susahnya mereka
yang terpaksa bekerja sebagai pembawa van jenazah dan mereka yang
menguruskan rumah mayat. Betapa besarnya pengorbanan mereka dalam
menjalankan fardu kifayah.
Mempunyai
pekerjaan sedemikian memerlukan kekuatan mental yang kuat agar tidak
mudah goyah iman. Namun dalam novel ini, semuanya diceritakan dalam
kisah yang seram dan kelakar, tetapi berilmu.
Jika
anda mencari kelainan atau gemar dengan genre komedi seram tetapi malas
hendak ke panggung untuk menyaksikan lambakan cerita bergenrekan yang
sama, mungkin anda boleh mula mencari novel ini. Pastikan anda tidak
membaca seorang diri.
Jangan salahkan penulis-penulis ini jika anda berasa seram sejuk. Tepuk dada, tanya iman. Enjoy!
Credit:Sumber
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?