Isnin, 2 Disember 2013

Di sebalik peristewa tragedi Highland

TRAGEDI HIGHLAND TOWER


 
KISAH2  SERAM  DARI HIGHLAND TOWER
KISAH 1.
Hal ni dah banyak tahun dah berlaku.time malam tu kitaorang pergi melawat highland Tower, konon nk tgok misteri tempat tu la.time tu malam jumaat.kitaorang pergi satu kereta, aku duduk depan, driver tu kawan aku.belakang cousin aku dgn member aku dua org.sampai tu keadaan ok ja. kitaorg berpecah jalan2.area tu, snap gamabr lagi.20minit tu kitaorg nak balik dah. jumpa kat kereta, so semua setuju.yg kawan aku sorang nama Afiq. dari dalam kereta senyap ja.sampai highland tower pun still senyap ja, dah nk balik pun senyap lagi.so kitaorg x kisah la. dah kitaorg turun, kitaorg pergi lepak kat satu kedai mamak ni. dah mamak ambik order member akusi Afiqyg senyap ni x order apa2. pelik sungguh perasaan kami semua.selalunya dia fevret la nasi mamak ni.sebelum air yg kitaorg order sampai. phone cousin aku berbunyi.yg call tu member kitaorg Afiq yg senyap tu.then cousin aku tanya Afiq ni, “knapa ko call aku ni?”afiq ni tgok cousin aku pastu pandang bawah.cousin aku pon jawab la call tu.alagkah terkejutnya cousin aku apabila afiq ni cakap.”korang kat ne? knapa korang balik tinggalkan aku?” siap maki2 lagi.cousin aku cakap, kat kitaorg ” geng, Afiq kat highland tower lagi la.” yg sebelah kau ni bukan Afiq.x sempat order kitaorg sampai, kitaorg chow, si Afiq hantu ni pun follow naik kereta sampai highland tower.bayangkan time dalam kereta siap bau wangi2 lagi,bau kemenyan lagi, dalam hati jgn cakap la, doa macam2 baca, berbuih mulut2 sampai highland tower, si afiq hantu turun kereta dah jalan 5-6 langkah mcm tu, terus ghaib. then the real Afiq sampai, cousin aku tarik tangan Afiq ni masuk kereta turun terus pergi kedai mamak tadi.sampai kedai mamak td, baru real Afiq tahu kisah sebenar.
pergh. itulah pengalaman pertama dan terakhir aku ke highland tower:
dipetik dari mforum
 
 
Di sebalik peristewa tragedi Highland Tower tumbang.
 
KRONOLOGI

Sebelum 1964
=Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.
1964
=Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian.
=Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.
1974
=Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.
1978
=Blok 1 Kondominium telah disiapkan, dan diberi Certificate of Fitness (CF) olleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.
1981
= Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni
1986
=Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG.
=Ia telah mula diduduki penghuni.
1 Julai 1992
=Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.
1993
=MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.
November 1993
=Keretakan serius atas jalanraya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.
11 Disember 1993
=Pada pukul 1.35 tengahari Blok 1 kondominium tumbang.¨       Seorang mayat ditemui  dan 3 orang mangsa berjaya diselamatkan
21 Disember 1993
=Sehingga tarikh ini 48 mayat telah ditemui.
1994
=Laporan lengkap berhubung dengan punca-punca tragedi telah diterbitkan.

Punca Kejadian
Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa punca-punca tragedi adalah seperti berikut:
1.      Pembinaan bangunan di pinggir kawasan tanah tinggi sememangya tidak sesuai khususnya di kawasan iklim Khatulistiwa dan Tropika yang mempunyai jumlah hujan yang tinggi.
2.      Pembinaan kondominium di lereng bukit juga adalah bercanggah dengan Akta Pemuliharaan Tanah 1960. Akta itu melarang pembangunan dilakukan di lereng bukit dengan kecerunan lebih  daripada 18° kerana sebab-sebab yang berkaitan dengan alam sekitar.
3.      Ketidakselarasan akta di antara Akta Pemuliharaan Tanah dengan Akta Mutu Alam Sekitar 1974.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penyiasatan Teknikal punca utama berlakunya kejadian ini adalah kejadian gelinciran tanah yang berlaku secara berlebih-lebihan terhadap cerun bukit di bahagian belakang bangunan kondominium tersebut. Namun, di sana terdapat punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya gelinciran yang membawa kepada tumbangnya bangunan Highland Towers, iaitu :
1.      Banyak air telah meresap masuk ke bahagian bukit sehingga menyebabkan banjir lumpur sejak pembangunan dilaksanakan di Bukit Antarabangsa yang terletak di sebelah bukit berhampiran dengan kondominium tersebut. Ini ekoran daripada pembersihan (penggondolan) tumbuh-tumbuhan di kawasan yang dibangunkan yang terletak 150 meter di atas kondominium Highland Towers. Ia dibangunkan oleh Malaysia Borneo Finance (MBF) dan Arab-Malaysian Finance Bhd. (AMFB). Kejadian banjir lumpur ini telah menyebabkan jalan raya sekitar komdominium tersebut retak.
2.      Aliran air permukaan yang berlaku secara berlebihan ini telah menyebabkan kejadian hakisan tanah di permukaan cerun bukit tersebut. Fenomena ini mengakibatkan struktur tanah permukaan cerun menjadi tidak kukuh sehingga berlakunya gelinciran tanah atau tanah runtuh.
3.      Runtuhan tembok di bahagian depan dan belakang bangunan tersebut menyebabkan gelinciran berlaku dengan lebih mudah kerana tiada sokongan dan halangan daripada tembok berkenaan. Gelinciran yang berlaku seterusnya mengakibatkan sokongan bahagian hadapan bangunan menjadi semakin rapuh sedangkan bebanan di bahagian belakang bangunan semakin bertambah dan menyebabkan keadaann yang tidak stabil bahagian tapak  kondiominium. Ia seterusnya mewujudkan tekanan yang amat tinggi terhadap cerucuk bangunan khususnya cerucuk di bahagian hadapan. Apabila cerucuk ini patah, bangunan kondomunium mula berayun disebabkan pusat graviti bangunan mula berubah lalu ia beransur-ansur tumbang menyungkur bumi.



 

highland tower.tragedy at google png
Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan
 
HighlandTower-news
Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan
 
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
DSC00380
Kerja pemantauwan pegerakan bangunan Highland Tower bagi Block A & B.Bacaan pegerakan di ambil setiap 15 minit dan dijalankan 24 jam
 
Peralatan Ukur yang di gunakan sewaktu Tragedi Highland Tower Tumbang.
 
PUNCA TRAGEDI




Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas
hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah. Apabila tidak ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya.
 
hampir sebulan selepas kejadian
 
 
MANGSA TRAGEDI
highland tower.tragedy
Pasukan Penyelamat sedang mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.
 
highland_tower1
Runtuhan bangunan Highland Tower
mangsa tragedi highland tower 1
Mangsa tragedi sedang di beri pertolongan olih pegawai penyelamat
  • Yap Kien Seng (18) . Dr Mohd Shah Mahmud yang melakukan bedah siasat menyatakan punca kematian adalah traumatic asphyxia akibat tertimbus di bawah bangunan yang runtuh.
  • Wanita Korea, Jung Soon Bahk, 45, selain Daryl Koh Wai Kin, 3, Yap Hsiao Mei, 18 dan ibu Yap, Wong Mee Thai, 35, serta Douglas Ong Tee Ming, 17 . Ahli patologi juga pakar runding di Bahagian Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Shah Mahmud mengesahkan kematian kematian mengejut sebagai punca.
 
 
Baru baru ini  saya didatangi  seorang  wartawan dari Karangkraf  Sdn Bhd.Cik  Siti Mariam Elias dan bertanyakan beberapa  perkara  berkaitan  tragedi Highland Tower tumbang,di sini  sorotan  dari temuramah tersebut  yang telah disiarkan  di dalam majalah  MIDI  keluaran  Febuary 2011
 
Cover Majalah  MIDI Keluaran  Febuary 2011 terbitan  Karangkraf Sdn Bhd.
Di sebalik peristiwa tragedi Highland Tower tumbang.
 
 
Di sebalik peristewa tragedi Highland Tower tumbang.



 
LAPURAN DARI PERSATUAN KEBANGSAAN PEMBELI RUMAH
  1. Engineer of Highland Towers to face charges NST 05/05/1998 By Patvinder SinghKUALA LUMPUR, Mon. – More than four years after the Highland Towers tragedy that killed 48 people on Dec 11, 1993, the Board of Engineers Malaysia has brought charges against the consultant engineer of the condominium project. A top BEM official said today a tentative date had been set for hearing where engineer Wong Yuen Kean would be judged by his peers on matters relating to ethics and professionalism.  
  2. Hearing of Highland Towers suit starts Monday NST 05/08/1998  By Satwant SinghKUALA LUMPUR, Tues. – The High Court has set 18 days, starting next Monday to hear a suit by 73 people, who are seeking RM50 million in damages from the developer of Highland Towers and nine others, for negligence leading to the collapse of a block and subsequent abandonment of two remaining blocks. The 73 people, who are either owners or occupiers of the two blocks, have named the owner and developer of the land occupying Highland Towers, Highland Properties Sdn Bhd as the defendants.  
  3. Bapa, anak cerita pangsapuri runtuh BH 11/08/1998KUALA LUMPUR, Isnin – Mahkamah Tinggi di sini yang memulakan perbicaraan kes saman 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers, hari ini mendengar keterangan dua beranak berhubung tragedi blok satu pangsapuri itu, yang runtuh lima tahun lalu. Dalam keterangannya, Leela George, berkata dia mendengar bunyi kuat seperti `dentuman logam’ jam 1.30 tengah hari dari arah belakang blok satu pada hari kejadian.  
  4. Penghuni tuntut rugi RM35j HM 11/08/1998KUALA LUMPUR: Hampir lima tahun setelah tragedi Highland Towers yang meragut 48 nyawa, sekumpulan 73 bekas penghuni dan pemilik dua blok kondominium berkenaan mengemukakan saman di mahkamah semalam terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab- Malaysian Finance Berhad, Tropic Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd.  
  5. RM50m suit by owners of Highland Towers opens NST 11/08/1998  By Satwant SinghKUALA LUMPUR, Mon. – The High Court today began the hearing of a suit by 73 owners and residents of Blocks Two and Three of the Highland Towers, more than four years after the tragedy in which Block One collapsed and resulted in 48 deaths. The plaintiffs are seeking seeking RM50 million in damages from the developer and nine others. Two witnesses testified that land clearing was done on the hill slope behind the apartments in early 1992 and muddy water normally flowed down to the property after heavy rain.  
  6. Highland Towers: Doktor nyaris terkena batu besar BH 12/08/1998KUALA LUMPUR, Selasa – Keputusan seorang doktor untuk singgah ke rumah anak sahabatnya, menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa runtuhan blok satu pangsapuri Highland Towers, Hulu Klang yang meragut 48 nyawa lima tahun lalu. Dr Hooi Chan Ping yang tinggal di tingkat empat blok berkenaan berkata, selepas seminit berbual dengan sahabatnya yang dikenali Puan Abraham, dia terdengar bunyi gegaran dan tiba-tiba batu besar bergolek ke arahnya.  
  7. Doktor nampak jalan terbonjol retak HM 12/08/1998KUALA LUMPUR: Seorang doktor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam bagaimana dia berada di tempat kejadian cuma lima minit sebelum Kondominum Highland Towers runtuh dengan mengorbankan 48 nyawa. Dr Hui Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di tingkat empat Blok A kondominium 12 tingkat itu berkata, dia kembali dari kerja pada jam 1.30 petang, lima minit sebelum tragedi itu berlaku.  
  8. `Building swayed three or four times before collapsing’ NST 12/08/1998KUALA LUMPUR, Tues. – Block One of the Highland Towers swayed three or four times before it tilted and collapsed, the High Court heard today. Housewife Leela George, 38, who saw the incident from the penthouse of Block Two, said she panicked and gathered her family members and rushed to the ground floor, fearing the same might happen to their block.  
  9. Rakyat Amerika kemuka gambar BH 13/08/1998KUALA LUMPUR, Rabu – Seorang rakyat Amerika Syarikat yang melihat blok satu pangsapuri Highland Towers runtuh, mengemukakan rentetan gambar di Mahkamah Tinggi menunjukkan keadaan bangunan itu ketika runtuh. Bruce Aaron Mitchell, bekas juruterbang Tentera Marin Amerika yang mengambil gambar itu dari tingkap bilik pangsapuri kawannya di blok tiga, mengemukakan lapan keping gambar untuk dijadikan bukti dalam kes saman terhadap 10 pihak.  
  10. Bekas juruterbang rakam tragedi Highland Towers HM 13/08/1998 KUALA LUMPUR: Bekas juruterbang tentera laut Amerika Syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam dia sempat mengambil gambar tragedi Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa. Bruce Erin Mitchell,49, dari Florida, berkata dia mengambil lapan gambar tanah runtuh dan runtuhan kondominium Blok A di saat-saat tragedi itu dari Blok C.
  11. Ex-US naval pilot tells court of photos taken of collapse NST 13/08/1998KUALA LUMPUR, Wed. – A former United States naval pilot told the High Court today that he managed to take pictures of the Highland Towers condominium collapse, which claimed 48 lives, almost five years ago. Bruce Erin Mitchell,49, from Florida, said he took eight pictures of the landslide and the collapsed Block One condominium in the dramatic moments of the tragedy from his adjacent Block Three.  
  12. Kondo terus dirompak HM 14/08/1998KUALA LUMPUR: Bekas penghuni kondominium Highland Towers memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam bahawa rompakan terus berlaku di kedua- dua bangunan yang dikosongkan walaupun ia dikawal oleh tentera. Pengurus Projek Micheal Patrick Rickard, penghuni di Blok Tiga, berkata rompakan itu bermula ketika operasi menyelamat mangsa yang pada masa itu dipercayai masih hidup dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Blok Satu yang runtuh pada 11 Disember, 1993.  
  13. Witness: Looting continued at Highland Towers despite security NST 14/08/1998KUALA LUMPUR, Thurs. – A project manager told the High Court today that the security provided to Blocks Two and Three of the Highland Towers after the collapse of Block One was ineffective. Michael Patrick Rickard, 51, said looting continued even as the police, who had initially been called to provide security to the two blocks after the tragedy, remained.  
  14. Hakim lawat tapak runtuhan BH 15/08/1998KUALA LUMPUR, Jumaat – Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong, yang mendengar kes saman 73 pemilik pangsapuri Highland Towers, hari ini melawat kawasan pangsapuri itu dan bukit yang terletak di belakang kawasan itu. Foong bersama lebih 70 orang yang terbabit di dalam kes itu, mengambil sehari suntuk untuk melihat lebih dekat keadaan blok dua dan tiga serta bekas tapak blok satu.  
  15. Hakim, peguam lawat tempat tragedi HM 15/08/1998KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong dan mereka yang terbabit dalam perbicaraan kes kondominium Highland Towers runtuh hampir lima tahun lalu, mengorbankan 48 orang melawat tempat kejadian itu di Jalan Hulu Klang, Ampang dekat sini, semalam. Hakim Foong berkata, beliau memilih untuk melihat sendiri tempat kejadian itu dan lereng bukit di belakang Blok A yang tumbang pada 11 Disember 1993 daripada bergantung kepada gambar-gambar yang diambil oleh beberapa pihak.  
  16. Highland Towers case: Court visits site NST 15/08/1998KUALA LUMPUR, Fri. – The High Court, hearing a RM50 million negligence suit by 73 owners and occupiers of Blocks Two and Three of Highland Towers, today visited the site of the apartments and neighbouring lots. Judge Datuk James Foong led a group of about 70 people comprising the counsel for plaintiffs and the 10 defendants, their respective officials, consultants and experts and members of the Press, to the site.  
  17. Penghuni terpaksa kosongkan pangsapuri BH 18/08/1998KUALA LUMPUR, Isnin – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, penghuni blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan pangsapuri berkenaan kerana takut berikutan keadaan bangunan itu tidak kukuh. Michael Patrick Rickard berkata, walaupun beliau tidak melihat sebarang arahan bertulis supaya mengosongkan pangsapuri itu, kebanyakan penghuni di blok berkenaan juga keberatan untuk tinggal di situ kerana bekalan air dan elektrik terputus selepas blok satu runtuh.  
  18. `Residents had no choice but to move out’ NST 18/08/1998KUALA LUMPUR, Mon. – The residents of Blocks Two and Three of Highland Towers would have vacated their apartments after the collapse of Block One even if they had not been ordered to do so, an engineer told the High Court today. Michael Patrick Rickard, who stayed in Block Three prior to the incident, said the residents had no choice but to move out since they were in constant fear of their safety.  
  19. Tempat letak kereta dipenuhi lumpur BH 19/08/1998KUALA LUMPUR, Selasa – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, kawasan letak kereta blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dipenuhi tanah lumpur selepas lereng bukit di belakang pangsapuri itu dibersihkan. Dr Kok May Leng yang tinggal di blok tiga, berkata kejadian banjir lumpur itu berlaku selepas hujan di kawasan itu.  
  20. Saliran tak sempurna HM 19/08/1998KUALA LUMPUR: Seorang doktor memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam bahawa dia tidak pernah melihat satu sistem peparitan yang sempurna di lereng bukit di belakang Blok Satu Kondominium Highland Towers yang runtuh hampir lima tahun lalu hingga meragut 48 nyawa. Dr Kok Mei Ling berkata, dia sering berjalan di lereng bukit di belakang Blok Satu yang runtuh itu sejak dia menjadi penghuni di Blok Tiga pada 1983.  
  21. Witness `heard’ rumbling after hill was cleared NST 19/08/1998KUALA LUMPUR, Tues. – A former Highland Towers resident told the High Court today she heard rumbling sounds “louder than thunder” one night in 1992 after a hill slope near the towers was cleared of vegetation. Dr Kok May Leng said the following morning she noticed that a portion of the slope “had fallen down like a little landslip”.  
  22. Video tragedi jadi rujukan HM 20/08/1998KUALA LUMPUR: Klip video yang diambil beberapa hari selepas Blok Satu Kondominium Highland Towers tumbang hampir lima tahun lalu dan mengorbankan 48 orang ditayangkan di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. Hakim Datuk James Foong menyaksikan pita video itu yang dirakamkan oleh wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 14 Disember, 1993, ditayangkan di mahkamah terbuka untuk lebih kurang 25 minit, sebelum menerimanya sebagai barang kes.  
  23. Court admits video as evidence NST 20/08/1998KUALA LUMPUR, Wed. – A videotape recording made a few days after Block One of the Highland Towers collapsed almost five years ago was shown in the High Court today. Judge Datuk James Foong watched the video taped by Ampang Jaya Municipal Council (MPAJ) representatives on Dec 14, 1993 for about 25 minutes before admitting it as a defence exhibit.  
  24. Keterangan pakar macam kuliah BH 21/08/1998KUALA LUMPUR, Khamis – Keterangan seorang pakar tanah runtuh menggunakan istilah-istilah teknikal membingungkan hakim dan mereka yang hadir di perbicaraan kes saman Highland Towers di mahkamah terbuka di sini, hari ini. Hakim Datuk James Foong mengulas yang keterangan Dr Alan George Weeks macam `kuliah pada zaman universitinya’.  
  25. Hakim tak faham HM 21/08/1998KUALA LUMPUR: Keterangan seorang pakar tanah runtuh menggunakan istilah teknikal membingungkan hakim dan mereka yang hadir di perbicaraan saman Highland Towers di mahkamah terbuka di sini, semalam. Hakim perbicaraan Datuk James Foong mengulas yang keterangan Dr Alan George Weeks macam “kuliah semasa zaman universitinya”.  
  26. Engineer gives technical details in RM50m suit NST 21/08/1998KUALA LUMPUR, Thurs. – The High Court hearing a RM50 million suit by 73 residents and owners of Blocks Two and Three of Highland Towers against its developer and nine others, today heard various concepts relating to the geology and soil conditions of a hill slope. Consultant geotechnical engineer, Dr Alan Weeks who holds a PhD in Civil Engineering, explained in detail ground water movement, slope stability and landslides.  
  27. Pergerakan bawah tanah punca pangsapuri runtuh BH 22/08/1998KUALA LUMPUR, Jumaat – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa blok satu pangsapuri Highland Towers runtuh hasil daripada pergerakan bawah tanah yang bermula dari kawasan runtuhan lereng bukit milik Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) di belakang pangsapuri itu. Jurutera Perunding Geoteknikal, Dr Alan George Weeks, berkata beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada kajian satu kesan runtuhan di kawasan lereng bukit itu.  
  28. Laporan MPAJ tidak betul HM 22/08/1998KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu bahawa hasil siasatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terhadap tragedi Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa lima tahun lalu adalah silap dan tidak betul. Dr Alan George Weeks, pakar penyelidik tanah runtuh berkata, apa yang menyebabkan Blok A tumbang pada 11 Disember, 1993 adalah keruntuhan besar dan bukan beberapa siri keruntuhan seperti mengikut andaian oleh pakar MPAJ, Prof Noel Edward Simons.  
  29. Buried danger? MM 22/08/1998 By Badrolhisham BidinHIGHLAND TOWERS, where 48 residents died tragically in December 1993 when Block 1 collapsed, have been illegally converted into a storage yard for repossessed lorries. And to discourage people from nosing around the area, the businessman who has `taken possession’ of the land has erected a signboard (pictured above) warning trespassers that explosives have been planted in the vicinity.  
  30. Soil expert: Landslide started from nearby hilltop NST 22/08/1998KUALA LUMPUR, Fri. – A soil expert told the High Court today the landslide which led to the collapse of Block One of Highland Towers in 1993 started from the top of a nearby hill. The landslide progressed downward, picked up momentum and “demolished” Block One, Dr Alan George Weeks said, adding that a “scar” on the hill side showed the slide had started from the top.  
  31. Mindef: No such thing! SUM 23/08/1998 By Badrolhisham BidinTHERE are NO explosives buried at the Highland Towers site as far as the Ministry of Defence (Mindef) is concerned. A Mindef spokesperson yesterday said residents, who are worried about the “explosive” warning on a signboard erected at the entrance of the off- limit site in Jalan Ulu Kelang, should lodge a police report.  
  32. Sistem saliran punca blok A pangsapuri runtuh HM 25/08/1998KUALA LUMPUR: Jurutera Perunding Geoteknikal mengenal pasti sistem saliran tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang adalah faktor menyumbang kepada berlaku runtuhan blok A pangsapuri di situ lima tahun lalu. Jurutera berkenaan, Dr Alan George Weeks yang juga saksi kesembilan pada perbicaraan kes saman yang dikemukakan 73 pemilik pangsapuri Highland Towers terhadap pemaju kondominium itun Highland Properties Sdn Bhd dan sembilan pihak lain berhubung tragedi itu dalam hujahnya mendapati faktor utama kejadian disebabkan sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik.  
  33. Scare tactic backfires MM 25/08/1998 By Badrolhisham BidinA BUSINESSMAN has landed in trouble with the law for scaring neighbouring residents into thinking that explosives have been planted in Highland Towers, and illegally using the premises to store repossessed heavy vehicles. Police are investigating while the Ampang Jaya Municipal Council has given the businessman, Abdul Maroof Aluldin, two weeks to get out, failing which they will confiscate his 10 vehicles worth about RM500,000.  
  34. Runtuh dari bawah kondo HM 26/08/1998 By Norliza AbdullahKUALA LUMPUR: Pihak defendan kes saman yang dikemukakan oleh 73 pemilik pangsapuri Highland Towers menyangkal dakwaan saksi berhubung kejadian tanah runtuh sama ada bermula dari bahagian bawah atau atas bukit berhampiran. Defendan mendakwa tanah runtuh bermula di bahagian bawah pangsapuri berkenaan hingga menyebabkan runtuhan lebih besar dan membawa kepada kemusnahan blok pertama.  
  35. No peace for the dead MM 26/08/1998VANDALS and thieves left nothing behind when they looted Blocks 2 and 3 of Highland Towers, not even the memorial plaque erected as a mark of respect to the 48 residents who died in the 1993 tragedy. The plaque was unveiled by Datuk Paduka Marina Mahathir, on behalf of her mother, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, a year after.  
  36. Landslide was caused by water, says engineer NST 26/08/1998KUALA LUMPUR, Tues. – A consultant geotechnical engineer told the High Court today that the landslide in December 1993 behind Highland Towers was caused by water. Dr Alan Weeks said the amount of water did not have to be excessive for the landslide to occur.  
  37. Siasatan tak lengkap HM 27/08/1998 By Rozimi HashimKUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak mempunyai pengalaman menyiasat kejadian tanah runtuh menyebabkan siasatan berhubung tragedi Highland Towers yang runtuh lima tahun lalu, tidak menyeluruh. Jurutera Geoteknikal, Dr Alan George Weeks, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa beliau tidak mempertikaikan kecekapan pasukan berkenaan tetapi mereka mungkin tidak pernah menyiasat kejadian tanah runtuh sebelum kejadian itu.  
  38. Expert: Tests by MPAJ on tragedy site were insufficient NST 27/08/1998KUALA LUMPUR, Wed. – A landslide research expert today told the High Court here that the tests carried out by the Ampang Jaya Municipal Council team on the site of the Highland Towers, which collapsed almost five years ago and claimed 48 lives, were insufficient. Dr Alan George Weeks, who is also a geotechnical engineer, said he came to the conclusion because the team, which comprised qualified engineers, did not carry out certain tests while investigating how the landslide occurred.  
  39. Proses penebangan punca pengaliran air HM 28/08/1998 By Norliza AbdullahKUALA LUMPUR: Kerja pembersihan di kawasan lereng bukit dikenal pasti sebagai punca pengaliran air terus dari kawasan berkenaan ke blok pertama Highland Towers, Hulu Klang, di sini, dalam tragedi pangsapuri mewah pada 1993. Proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan.  
  40. Expert: Clearance work contributed to collapse NST 28/08/1998KUALA LUMPUR, Thurs. – The High Court here today was told that clearance works for the Bukit Antarabangsa development had affected the catchment area above the Highland Towers condominium which subsequently contributed to the collapse of Block One about five years ago and claimed 48 lives. Dr Alan George Weeks, a geotechnical engineer, said MBf Property Services Sdn Bhd, which carried out the works on behalf of Metrolux Sdn Bhd, had diverted the surface water to a stream which arose on the Metrolux land and it had resulted in water flowing directly behind the ill-fated Block One.  
  41. Kes saman kondo tangguh 1 Mac HM 29/08/1998 By Norliza AbdullahKUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong menangguhkan perbicaraan penuh kes tuntutan saman 73 pemilik dua blok pangsapuri Highland Towers, Highland Properties Sdn Bhd pada 1 Mac depan. Mahkamah juga akan mendengar semula usul pindaan kandungan yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak pada 28 September ini.  
  42. Expert: Developer failed to comply with plan NST 29/08/1998KUALA LUMPUR, Fri. – The developer of Highland Towers had failed to comply with the approved plan on the diversion of a stream at the hill slope behind the apartment complex, the High Court was told today. Geotechnical engineer Dr Alan George Weeks said the diversion found at the site was not according to the plan and there was a failure to cut the terraces on the slopes according to the standard code.  
  43. Police still waiting for report on Highland Towers explosives MM 03/09/1998THE Gombak police are still waiting for a Defence Ministry report on the extent of explosives planted at Block 2 and 3 of Highland Towers after the tragedy on Dec 11, 1993. This is to confirm that all explosives were removed when the two buildings were declared safe.  
  44. Expert: Drainage system at Highland Towers under-designed NST 02/03/1999KUALA LUMPUR, Mon. – A civil engineering consultant told the High Court today that the drainage system at the Highland Towers tragedy site was “under-designed” and insufficient to accommodate storm water from the hillslopes in the area. Hooi Ka Heng, 67, an independent consultant with Syed Muhammad Hooi and Binnie Sdn Bhd said even if the drainage system worked at its best, it was still insufficient to accommodate the rainfalls in the area.  
  45. Air membuak dari bukit: Saksi BH 03/03/1999KUALA LUMPUR, Selasa – Perbicaraan saman sivil Highland Towers hari ini menyaksikan satu rakaman video menunjukkan air mengalir turun dari lereng bukit ke keliling kondominium Highland Towers ketika hujan lebat, setahun sebelum satu daripada tiga blok kondominium itu runtuh dan meragut 48 nyawa. Pita selama 10 minit itu diambil oleh seorang penghuni blok B Highland Towers pada 1992, menunjukan air membuak dari lereng bukit menuju ke arah blok C kondominium dan tingkat paling bawah tempat letak kereta blok itu telah dibanjiri tanah lumpur.  
  46. Jurutera perunding beri pendapat HM 04/03/1999KUALA LUMPUR: Seorang jurutera perunding menyatakan kepada Mahkamah Tinggi semalam, dia akan mengelak meletakkan pembentung paip untuk mengalirkan air dari anak sungai di lereng bukit bersebelahan kondominium Highland Towers. Apabila diperiksa balas peguam Cecil Abraham yang mewakili Arab- Malaysian Finance Bhd, Hooi Kah Hung, 67, berkata dia akan mengambil langkah keselamatan itu, jika dia yang terbabit mereka bentuk sistem saliran kawasan itu.  
  47. Laporan MPAJ diterima sebagai bukti HM 05/03/1999KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menerima sebagai bukti enam jilid laporan Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ) yang mengandungi hasil siasatan yang dijalankan terhadap tragedi Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa. Hakim Datuk James Foong dalam keputusannya berkata jika sebarang pihak hendak menggunakan kandungan laporan itu, mereka harus memberikan dokumen sokongan.LINK  BERITA BERITA/KERATAN AKHBAR  HIGHLAND TOWER TUMBANG.. 


Cerita Penuh

2 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam
  2. Buruan bergabung bersama kami di SEKOPPOKER
    Karna Di SEKOPPoker Memiliki Promo yang sangat menarik
    Bonus Deposit Member Baru 80,000
    Bonus Deposit Weekend 50,000
    Bonus Referral 20% (berlaku untuk selamanya
    Rollingan Mingguan 0.3% (setiap hari Kamis)
    Daftar sekarang juga hanya di Sekop123.com
    sekop poker
    sekop 88
    poker 88
    poker 88 domino
    deposit via pulsa
    uang asli indonesia
    daily gift
    weekend gift
    bonus jackpot x3

    BalasPadam