Isnin, 29 April 2013

Misteri Tengkorak Indiana Jones



Indiana Jones (Harrison Ford) memegang tengkorak kristal dalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull terbitan 2008 yang kini disaman oleh kerajaan Belize atas dakwaan mengaut keuntungan harta karun negara itu. - AGENSI
 
LAMA sebelum anda dipukau oleh filem Lord of The Rings, Harry Potter, The Mummy atau Avatar, generasi penggemar filem genre fantasi sebelum ini sudah menikmati kisah kembara luar biasa Indiana Jones yang mengadunkan realiti, fantasi dan jenaka, selain plot lazim - mencari harta karun yang kebetulan amat penting untuk kesejahteraan dunia.
Paling terbaru francais filem ini ialah Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull pada tahun 2008. Francais ini beruntung kerana pelakon asal, Harrison Ford bukan saja masih segak tetapi juga masih 'bertenaga' membawa watak penuh aksi Indiana Jones walaupun sudah berusia 66 tahun ketika penggambaran.
Sebagai pengikut Indiana Jones (ikut filem sahaja, bukan kembara masuk gua, hutan, bukit dan sebagainya yang amat meletihkan), saya gesa generasi hari ini supaya menonton tiga filem awal Indiana Jones iaitu Raiders of the Lost Ark (terbitan tahun 1981), Indiana Jones and the Temple of Doom (1984) dan Indiana Jones and the Last Crusade (1989).
Sehingga ke hari ini, bila sebut saja Indiana Jones, babak yang menjelma di minda ialah dalam filem pertama Raiders of the Lost Ark iaitu Indiana berlari menyelamatkan diri daripada batu bulat besar yang merupakan perangkap dalam gua terhadap pencuri harta karun.
Satu lagi dalam filem Temple of Doom, aksi Indiana dan teman budaknya, Short Round (Ke Huy Quan) dikejar soldadu kumpulan ajaran sesat Thuggee (memang wujud di India) menaiki gerabak keretapi kecil yang diguna di dalam lombong. Adegan kejar-mengejar (mula-mula Indiana dikejar, tiba satu selekoh, Indiana pula mengejar!) dan mengingatkan kita rasa gerun semasa menaiki Roller Coaster. Ini adalah babak paling tulen. Atas sebab itu bila aksi seumpamanya diguna dalam filem The Mummy atau Harry Potter, dalam hati berkata 'Indiana Jones sudah buat dulu!'.
Francais terbaru Indiana Jones pada tahun 2008 selain memperkenalkan Shia LaBeouf sebelum meletup dalam filem Transformer pada 2011, tampil dengan plot yang sama - cari harta karun dan selamatkan dunia. Tetapi tidak mengapa. Ini cerita kembara fantasi. Sebagaimana tajuknya Kingdom of the Crystal Skull, ia adalah berkisar mengenai tengkorak kristal.
Dalam konteks ini, Hollywood sangat pintar mengadunkan elemen fakta, mitos dengan fantasi. Kisah 'tengkorak kristal' ini adalah misteri sejagat yang sememangnya sudah menjadi kajian para saintis dan ahli sejarah serta National Geographic.
Tengkorak palsu juga banyak telah didedahkan tetapi mengikut legenda, tengkorak kristal tulen dianggap memiliki kuasa ghaib. Saintis masih gagal menemui jawapan kepada tiga persoalan utama iaitu siapa yang membuatnya, bila ia dibuat dan bagaimana ia dibuat.
Daripada sebegitu banyak teori, ramai yang percaya tengkorak kristal berasal dari tamadun Maya, seiring dengan keyakinan para saintis bahawa tamadun Maya wujud beratus tahun dan memiliki pengetahuan asas yang lebih awal daripada Eropah. Ini termasuk wujudnya kalendar Maya yang kini turut menjadi bualan hangat di negara Barat kerana ada yang menterjemahkan 21 Disember ini (21.12.12) sebagai tarikh kiamat.
Terdapat empat tengkorak kristal yang dikenali di dunia. Tiga daripadanya dijadikan pameran iaitu Muzium British di London, Musee du quai Branly di Paris dan The Smithsonian di Washington. Tengkorak yang keempat masih menjadi misteri.
Diiktiraf
Seorang ahli arkeologi, Dr. Jaime J. Awe yang juga diiktiraf sebagai 'Indiana Jones sebenar' mendakwa tengkorak keempat ditemui oleh pencari harta karun bernama F.A. Mitchell-Hedges di Belize pada awal tahun 1920-an. Anak angkatnya, Anna Mitchell-Hedges dikatakan telah menemui tengkorak tersebut di bawah satu mimbar yang runtuh semasa meneroka kuil purba di sebuah negara Amerika Tengah. Wanita itu melaporkan penemuannya dalam sebuah dokumentari di saluran Sci Fi (kini dikenali sebagai Syfy) pada 2008.
Tengkorak itu digambarkan berukuran 5 inci (12.7 sentimeter) tinggi, 7 inci (17.78 cm) panjang dan 5 (12.7 cm) inci lebar. Menurut Dr. Awe lagi, tengkorak itu dibawa ke Amerika Syarikat pada 1930, sebelum dibawa kembali ke England dan kekal di situ sehingga kematian bapa Anna pada 1959. Anna kemudiannya mewarisi tengkorak itu dan menyimpannya di Indiana, AS. Keluarga tersebut mengaut hasil daripada pameran tengkorak itu.
Atas faktor di atas, Dr. Awe bertindak menyaman Walt Disney Co., Lucasfilm, dan Paramount Pictures kerana menggunakan tengkorak kristal itu di dalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Dia mendakwa studio Hollywood meraih keuntungan haram daripada tengkorak tersebut.
Dr. Awe yang merupakan pengarah di Institut Arkeologi Belize, mengemukakan saman itu mewakili kerajaan Belize. Dia menuntut agar tengkorak kristal itu dipulangkan setelah dicuri oleh keluarga Mitchell-Hedges 88 tahun lalu.
Keluarga Mitchell-Hedges tidak pernah menyorok hakikat mereka memiliki tengkorak tersebut. Malah anda boleh membaca laman web khusus iaitu www.mitchell-hedges.com.
Dalam kertas samannya, Dr. Awe berkata, Belize tidak pernah terlibat dalam sebarang perolehan keuntungan daripada penjualan filem atau hak ke atasnya. Belize mempunyai 'hak dan kepentingan di dalam kes tengkorak Mitchell-Hedges Skull dan mana-mana yang menyerupainya' dan studio perfileman tersebut didakwa terbabit dalam konspirasi awam dan menjejaskan kelebihan ekonomi negara Belize.
Untuk rekod, filem terbaru Indiana Jones tersebut meraih hasil melebihi AS$786 juta (RM2.43 bilion) di pasaran seluruh di dunia, menurut laporan Box-Office Mojo.
Menurut The Hollywood Reporter, plot filem blockbuster itu tidak menceduk atau meminjam versi cerita yang didakwa oleh Dr. Awe. Sebaliknya, dalam filem tengkorak itu dikata berasal dari Peru, bukan Belize dan dinyatakan sebagai 'warisan penduduk asli Amerika yang tidak dapat disahkan'.
Ini menjadikan usaha saman oleh Dr. Awe ini bukan saja aneh kerana mengambil masa empat tahun selepas filem itu diterbitkan tetapi juga mendatangkan rasa jelek kepada pihak yang cuba mengaut keuntungan mudah.
Menurut penyelidik Discovery Channel, Benjamin Radford, saman itu tidak mungkin akan berjaya kerana tanpa diketahui oleh Dr. Awe, kisah asal tengkorak kristal ini adalah temberang semata-mata.
Radford memetik kajian editor majalah Junior Skeptic, Daniel Loxton terhadap sejarah asal-usul tengkorak. Dalam kajiannya, Loxton mendapati Anna Mitchell-Hedges menukar versi ceritanya banyak kali.
Loxton merumuskan ''Sebenarnya, Anna tidak menemui tengkorak itu di dalam hutan atau kuil atau gua. Tengkorak itu dibeli oleh bapanya daripada seorang pengumpul barangan antik''.
Lawak? Tibalah masanya kini untuk mencari DVD Indiana Jones untuk tontonan petang Ahad anda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121216/re_13/Misteri-tengkorak-Indiana-Jones#ixzz2GdMZmrvO
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam