Isnin, 29 April 2013

BERTEMU GADIS CANTIK DI PINGGIR KUBUR

 

 
















Photo Credit:   Google Images

Peristiwa yang akan saya ceritakan ini adalah benar dan berlaku ke atas keluarga saya dalam 1972. Kami sekeluarga tinggal di Bishop Gate, yang terletak tidak jauh dari Grange Road. Kawasan itu sunyi dan hanya terdapat beberapa buah rumah banglo besar. Disitu ada satu kawasan terbuka yang luas dan ditumbuhi pohon pohon besar seperti beringin, cempaka dan sena serta bersemak samun.
Keluarga kami bukan lah orang kaya, tetatpi hanya menumpang sebuah rumah banglo usang yang dikosongkan sementara memohon flat. Banglo itu dijadikan stor oleh sebuah syarikat. Bilik kami hanya satu bahagian kecil dibelakang banglo itu.
Rumah itu jugak tiada bekalan elektrik kerana ia telah dipotong oleh syarikat tersebut atas sebab keselamatan. Hanya bekalan air tidak dipotong. Setiap malam kami terpaksa menggunakan lampu pam dan lampu minyak tanah. Dan setiap kali malam tiba, keluarga kami diseliputi rasa seram.
Petang suatu petang malam jumaat, Abang saya telah pergi ke rumah nenek saudara kami di jalan Masyhor dan tidak pulang hingga larut malam. Nenek saudara kami memang melarangnya pulang kerana hari sudah jauh malam, tetapi abang saya berkeras jugak hendak pulang.
Pada 11.30 malam itu, abang saya sempat menumpang bus yang penghabisan iaitu bus no 150. Kemudia dia terpaksa turun di perhentian bus bersebelahan kubur wakaf di Grange Road dan berjalan kaki selama lebih kurang 25 minit untuk sampai kerumah.
Semamsa turun dari bus itu, abang saya ternampak seorang gadis cantik duduk di perhentian bus tersebut. Ketika itu jam sudah menunjukkan 12 tengah malam lebih. Gadis itu berkulit cerah dan berambut ikal mayang panjang mengurai, tersenyum padanya. Abang saya cuba mengingat ingat siapa gerangan gadis itu. Dia tidak ubah seperti jiran kami. Dulu, abang saya memang selalu melihat gadis itu tetapi tidak pulak bertegur sapa, setakat tersentum sahaja.
Pada malam itu abang saya beranikan hati untuk menegurnya.
"Sorang aje?" abang saya bertanya.
"Ya," jawab gadis itu.
Abang saya bertanya lagi:"Buat apa seorang diri larut malam begini?"
Dia menjawab,"Saya nak balik, tetapi takut kerana dah malam...nanti ada hantu!"
Abang saya yakin gadis itu adalah jirann kami, lantas mengajaknya pulang. Dalam perjalanan, abang saya dan gadis itu berbual bual. Yang anehnya, gadis itu hanya berjalan di belakang abang saya. Pua abang saya menyuruhnya berjalan seiring, tetapi dia enggan. Abang saya menjadi kurang senang.
Setibanya dibawah lampu jalan, abang saya mengnggkan kekinya dan melihat ke belakang. Rupa rupanya gadis itu berjalan dengan kakinya tidak berpijak ke bumi. Abang saya pun berlari dengan kakinya tidak berpijak ke bumi. Gadis yang disangkanya jiran kami itu rupanya pontianak.
Dia ketawa mengilai sambil memanggil abang saya,"Tunggu bang! Tunggu bang!" Untunglah pontianak itu tidak mengejar abang saya hingga ke rumah.
Setiba dirumah abang saya terus melompat ke katil dan berselimut bersama sepatunya sekali.
Esoknya kami berasa hairan mengapa dia tidur memakai sepatu. Abang saya pun menceritakan apa yang terjadi. Kami semua tertawa bercampur seram

Misteri Tengkorak Indiana Jones



Indiana Jones (Harrison Ford) memegang tengkorak kristal dalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull terbitan 2008 yang kini disaman oleh kerajaan Belize atas dakwaan mengaut keuntungan harta karun negara itu. - AGENSI
 
LAMA sebelum anda dipukau oleh filem Lord of The Rings, Harry Potter, The Mummy atau Avatar, generasi penggemar filem genre fantasi sebelum ini sudah menikmati kisah kembara luar biasa Indiana Jones yang mengadunkan realiti, fantasi dan jenaka, selain plot lazim - mencari harta karun yang kebetulan amat penting untuk kesejahteraan dunia.
Paling terbaru francais filem ini ialah Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull pada tahun 2008. Francais ini beruntung kerana pelakon asal, Harrison Ford bukan saja masih segak tetapi juga masih 'bertenaga' membawa watak penuh aksi Indiana Jones walaupun sudah berusia 66 tahun ketika penggambaran.
Sebagai pengikut Indiana Jones (ikut filem sahaja, bukan kembara masuk gua, hutan, bukit dan sebagainya yang amat meletihkan), saya gesa generasi hari ini supaya menonton tiga filem awal Indiana Jones iaitu Raiders of the Lost Ark (terbitan tahun 1981), Indiana Jones and the Temple of Doom (1984) dan Indiana Jones and the Last Crusade (1989).
Sehingga ke hari ini, bila sebut saja Indiana Jones, babak yang menjelma di minda ialah dalam filem pertama Raiders of the Lost Ark iaitu Indiana berlari menyelamatkan diri daripada batu bulat besar yang merupakan perangkap dalam gua terhadap pencuri harta karun.
Satu lagi dalam filem Temple of Doom, aksi Indiana dan teman budaknya, Short Round (Ke Huy Quan) dikejar soldadu kumpulan ajaran sesat Thuggee (memang wujud di India) menaiki gerabak keretapi kecil yang diguna di dalam lombong. Adegan kejar-mengejar (mula-mula Indiana dikejar, tiba satu selekoh, Indiana pula mengejar!) dan mengingatkan kita rasa gerun semasa menaiki Roller Coaster. Ini adalah babak paling tulen. Atas sebab itu bila aksi seumpamanya diguna dalam filem The Mummy atau Harry Potter, dalam hati berkata 'Indiana Jones sudah buat dulu!'.
Francais terbaru Indiana Jones pada tahun 2008 selain memperkenalkan Shia LaBeouf sebelum meletup dalam filem Transformer pada 2011, tampil dengan plot yang sama - cari harta karun dan selamatkan dunia. Tetapi tidak mengapa. Ini cerita kembara fantasi. Sebagaimana tajuknya Kingdom of the Crystal Skull, ia adalah berkisar mengenai tengkorak kristal.
Dalam konteks ini, Hollywood sangat pintar mengadunkan elemen fakta, mitos dengan fantasi. Kisah 'tengkorak kristal' ini adalah misteri sejagat yang sememangnya sudah menjadi kajian para saintis dan ahli sejarah serta National Geographic.
Tengkorak palsu juga banyak telah didedahkan tetapi mengikut legenda, tengkorak kristal tulen dianggap memiliki kuasa ghaib. Saintis masih gagal menemui jawapan kepada tiga persoalan utama iaitu siapa yang membuatnya, bila ia dibuat dan bagaimana ia dibuat.
Daripada sebegitu banyak teori, ramai yang percaya tengkorak kristal berasal dari tamadun Maya, seiring dengan keyakinan para saintis bahawa tamadun Maya wujud beratus tahun dan memiliki pengetahuan asas yang lebih awal daripada Eropah. Ini termasuk wujudnya kalendar Maya yang kini turut menjadi bualan hangat di negara Barat kerana ada yang menterjemahkan 21 Disember ini (21.12.12) sebagai tarikh kiamat.
Terdapat empat tengkorak kristal yang dikenali di dunia. Tiga daripadanya dijadikan pameran iaitu Muzium British di London, Musee du quai Branly di Paris dan The Smithsonian di Washington. Tengkorak yang keempat masih menjadi misteri.
Diiktiraf
Seorang ahli arkeologi, Dr. Jaime J. Awe yang juga diiktiraf sebagai 'Indiana Jones sebenar' mendakwa tengkorak keempat ditemui oleh pencari harta karun bernama F.A. Mitchell-Hedges di Belize pada awal tahun 1920-an. Anak angkatnya, Anna Mitchell-Hedges dikatakan telah menemui tengkorak tersebut di bawah satu mimbar yang runtuh semasa meneroka kuil purba di sebuah negara Amerika Tengah. Wanita itu melaporkan penemuannya dalam sebuah dokumentari di saluran Sci Fi (kini dikenali sebagai Syfy) pada 2008.
Tengkorak itu digambarkan berukuran 5 inci (12.7 sentimeter) tinggi, 7 inci (17.78 cm) panjang dan 5 (12.7 cm) inci lebar. Menurut Dr. Awe lagi, tengkorak itu dibawa ke Amerika Syarikat pada 1930, sebelum dibawa kembali ke England dan kekal di situ sehingga kematian bapa Anna pada 1959. Anna kemudiannya mewarisi tengkorak itu dan menyimpannya di Indiana, AS. Keluarga tersebut mengaut hasil daripada pameran tengkorak itu.
Atas faktor di atas, Dr. Awe bertindak menyaman Walt Disney Co., Lucasfilm, dan Paramount Pictures kerana menggunakan tengkorak kristal itu di dalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Dia mendakwa studio Hollywood meraih keuntungan haram daripada tengkorak tersebut.
Dr. Awe yang merupakan pengarah di Institut Arkeologi Belize, mengemukakan saman itu mewakili kerajaan Belize. Dia menuntut agar tengkorak kristal itu dipulangkan setelah dicuri oleh keluarga Mitchell-Hedges 88 tahun lalu.
Keluarga Mitchell-Hedges tidak pernah menyorok hakikat mereka memiliki tengkorak tersebut. Malah anda boleh membaca laman web khusus iaitu www.mitchell-hedges.com.
Dalam kertas samannya, Dr. Awe berkata, Belize tidak pernah terlibat dalam sebarang perolehan keuntungan daripada penjualan filem atau hak ke atasnya. Belize mempunyai 'hak dan kepentingan di dalam kes tengkorak Mitchell-Hedges Skull dan mana-mana yang menyerupainya' dan studio perfileman tersebut didakwa terbabit dalam konspirasi awam dan menjejaskan kelebihan ekonomi negara Belize.
Untuk rekod, filem terbaru Indiana Jones tersebut meraih hasil melebihi AS$786 juta (RM2.43 bilion) di pasaran seluruh di dunia, menurut laporan Box-Office Mojo.
Menurut The Hollywood Reporter, plot filem blockbuster itu tidak menceduk atau meminjam versi cerita yang didakwa oleh Dr. Awe. Sebaliknya, dalam filem tengkorak itu dikata berasal dari Peru, bukan Belize dan dinyatakan sebagai 'warisan penduduk asli Amerika yang tidak dapat disahkan'.
Ini menjadikan usaha saman oleh Dr. Awe ini bukan saja aneh kerana mengambil masa empat tahun selepas filem itu diterbitkan tetapi juga mendatangkan rasa jelek kepada pihak yang cuba mengaut keuntungan mudah.
Menurut penyelidik Discovery Channel, Benjamin Radford, saman itu tidak mungkin akan berjaya kerana tanpa diketahui oleh Dr. Awe, kisah asal tengkorak kristal ini adalah temberang semata-mata.
Radford memetik kajian editor majalah Junior Skeptic, Daniel Loxton terhadap sejarah asal-usul tengkorak. Dalam kajiannya, Loxton mendapati Anna Mitchell-Hedges menukar versi ceritanya banyak kali.
Loxton merumuskan ''Sebenarnya, Anna tidak menemui tengkorak itu di dalam hutan atau kuil atau gua. Tengkorak itu dibeli oleh bapanya daripada seorang pengumpul barangan antik''.
Lawak? Tibalah masanya kini untuk mencari DVD Indiana Jones untuk tontonan petang Ahad anda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121216/re_13/Misteri-tengkorak-Indiana-Jones#ixzz2GdMZmrvO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sini Ada Hantu

             

Sini Ada Hantu
Sini Ada Hantu01.jpg
PengarahJames Lee
PengarangJames Lee
LakonanAlvin Wong
Rama
Fasha Sandha
Pete Teo
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Sinema Malaysia
Sini Ada Hantu ialah sebuah filem genre seram dan misteri Malaysia yang ditayangkan pada 10 Februari 2011. Filem ini telah diarahkan oleh James Lee.


Plot

Rama, seorang penyelia kompeni penghantaran dan penyewaan kenderaan mencari driver yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan cepat. Rama berhasil mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri. Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi. Semasa dalam perjalanan, radio telah mati. Bagi menghilangkan kebosanan dan mengantuk, mereka bercerita kisah seram yang pernah mereka dengar.
Bakri bercerita tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG. Kisah berlaku di sebuah desa. Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap playboy. Zam cuba memisahkan mereka berdua. Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang.Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam… KISAH SERAM 4D Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati. Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi... Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut. TANDAS ASRAMA BERHANTU Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.
Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas. Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. VAN Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.

Pelakon

  • Alvin Wong – Meng
  • Rama – Ramasundran
  • Fasha Sandha – Hantu Pokok Pisang
  • Pete Teo – John
  • Patrick Teoh – Pakcik Ma Zhai
  • Eira Syazira – Noraini
  • Beto Kusyairi-Yo bro
  • Kuswadinata – Pak Hamid
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sini_Ada_Hantu&oldid=3174891"

Misteri Kawasan Perumahan Di Kuala Lumpur

 

Seorang warga Singapura telah menyewa sebuah rumah di kawasan perumahan di Kuala Lumpur. Dia menyewa di sana kerana bekerja di KL. Namun setelah menetap di sana, dirinya sering diganggu oleh makhluk halus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Shah
 
Melayukini.net – Misteri Kawasan Perumahan Di Kuala Lumpur | Terdapat suatu kisah di mana ada seorang lelaki dari Singapura menyewa sebuah rumah di kawasan perumahan Kuala Lumpur. Namun semenjak ia menyewa di sana, sering berlaku kejadian pelik di kawasan perumahan tersebut. Ikuti kisah lelaki ini di bawah.
 

Sekadar gambar hiasan
 
Tentunya saya ada kisah yang menyeramkan, yang ingin saya kongsi bersama para pendengar, terutama sekali rakan-rakan saya yang kini berada di tanahair Singapura. Ketika saya melakarkan emel ini, saya sedang berada di pejabat saya di Cheras, Kuala Lumpur. Kini jam menunjukkan 12.41 tengah malam.
Saya seorang warga Singapura, yang telah bermastautin di Kuala Lumpur. Saya ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat rakaman di KL. Walaupun saya jauh dari tanah air, tidak pernah saya lepas dari rancangan KC yang sering saya dengar melalui internet di pejabat saya. Pekerjaan saya amat memenatkan. Mengarang lagu dan lirik sehingga lewat pagi. Jadi beginilah kisahnya.
Pada 12 Jun 2012, ketika itu, saya sedang memandu dalam perjalanan ke rumah, dari pejabat di Cheras, ke kawasan perumahan Mont Kiara. Memang itu kawasan elit, dan terdapat ramai orang kaya menetap di situ, tetapi tidak termasuk saya, kerana rumah itu hanyalah rumah yang disediakan oleh syarikat. Sedangkan Yusry KRU tinggal di situ, tapi tak tahu mana satu rumahnya. Kereta yang saya gunakan pun kepunyaan syarikat.
Memang rumah itu besar dan mewah. Rumah itu mempunyai enam bilik. Malangya yang tinggal di situ hanya saya seorang. Pada hari pertama apabila saya mendapat kunci pada rumah tersebut, saya amat bangga dan gembira, kerana waktu di Singapura, saya tidak dapat jejakkan langkah ke rumah seperti itu.
Pada malam pertama, saya pulang rumah lewat. Sekitar jam 3 pagi barulah saya keluar dari pejabat. Banyak sangat mesyuarat dan tugasan yang harus saya selesaikan di pejabat. Saya tiba di Mont Kiara kira-kira jam 3.30 pagi. Oleh kerana rumah saya yang paling hujung, saya terpaksa lalu beberapa rumah. Tiba di jalan yang kecil itu, saya memang gemar memandu dengan perlahan, kerana ingin lihat kereta mewah, yang kebanyakkannya meletakkan kenderaan mereka di luar rumah. Perlahan-lahan memandu, saya menikmati pengalaman melihat kereta Lamborghini, Ferrarri, BMW, Mercedes dan lain-lain. Memanglah sunyi dan sepi.
Sedang saya menikmati melihat kereta-kereta mewah tersebut, tiba-tiba saya terdengar ketukan kuat di bahagian belakang kereta saya. Dengan pantas, saya ”jam brake”, keluar dari kereta dan cari apa yang telah saya langgar. Tetapi satu benda pun tidak kelihatan. Oleh kerana saya berada di depan kediaman orang, saya bergegas masuk ke dalam kereta dan sambungkan perjalanan, takut-takut mengganggu orang lain yang sedang nyenyak beristirehat. Di lorong kecil itu, saya tidak boleh memandu lebih dari 20 KM/J. Ikutkan hati memang saya nak pecut, tetapi takutkan pula ada rodaan polis. Maklumlah, merantau di negeri orang. Tingkah laku harus dijaga.
Sedang saya memandu, saya terbau bangkai. Amat busuk sekali. Kata saya dalam hati, ”Alamak, terpijak bangkai pula…” Saya memang sudah tahu, yang bangkai itu bukan punca dari saya, kerana baunya datang dari belakang. Saya tak nak takutkan diri saya. Saya pun pecut, dengan kelajuan 50KM/J, tak kira lah ada rodaan polis ataupun tidak.
Akhirnya, saya tiba di luar rumah saya. Pagar rumah pun buka secara otomatik. Sesudah meletakkan kereta, saya pun keluar, dan dengan segera buka kasut, untuk mencari punca pada bau bangkai. Memang tepat andaian saya. Memang bangkai itu bukan datang dari kasut saya. Bukan kerana saya terpijak bangkai, atau apa pun. Saya kembali ke kereta saya, dan dapati bau itu sudah hilang. Saya pelik. Oleh kerana saya sudah penat, saya pun masuk tidur.
Keesokan hari, saya bangun tidur dan dapati saya berada di bilik bawah, iaitu bilik yang digunakan untuk pembantu rumah. Saya bangun dalam keadaan gelabah dan terkejut. Setahu saya, saya tidur di bilik saya, iaitu di tingkat atas. Macam mana saya boleh berada di bawah??? Memanglah menyeramkan. Saya duduk di atas katil, termenung dan terfikir-fikir. Saya bergegas ke pejabat seperti biasa. Saya tidak mahu memikirkannya. Saya pun menceritakan kisah saya dengan rakan kerja saya.
Saya: “Izad (Bukan nama sebenar), semalam, aku tidur di bilik aku. Pagi tadi aku bangun kat bilik dapur. Malam ni kau tidur rumah aku boleh? Temankan aku lahh’…’
Izad : “Kau gilakah? Entah-entah semalam kau pergi minum arak, dah mabuk. Lepas tu dah tak ingat yang kau tidur bilik mana. Dah tu kau bagi tahu aku yang kau kena kacau?”
Saya pun menekankan, yang saya tidak minum atau mabuk pada malam sebelumnya.
Saya : ”Semalam, kau telefon aku di pejabat jam 1.30 pagi, dan aku yang jawab. Agak-agak kau aku mabuk ke malam semalam?”
Beliau terdiam seketika.
Izad: “Kau biar betul?”
Saya: ”Kalau aku tipu kau, aku boleh dapat juta-juta ringgit ke?”
Izad pun setuju untuk menemani saya untuk malam itu.
Hari itu, saya pulang awal. Saya keluar dari pejabat pada jam 5 petang. Izad telah berjanji untuk datang ke rumah saya pada jam 9 malam. Izad memang suka mengkaji tentang kegiatan paranormal. Memang tidak silaplah saya memanggil dia datang ke rumah.
Tepat pada jam 9, beliau pun bunyikan ”horn” di depan pagar rumah saya. Walaupun setelah saya buka pagar rumah saya, beliau tidak masuk. Beliau tawaf kenderaan beliau seakan mencari sesuatu. Saya pun keluar.
Saya: “Jat, apa yang kau cari?”
Izad: “Tadi aku rasa aku terlanggar benda lah. Tak tahu apa. Tapi ada bunyi kuat kat sebelah belakang. Aku tak berhenti. Aku terus ke sini…”
Saya pun teringat kejadian yang sama, yang terjadi pada saya hari sebelumnya.
Izad: “Tadi aku bau bangkai. Ni dah hilang. Kelakar seram lah…”
Saya hanya berdiam diri. Saya menjemput dia masuk ke dalam rumah. Beliau duduk di sofa saya, sambil menghidupkan puntung rokok. Lantas, saya pun menceritakan kisah yang sama yang terjadi.
Saya: “Semalam, aku balik dalam pukul 3 lebih pagi gitu. Aku pun terdengar bunyi yang sama yang kau alami. Tapi aku berhenti, keluar dan cari apa yang aku dah langgar. Bila aku dapati yang aku tak langgar apa-apa, aku pun sambung perjalanan lah. Dalam kereta, aku bau busuk. Bau bangkai. Datangnya dari belakang. Aku tak tengok cermin. Aku segan nak tengok wajah dia…”
Izad: “Aku rasa, kau terlanggar makhluk atau jin kot?”
Sedang kami berbual, kedengaran pinggan jatuh berkecai di dapur. Kami berdua bergegas ke dapur, tetapi tidak kelihatan apa-apa. Walaupun kedengaran pinggan pecah, kami tidak nampak sebarang serpihan kaca. Kami berdiri tegak, dan kedengaran pula hempasan pintu di tingkat atas. Kami berdua pun lari ke tingkat atas, dan memang semua pintu bilik terbuka. Izad dan saya menyemak semua bilik, satu per satu. Semua lampu dihidupkan. Bila kami tidak jumpa apa-apa, kami pun turun ke ruang tamu.
Kami berdua berdiam diri, sambil tersandar di sofa sambil merokok. Tiba-tiba, Izad bangkit dan bergegas ke bilik kecil di dalam dapur. Saya pun mengekorinya. Saya cuba mengisyaratkan sesuatu padanya tetapi beliau menyuruh saya diam. Kami pun berdiri di depan bilik kecil itu. Pintu bilik itu memang tertutup. Beliau memberi isyarat dan menyuruh saya buka. Bila saya buka, kelihatan seorang wanita sedang duduk di atas katil.
Saya lari keluar dari rumah, tanpa pedulikan Izad. Dari luar kedengaran suara memanggil, “Azlan… Azlan…” Suaranya amat menyeramkan. Bila di luar, baru saya sedar yang Izad masih di dalam. Lampu di dalam rumah semuanya terpadam, dan Izad tidak keluar lagi. Saya dah tak tahu apa nak buat. Saya pun menjerit meminta pertolongan. Datang seorang pakcik, bersama isterinya. Saya menceritakan pada pakcik tersebut, dan pakcik tersebut langkah masuk ke dalam. Entah bagaimana, pintu rumah saya terkunci dari dalam, Pakcik itu terpaksa pecahkan pintu itu. Anjing di sekeliling kawasan perumahan itu mula menyalak tanpa henti. Sepuluh minit kemudian pakcik itu pun keluar, sambil mengheret Izad, yang dalam keadaan seperti disampuk. Saya dan pakcik itu memegangnya dengan kuat, tetapi beliau amat kuat. Dengan bacaan mentera, yang bukan datangnya dari Al-Quran, Izad meraung di lantai. Matanya merah dan wajahnya pucat.
Waktu pakcik itu sedang membaca mentera, angin yang kuat menyapa tubuh. Akhirnya, Izad memberi jeritan yang amat kuat, tetapi suaranya seperti suara campuran lelaki dan perempuan. Saya tak tahu macam mana nak terangkan. Kemudian, beliau pengsan. Semuanya berakhir. Lampu di dalam rumah pun menyala dengan tiba-tiba. Saya dan pakcik mengangkat Izad ke dalam rumah saya. Isterinya pun turut mengikut masuk.
Izad terlantar di atas sofa. Pakcik yang berasal dari Perlis itu pun bertanya dalam loghat orang Perlis. Saya cuba untuk memahaminya, dan menjelaskan padanya apa yang berlaku hari sebelumnya. Rupa-rupanya, kata beliau, sesiapa yang tinggal di kawasan rumah saya, yang harus menempuhi jalan yang sama, iaitu jalan yang saya diganggu itu, harus pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kalau harus pulang lewat, jangan hiraukan apa-apa bunyi yang ketika dalam perjalanan. Di salah satu tiang lampu, ada tanda menyatakan ”Jalan ini ‘kotor’. Berhati-hati”. Tetapi ia ditulis dalam bahasa Cina. Sesiapa yang keluar dari kenderaan, makhluk itu akan ikut pulang ke rumah.
Apa sebab kehadiran makhluk itu tidak diketahui. Pakcik itu beredar dari rumah bersama isterinya, meninggalkan saya dan Izad. Oleh kerana badi yang masih ada di dalam diri, saya pun memaksa diri untuk tidur.
Keesokkannya, saya menceritakan apa yang terjadi pada Izad. Kata beliau, beliau nampak wanita yang cantik sedang duduk di atas katil. Wanita itu pun datang kepadanya. Beliau ingin lari, tetapi beliau dipukau. Seterusnya, beliau tidak ingat apa yang terjadi.
Sehingga sekarang, saya masih menetap di rumah yang sama. Jikalau saya harus pulang lewat, saya akan tidur di pejabat.
Ingin saya ucapkan pada Terima Kasih pada Datuk Amri, pakcik yang telah menolong saya pada malam itu. Kini, beliau sudah berpindah, dan pertolongon beliau masih ada di ingatan.
Melayukini.net - Mungkin kisah yang diceritakan di atas ini mungkin benar mungkin tidak. Lagipun cerita ini diambil dari sebuah blog. Makhluk halus memang tidak boleh dilihat secara dengan mata kasar manusia. Namun ada di antara kita yang diberi sedikit kelebihan untuk melihat perkara-perkara ghaib.


Sumber: Blog Kisah Seram | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Orang minyak

"Orang minyak" yang haram jadah masih wujud di zaman sekarang? dekat bentong, pahang tempat kelahiran gua jadi lokasi utama. uihh seremmm nii!


 
Hai ohhsemm. Selamat hari jumaat. selamat hari raya aidiladha. well, aku baru je sampai. dapat le merasa cuti yang wonderfull gituu. bajet lah kan. tolong sedar diri sikit ye cik yuyun. assingment awak sangat banyak. sila jangan nak merdekakan diri sebelum siap segala jenis slide show dan paper work yerk. kehkeh.

Balik-balik tadi, mak aku dok kpochi cerita pasal "orang minyak". aku ni kurang alert sikit. mana lah ada masa nak amik tahu pasal orang minyak ke, orang tepung ke, orang beras ke. tapi once mak aku dah cerita, aku pun try le search dekat google. ohh ya. memang masuk paper pun. class kau "orang minyak"! kau memang haram jadah. hanjeng betul. wei ni dah zaman melenium ahh. pesal kau nak jadi jahiliyahh ni? menuntut ilmu salah bagai? tak hengat mati ke weii? agak-agak ah.

paling menyakitkan hati and jantung aku bila mak aku cakap anak buah aku hampir jadi korban. hanjeng lah kau. eh. geram betul. nasib orang sedar. kalau tak perawan budak tu dah hancur kau kerjakan. aku doakan kau mati lee. bodoh punya "orang minyak"!

kalau ikut cerita orang ramai, belum ada yang jadi korban. sebab setiap kali si "orang minyak" ni nak masuk rumah orang, ada je yang tersedar. tapi bila nak tangkap tak dapat. sebab dia ghaib. wallahu'alam. tapi aku harap sangat benda-benda ni jauh lee dari family aku. nauzubillahiminzalik! Nak tahu lebih, sila click sini.

Fakta @ auta "orang minyak" si haramjadah! :

@ Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

@ orang minyak ni tersalah menuntut, menyebabkan dia jadi hitam dan akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai

@ Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.

@ Sekiranya seseorang itu tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidurnya harus ditaburi dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira.

@ Untuk menangkap Orang Minyak, apabila Orang Minyak itu telah dikepong, ia harus diselubungkan dengan kain batik lepas untuk melemahkannya. Hanya setelah diselubungkan dengan kain batik lepas baru boleh digigit ibu jari Orang Minyak itu untuk menghapuskannya.

@ orang minyak juga takut dengan cermin

@ orang minyak cuma akan merogol gadis sunti di kalangan usia 9 hingga 15 tahun. and biasanya gadis tu mesti lah anak sulung dalam keluarga.

@ orang minyak akan jadi lebih kuat pada 15 hari bulan dalam bulan islam.

wallahu'alamm.
 
 

Sumber Cerita:  Apesal

Bunian usung jenazah tengah malam

Oleh Nuri Angkasa



















 


“SIAPA meninggal? Malam-malam mengusung jenazah kat jalan Batu 13.”
“Tak ada orang meninggal pun di situ. Batu 13 tu tempatnya keras.”

“SIAPA meninggal? Malam-malam mengusung jenazah kat jalan Batu 13.”

“Tak ada orang meninggal pun di situ. Batu 13 tu tempatnya keras.”

Bermula peristiwa itu maka dengan ini dipaparkan kisahnya untuk dikongsi bersama. Atau, paling tidak dapat mengisi khazanah misteri di kalangan kaki pancing yang sentiasa berdepan kisah aneh dan menakutkan.

Rombongan lima orang pemancing yang diketuai oleh seorang anak muda yang baru pulang dari Australia (memegang ijazah khazanah laut dalam) bernama Shafik Roslan, bercadang untuk turun memancing bersama rakan lamanya.

Tempat pilihan kali ini bukan di laut tetapi sebuah kolam lama yang ditinggalkan di pedalaman kawasan Orang Asli di Sungai Tahan (bukan nama sebenar).

Kolam ini bagaikan tasik kecil tetapi dalam dan dihuni spesies ikan tongsan dan toman bersaiz besar.

Perjalanan menuju ke lokasi berkenaan dengan menaiki sebuah van kepunyaan Zali yang dipandu sendiri olehnya.

Mereka meninggalkan Seremban tepat jam 10 malam dalam keadaan cuaca yang sangat baik.

Shafik berada di laut lebih lama dari di bilik kuliah ketika menuntut ilmu pelaut di Australia. Justeru, minatnya memancing sama ada di laut mahupun tasik tidak terkecuali.

Mereka melalui Batu 13. Jalannya kecil lagi sunyi. Perjalanan terpaksa diperlahankan kerana rombongan mengusung jenazah memenuhi separuh jalan tanpa sebarang lampu menyuluh jalan. Namun yang aneh, langkah mereka pantas bagaikan berlari.
Ketika singgah di sebuah pekan kecil, mereka berehat minum di warung seorang tua berkopiah putih.

Apabila ditanya mengenai jenazah yang diusung pada waktu malam di Batu 13, orang tua berkenaan bagaikan tahu apa yang berlaku.

Beliau menerangkan bahawa kawasan itu perkampungan orang bunian. Kalau tidak berhati-hati, sesiapa yang melaluinya ketika itu akan memilih jalan menuju gaung kerana mengelak rombongan mengusung jenazah dalam satu kumpulan yang ramai.

“Anak kena hati-hati kalau tiba di satu kawasan itu pada waktu malam. Tapi kalau boleh elak jangan melalui jalan itu selepas 12 tengah malam,” orang tua itu mengingatkan kumpulan berkenaan.

Menurut cerita Wak Anuar kepada halaman Misteri; yang turut sama dalam rombongan berkenaan terpaksa berdepan pelbagai halangan sebelum tiba di lokasi lewat tengah malam.

Halangan kedua, ular besar merintangi jalan sebelum tiba di kawasan pedalaman Orang Asli di Sungai Tahan.

Terhalang perjalanan hampir satu jam itu cukup menjejaskan semangat dan harapan anak muda yang baru pulang dari Australia itu yang pada mulanya begitu berkobar-kobar untuk turun memancing.

Mereka meneruskan perjalanan sebaik saja ular besar memberi laluan tetapi keadaan cuaca mula berubah. Langit yang sebelum itu dipenuhi bintang bertukar gelap pekat dengan sesekali bunga kilat bermain di dada langit.

Perjalanan diteruskan dengan hati-hati. Namun mereka terhalang lagi apabila sebatang pokok besar tumbang melintang jalan.

Serta-merta juga hujan mula turun berserta angin kencang bagaikan ribut.

Shafik tidak panik tetapi terus berdoa dengan suara yang terang: “Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada sebarang keburukan.

Engkau tunjukkan jalan yang benar jika ada makhluk-Mu berniat jahat terhadap kami. Sesungguhnya kekuasaan-Mu lebih dari segala-galanya.”

Sejurus habis saja doa Shafik, pokok tumbang hilang serta merta dan mereka dapat meneruskan perjalanan.

Zali dan Wak Anuar sendiri turut hairan dengan doa yang dilafazkan oleh Shafik yang tidak terlintas langsung oleh semua rakan pancing bahawa kepada Allah harus diminta perlindungan dalam keadaan terdesak begitu.

Perkampungan Orang Asli masih jauh. Perjalanan bertambah sukar apabila hujan makin lebat. Dan, anehnya mereka sekali lagi terserempak dengan rombongan mengusung jenazah.

Kali ini rombongan lebih ramai dan menutup muka jalan. Shafik mengarahkan Zali memberhentikan van sambil membunyikan hon kereta beberapa kali dengan kuatnya.

Rombongan membawa jenazah serta-merta hilang. Sekali lagi mereka meneruskan perjalanan lalu berehat sebaik tiba di perkampungan Orang Asli dan terus bermalam.

Esoknya, mereka tidak meneruskan hasrat untuk ke tasik sebaliknya berpatah balik ke Seremban setelah petanda buruk dapat dirasakan menghalang setiap kali meneruskan hasrat ke tasik atau kolam lama di hujung kampung.

Shafik dapat menyelamatkan perjalanan mereka ketika terdesak, kata Wak Anuar menamatkan cerita misteri kumpulannya ketika berhasrat untuk memancing di kolam lama atau tasik.

Justeru, halangan begini harus dijadikan iktibar yang di sebaliknya mengukir misteri tersembunyi dan tentunya kepada Allah tempat kita berserah diri.


Sumber:  http://joran.bharian.com.my/

Foto:Kuntilanak

Ahad, 28 April 2013

Hogsmeade (Tempat Berhantu)

Perkampungan Hogsmeade, atau lebih dikenali sebagai Hogsmeade merupakan sebuah kawasan desa rekaan di dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling. Hogsmeade dikatakan hanya satu-satunya perkampungan di England yang kesemua penduduknya merupakan ahli sihir. Perkampungan ini terletak di timur laut Hogwarts.

Hogsmeade
Para pelajar Hogwarts yang berada di tahun ketiga dan keatas dibenarkan untuk melawat perkampungan ini semasa lawatan berkala, untuk ke kedai-kedai yang ada ataupun untuk bergaul dengan rakan-rakan tanpa penjaga, selagi mereka mempunyai surat kebenaran dari ibu bapa atau penjaga mereka. Kebanyakan pelajar-pelajar ini sering mengunjungi bahagian kawasan ini yang mempunyai banyak kedai atau kedai minuman. Jika tidak, mereka sekadar berjalan-jalan untuk melihat Gubuk Menjerit.
Hogsmeade pertama kali dimasukkan ke dalam filem ialah semasa filem ketiga Harry Potter Harry Potter and the Prisoner of Azkaban pada tahun 2004. Ia kemudiannya muncul semula dalam filem kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix pada tahun 2007. Di dalam kedua-dua filem, kawasan ini digambarkan sebagai kawasan yang diliputi salji.[1]
 

Bangunan

Gubuk Menjerit

Bahagian dalam Gubuk Menjerit.
Gubuk Menjerit merupakan sebuah rumah rekaan di dalam siri Harry Potter. Rumah ini terletak di bahagian luar yang agak terpinggir dari Hogsmeade dan dikatakan sebagai rumah yang paling berhantu di England. Rumah ini dapat dimasuki melalui pintu rahsia yang terletaka di bawah Dedalu Perkasa (Whomping Willow) dan sering digunakan oleh Remus Lupin semasa beliau masih belajar di Hogwarts sebagai tempat persembunyian beliau semasa bulan mengambang kerana beliau merupakan seorang Serigala Jadian dengan tujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Untuk ke sini, beliau sering ditemani oleh rakan-rakan beliau seperti James Potter, Sirius Black, dan Peter Pettigrew yang akan menjelma menjadi Animagi masing-masing; James akan menjadi rusa jantan, Sirius akan mejadi seekor anjing hitam dan Peter akan menjadi seekor tikus. Disebabkan bunyi yang aneh sering datang dari kawasan tersebut dan para penduduk pula menyangka bahawa ia merupakan bunyi semangat jahat, Profesor Albus Dumbledore sengaja mengapi-apikan khabar angin tersebut dengan menceritakan bahawa rumah ini merupakan sebuah rumah berhantu demi menjaga keselamatan kempat-empat mereka itu tadi.
Di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban , Gubuk Menjerit telah menjadi kawasan utama Sirius kembali ke Hogwarts. Beliau telah menarik Ronald Weasley dan tikus peliharaanya iaitu Scabbers dengan tujuan untuk membunuh Scabbers. Kemudian didedahkan bahawa Scabbers sebenarnya ialah Peter Pettigrew yang telah menyamar menjadi tikus setelah beliau mengkhianti sahabat beliau sendiri, James Potter dan Lily Potter yang juga menyebabkan Sirius Black telah dituduh dengan jenayah yang beliau tidak pernah lakukan. Di dalam rumah inilah juga Severus Snape telah dibunuh oleh ular Voldemort, Nagini.[HP7]

Hog's Head

Kumpulan Tentera Dumbledore yang berada di dalam Hog's Head.
Kedai Minuman Hog's Head merupakan sebuah kedai munuman rekaan di dalam siri Harry Potter. Ia merupakan sebuah kedai minuman yang menarik pelanggan-pelanggan yang agak aneh kerana kebanyakan pelanggannya sering memakai kelubung, hinggakan Harry pernah menyangka bahawa orang yang sedang menikmati minuman di kedai itu merupakan Dementor hinggalah Harry terdengar loghat Yorkshire mereka yang pekat.[HP5] Papan tanda kedai ini merupakan sebuah papan tanda yang mempunyai lukisan sebuah kepala khinzir yang telah disembelih yang menitiskan darah di atas sehelai kain putih yang berada di bawahnya. Di dalam kedai minuman ini sangat kotor sehingga terdapat lapisan tebal tanah, dan cermin tingkapnya pula sangat kotor sehingga cahaya yang masuk kelihatan samar-samar menerangi. Di bahagian lantai bawah terdapat sebuah bilik, walau bagaimanapun, di bahagian tingkat atas terdapat beberapa buah bilik lagi dan ruang kedai ini dikatakan agak hamis dengan bau kambing. Pekedai kedai minuman ini ialah Aberforth Dumbledore, adik kepada Albus Dumbledore. Walaupun reputasinya yang agak menjijikkan, kedai minuman ini telah beberapa kali menjadi tempat utama dalam sejarah. Contohnya, kedai minuman ini pernah menjadi ibu pejabat bagi Pemberontakan Goblin 1612. Beberapa bulan sebelum kelahiran Harry, seorang peramal, Sybill Trelawney telah membuat satu ramalan di sini mengenai hubungan antara Voldemort dan Harry Potter, semasa temuramah Profesor Dumbledore dan Sybill mengenai posisi Sybill sebagai guru peramalan di Hogwarts. Di kedai inilah juga Hagrid telah memenangi telur naga yang akhirnya ditetaskan dan diberi nama Norbert (sebelum ditukarkan nama menjadi Norberta oleh Charlie Weasley setelah mendapat tahu bahawa naga ini merupakan naga betina) melalui kemenangan beliau dalam permainan kad pakau. Di sini jugalah tempat bermesyuarat pertama kali Tentera Dumbledore selain mejadi tempat pemindahan pelajar dari Hogwarts ke Hogsmeade melalui Bilik Keperluan sebelum menembusi terowong yang tersembunyi di bahagian belakan potret Ariana Dumbledore, adik bongsu kepada Aberforth dan Albus Dumbledore. Semasa pertempuran di Hogwarts, kedai ini telah menjadi pusat berkumpulnya Kumpulan Phoenix dan Tentera Dumbledore.[HP7]

Honeydukes

Honeydukes
Honeydukes merupakan sebuah kedai rekaan di dalam siri Harry Potter yang menjual pelbagai manisan dan gula-gula sihir. Di dalam kedai ini digambarkan sebagai mempunyai bertingkat-tingkat gula-gula paling gemuk dan berair dapat dibayangkan; ketulan nougat berkrim, gula-gula tofi berwarna madu yang gemuk, dan beratus-ratus jenis coklat yang tersusun kemas. Terdapat juga sebuah tong besar Kacang Pelbagai Rasa dan setong Lebah Bersiung Berbusa, bebola serbat terapung-apung. Di sepanjang tembok lain pula terdapat gula-gula 'Kesan Khas', gula-gula getah terbaik Drooble (yang memenuhi bilik dengan gelembung putih-biru dan tidak meletup selama berhari-hari), Gula-gula Pudina Untai Pemflos Gigi aneh yang kesat dan kasar, Imp Lada Hitam yang kecil ('mengeluarkan nafas api kearah rakan-rakan anda'), Tikus Ais ('dengar gigi anda bergelatukan dan berdecit!'), krim pudina yang berbentuk kodok ('melompat-lompat di dalam perut!'), pena bulun pelepah antih gula yang getas, serta gula-gula meletup. Di kedai ini juga turut dijual lolipop berperisa darah yang dikatakan Hermione sebagai sesuai untuk pontianak dan juga Gugusan/Kelompok Lipas. Pemilik kedai ini, Ambrosius Flume dan isterinya tinggal di bahagian atas kedai ini. Melalui patung perempuan bermata satu di tingkat tiga di Hogwarts, terdapat sebuah jala rahsia yang menuju ke sebuah pintu kolong di tingkat bawah Honeydukes yang merupakan sebuah jalan rahsia yang menghubungi Hogwarts dan Hogsmeade. Melalui kedai inilah Harry telah keluar secara rahsia pada tahun ketiga ketika borang beliau untuk melawat Hogsmeade tidak ditandatangani oleh Pakcik Vernon.[HP3]
Kedai Barangan Lelucon Zonko

Kedai Barangan Lelucon Zonko

Kedai Barangan Lelucon Zonko atau Kedai Barangan Jenaka Zonko merupakan sebuah kedai rekaan di dalam siri Harry Potter yang menjual pelabagai jenis permainan sihir dan pelbagai jenis barang yang digunakan untuk mengusik kawan-kawan. Kedai ini dikatakan merupakan kedai kegemaran bagi Fred dan George Weasley dan juga sahabat baik mereka Lee Jordan. Semasa bahagian hampir penutup buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, kedua-dua beradik kembar ini ada bercadang untuk membeli kedai ini untuk menambahkan lagi cawan Kedai Barangan Sihir Weasley. Walau bagaimanapun, cadangan itu terpaksa dimansuhkan akibat kebangkitan semula Voldemort.

Puan Puddifoot

Kedai Teh Puan Puddifoot merupakan sebuah kedai minuman rekaan di dalam siri Harry Potter yang menawarkan perkhidmatan menjual minuman yang menjadi tarikan terutamanya untuk para kekasih yang berpacaran dari Hogwarts. Kedai ini terletak sedikit ke sisi di bahagian High Street. Pada Hari Kekasih, Puan Puddifoot mengupah kerubian-kerubian untuk menaburkan kertas konfeti ke atas para kekasih yang sedang menikmati minuman di kedai ini. Di kedai inilah Harry telah menyambut Hari Kekasihnya dengan Cho Chang.[HP5]

Stesen Hogsmeade

Stesen Hogsmeade merupakan sebuah stesen kereta api yang paling hampir dengan Hogwarts; kereta api yang berlepas dari Stesen King Cross/King's Cross akan berhenti di sini. Babak yang membabitkan stesen ini telah dirakamkan di Stesen kereta api Goathland di North Yorkshire Moors Railway yang telah dibina pada 1865 dengan tujuan untuk menghubungkan Goathland dan North Yorkshire Moors. Mengikut ilustrasi J. K. Rowling, Stesen kereta api Hogsmeade ini sebenarnya tidak terletak di Hogsmeade, tetapi di seberang tasik Hogwarts.[2]

Tiga Penyapu

Puan Rosmerta (yang paling kiri) yang menguruskan Kedai Minuman Tiga Penyapu.
Kedai Minuman Tiga Penyapu atau Kedai Minuman Tiga Penyapu Terbang merupakan sebuah kedai minuman yang agak popular di kawasan Hogsmeade, di mana ia diuruskan oleh Puan Rosmerta yang tinggal di atas kedai minuman ini. Hermione pernah mengusik Ron, bahawa Puan Rosmerta merupakan seorang wanita yang agak menarik. Kedai ini pada musim sejuk digambarkan penuh sesak dengan para pelanggan terutamanya para pelajar dan staf Hogwarts yang datang untuk menikmati minuman yang disediakan seperti Bir Butter, Air Gilly, Firewhisky (Wiski Api), Mead Matang Oak, Mead Mull, Rum Kismis Merah, sirap ceri dan soda dan lain-lain lagi. Di kedai inilah juga Harry telah terdengar perbualan antara Profesor McGonagall, Menteri Sihir Cornelius Fudge, Profesor Flitwick dan Rubeus Hagrid tentang Sirius Black yang telah difitnah oleh Peter Pettigrew. Walau bagaiamanapun, pada penghujung Harry Potter dengan Banduan Azkaban, terbukti fitnah itu tidak benar dan Sirius Black terbukti tidak bersalah. Di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan di kedai inilah Draco telah mengenakan Sumpahan Imperius ke atas Puan Rosmerta supaya menghantar Loket Baiduri yang telah disumpah kepada Profesor Dumbledore, walau bagaimanapun, loket itu telah sampai ke tangan Katie Bell dan hampir meragut nyawa Katie.

Lain-lain

Terdapat beberapa kedai lain yang hanya disebut secara samar-samar seperti Kedai Pakaian Ahli Sihir Gladrags (menjual pakaian ahli sihir dan mempunyai cawagan di London dan Paris dan di kedai inilah Harry dan kawan-kawannya telah membeli stokin untuk Dobby sempena perayaan Krismas), Kedai Pelepah Scrivenshaft (yang menjual pelbagai jenis pena pelepah dan terletak di jalan High Street), Kedai Peralatan Sihir Dervish dan Banges (yang menjual dan membaiki peralatan-peralatan sihir, dan kedai ini terletak berdekatan jalan High Street), dan Pejabat Pos (dipenuhi kira-kira 200-300 ekor burung hantu dari jenis Burung Hantu Kelabu yang Besar hinggalah ke Burung hantu Skup {penghantaran domestik sahaja}. Setiap pondok burung tersebut dikodkan dengan warna, di mana setiap warna melambangkan tempoh masa penghantaran untuk sampai).



Sumber:  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Misteri Wanita Berkebaya Merah Di Lebuhraya Gurun Kedah (Seram!)

Sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan melalui Lebuhraya Gurun, Kedah telah diganggu oleh seorang wanita misteri berkebaya merah. Wanita itu juga berjaya dirakam di salah satu kamera milik keluarga tersebut.
 
Melayukini.net – Misteri Wanita Di Lebuhraya Gurun Kedah (Seram!)|  Kali ini terdapat satu kejadian yang berlaku di lokasi lebuhraya Gurun Kedah. Antaranya kejadian tersebut adalah kes mangsa diekori wanita berkebaya merah dan ada juga terdapat kes kemalangan jalan raya.  Cerita ini berlaku berkisar pada 13 Mei 2009 yang mana seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur.
 
 
(Gambar di atas) En.Mohd.Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam.
Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.
“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja” katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.
Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
“Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,” ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. “Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.
 
 
Gambar ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintasi lebuh raya itu.
Melayukini.net - Walaupun kita sebagai pembaca tidak pernah mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku kepada keluarga En Mohd Fitri, mungkin kisah ini boleh dijadikan kita supaya lebih berhati-hati apabila melalui lebuhraya ini. Sesugguhnya syaitan itu sering mengganggu kita tidak kira tempat ataupun masa.
 
 
Sumber:  Melayukini

Diganggu roh tentera jepun

 

Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga.  Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata.  Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang.
 
 Photo Credit:  Google Images



Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati.  Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya.  Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati.  Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang.  Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun.  Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.

Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah.  Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya.  Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap.  Tapi suara itu tidak juga berhenti.

Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah.  "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?" getusnya geram.  Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap.  Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang.  Eh, suara bukan main kuat.  Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati.  Puas dia mencari, namun hampa belaka.

Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam.  Zaliah mula merasa seram.  Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu.  Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut.  Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.

Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan.  Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun!  Tidak menunggu lama,  Zaliah bergegas ke katilnya.  Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.

Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga.  Walhal suara itu begitu kuat.  Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau.  Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi.  Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.

Hati Zaliah mula berdebar debar.  Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu.  Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan' mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata   mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

Belum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya.  Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang.  Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu.  Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut.  Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.
 
Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan.  Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah.  Namun dia cuba bertahan.  Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.

Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya.  Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung.  Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya.  Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya.  Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran.  Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja.  Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.

Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur.  Dia terus dikajarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan.  Zaliah begaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.

Jumaat, 26 April 2013

Iblis siat kulit pokok terap


Oleh Sabaruddin Abd Ghani

 













DALAM perjalanan menaiki sampan dari Kuala Ketil menuju ke lubuk Batu Berarak di Sungai Sedim dekat Kampung Sidam, perasaan Wahab agak gugup. Fikirannya terbayang kisah yang menyeramkan pernah berlaku di kawasan lubuk berkenaan.
DALAM perjalanan menaiki sampan dari Kuala Ketil menuju ke lubuk Batu Berarak di Sungai Sedim dekat Kampung Sidam, perasaan Wahab agak gugup. Fikirannya terbayang kisah yang menyeramkan pernah berlaku di kawasan lubuk berkenaan.

Bukan dia takut kepada gangguan iblis dan syaitan tetapi hakikatnya gangguan tegar yang di luar dugaan boleh membuatkan seseorang, terutama yang lemah semangat dirasuk atau kena histeria.

Dia membayangkan apa akan terjadi sekiranya seorang daripada mereka yang tengah asyik memancing tiba-tiba dirasuk dan terjun sungai! Musibah menunggu mereka. Tapah di lubuk itu pula dikatakan rakus membaham tanpa mengenal mangsa.

“Awat diam saja ni? Kurang sihat atau takut?,” kata ayah Wahab, Zakaria atau nama panggilannya Pak Ya Pacak memecah kesunyian sambil mengusap kepalanya. Fikiran Wahab yang sejak tadi diulit keresahan hilang serta merta. Dia bagaikan disuntik semangat baru.

Kira-kira jam 5 petang, mereka tiga beranak iaitu Wahab, Hassan (abang Wahab) dan Pak Ya Pacak sampai di lokasi. Demi keselamatan, mereka memilih kawasan tebing agak tinggi bagi mengelak gangguan atau ancaman sang bedal.

Setelah khemah ala kadar sekadar melindungi daripada kedinginan embun pagi siap terpacak, tiga beranak itu pun memulakan misi menjejak penghuni lubuk berkenaan. Sambil memerhatikan joran yang mula meliuk-liuk, mata Wahab melilau memantau persekitaran.

Ketika itu musim kemarau. Air sungai jernih dan mengalir lesu. Persekitaran di daratan penuh dengan pepohon besar merendang selain ditumbuhi semak dan belukar membuatkan hatinya berbisik dengan perkara yang bukan-bukan. Antara yang nyata iaitu binatang berbisa seperti ular tedung selar dan yang fantasi ialah kehadiran makhluk halus menghantui fikirannya.

Namun, perasaannya terpujuk apabila menyedari keampuhan ilmu ayahnya pasti mampu berdepan dengan apa juga bentuk mainan makhluk halus. Kalau dia hilang sabar, berselerak penunggu dikerjakannya.

“Ketika itu, lubuk berkenaan memang banyak udang galah dan baung tetapi ada benda yang selalu mengusik. Pokok rendang tempat bergayut pokok tanduk rusa menjadi persinggahan langsuir.

“Sebab itu, orang dulu tidak berminat mengambil pokok tanduk rusa untuk dijadikan hiasan di rumah,” kata Wahab yang pakar memancing udang galah menceritakan kisah Lubuk Batu Berarak yang penuh misteri 15 tahun lalu.
Wahab kini menetap di Kampung Padang, Kulim dekat Kuala Ketil. Namun dia sukar untuk melupakan peristiwa pernah dialaminya itu. Mungkin orang tidak percaya tetapi dia sendiri melihat apa yang berlaku itu di depan matanya. Menyeramkan!

Menjelang senja, habuan diperoleh Wahab dan Hassan cukup lumayan. Udang galah sebesar lengan budak dan baung berkulit kuning tanah bersilih ganti meragut umpan. Wahab saja berjaya mendaratkan lapan udang galah dan enam baung. Hassan pula berpuas hati dengan lima baung dan tujuh udang galah tidak termasuk ikan kurang komersial seperti lampam, tilapia dan kaloi.

Sejurus selepas Wahab menggantikan umpan baru, permukaan air di lubuk itu beralun agak kuat. Dari pengelihatannya disinari cahaya bulan separuh penuh, permukaan air lubuk itu mengeluarkan gelembung udara sebesar bola tenis.

Serentak itu, jorannya disambar sesuatu hingga melentuk hampir mencecah air. Wahab segera mengawal permainan tetapi terasa bebanan yang tersangkut berat seperti menarik seekor anak lembu.

Dia bagaikan tidak percaya. Jantungnya seakan-akan mahu berhenti berdenyut apabila melihat kelibat satu objek berwarna putih seperti ikan belida sebesar paha tersangkut pada mata kailnya.

Peliknya, cubaan Wahab menjinakkan ikan itu gagal apabila tali seperti terlucut setiap kali digulung. Akhirnya, terasa tali kail ringan dan tiada bebanan. Objek itu ghaib entah ke mana.

Ketika dia dan Hassan bangun untuk memberi tahu ayahnya di khemah yang baru selesai solat Maghrib, tiba-tiba terdengar bunyi libasan kuat di kawasan lubuk itu. Kedua-duanya teruja dengan fenomena yang belum pernah dilihatnya itu, Wahab dan Hassan memberanikan diri memerhatikan kejadian menyeramkan itu.

Bunyi libasan itu jelas kedengaran seperti ekor ikan besar atau papan memukul permukaan air. Percikan air hasil daripada libasan itu memenuhi ruang lubuk berkenaan. Namun, tidak kelihatan ekor ikan pun yang melibas.

“Arwah ayah yang faham sangat dengan gangguan seperti itu terus berdayung di pinggir lubuk. Dia kemudian memacakkan sebatang galah buluh ke dalam sungai. Sejurus kemudian, lubuk itu kembali tenang.

“Bagaimanapun, ikhtiar yang dibuat arwah ayah saya itu tidak terhenti di lubuk itu saja. Ketika kami makan malam berlaukkan baung dan udang panggang, iblis di seberang tebing di sebelah sana pula mengganggu," cerita Wahab lagi.

Gangguan kali ini tidak kurang hebatnya. Bunyi ribut seperti menumbangkan pokok dan mematahkan dahan. Ia bagai mahu mencabar kejantanan Pak Ya Pacak. Namun, orang tua itu tidak hilang punca. Cuma dengan berdiri seperti bertafakur menghadap ke arah tebing seberang sana, bunyi gangguan seperti ribut itu tiba-tiba berhenti.

Keesokan harinya, ketika mereka bersiap untuk pulang, Wahab terpandang sebatang pokok terap yang tersiat kulitnya seperti dipanah petir. Agak lama dia merenung ke arah pokok itu.

Wahab faham apa yang berlaku. Dia berasa bertuah dapat menimba pengalaman yang mungkin orang lain belum mengalaminya. Mungkin juga peristiwa itu atas kehendak Tuhan yang mahu menyedarkan manusia mengenai kewujudan makhluk lain di dunia ini selain manusia.

Bapa kepada empat anak itu juga pernah teruji ketika memancing di Sungai Muda dekat Bumbung Lima, tahun lalu. Ketika dia dan tiga rakan lain asyik melayan kail untuk menjinakkan udang galah, tiba-tiba terasa perahu yang mereka naiki dilanggar sesuatu bentuknya seperti balak.

Dia tidak berani menyuluh. Tindakan menggunakan sesuatu yang boleh mengeluarkan cahaya bagaikan memanggil sang bedal. Buaya cukup pantang melihat sesuatu yang bercahaya apatah lagi lampu picit. Jika nasib kurang baik, dengan sampan sekali dilibas pasti berkecai!

Selain dijadikan santapan untuk keluarga, udang galah yang dipancing Wahab dijual kepada seorang pengusaha restoran masakan ikan segar di Karangan, Kulim. Harga yang dijual amat lumayan iaitu antara RM40 dan RM50 sekilogram.

“Mereka yang ingin memancing udang galah harus mengamalkan beberapa petua atau pantang larang antaranya jangan sesekali meletakkan pendayung atau galah melintang perahu. Seelok-eloknya diletakkan dalam keadaan membujur.

“Berdasarkan pengalaman saya, petua atau pantang larang ini elok diamalkan supaya tidak diganggu buaya atau kejadian lain yang boleh mengancam nyawa,” kata Wahab lagi.


Source:  http://joran.bharian.com.my/