Khamis, 24 Januari 2013

Disapa Nenek Mukut penjaga gunung Tioman

 Oleh Amran Abdullah





















BUDIN banyak menyaksikan keindahan Pulau Tioman melalui kaca televisyen. Malah terdetik hatinya pada satu hari nanti untuk ke pulau itu. Lebih menarik dan mengasyikkan lagi apabila Budin mengidamkan untuk memancing ikan bersaiz besar seperti rancangan pancing yang dilihatnya di peti televisyen itu.
BUDIN banyak menyaksikan keindahan Pulau Tioman melalui kaca televisyen. Malah terdetik hatinya pada satu hari nanti untuk ke pulau itu.

Lebih menarik dan mengasyikkan lagi apabila Budin mengidamkan untuk memancing ikan bersaiz besar seperti rancangan pancing yang dilihatnya di peti televisyen itu.

“Besar ebek tu. Ikan tenggiri pun bersaiz XL,” bisik hati kecil Budin.

Budin kerap kali juga memancing. Namun itu semua dilakukannya di pesisir pantai. Budin tidak pernah memancing di laut terbuka menggunakan bot.

Budin kali ini bertekad dan menyatakan hasrat itu kepada Salleh, rakan pancingnya. Salleh adalah kawan rapat. Dia juga sangat aktif memancing di laut lepas. Sidek, rakan rapat pemancing itu juga bersetuju mengikut Budin dan Salleh.

Kepakaran Salleh memang diakui rata-rata kaki pancing di kampungnya. Nama Salleh meniti dari bibir ke bibir sebagai seorang yang handal memancing di laut.

Salleh seperti juga Budin, dia hanya mendengar keindahan Pulau Tioman tetapi tidak pernah berkunjung ke sana.

Bertemankan Sidek, Budin dan Salleh menyediakan segala kelengkapan termasuklah makan dan minum. Hasrat mereka hanya satu menuju ke Pulau Tioman untuk memancing.

Ketiga-tiga sahabat ini memilih Kampung Mukut di Pulau Tioman sebagai destinasi bermalam selama berada tiga hari di pulau peranginan itu. Malah dari kampung itu juga ketiga-tiganya akan bertolak untuk memancing ebek atau tenggiri di luar perairan Taman Laut itu.

“Semua boleh bertolak jam 7 pagi esok... selepas sarapan pagi.” kata tekong muda di tempat mereka menginap.
Menunggu keesokan paginya, Sidek, Budin dan Salleh tidak melepaskan peluang memancing di hujung jeti Kampung Mukut, tempat mula-mula mereka sampai.

Banyak ikan yang mengena tetapi belum sebesar ebek yang ditonton Sudin melalui kaca tv. Banyak lolong dan pelaling.

“Banyak juga ikan di sini. Mungkin tak ramai yang memancing selain kita bertiga.” seloroh Salleh sambil disambut ketawa dua rakannya.

Di luar sedar ketiga-tiga pemancing itu, tiba-tiba muncul seorang wanita berkemban lalu menyapa mereka yang asyik memancing dengan lembut.

“Banyak dapat ikan, nak?” tanya wanita tua itu.

Budin yang menyedari sapaan itu terus menjawab, mendahului rakannya yang lain.

“Banyak juga, tapi kami baru saja memancing di sini.” balas Budin.

“Baguslah tu. Tapi jangan ganggu kawasan ini. Nanti ikan-ikan di sini lari ke tempat lain.” balas nenek tua itu.

Budin, Sidek dan Salleh memerhati sama lain sambil memandang ke arah nenek tua.

“Baik nek!” balas Budin cepat dan memandang nenek tua berkemban itu turut turun ke kawasan pinggir pantai dan mandi.

Namun selepas itu semakin banyak pula Budin, Sidek dan Salleh memperoleh ikan.

Tangkapan ebek juga turut memuaskan hati ketiga-tiga pemancing itu, Mereka sangat gembira dan berpuas hati dapat datang ke Pulau Tioman dan memancing di situ.

“Siapa nenek tua tu?” tanya Sidek kepada tekong muda, pemandu bot mereka.

“Nenek tua mana?” balas tekong muda dan ini menimbulkan kehairanan kepada Sidek, Budin dan Salleh.

“Mandi berkemban di depan kami semalam?” balas Sidek yang juga semakin kehairanan.

“Kampung ini sudah tidak ada wanita tua. Yang ada remaja wanita dan isteri orang yang menjaga chalet dan tempat penginapan itu,” jawab tekong muda.

Tekong muda menjelaskan lagi: “Ramai wanita tua di sini sudah menetap bersama anak mereka di Mersing atau Tanjung Gemok. Kat sini payah kalau sakit pening...”

“Tuan-tuan bertuah kerana dapat bertemu Nenek Semukut, penjaga gunung Pulau Tioman.

“Nenek Semukut hanya dapat ditemui oleh orang-orang tertentu saja, dan boleh bertemu pemancing pada waktu senja dekat hujung jeti. Itu kerana dia turun mandi laut sekali-sekala? jelas tekong muda itu.

Penjelasan tekong muda itu, menghilangkan rasa resah dan keraguan ketiga-tiga sahabat pemancing itu.

“Sekarang sudah tidak ada lagi wanita berkemban ketika mandi di Pulau Tioman. Ini termasuklah anak muda,” balas tekong muda.

“Patut juga banyak ikan di sini, lebih banyak dari dalam tv tu,” kata Budin dalam hati.

Sumber:  http://joran.bharian.com.my/

1 ulasan:

  1. Hari ini saya baru pulang dari mukut place tioman , dari hari jumaat 28hb DEC kami ber6 checkin bilik di simukut place . Dari hari pertama kami disambut oleh uncle sam( penjaga chalet tersebut) alhamdulillah dilayan dengan penuh baik.
    Malam pertama :
    Kami bertiga ditempatkan di bilik yg besar dan berkongsi, seorang kawan perempuan di bilik berasingan dan berseorangan . Manakala kawan lelaki kami bersama isterinya bertempat di chalet sebelah kawan perempuan tersebut. Selesai kami makan malam di jeti terus balik ke bilik masing2 utk rehat. Kejadian pertama kawan perempuan kami diganggu dengan ketukan pintu masuk chaletnya berkali2 sehingga beliau terus keluar dan tido di bilik kami bertiga, pasangan suami isteri itu juga turut diganggu ketukan pintu tapi tidak dihiraukan dan kami terus rehat selepas kepenatan seharian perjalanan.
    Hari kedua :
    Aktiviti siang seperti biasa dengan santai2,setelah petang kami berhajat utk membuat unggun api disebelah malam, kami terus mengumpul kayu2 kering dan kumpul di chalet kami, tiba malam lepas sahaja makan malam bersama terus kami memancing seketika dan ada seorang kawan lelaki pergi mengurut badan, saya meninggalkn kawan2 yg lain memancing dan saya terus ke kedai pancing utk membelinya, setelah kawanw selesai memancing kami terus kebilik kecuali saya dan kawan yg masih lagi sedang mengurut, tidak lama kemudian kira2 jam 12malam saya disambut dengan panggilan kawan dichalet yg mengatakan pasangan suami isteri tersebut menjerit2 seperti bergaduh setelah selamat tiba dibilik dengan tujuan menukar pakaian dan kembali ke bilik besar kami utk tidur bersama2 semua oleg kerana gangguan yg membuatkan mereka tidak dapat tido, dengan panggilan nama dan juga ketukan pintu.setelah itu saya bergegas ke chalet dan pastioan yg kejadian itu diganggu ataupun hanyalah gaduh suami isteri. Saya membuat andaian yg mereka bergaduh perihal pasangan. Oleh sebab si suami tidak keluar dan memanggil kami utk membantu .jadi kami bertiga biarkan pasangan itu levih kurang setengah jam bergaduh . Setelah itu pasangan kembali ke bilik kami dengan rasa marah oleh kerana kami tidak menjawab panggilan beliau semasa mereka dibilik dan dikatakn diganggu berkali2. Kami hanya diam dan mampu berkata"sabar, kita x ganggu DIA"
    Setelah itu semua masuk bilik kami dan tidur semua di 1 bilik yg sama, pasangan suami isteri 1 katil dan seorang wanita 1 katil dan kami bertiga lelaki di lantai chalet beralaskan tilam lebihan. Keadaan swmakin sunyi dan hanya bunyian ombak air pasang sahaja yg kedengaran dan semua terlena kira2 jam 2pagi.
    Pada jam 4pagi saya dikehutkan oleh kawan lelaki yg tidur disebelah saya yg kedengaran seperti bercakap (mengigau) dan saya menegur beliau, ketika itu kawan lelaki saya hanya melihat tepat pada kawan wanita yg tidur seorang dikatil yg sedang duduk dan cemas ketakutan.saya terus pergi kearahnya dan bertanyakan kepadanya kenapa? Belaiu terus menangis dan tepat jarinya menunding kearah tingkap yg berada tepat dikepala kami dan beliau terus menangis dan ingin pulang. Saya terus meninjau keluar setiap tingkap dan dapati tidak ada apa yg mencurigakan. Setelah pagi beliau menceritakan apa yang sebenarnya kelihatan pada jam4 pagi tadi adalah kelibat yang berdiri di belakang pasangan suami isteri dan melihat kearahnya di dalam bilik kami. Dengan segera kami bersiap dan terus kejeti utk menunggu ferry utk pulang.

    BalasPadam