Rabu, 6 Jun 2012

Cerita Seram - Roh Ibu Pulang Di Bukit Batok

 

Dunia Seram - Ibu saya semasa hayatnya adalah seorang wanita yang kurang sihat. Beliau memang menghidapi penyakit lelah yang sangat kuat, kerapkali diserang semput dan lemah jantung..akhirnya beliau meninggal dunia kira-kira lima tahun dulu. Ibu saya bernaama Fatimah, beliau dan saya memanglah sangat intim seperti  kawan baik, kerana ibu saya sangat memahami perasaan saya. Semasa beliau terlantar di katil dipenghujung hayatnya, saya selalu berada disisinya dan merawatnya..kini saya merasa sangat hiba dengan ketiadaannya.

Setelah menduda selama setahun ayah saya telah berkhawin semula dengan kenalanya yang bernama makcik Aminah. Ibu tiri saya berpindah kerumah kami di Bukit Batok setelah angkat nikah, saya merasa sangat jangkal dengan kehadiran wanita lain yang mengantikan ibu tersayang dan saya dapat merasakan kehadiran ibu pada setiap malam...seolah-olah beliau menemani saya tidur, kadang-kadang terdengar nyanyian lagu kegemaran ibu.

Pada suatu malam makcik Aminah telah meminta saya saya menolongnya mennghias rumah semula mengikut seleranya dan mengarahkan saya membuang banyak perhiasan dan barang-barang peninggalan ibu. Sedang kami sibut mengemas saya terdengar bunyi geledahan yang jelas, sepertinya ada orang lain mengatur  dan mengemas barang didapur..sedangkan pada ketika itu hanya kami berdua berada dirumah. Bunyi bising itu berlarutan buat seketika, makcik Aminah bertanyakan pada saya apa yang berlaku...kerana dia juga mendegarnya. Saya beranikan diri, pelahan-lahan menuju keruang dapur untuk pastikan apa sebenarnya terjadi.....dari pintu dapur saya dapati semua barang dan parhiasan terratur semula seperti sediakala. Dihujung penjuru ruang dapur saya ternampak susuk tubuh seorang wanita berbaju serba putih memerhatikan saya, wajahnya seiras ibu saya yang telah meninggal dunia dan saya terjegat melihat wajahnya yang penuh kesedihan, seolah-olah ada banyak persolan yang ingin beliau katakan. Saya tersentak dengan tepukan makcik Aminah dibahu saya, bertanya apa yang saya sedang perhatikan...kemudian kami dapat rasakan seram-sejuk dan ibu lenyap dari padangan.

Semenjak kejadian pada malam itu banyak lagi ganguan-ganguan berlaku yang sangat menakutkan makcik Aminah,,, seperti peralatan rumah berpindah tempat, pingan-mangkok jatuh pecah tanpa sebab, pintu bilik terhempas kuat dan kadangkala suasana didalam  rumah terasa sangat dingin walaupun disiang hari. Suatu malam saya menerima panggilan telifon dari ayah semasa saya sedang mengulangkaji pelajaran dikolong flat bersama teman....ayah meminta saya pulang segera kerana makcik Aminah terkunci didalam rumah menangis ketakutan dan ayah tiadak dapat pulang kerana bertugas.

Saya bergegas pulang membuka pitu pagar yang dimangga mengunakan kuci yang saya pegang, menolak pintu pelahan-lahan saya dapati ruang tamu gelap gelita dan tidak terlihat makcik Aminah dimana-mana. Setelah mencarinya dari ruang keruang flat lima bilik itu, saya ketemui makcik Aminah terperuk didalam kamar stor berkemban...menutup muka dengan tanganya, menanggis ketakutan dan memeluk erat tubuh saya, sampai saya dapat rasakan getaran tanganya.

Setelah malam itu makcik Aminah pulang ke rumah ibubapanya dan engan kembali kerumah kami. Ayah cuba memujuknya tetapi tiada membuahkan kesan, sehingga ayah tidak ada pilihan terpaksa menjual rumah kami dan berpindah kekawasan Queenstown...barulah makcik Aminah setuju untuk kembali semmula.Kini saya telah berkeluarga sendiri dan berpindah bersama suami saya.

Menyingkap kembali tentang apa yang telah terjadi pada malam terakhir makcik Aminah dirumah kami, saya diberitahu ketika dia sedang mandi dibilik air ada orang mengetuk-getuk pintu bilik air dengan kuat buat beberapa ketika yang agak lama. Menyakan saya yang mengetuk, makcik Aminah segera mengenakan kain dan membuka pintu...dia melihat kelibat baru sahaja keluar dari bilik, Dengan memanggil nama saya dia mengejar kelibat itu hingga keruang tamu....pada ketika itulah lampu didalam rumah semua terpadam dengan semena-mena dan lembaga itu berhenti lalu berpaling kearah makcik Aminah. Menuruknya... lembaga itu yang bercahaya putih didalam suasan gelap dengan rambut mengelurai panjang, seolah-olah terapong-apong dan megeluarkan suara garau yang sangat menyeramkan. Makcik Aminah menjadi sangat gerun.. cuba menyalakan lampu tetapi tidak berjaya, dalam ketakutan yang amat sangat makcik Aminah menyapai telefon bimbitnya lalu bersembunyi didalam bilik stor...lembaga itu terus mencakar-cakar dengan suara yang mngerikan.

Bagi saya ....tidak mungkin ibu yang telah menggangu kami selama ini, kerana pernah saya mendengar cerita, ada seorang wanita cina telah lompat bunuh diri dan jatuh betul-betul dihadapan rumah saya. Ada juga cerita dari mak Long saya... bercerita bahawa ayah telah berkenalan dengan ibu saya yang datang dari keluarga berada, kerana sangat mencintai ayah lalu ibu sanggup mengingkari keluarganya yang tidak merestui perkawinan itu. Katanya ayah sudah berjanji kepada ibu, akan selalu setia bersama ibu hingga keakhir hayat..........Apa pun jua kemungkinanya saya sangat merindui ibu hingga kehari ini dan selalu berdoa agar rohnya senantiasa dicucuri rahmat tuhan....Tamat


Kiriman: Siti Fauziah

Cerita Seram Singapura 

Koleksi Cerita Seram - Whazzup-U.com 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam