Sabtu, 21 April 2012

Satu malam dibilik hotel



Dunia Seram   Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku pada Disember 1988, hari terakhir percutian kami sekeluarga.  Kami singgah dibandar Melaka dalam perjalanan pulang selepas bercuti empat hari di Kuala Lumpur.  Kami menginap disebuah hotel di ibukota Melaka.  Selepas berehat. kami empat beranak dan seorang anak saudara isteri saya, pergi ke bandar hilir untuk membeli belah dan melihat lihat pemandangan pusat bandar Melaka yang yang bersejarah itu.  Kami pulang ke hotel sekitar 8 malam kerana suasana bandar MElaka telahpun sunyi.  Oleh kerana keletihan, anak perempuan kami yang ketika itu berusia dua tahun, terus tidur.  Isteri, anak saya dan anak saudara kami berbual bual sambil menonton televisyen.  Sekitar 11 malam, mereka semua tidur, sementara saya membaca akhbar.  Televisyen tidak saya matikan.

  Sekitar pukul 12.15 malam, ketika saya sedang menonton televisyen, tiba-tiba dari bilik air saya mendengar seperti ada orang mandi.  Bunyi curahan air dan paip air mengalir dalam air jelas kedengaran.  Saya tidak pedulikan kerana mulanya saya sangka mungkin orang bilik sebelah yang bermandi tengah malam.  Tetapi bunyi curahan air orang mandi terus didengar.  Saya macam tidak percaya, dan mula merasa seram.  Untuk menghilangkan rasa takut, saya terus membaca ayat-ayat suci al-Quran.  Saya juga tidak berani untuk memeriksa sekiranya betul-betul ada orang didalam bilik air.

  Saya tidak kejutkan isteri saya kerana tidak mahu dia merasa takut.  Mujur beliau dan anak kecil kami juga tidak bangun.  Bunyi orang mandi itu hilang selepas 10 minit.  Saya teruskan jugak membaca ayat-ayat suci untuk menjauhkan daripada gangguan lain selanjutnya.  Kemudian saya cuba melelapkan mata tetapi tidak dapat tidur semalaman itu sehinggalah pagi.  Saya tidak menceritakan kejadian yang saya alami itu pada isteri dan anak anak saya sehingga beberapa hari selepas pulang ke Singapura.


Dipetik Dari

Koleksi Cerita Seram - Whazzup-U.com

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam