Rabu, 5 September 2012

Kisah Misteri - Gua Mirip Wajah Manusia


Dunia Seram - Sebuah gua berbentuk tengkorak manusia telah dijumpai dan ramai penyelam yang telah mati di situ akibat banyak sebab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Huzaifah Al-Selangori
Seram! Misteri Gua Mirip Wajah Manusia | Beranikah anda memasuki gua pelik mirip tengkorak manusia? Gua di kuari Hodge Close ini dikatakan gua ngeri di Britain. Sinonim dengan rupa dan bentuknya, gua pelik di tasik kuari terbengkalai berhampiran Coniston, Cumbria, juga dipercayai berbahaya kerana telah menelan nyawa beberapa penyelam.


Kolam tersebut mencapai kedalaman 25 meter dan mempunyai terowong sepanjang dua meter persegi. Tempat pelik yang popular di kalangan penyelam itu difahamkan menelan sekurang-kurangnya tiga nyawa sehingga tahun lalu.


Jurugambar, Peter Bardsley memberitahu, mangsa-mangsa yang terbunuh di situ menemui ajal di dalam terowong yang dipenuhi air selain menyebabkan mereka terjgelincir ke bawah. “Saya hanya sedar rekfleksi imej tengkorak ini sewaktu menghasilkan gambar selepas pulang dari menyelam,” kata Bardsley.


Melayukini.net – Gua misteri mirip wajah tengkorak manusia itu hanya boleh dilihat jika tasik di hadapannya tenang dan membuat refleksi kepada bentuk gua tersebut. Ingatlah, tiada apa yang mudarat kecuali dizinkan oleh Allah. Berpeganglah pada akidah Islam dan janganlah takut sesuatu selain dari Allah. Bahaya tuh…


Sumber Dipetik Dari: Kedah2u | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Kisah Seram - Tengkorak Terbang Di Bukit Seri Alam


Dunia Seram - Ada sebuah kisah di mana terdapat ramai saksi terlihat kelibat tengkorak berterbangan di kawasan Seri Alam. Kemunculan makhluk ini telah menyebabkan ada yang memeluk agama Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Shah
Melayukini.net – Tengkorak Terbang Di Bukit Seri Alam | Siapa yang tidak gerun apabila melihat kelibat tengkorak yang dikatakan berterbangan di Bukit Seri Alam. Jangan kata terbang, jika kita terjumpa kepala tengkorak di atas tanah pun, mungkin kita akan berlari ketakutan. Cakap pasal tengkorak ada sebuah kisah di mana pada mulanya dia menyangka objek bulat yang terawang-awang di dalam semak, di atas bukit belakang rumah orang tuanya itu, hanya sehelai daun terap kering yang tersangkut pada sawang labah-labah.
Sebab itu, dia terus melangkah ke depan bersama dua rakannya, tanpa berfikir apa-apa yang pelik akan dihadapinya hari itu. Bagaimanapun apabila objek bulat itu didekatinya, peluh di badannya terus saja tersimbah.
Matanya tidak berkelip dan jantungnya pula bagaikan mahu gugur apabila terpandang objek bulat berwarna coklat kehitaman itu adalah tengkorak manusia. Paling mengerikan tengkorak itu pula terbang ke kiri ke kanan, seperti mahu menghalang perjalanannya, sambil asap mula keluar berkepul-kepul.
Ketika itu dia dan dua orang kawannya bercadang menyumpit monyet di atas bukit, terpaksa membatalkan hasrat mereka. Dalam sesaat itu juga mereka berlari susup-sasap pulang ke rumah.
Tidak cukup dengan gangguan tengkorak terbang, beberapa hari selepas itu dia diganggu pula dengan kehadiran seorang perempuan berbaju putih yang dilihatnya duduk di dahan pokok tinggi. Bukan dia saja yang melihatnya, malah dua rakannya juga terpandang perempuan berbaju putih berkilat di atas pokok itu.
Dua kisah itu adalah antara gangguan yang pernah berlaku di perkampungan Orang Asli Bukit Cahaya Seri Alam, di Shah Alam beberapa tahun lalu, sebelum berakhir apabila sebuah surau dibina di situ dan ramai pula penduduknya memeluk agama islam.
Cerita menyeramkan mengenai gangguan tengkorak berterbangan dan langsuir itu diceritakan sendiri oleh Ramli Hamid, 31, dalam kunjungan ke pekampungan Orang Asli bersempadan dengan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, baru-baru ini.
Ramli memberitahu, dia yakin tindakan sebahagian besar penduduk di situ memeluk Islam adalah antara punca sehingga kini makhluk halus tidak lagi muncul dan mengganggu.
“Walaupun kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu, saya tetap ingat dan apabila difikir-fikirkan,terasa betapa agung kebesaran Islam. Manakan tidak, apabila ramai orang kami memeluk Islam dan surau pula dibina di sini, gangguan itu tidak berlaku lagi !” katanya seperti lega.
Ketika menceritakan kejadian terserempak tengkorak manusia berterbangan di atas bukit di belakang rumah orang tuanya, Ramli memberitahu ketika itu dia bersama dua rakannya mendaki bukit pergi menyumpit.
“Kejadin itu berlaku ketika senja. Masa itu fikiran kami hanya ingatkan monyet yang mahu disumpit. Sebagai anak Orang Asli yang biasa dengan hutan, kami juga tidak pernah menyimpan rasa takut. Kalau takut pun hanyalah untuk berhati-hati kalau-kalau terserempak binatang buas seperti harimau,” beritahunya.
Bagaimanapun, hasrat menyumpit terbantut tiba-tiba apabila dia terpandang satu objek bulat macam sehelai daun terap kering. Ia bergantung-gantungan di atas bukit tempat dia dan kawan-kawannya mendaki.
“Apabila semakin dekat, apa yang saya sangkakan tenyata meleset. Selepas diamat-amati, barulah saya tahu objek bulat itu sememangnya tengkorak. Sudah tentu kami tergamam !” katanya.
Menurut Ramli, tengkorak itu kelihatan mengacah-acah ke arah dia dan kawan-kawannya beberapa kali seperti mahu menghalang mereka meneruskan perjalanan ke atas bukit. Ketika itu hari memang sudah senja dan keadaan pula mulai gelap.
Ramli pada mulanya merasakan dia seperti bermimpi, tetapi apabila dua kawannya yang lain juga memberitahu nampak tengkorak yang sama, dia terus berlari pulang. Dia diikuti kawan-kawannya. Mereka tidak menoleh ke belakang lagi kerana terlalu terkejut terpandang tengkorak terbang.
“Selepas kejadian itu kami bertiga demam seminggu. Saya tak tahu sebabnya. Bagaimanapun saya rasa mungkin juga sebab terkejut diganggu tengkorak terbang yang kami nampak di atas bukit itu,” katanya.
Kejadian itu menurut Ramli memang dilihatnya sendiri dan bukan diceritakan berdasarkan fantasi. Bagaimanapun, dua rakannya yang turut sama melihat gangguan tengkorak itu tiada di perkampungan itu. Mereka belum pulang bekerja.
Gangguan yang pernah berlaku, menurut Ramli lagi tidak berakhir di situ. Tidak cukup dengan gangguan tengkorak terbang, beberapa hari selepas itu Ramli mengalami gangguan yang lain pula.
Ketika itu, Ramli dan kawan-kawannya dalam perjalanan pulang dari kedai, kira-kira pukul 11.00 malam. Mereka berjalan kaki, menyusur jalan berbukit sebelum sampai ke perkampungan Orang Asli yang sebelum itu dikenali dengan nama Kampung Orang Asli Air Kuning.
“Pada masa mula-mula mendaki jalan bukit yang di kelilingnya penuh hutan, saya dah rasa hati berdebar-debar. Saya buat tak kisah, sambil itu berjalan terus untuk pulang ke rumah.
“Tapi ketika tiba berdekatan tangki air, bulu roma saya tiba-tiba menegak sebaik saja hidung mula terhidu bau wangi pada sebelah malam kata orang tua-tua, biasanya menandakan ada makhluk halus tidak jauh dari kawasan itu.
“Saya kuatkan hati supaya tidak takut. Tapi kawan-kawan saya di sebelah mula saling berpandangan. Mungkin mereka juga terhidu bau wangi itu. Belum sempat kami bertanya atau bercakap apa-apa, saya terpandang satu lembaga wanita berbaju putih labuh di atas pucuk pokok yang tinggi,” katanya.
Serentak itu, tambah Ramli,kawan-kawannya mencuit tangan masing-masing. Ramli memang nampak wanita itu duduk sambil tubuhnya terhayun-hayun setiap kali dahan pokok itu ditiup angin.
“Tidak lama selepas itu kami terdengar bunyi perempuan ketawa dan mengilai. Memang bunyi itu datangnya dari arah wanita di dahan pokok yang tinggi itu. Kami tercegat ketakutan. Tapi masih juga melihat wanita berbaju putih di atas pokok itu,” katanya.
Pada masa itu, kata Ramli, dia teringat kata-kata orang tua-tua di perkampungan Orang Asli itu. Wanita berbaju putih yang sering duduk di dahan pokok tinggi dan mengilai itu adalah langsuir.
“Dalam gelap malam, kami berlari laju mahu sampai segera ke rumah masing-masing. Teringat pada perempuan berbaju putih itu, kami teringat pula pada tengkorak terbang di kampung kami sebelumnya,” kata Ramli lagi.
Apabila tiba di rumah, badannya terus sahaja menggigil dan beberapa hari pula dia diserang demam lagi kerana terkejut.
Menurut Ramli, dia terdengar orang tua-tua kampung itu berpendapat, gangguan yang berlaku mungkin berpunca daripada kuasa halus yang meracau dan bebas lepas, terutama apabila ada kubur lama di perkampungan itu dikatakan diceroboh pihak tertentu sebelum itu.
Selepas itu, dua tiga kali lagi dia dan kawan-kawannya terserempak dengan gangguan yang sama, terutama daripada tengkorak yang dilihatnya sering terbang di kawasan berbukit tidak jauh di belakang rumahnya.
Hanya apabila ramai Orang Asli di kampung itu memeluk agama Islam beberapa tahun lalu, barulah Ramli dan kawan-kawannya perasan gangguan langsuir dan terngkorak berterbangan itu tidak lagi berlaku.
“Apabila surau mula dibina di sini, saya dan kawan-kawan rasa banyak sangat perubahan yang berlaku. Gangguan yang pelik-pelik semakin tiada. Kami tidak lagi melihat tengkorak berterbangan ataupun langsuir duduk di dahan pokok tinggi,” katanya.
Bagaimanapun, satu hal yang Ramli percaya hingga kini ialah dengan pembinaan surau di kampung itu memberi rahmat yang cukup besar kepada penduduk Orang Asli di situ.
“Setiap kali azan kedengaran dari surau, kami rasa kampung ini nyaman dan tidak diganggu makhluk halus lagi. Saya percaya makhluk halus tidak berani mengganggu lagi kerana perkampungan ini ada surau dan sering kedengaran azan setiap kali masuk waktu sembahyang,” tambahnya.
Tuk Batin perkampungan itu, Mat Shah Abdullah, juga mengesahkan ada anak buahnya memberitahu gangguan yang dihadapi termasuk gangguan tengkorak berterbangan seperti dialami Ramli.
“Saya belum pernah terserempak, tapi memang anak buah saya ada mengadu mereka melihat sendiri tengkorak dan langsuir yang diceritakan itu. Apa yang diceritakan Ramli itu pernah juga diceritakan kepada saya,” katanya.
Bagaimanapun, seperti Ramli, Mat Shah juga percaya gangguan makhluk halus itu mula hilang apabila penduduk di situ semakin ramai memeluk Islam dan selepas sebuah surau dibina untuk kegunaan mereka beibadat.
Kini Mat Shah dan Ramli yang berkerja sebagai Pembantu Am di Masjid Negeri Shah Alam, bersyukur kerana kampung mereka semakin aman.
Namun Mat Shah sentiasa memastikan anak-anak buahnya tidak bercakap besar selepas beberapa tahun tidak lagi terserempak gangguan tengkorak dan langsuir yang menakutkan itu.
“Sebagai orang Islam kita kena percaya pada Allah Taala. Bagaimanapun, jangan sampai lupa diri dan sering pula bercakap besar kerana Allah Taala boleh menguji kita bila-bila masa sahaja,” katanya.
Mat Shah yakin perkampungan yang mereka duduki itu bukan sahaja akan lenyap daripada segala gangguan atau cerita-cerita misteri makhluk halus, tetapi turut akan terus maju tidak lama lagi.
Malah beliau tidak segan-segan bercerita mengenai cadangan kerajaan untuk memajukan tanah perkampungan Orang Asli itu tidak lama lagi.
Dengan cadangan pembangunan yang telah dirancang kesemua penduduk Orang Asli di situ akan memiliki rumah yang dikatakan setaraf reka bentuk dan nilainya dengan rumah banglo, milik orang berada.
“Saya dengar rumah yang akan diberikan kepada kami itu bernilai lebih RM200,000,” kata Mat Shah sambil tersenyum memberi makna berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa memberi perhatian pada nasib Orang Asli Selangor (HAK).
Melayukini.net - Apabila bercakap mengenai soal ghaib ini mungkin ramai yang sukar untuk mempercayainya. Namun hakikatnya yang benar benda makhluk halus atau ghaib ini memang benar wujud iaitu syaitan yang cuba untuk menakut-nakutkan kita sehingga kita boleh hilang kepercayaan akidah.
Sumber Dipetik Dari: Kedah 2u | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Cerita Hantu - Gangguan pontianak, buaya di Lubuk Cawan

Oleh Nuri Angkasa












Dunia Seram - DUA jam menongkah arus, mereka masih belum tiba di Lubuk Cawan. Sepatutnya mereka sudah berada di lokasi berkenaan.
DUA jam menongkah arus, mereka masih belum tiba di Lubuk Cawan. Sepatutnya mereka sudah berada di lokasi berkenaan.

Malah mereka sepatutnya sudah mula mendaratkan udang galah bersepit biru atau ikan baung bermisai panjang di situ, cerita Nathan kepada penulis sebaik bertemu dengannya di warung Rajis di pekan kecil Lubuk Paku dekat Maran, Pahang, baru-baru ini.

Nathan yang dibesarkan dalam perkampungan Melayu dikenali namanya sebagai Nathan. Dia fasih bercakap Melayu dan berkawan dengan masyarakat Melayu serta mengamalkan budaya Melayu.

Menceritakan pengalaman mencari Lubuk Cawan yang hilang ketika turun memancing di hulu sungai Pahang beberapa tahun lalu, Nathan masih terngiang-ngiang suara halus nyaring mengilai ketika melalui kawasan yang dianggap keras itu. Tetapi Panjang Andak yang berdarah keturunan Orang Asli, terkenal dengan berani malah sanggup bertindak dalam apa jua keadaan jika tercabar.

Saat-saat yang melahirkan misteri yang masih kekal tersimpan dalam ingatan mereka ialah pertarungan Panjang Andak dengan seekor buaya besar yang kononnya cuba menghalang perjalanan mereka ke Lubuk Cawan.

Pertarungan yang menakutkan itu mengambil masa hampir dua jam tetapi ternyata Panjang Andak terus memeluk badan buaya yang sentiasa membawanya ke dasar sungai.

Tanpa menggunakan sebarang senjata, Panjang Andak timbul di permukaan sungai seorang diri lalu naik semula dalam sampan sambil membuang bajunya yang sudah koyak rabak ketika bergelut dengan buaya.

“Kami berpandangan dengan dua rakan pancing yang lain,” cerita Nathan sambil menggeleng kepala mengingati peristiwa berani dan cemas itu.

Panjang Andak tidak bercakap selepas peristiwa itu hampir 30 minit. Namun perjalanan ke hulu Sungai Pahang diteruskan. Hari sudah hampir senja. Keadaan sepanjang sungai yang sudah mengecil itu bagaikan ada bola mata yang memerhatikan mereka.

Mereka mula rasa takut, tetapi Panjang Andak sesekali bercakap dalam bahasa yang luar biasa. Tidak pernah mereka dengar cuma sesekali ada terdengar bunyi bahasa Orang Asli tulen.
Malam itu mereka terus mencari Lubuk Cawan menggunakan lampu suluh berkuasa tinggi. “Mungkin tak jumpa lubuk tu,” Panjang Andak tiba-tiba bersuara.

“Kenapa Njang,” tanya Karim yang masih dalam ketakutan.

Lama Panjang Andak tidak menjawab. Ada sesuatu yang difikirkan. Mereka yang lain pun tidak mengulang tanya. Suasana menjadi sepi semula. Sesekali terdengar kocak air yang kuat dari tebing sungai sambil mencelah bunyi suara-suara yang berbagai dan tiupan angin yang bukan kehendak alam.

Panjang Andak tiba-tiba bercakap semula dalam bahasa luar biasa. Kali ini ada nada bunyi marah. Berlaku hilai ketawa yang menyeramkan dari tebing sungai.

Sambil itu suara Panjang Andak bertambah kuat sambil menumbuk kedua-dua belah pahanya. Sampan bagaikan bergegar malah hampir tidak stabil tetapi masih selamat.

Lembaga berpakaian putih berterbangan mengelilingi mereka sambil mengilai ketawa yang menakutkan. Tetapi sepantas itu entah bagaimana Panjang Andak melontar satu benda dan mengena lembaga berkenaan lalu menghilangkan diri dengan jeritan paling dahsyat.

“Kita balik aje,” Panjang Andak mengarah dan sampan yang dipandu itu berpatah balik.

“Lubuk Cawan tak benarkan kita ke sana, bahaya!,” celah Panjang Andak.

Mereka pulang dengan seribu tanda tanya. Bagaimana Panjang Andak tahu segala rahsia sedangkan lubuk itu tidak ditemui. Nathan menamatkan cerita misteri berkenaan sambil mendakwa Panjang Andak ada keistimewaan yang diwarisi daripada ayahnya Batin Pandak Long.

Peristiwa Panjang Andak bertarung dengan buaya dan menentang pontianak ketika dalam perjalanan ke Lubuk Cawan menjadi peristiwa yang tidak akan dilupakan sampai akhir hayat. Penulis yang bertemu Nathan di warung Rajis terpegun dengan satu misteri yang terlalu sukar dipercayai. Misteri tetap misteri, setiap yang berlaku di luar kawalan kita sebagai manusia yang paling berkuasa di alam ini hanya Allah.


Sumber Dipetik Dari: http://joran.bharian.com.my/

Kisah Misteri - Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia


Dunia Seram - Rumah hantu merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tempat pengunjung untuk mencuba pengalaman yang menyeramkan. Terdapat sebuah rumah hantu yang paling seram dan ia terletak di negara Jepun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Shah


 
Melayukini.net – Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia | Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.
Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.
Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.
Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu. Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut :








Melayukini.net - Fuh sungguh menakutkan dan agak menyeramkan jika kita masuk ke dalam rumah hantu ini. Memang sangat berbeza dengan rumah hantu yang terdapat di Malaysia ini kerana ia memang sudah menyediakan jalan keluar untuk memudahkan pengunjung mencari jalan keluar.

Sumber Dipetik Dari: Tak Mungkin Benar | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Cerita Seram - Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong

Dunia Seram - Pasaraya TESCO di Mergong Kedah dikatakan panas dan berhantu kerana bayi sering sahaja menangis apabila masuk ke premis pasaraya tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Huzaifah Al-Selangori
Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong | Mak mertua penulis ada mengatakan yang Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Terima kasih kepada Kedah2U, akhirnya penulis menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu.


Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.
Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerja TESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam.
Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang dia sering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejuk apabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.





 

Melayukini.net – Percaya tentang adanya makhluk ghaib merupakan salah satu dari rukun iman. Tetapi takutkan makhluk ghaib ini lebih dari takutkan Allah boleh jatuh hukum syirik. Semoga kita semua terselamat dan terpelihara dari dosa syirik. Tiada yang boleh memudaratkan kecuali hanya dengan izin Allah.

Sumber Dipetik Dari: Kedah 2U | Layari Kisah Seram Informasi Melayu Kini