Selasa, 15 Julai 2014

Kisah Seram - Siapa Penumpang Teksi Aku Ni???

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQMyaTrqT2BS-wgcX92ce2_vSUgKd3Z0nn1sqt2fN-wvIrMfcWA

Dunia Seram - Kisah ini bukan terjadi kepada saya tetapi kepada kenalan saya yang dah saya anggap macam ahli keluarga sendiri. Kisah ini terjadi dua tahun yang lalu dan isteri sayalah yang menceritakannya pada saya. Untuk mendapatkan kepastian, saya bertanya sendiri kepada tuan punya badan, iaitu kenalan rapat kami yang bernama Bart dan beliau telah mengesahkannya.
Begini perbualan kami:

“Bart, aku dengar kau sakit, demam hari tu, kenapa?"

“Sakit sikit je...” jawabnya ringkas.

Tak puas hati, saya pun bertanya lagi, “Umm… sikit? Macamana boleh demam ni? Lain macam je ni..."



“Memang... Demam pasal hari tulah…”

Tanya saya lagi, “Hari tu? Hari apa pulak sampai kau boleh demam ni? Isteri aku cakap kau tersampuk… Betul ke ni?”

Bart berkata, “Ni lagi teruk dari tersampuk..." lalu Bart bercerita dan inilah ceritanya...

“Aku pandu teksi sampai malam, macam selalu. Hari tu pulak aku pandu dekat kawasan Bedok Reservoir yang dekat dengan pasaraya Sheng Siong. Masa tu dah dekat pukul 11:30 malam. Tengah pandu, ada seorang perempuan muda tahan teksi aku..."

Saya pun bertanya, “Perempuan muda? Melayu ke Cina?"

Bart menjawab, “Aku agak dalam awal 20an tahun. Kulit dia cerah, sekali imbas macam orang Melayu tapi aku tak berapa cam muka dia pasal kawasan situ gelap sikit...”

Bart pun sambung ceritanya, “Aku pun berhentikan teksi, turunkan tingkap pintu depan (penumpang) dan bertanya, 'Where to, miss?' Perempuan yu tak menjawab tapi buka pintu belakang teksi dan terus duduk, kepala tersandar dekat cermin pintu. Aku pun naikkan tingkap pintu depan (penumpang) dan tanya sekali lagi, 'Where do you want me to send you?” Perempuan tu menjawab dengan suara yang lemah lembut. 'Abang tolong hantarkan saya ke Sengkang...'

Bart berkata pada saya, “Macam selalu, aku suka berborak dengan penumpang, tak kira bangsa jadi pandu teksi tak bosan. Kau tau Min, bayangkan budak muda, suara lemah lembut, orang Melayu, dapat berbual lagi. Tak syok ke?"

Saya mencelah, “Itu yang kau mula layan tu..." Bart sambung, “Aku layan berbual aje… Banyaklah yang kita perbualkan. Sampailah dekat Tampines tu, yang dekat dengan Politeknik Temasek tu, tiba-tiba ada motorsikal pintas teksi aku...”

Saya sampuk lagi, “Habis tu... Kau langgar motor tu?”

Bart menjawab, “Tak lah... Tapi aku pun apalagi, membebel pasal bahayanya menunggang motor macam tu. Perempuan tu cakap, dia pun naik motor tapi tumpang aje, tunang dia yang bawak motor tu... Aku pun nasihatkan dialah bahayanya naik motor ini lebih-lebih lagi darah muda, selalu nak bawak laju aje. Lagipun motor ni tak ada perlindungan, kalau kemalangan pasti teruk punya kes... Perempuan tu diam aje tak bersuara… sampailah dekat dengan satu lampu trafik, kau tau apa dia cakap Min? Ada ke dia cakap macam ni:

'Kat sini lah saya kemalangan...'

Bart menjawab pada perempuan itu: “Kemalangan??? Dengan tunang awak? Bila...?"

Perempuan itu bersuara dengan sayu, “Dengan tunang… Baru-baru ni... Dia hantar balik rumah pat Sengkang..."

Bart berkata sambil memandang cermin kereta, “Habis tu macam mana? Tak apa-apa? Dah buat laporan?”

Perempuan itu berkata dengan nada yang sedih dan sayu, “DUA-DUA HABIS…”
Bart kata dia terus terdiam… Tak berani hendak memandang cermin kereta. Badan dah rasa lain macam dan tertanya dalam hati, “Kalau DUA-DUA HABIS…M aknanya MATI... Habis tu siapa si perempuan kat belakang ni…???" Perasaan takut sudah mula terasa... Seram sejuk satu badan. Bart meneruskan perjalanan memandu ke arah Sengkang. Keluar dari lebuhraya TPE membelok ke Sengkang, Bart menghentikan teksinya di satu simpang.

Dia terus keluar dari teksi dan membuka pintu belakang teksinya… Ternyata tidak ada seorang penumpang pun di tempat duduk belakang, yang ada cuma bau kapur barus. Bart tidak mempunyai cara lain melainkan bertawakal dan memandu teksinya terus ke rumah.
Sekian,

Keajaiban Habbatus Sauda – Khasiat Makanan Sunnah Rasulullah


  

Dunia Seram - SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi dan malam. Jarang sekali beliau terlupa untuk memakannya.
Bekerja sebagai pengamal media membuatkan rutin hidupnya sentiasa berdepan dengan tekanan. Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Malek diserang hipertensi.
Justeru, Abdul Malek berikhtiar merawat kesihatan dirinya. Selain mendapatkan rawatan di hospital, beliau turut menggunakan kaedah alternatif bagi mengawal penyakit yang dihidapnya.
Dalam tempoh dua minggu mengamalkan pengambilan habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa, Abdul Malek menyedari perubahan positif pada kesihatan dirinya.
“Saya mengambil dua biji kapsul habbatus sauda pada waktu pagi dan dua biji pada waktu petang.
“Apa yang menggembirakan, saya dapat menghidupkan salah satu daripada sunah Rasulullah SAW dalam aspek pemakanan,” ujar Abdul Malek, 46, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tidak lama selepas itu, beliau membuat keputusan meletak jawatan kerana mahu menimba ilmu di Syria. Berada di negara Asia Barat itu selama tiga tahun membuka peluang kepada Abdul Malek untuk mengenali tumbuhan habbatus sauda.
Di Syria, beliau mengunjungi sebuah ladang hijau yang subur dengan tumbuhan hababtus sauda di Hama.
Hama merupakan sebuah bandar di tebing Sungai Orontes yang terletak di bahagian tengah Syria atau 213 kilometer ke utara Damsyik.
Memiliki populasi kira-kira 700,000 orang, Hama merupakan bandar keempat terbesar di negara itu selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.
Rentetan daripada itu, Abdul Malek tidak teragak-agak untuk menjalankan perniagaan memasarkan produk berasaskan habbatus sauda ke Malaysia.
Niatnya semata-mata untuk mempromosikan produk dan amalan pemakanan yang mengikut sunah Rasulullah SAW.
“Melalui kerjasama dengan seorang sahabat di Syria, saya menubuhkan syarikat M Faisal Sdn. Bhd.
“Visi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk ini di samping menjadi peneraju penghasilan produk berkenaan,” jelas Abdul Malek sambil memaklumkan bahawa perkataan M itu merujuk kepada sahabatnya, Shaikh Markhzan Jalani selaku pengarah bersama syarikat itu.
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.
Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.
Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.
Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.
Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.
Makam Firaun
Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.
Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.
Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.
Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.
Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.
Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.
“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.
Lewatkan penuaan
Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.
“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.
“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.
“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.
Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.
“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.
“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.
“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.

Sumber : KOSMO

Cerita Hantu - Perempuan Baju Hitam Depan Pintu




Dunia Seram - Dari kecik I nie sering nampak2. Tu pasal lah nyai I cakap time I kecik2 dulu asyik sakit jer.

Paling latest I ternampak secara vivid bila nak gi rumah parents I. Rumah parents I point block kat Mei Ling Street....lift kat sebelah pintu jer. Lift sekarang kan ada glass kat pintu jadi bleh tengok keluar.

Parents I tinggal di tingkat 14. Bila lift tu sampai jer, I nampak ada perempuan pakai baju hitam berdiri depan pintu, separuh badan kebawah diselindungi potted plants yang disimpan ayah I sebagai hobi. Muka tak nampak pasal badan dia berpaling senget ke arah pintu.

I ingatkan my sister pasal earlier bila I call she takde rumah. So I tot dia sampai rumah sama timing dengan I. I punya orang suka kacau adik beradik so I dah bersedia nak sergah ler.....

Pintu bukak jer, dah takde...so I tot cepatnya dia masuk rumah. Bila I keluar lift, pintu rumah parents I tertutup....tak dengar pun pintu tutup tadi. Pada pendapat I macam sekelip mata gitu.

So I ketuk ler pintu bertalu-talu. Adik I yang bongsu tengok I terpinga-pinga so tanya kenapa. I tanya balik if my other sis dah balik. Dia kata 'dah dari tadi'.

Ler.......

I pun story kat my family what I saw. My brother kata mungkin my shadow from the lift glass. At first I tot maybe jugak pasal I pun pakai baju hitam. Tapi bila ingat balik yang orang berdiri tu rambut dia lepas bahu. I pun lepas bahu tapi I ikat rambut I hari tu. And baju I hitam ada bunga2. Yang I nampak hitam semua. I pun tak tau apasal I tot it was my sister pasal rambut dia pendek. Pelik!

Sapa ya yang berdiri kat pintu tu?

Berburu Piramida Nusantara

gunung-sadahurip--garut-_300_225


 

Dunia Seram - Mentari nyaris berada di atas ubun-ubun, saat empat mobil menepi di pinggiran Jalan Raya Soreang-Cipatik, medio Februari 2011. Siang itu, Kampung Badaraksa yang terletak di lereng bukit, kedatangan tamu.
Rombongan itu menyusuri  jalan kecil mendaki di tengah pemukiman penduduk, hendak menuju ke atas puncak Gunung Lalakon, yang terletak di Desa Jelegong, Kecamatan Kotawaringin, Kabupaten Bandung.
Dari Kampung Badaraksa yang berada di ketinggian sekitar 720 m di atas permukaan laut, mereka bergegas naik memutari bukit dari bagian selatan ke barat.
gunung-sadahurip--garut1-_300_225Sambil membawa berbagai peralatan dan beberapa gulungan besar kabel, rombongan membelah hutan gunung. Derap langkah kaki mereka seolah berkejaran dengan ritme suara jengkerik, dan tonggeret di kanan-kiri.
Tim yang terdiri dari sekelompok pemuda dan para peneliti itu, akhirnya sampai di puncak setinggi 988 meter dari permukaan laut.
Kabel direntang. Tim mulai memasang alat geolistrik yang mereka bawa. Sebanyak 56 sensor yang dipasangi altimeter (alat pengukur ketinggian) diuntai dari puncak bukit ke bawah lereng, masing-masing berjarak lima meter, dicatu oleh dua aki listrik.
Alat-alat itu berfungsi mendeteksi tingkat resistivitas batuan, dan bisa digunakan menganalisa struktur kepadatan batuan hingga ratusan meter ke bawah.  “Tujuan kami saat itu mengetahui apakah ada bangunan tersembunyi di dalam gunung,” kata Agung Bimo Sutedjo, kepada VIVAnews, di Jakarta, Selasa, 15 Februari 2011.
***
gunung-lalakon--bandung-_300_225Agung adalah Pendiri Yayasan Turangga Seta, organisasi yang punya hajat penelitian di gunung itu. Bak tokoh fiksi Indiana Jones, awak Turangga Seta memang punya kegemaran memburu jejak sejarah. Bukan atas hasrat memiliki, tapi mengungkap kegemilangan sejarah nenek moyang di masa lalu.
Komunitas itu berdiri sekitar 2004, digawangi oleh sekelompok profesional di berbagai bidang. Ada pengajar, kontraktor bangunan, pegawai negeri sipil, karyawan perusahaan swasta, juga mahasiswa. Beberapa di antara mereka punya kepekaan lebih terhadap kehadiran gaib, atau istilah keren mereka:parallel existence.
“Kami ini semua anak-anak MIT. Bukan Masachussetts Institute of Technology, tapi Menyan Institute of Technology,” kata anggota Turangga Seta Hery Trikoyo, bergurau. Sebab, dalam melakukan perburuan terhadap situs sejarah, kadang mereka mendapat sokongan informasi lokasi dari ‘informan tak kasatmata’.
Namun, karena dasarnya mereka adalah anak-anak yang mengenyam pendidikan tinggi, dorongan mereka membuktikan informasi tersebut, mengalir deras. Tak jarang para ‘arkeolog partikelir’ ini keluar malam-malam usai jam kerja, untuk menggali sebuah tempat demi membuktikan kebenaran hipotesa mereka.
Setelah mereka menemukan benda sejarah yang mereka maksud, lalu mereka menimbunnya kembali, tanpa diketahui oleh masyarakat umum. “Kami khawatir bila diketahui banyak orang, malah diambil atau dicuri,” kata Agung.
Kali ini, kedatangan mereka ke Gunung Lalakon dalam rangka membuktikan teori mereka, bahwa ada sejumlah piramid di Indonesia. Salah satu informasi awal didapatkan dari tafsiran mereka terhadap relief Candi Penataran.
Turangga Seta percaya bahwa kebudayaan Nusantara lebih tua daripada Kebudayaan Sumeria, Mesir, atau Maya. Mereka haqul yakin Indonesia memiliki situs candi atau piramida yang lebih banyak dan lebih megah dari peradaban Mesir dan Maya.
“Ada ratusan piramida di Indonesia, dan tingginya tak kalah dari piramida Giza di Mesir yang cuma 140-an meter,” kata Agung. Meski masih harus diuji secara ilmiah, pandangan Agung senada dengan teori Profesor Arysio Santos, yang menyebutkan Indonesia adalah peradaban Atlantis yang hilang. (Baca juga: Nusantara Memendam Atlantis?)
Keyakinan ini tentu saja membuat banyak orang mengernyitkan dahi.  Turangga Seta sempat mem-postkeyakinan mereka ihwal keberadaan piramida di Indonesia di sebuah forum online. lengkap dengan foto-fotonya. Hasilnya, mereka menuai cemoohan dan tertawaan. “Nanti, kalau semuanya terbukti, mereka tak bisa lagi tertawa,” kata Agung berapi-api.
***
Agung mungkin sedang sesumbar. Tapi, bisa juga tidak. Usai pengujian geolistrik di Gunung Lalakon, para peneliti yang datang bersama Agung cs. terbengong-bengong. Mereka bukan sembarang peneliti. Mereka adalah peneliti papan atas. Beberapa adalah pakar geolog ternama, yang kredibilitasnya tak diragukan. Tapi karena datang atas nama pribadi, kehadiran mereka di sana tak mau diungkap.
Setidaknya, kekaguman mereka sempat diabadikan dalam sebuah rekaman video milik tim Turangga Seta yang disaksikan VIVAnews. “Selama ini saya tidak pernah menemukan struktur subsurface seperti ini. Iniunnatural (tidak alamiah - red),” kata pakar geologi yang wajahnya sering terlihat di berbagai stasiun TV itu.
Lazimnya, sebuah lapisan tanah atau lapisan batuan akan menyebar merata secara menyamping atau horisontal. Tapi hasil uji geolistrik menyatakan terdapat semacam struktur bangunan yang memiliki bentuk seperti piramida, dan di atasnya terdapat lapisan batuan tufa dan breksi dengan pola selang-seling secara bergantian.
Pola batuan tufa dan breksi ini berulang secara melintang bukan mendatar, dengan kemiringan sama. “Seolah-olah piramida ini diuruk dan dibronjong secara sengaja, agar tak longsor,” kata Hery, yang berprofesi sebagai konsultan kontraktor bangunan.
Dalam lanjutan rekaman video berikutnya, pakar geologi tadi menunjuk sebuah bentukan berwarna biru. Dalam hasil uji geolistrik, warna biru menandakan sebuah tempat yang punya resistivitas paling rendah.  “Ini mungkin semacam rongga yang bisa berisi air atau tanah lempung,” pakar geologi itu menerangkan. Bentukan tadi menyerupai semacam pintu.
Yang jelas, pakar geologi itu melanjutkan, kemungkinan besar temuan itu adalah struktur buatan manusia, karena proses alamiah sepertinya tak mungkin menghasilkan pola batuan semacam itu. “Ini jelas man-made,” kata dia.
VIVAnews sempat mengkonfirmasi salah satu pakar geologi yang turut dalam penelitian ke Gunung Lalakon bersama tim Turangga Seta. Awalnya ia menampik, dan mengatakan tak tahu-menahu keberadaan struktur bangunan mirip piramida di bawah Gunung Lalakon. Tapi belakangan secara tersirat ia mengakui hal itu.
“Saya no comment,” kata geolog kawakan Andang Bachtiar kepada VIVAnews, Rabu, 23 Februari 2011. Lebih jauh, mantan Ketua Ikatan Ahli Geologi Indonesia (IAGI) itu mengatakan hasil analisis itu masih belum bisa menyimpulkan apa-apa. Masih banyak hal yang perlu dibuktikan, kata Andang.
Tapi Andang kemudian mengaku, selain ke Gunung Lalakon di Bandung, juga ia mendampingi tim Turangga Seta menguji bukit serupa di daerah Sukahurip, Pengatikan, Kabupaten Garut, Jawa Barat.
Menurut Agung, timnya sudah melakukan pengujian geolistrik dan uji seismik di 18 titik di beberapa tempat di Indonesia. Di Bandung dan di Garut, mereka mendapat hasil kurang lebih sama. Semua serupa: indikasi adanya sebuah struktur bangunan yang mirip piramida di bawah bukit.
Bedanya, di bukit-piramida di Garut tak dijumpai adanya rongga seperti pintu, seperti halnya di Bandung. “Mungkin karena kami hanya mengujinya di salah satu bagian lereng bukit saja,” kata Hery Trikoyo.  Sayang, Turangga Seta masih menutup rapat hasil uji mereka di tempat lainnya.
***
Turangga Seta mengklaim masih ada ratusan piramida lain yang tersebar di seluruh Indonesia. Salah satu pentolan Turangga Seta lainnya, Timmy Hartadi, dalam laman Facebook mereka mengatakan bahwa piramida-piramida itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. (Lihat Infografik)
Klaim penemuan sebuah piramida tersembunyi di dalam bukit, tak hanya terjadi di Indonesia. Klaim ini juga sempat muncul di Bosnia. Pada 2006, seorang pengarang bernama Semir Osmanagic mengklaim penemuan ini, dan sempat mengatakan mereka menemukan piramida tersembunyi di bukit Visocica, kota Visoko, yang terletak di barat laut Sarajevo.
Osmanagic mengatakan penggalian piramida itu melibatkan arkeolog dari Australia, Austria, Irlandia, Skotlandia dan Slovenia. Namun, beberapa arkeolog yang disebut Osmanagic menolak klaim tersebut.
Seperti dikutip dari situs Archaeology.org, arkeolog dari Kanada yang disebut Osmanagic, Chris Mundigler mengaku tak pernah mendukung atau setuju bekerja di proyek tersebut. "Skema ini adalah sebuah kebohongan keji terhadap masyarakat awam, dan tak akan pernah mendapat tempat di dunia ilmu pengetahuan," kata pernyataan resmi dari Asosiasi Arkeolog Eropa.
Bagaimana dengan klaim piramid di Bandung dan di Garut?
gunung-sadahurip-garut--credit--turangga-seta-Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung maupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramida. Mereka memiliki empat sisi yang nyaris simetris.
“Bentuknya kok begitu simetris ya? Lancipnya sangat simetris,” ujar arkeolog senior Profesor Edi Sedyawati, saat dijumpai VIVAnews di kediamannya di Jakarta, Rabu, 23 Februari 2011.
Namun, kata Edi, klaim dan hasil uji geolistrik masih belum cukup untuk mendapatkan kesimpulan akhir.  Langkah selanjutnya adalah penggalian percobaan pengambilan sampel dengan memuat sebuah test bed untuk mengetahui apa benar ada indikasi lapisan-lapisan budaya dan ada bekas-bekas perbuatan manusia atau tidak.
“Tapi ini harus betul-betul penggalian arkeologi yang meminta izin kantor suaka purbakala dan melibatkan arkeolog, karena harus ada pertanggung jawaban dan laporan, dari mili ke mili (milimeter, red)," kata Edi Sedyawati.
Turangga Seta pun tengah mengusahakan izin pengambilan sampel tanah di Gunung Lalakon kepada Pemda Jawa Barat. “Kami hanya perlu menggali tanah di lokasi, selebar sekitar 3-4 meter dengan kedalaman sekitar 3 meter,” kata Agung.
***
batu-tapak--gunung-paseban--di-dekat-gunung-lalakon-bandungGunung Lalakon dikelilingi beberapa bukit lain seperti bukit Paseban, Pancir, Paninjoan, Pasir Malang. Di bukit Paseban ada tiga buah batu, yang dua di antaranya terdapat telapak kaki manusia dewasa, dan telapak kaki anak-anak.
Menurut Edi, bila benar batu telapak itu peninggalan sejarah, kemungkinan ini berasal dari zaman megalitikum. Batu telapak juga sudah dijumpai di tempat lain, seperti prasasti Ciaruteun, peninggalan Raja Purnawarman dari kerajaan Tarumanegara. “Cap telapak kaki biasanya diabadikan sebagai monumen mengenang pemimpin suatu daerah,” kata Edi.
Cap kaki juga erat kaitannya dengan konsep Triwikrama atau tiga langkah yang berkembang di masa itu. Saat itu, mereka percaya bila seseorang hendak naik ke dunia dewa-dewa, mereka harus menjejak dengan keras agar dapat melompat tinggi sekali.
Sementara itu, di Gunung Lalakon  juga terdapat beberapa situs batuan, seperti Batu Lawang, Batu Pabiasan, Batu Warung, Batu Pupuk, Batu Renges, Batu gajah, dan sebuah batu panjang yang terletak di atas puncak.
Menurut Abah Acu, tokoh masyarakat Kampung Badaraksa, secara filosofis, Gunung Lalakon adalah perlambang sebuah lakon dari kehidupan manusia. Batu-batu tadi merepresentasikan berbagai lakon atau profesi yang dipilih oleh manusia.
Namun, keberadaan batu-batu tadi kerap disalahgunakan. Banyak orang datang ke tempat batu di Gunung Lalakon mencari pesugihan. Bahkan, menurut Jujun, tokoh agama Islam di tempat itu, dulu banyak orang datang ke Batu Gajah mencari ilham judi buntut. “Banyak pula yang berhasil menang,” kata Jujun.
Jujun menerangkan, di Gunung Lalakon secara rutin juga digelar acara ritual tolak bala, yakni dengan membuat nasi tumpeng kemudian dibagikan dan dimakan oleh penduduk. “Acara ini diadakan setiap tahun, biasanya setiap tanggal 1 Syuro.”
Berbeda dengan tradisi di Gunung Lalakon, masyarakat di sekitar Gunung Sadahurip relatif lebih ‘modern’. Menurut Nanang, warga Kampung Cicapar Pasir, kampung terdekat Gunung Sadahurip, di sana tak ada tradisi tolak bala. Masyarakat sekitar juga tak terlalu peduli dengan mitos gunung itu di masa lalu.
***
Pakar sejarah dari Universitas Padjadjaran, Prof. Dr. Nina Herlina Lubis, mengatakan di Tatar Sunda yang meliputi Jawa Barat, Banten, DKI, dan sebagian Provinsi Jawa Tengah, terutama dataran tinggi seperti Banten Selatan, Cianjur, Sukabumi, Bandung, Garut, Kuningan, dan Bogor, banyak ditemukan peninggalan budaya megalitikum. Tinggalan-tinggalan itu di antaranya berupa  batu menhir, bangunan berundak, batu lumpang, peti kubur batu, batu dakon, dan arca megalitik.
Namun, Nina menjelaskan, sejarah di Tatar Sunda tak mengenal bangunan piramida karena tak ada kebiasaan di Tatar Sunda membuat bangunan piramida dengan ketinggian hampir ratusan meter sebagai tempat suci. “Tempat suci di Tatar Sunda ini seringkali disebut multi-component sites atau situs berkelanjutan,” kata Nina melalui surat elektronik kepada VIVAnews.
Bila pada masa prasejarah tempat suci itu dikenal sebagai punden berundak-undak, tempat pemujaan leluhur, maka ketika budaya Hindu Budha (yang hidup pada masa Kerajaan Tarumanegara dan Kerajaan Sunda), tempat suci itu terus dipergunakan.
Hanya saja menhir dijadikan sebagai lingga, lalu bangunan berundak itupun diwujudkan dengan gunung yang di atasnya dibangun lingga. Saat Kerajaan Sunda runtuh, maka lingga pun diganti dengan nisan bagi makam tokoh yang dianggap keramat.
Saat diberitahu di bukit-piramida Bandung maupun Garut ada makam yang dikeramatkan, serta adanya keluarga keturunan Syekh Abdul Muhyi, penyebar agama Islam di kawasan Priangan Timur, yang hidup dua abad setelah Kerajaan Sunda runtuh, Nina berusaha membuat konklusi dan analisa.
“Saya menduga bahwa bukit berbentuk piramida ini, adalah mandala (daerah pertapaan berupa dusun mandiri yang terletak di tempat terpencil), yang sudah tercampur dengan budaya yang datang kemudian (yaitu Hindu-Budha-Islam),” ujar Nina.
Namun untuk mengungkap apa sesungguhnya yang tersembunyi di balik bukit berbentuk piramid itu, kata Nina, para geolog harus bekerjasama dengan para arkeolog untuk melakukan ekskavasi (penyingkapan).
***
Cerita soal penemuan bukit berstruktur piramida ini rupanya telah sampai pula ke Istana Presiden. Seorang pejabat di lingkaran presiden, kepada VIVAnews mengaku telah dilaporkan ihwal riset itu. Untuk keterangan soal ini, dia minta tak disebutkan namanya, menimbang riset yang belum rampung.
“Ya, saya sudah lihat analisis geolistrik dan georadar-nya. Saya menyaksikannya dalam bentuk tiga dimensi. Menakjubkan, dan masih misterius. Tim riset itu dipimpin oleh para geolog terpercaya,” ujar si pejabat itu lagi, Rabu pekan lalu.
Tapi, pejabat itu tak mau menjelaskan detil penemuan. Sang geolog, ujarnya, belum mau diungkapkan ke publik. “Masih didalami oleh tim riset mereka, tetapi dari hasil yang ada, memang mencengangkan,” ujarnya.
Dia melukiskan, dari hasil geolisitrik tampak struktur berbentuk piramida di dalam bukit itu. Ada undak-undakan, mirip tangga menuju puncak piramida. Di bagian dasar, ada semacam pintu, dan tampak juga sesuatu yang mirip lorong di dalamnya.
Dia menambahkan, para ahli itu percaya ada semacam struktur geologis tak biasa di dalam gunung menyerupai piramida itu. Para ahli geologi itu, kata si pejabat istana, mempertaruhkan kredibilitas keilmuan mereka. “Kita tunggu saja. Kalau riset dan pembuktian ilmiah sudah lengkap, pasti akan dibuka ke masyarakat”.
Mungkin inilah masa penantian yang cukup menegangkan. Adakah bukit piramida ini sekadar dongeng ala piramida Bosnia yang berulang, atau memang suatu pengungkapan gemilang tentang adanya suatu peradaban besar di Nusantara yang belum pernah terungkap?
Sumber: vivanews.com
http://arkeologi.web.id/articles/arkeologi-prasejarah/1610-berburu-piramida-nusantara

Kisah Seram - Pengalaman Di Rumah Baru Di Hougang

 


Dunia Seram - Pada malam pertama sekitar pukul 1.45 pagi saya beritahu pembantu rumah saya supaya matikan lampu dan tidur. Dia tak mendengar apa yang saya katakan dengan jelas jadi dia pun lalu di depan bilik saya sambil bertanya, "Ma'am bilang apa?" Dia berdiri di depan pintu bilik tidur saya sambil saya memberitahunya agar lampu dimatikan dan terus masuk tidur. Tiba-tiba kami berdua terus senyap dan tercegat. Saya tanya, "Kenapa Nurul (nama pembantu saya)?" Dia cuma katakan, "Ma'am malam ni bisa saya tidur di bilik Ma'am?" Saya pun cakap, "Boleh..." Jadi pada malam itu kami semua tidur di bilik saya termasuk anak-anak saya.

Pada keesokan harinya saya tanya padanya, "Kamu ada rasa apa-apa tak semalam?" Dia beritahu malam semalam apabila dia berdiri di luar bilik tidur saya, dia rasakan seperti ada benda lalu di belakangnya seperti berangin. Pada malam kedua, anak saya pula yang nampak. Ketika waktu Maghrib, anak lelaki saya yang berusia tujuh tahun berkata dia ternampak lembaga hitam lari dari dapur masuk ke bilik tidur saya dan sewaktu ia terjadi, saya berada di dalam bilik. Dia lari sambil menangis sekuat-kuatnya dan berkata, "Mummy... Mummy... Mummy... There is a ghost in your room!" Saya terperanjat. Saya beritahunya bahawa di rumah tiada hantu dan mungkin dia penat agaknya.


Pada malam ketiga saya baru balik dalam pukul tiga pagi, anak saya bangun dan menggesa agar saya tidak meninggalkannya seorang diri dalam bilik. Saya tertanya-tanya dalam hati, kenapa budak ni berkelakuan macam ni? Saya langsung ke dapur nak ambil air dan anak saya ikut sambil berjalan nak masuk bilik balik, dia terus pekik sekuat-kuatnya. Saya angkat anak saya dan tutup blik tidur. Saya pun tanya dia kenapa dia berkelakuan sebegitu? Dia beritahu saya bahawa dia ternampak lembaga putih tanpa kepala lalu di belakang saya ke hulu ke hilir.
Saya langsung hidupkan lampu bilik dan pada malam itu saya dan pembantu tak tidur langsung!

Selepas dua minggu kemudian sekitar pukul sepuluh pagi dan saya masih tidur, saya tersedar kerana saya terdengar seperti ada seorang budak perempuan yang berbisik ke telinga saya, "Mak nak susu..." kata budak itu. Yang hairannya saya boleh tercakap dengan dia, "Tanya Nurul..." Entah macamana saya rasa terperanjat lalu tersedar dari tidur dan saya ternampak seorang budak perempuan di dalam bilik saya, sambil berdiri di hujung katil, sedang memerhatikan saya. Badan budak itu kotor sekali! Seluruh badannya, penuh dengan lumpur yang separuh kering. Dia merenung saya, apalagi saya lari sampai tersungkur sambil memekik nama pembantu rumah saya.

Pada hari itu saya tak masuk dalam bilik langsung. Selama dua hari selepas kejadian itu, rumah saya senyap tak ada benda pun yang mengganggu kami. Tetapi pada malam Jumaat, semasa saya hendak masuk tidur sambil terlayang, saya rasa seperti ada benda memegang kaki saya. Saya tepis dan pusing ke kanan. Kaki saya masih rasakan seperti ada benda yang memegang. Kali ini ibu jari saya ditarik. Saya cuba hidupkan lampu tepi katil dan pada ketika itulah saya ternampak sosok lembaga hitam di tepi saya dengan matanya yang merah dan suaranya yang garau.

Saya terus pekik dan lari dari bilik tidur saya. Ini bukan sahaja gangguan yang pernah berlaku ke atas diri saya, pembantu rumah saya pun diganggu, kadang-kadang pada pukul empat pagi pembantu saya akan mengetuk pintu bilik saya sambil bertanya, "Ma'am mau apa?" Saya pula akan menjawab bahawa saya tidak memanggilnya. Dia kata dia dengar suara saya memanggilnya. Selalu juga bila tiba waktu malam, kami semua akan mendengar bilik tamu saya semacam ada orang sedang membuang barang, seolah-olah sedang melemparkan sesuatu di dinding. Kadangkala kedengaran seperti ada benda yang pecah, tetapi apabila kami periksa pada keesokan harinya, kami lihat tidak ada apa-apa pun yang pecah.

Rumah ini baru setahun saya duduk di sini. Jiran di sebelah hujung saya memberitahu saya bahawa jiran sebelah saya terjun diri kira-kira seminggu sebelum saya berpindah ke sini. Kadang-kadang macam-macam benda boleh didengar, cuma saya kuatkan saja iman. Ini rumah saya, saya takkan mengalah. Cuba bayangkan tiap-tiap malam ada sahaja yang terjadi di rumah ini.