Ahad, 6 Oktober 2013

Sedekah



Kisah Misteri - Makcik Lapar Nakkk
Sudah lama Halim mengidamkan nasi ayam Kak Leha di hujung jalan.. mujurlah hari ini dia mendapat gaji bulanan dari majikannya.. Halim bersama isteri dan anak tunggalnya turut serta membeli nasi ayam Kak Leha.. niat di hati ingin makan di sana.. oleh kerana terlalu ramai orang di sana mereka mengambil keputusan untuk bungkus saja.. makan di rumah lebih selesa...

Halim memesan makanan.. isteri dan anaknya hanya tunggu di dalam kereta yang di parkir di tepi jalan.. Setelah agak lama menunggu... akhirnya pesanan mereka siap juga... Halim mengambil bungkusan makanan dan terus ke kaunter untuk membayar...


Sedang membayar lengannya terasa di sentuh dari belakang.. di lihatnya seorang makcik tua... kusut masai.. compang camping pakaiannya... berdiri menadah tangan menghadap Halim... bau busuk menusuk hidung Halim... busuk teramat... Halim cuba menahan bau busuk yang datang dari orang tua tersebut... "nakkk...mak cik lapar nakkkkk....." hanya itu yang keluar dari mulut orang tua tersebut... terketar-ketar badannya... mungkin tiada kudrat untuk menghadapi hidup.. mungkin juga umur telah lanjut...

Sayu Halim melihat orang tua itu... tanpa berfikir panjang Halim mengeluarkan sebungkus nasi kemudian diberinya... "terima kasih nakkk..." lemah suara orang tua itu... Orang masih ramai di kedai.. isteri dan anaknya sudah lama menunggu... dia terus saja ke kereta...

..............................................................

Halim mengeluar nasi dan memberi pada isteri dan anaknya... "eh.. mana nasi abang?" tanya isterinya kepelikan...
"owhh.. tadi abang beri pada sorang makcik tu... kesian.. dia laparr..." Halim menerangkan kejadian sebentar tadi...

Mereka makan bersama-sama.. berkongsi bahagian masing-masing...

..................................................................

3 Bulan Kemudian...............

Hampir luruh hati Halim dan isterinya apabila doktor memberitahu yang anak tunggal mereka menghidap barah.. anaknya terbaring di katil... kejadian yang tidak di sangka.. sakit kepala yang berlarutan itu rupanya barah...

Pada malam itu isteri Halim menemani anaknya.. dia tidur di atas bangku bersebelahan katil anaknya... dia hanya mampu berdoa pada Allah... tak henti-henti air mata yang mengalir...

"astaghfirullahal'azim...." isteri Halim istihgfar berkali-kali... tersentak dari tidurnya... terbangun dari mimpi sebentar tadi...

Dalam mimpinya... dia melihat ada seorang tua berpakaian compang camping menghampiri katil anaknya dan memberi anaknya minum segelas air... "bangunlah nakk.. anakmu sudah sembuh...." dia terus terbangun selepas mendengar kata-kata dari orang tua tersebut...

Keesokan paginya dia terus menceritakan kepada suaminya tentang mimpi yang dialaminya... Halim benar-benar terkejut... dari apa yang diceritakan isterinya... Halim kenal.. siapa orang tua tersebut... itulah orang tua yang dijumpainya sewaktu di kedai makan beberapa bulan dulu... "sayang... ingat lagi tak yang abang cakap abang beri nasi pada sorang orang tua....?? apa yang sayang ceritakan... amat mirip dengan makcik tu..."

......................................................

Halim seakan-akan tidak percaya... "miracle....." itulah yang terpacul dari mulut doktor... setelah melakukan pemeriksaan berkala... doktor mengesahkan barah yang dihadapi oleh anaknya hilang... anaknya sudah sembuh..... tak henti-henti Halim dan isterinya mengucapkan Hamdalah.... memuji Tuhan...

Siapakah orang tua tersebut... ? Halim sering terfikir...apakah akan terjadi jika dia tidak memberi sedekah kepada orang tua tersebut??? Wallahu'alam.. hanya Allah yang mengetahui...


Pesanan Penaja : sesungguhnya sedekah itu menolak bala...
 
 
Sumber

Melalaikan Solat



Padah Meninggalkan Solat Sewaktu Hayat

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital...

 

" Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak makcik?" tanya saya. "Makcik rasa betul... Tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Makcik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak makcik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau makcik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak makcik ini..." kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatah pun. Dia memang anak yang baik. Tapi... Apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan makcik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang makcik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barangsiapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengafankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang." Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, cara pertuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi... Emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'siapakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapapun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah... Azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat. Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat, InsyaAllah...


Sumber

KEAJAIBAN AL QURAN: PENEMUAN MUMIA FIRAUN YANG MENGEJUTKAN BARAT.



Ramai diantara kita pernah membaca kisah di dalam al-Quran bagaimana ALLAH swt menyelamatkan Nabi Musa as daripada Firaun yang tengelam dilautan bersama tenteranya tanpa menyedari keajaiban ayat-ayat tersebut yang telah mengejutkan dunia sains moden barat.

Pada tangal 1975, kerajaan Perancis telah menawarkan suatu bantuan bagi meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun yang kemudiannya disambut baik oleh kerajaan Mesir ketika itu. Setelah mendapat restu daripada kerajaan Mesir, mumia tersebut telah diterbangkan ke Perancis bagi memulakan kajian.

Kajian terperinci dimulakan terhadap Mumia Firaun tersebut oleh para ilmuan terkemuka dan pakar bedah dan autopsi Perancis diketuai oleh Prof. Dr. Maurice Bucaille yang merupakan seorang pakar bedah kenamaan Perancis. Beliau merupakan pakar bedah yang disegani serta pernah mengetuai klinik bedah di Universiti Perancis. Beliau mula tertarik kepada Islam dengan inisiatif sendiri mendalami kajian biologi berhubung dengan beberapa dokrin agama. Oleh itu beliau telah menggunakan seluruh kemampuannya mengkaji sebab kematian raja mesir kuno tersebut.

Hasil kajian tersebut, satu penemuan mengejutkan yang bakal mengubah hidup Prof. Dr. Maurice Bucaille telah diperolehi. Kumpulan pengkaji yang beliau ketuai telah berjaya membuktikan bahawa Firaun tersebut telah mati akibat lemas di lautan. Sisa-sisa garam yang melekat di tubuhnya adalah bukti terbesar bahawa dia telah mati kerana tenggelam. Jasadnya telah segera dikeluarkan dari laut dan kemudian diawet untuk dijadikan mumia.

Penemuan tersebut telah menimbulkan persoalan besar kepada Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bagaimanakah jasad mumia tersebut boleh lebih baik daripada jasad-jasad mumia yang lain padahal ia dikeluarkan dari laut?. Satu laporan akhir telah beliau siapkan tentang suatu yang diyakininya sebagai penemuan baharu iaitu rahsia mayat Firaun dari laut dan pengawetannya. Beliau kemudian menerima penghargaan Le prixDiane-Potier-Boes (Pengargaan dalam sejarah) dari Academie Frantaise dan Prix General (Penghargaan Umum) daripadaAcademie Nationale de Medicine.

Prof. Dr. Maurice Bucaille menjadi bertambah kagum dan hairan apabila dikhabarkan bahawa berita kematian Firaun yang jasadnya telah diselamatkan dari kehancuran sudahpun disebut di dalam al-Quran. Bagai mana mungkin hal ini boleh terjadi kerana mumia Firaun tersebut hanya ditemui sekitar tahun 1898 Masihi sedangkan al-Quran telah wujud ribuan tahun yang lalu.

Sementara itu dalam kitab suci agama Kristian dan Yahudi hanya menceritakan tentang tengelamnya Firaun di lautan ketika mengejar Musa a.s dan langsung tidak menceritakan perihal tentang mayat Firaun. Berbeza dengan al-Quran yang mengkhabarkan bahawa mayat Firaun akan diselamatkan daripada kehancuran buat peringatan kepada umat yang kemudian. Akhirnya  Prof. Dr. Maurice Bucaille memeluk Islam setelah dibacakan kepada beliau ayat Al-Quran Surah Yunus ayat ke 92 bahawa firman ALLAH swt bermaksud:

 “Maka pada hari ini KAMI selamatkan badan mu supaya kamu dapat menjadi  pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah mu dan sesungguhnya kebanyakkan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan KAMI” Yunus: 92        

ALHAMDULILLAH lihatlah pengalaman hidup  Prof. Dr. Maurice Bucaille yang mendorong beliau memeluk Islam atas kajian dan usaha beliau sendiri untuk mencari kebenaran. Beliau kemudiannya telah menulis buku terkenal yang merungkai kebenaran al-Quran bertajuk The Bible, The Quran and Science yang diterbitkan pada tahun 1976 serta menjadi best-seller antarabangsa. Beliau sedar bahawa tidak mungkin Muhammad saw boleh mengetahui perkara-perkara seperti ini yang memerlukan kajian sains moden dengan mengunakan peralatan-peralatan changih kecuali ianya diwahyukan oleh TUHAN yang mencipta alam semesta ini iaitu ALLAH swt.

Marilah kita menjadi umat cemerlang yang mengaji dan mengkaji bukan umat ikut-ikutan. Khabarkanlah kebenaran Islam kepada Non Muslim agar mereka dapat keluar dari kegelapan kepada cahaya kebenaran Islam.
 
Sumber

Jumaat, 4 Oktober 2013

Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!

 
Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!
Mereka berkata; “Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya-juj dan Ma-juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka ?”

QS. Al-Anbiya: 96 “Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya-juj dan Ma-juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (Hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata); “Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zhalim.”

Ya-juj dan Ma-juj dalam Hadits Dari Zainab Binti Jahsh -isteri Nabi SAW, berkata; “Nabi SAW bangun dari tidurnya dengan wajah memerah, kemudian bersabda; “Tiada Tuhan selain Allah, celakalah bagi Arab dari kejahatan yang telah dekat pada hari kiamat, (yaitu) Telah dibukanya penutup Ya-juj dan Ma-juj seperti ini !” beliau melingkarkan jari tangannya.

(Dalam riwayat lain tangannya membentuk isyarat 70 atau 90), Aku bertanya; “Ya Rasulullah SAW, apakah kita akan dihancurkan walaupun ada orang-orang shalih ?” Beliau menjawab; “Ya, Jika banyak kejelekan.” (HR. Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim)

Jenis dan Asal Usul Ya-juj dan Ma-juj dalam QS. Al-Kahfi : 94 Ya-juj dan Ma-juj menurut ahli lughah ada yang menyebut isim musytaq (memiliki akar kata dari bhs. Arab) berasal dari AJAJA AN-NAR artinya jilatan api.

Atau dari AL-AJJAH (bercampur/sangat panas), al-Ajju (cepat bermusuhan), Al-Ijajah (air yang memancar keras) dengan wazan MAF’UL dan YAF’UL / FA’UL.

Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!
Menurut Abu Hatim, Ma-juj berasal dari MAJA yaitu kekacauan. Ma-juj berasal dari Mu-juj yaitu Malaja. Namun, menurut pendapat yang shahih, Ya-juj dan Ma-juj bukan isim musytaq tapi merupakan isim ‘Ajam dan Laqab (julukan). Para ulama sepakat, bahwa Ya-juj dan Ma-juj termasuk spesies manusia.


Mereka berbeda dalam menentukan siapa nenek moyangnya. Ada yang menyebutkan dari sulbi Adam AS dan Hawa atau dari Adam AS saja. Ada pula yang menyebut dari sulbi Nabi Nuh AS dari keturunan Syis/At-Turk menurut hadits Ibnu Katsir.

Sebagaimana dijelaskan dalam tarikh, Nabi Nuh AS mempunyai tiga anak, Sam, Ham, Syis/At-Turk. Ada lagi yang menyebut keturunan dari Yafuts Bin Nuh. Menurut Al-Maraghi, Ya-juj dan Ma-juj berasal dari satu ayah yaitu Turk, Ya-juj adalah At-Tatar (Tartar) dan Ma-juj adalah Al-Maghul (Mongol), namun keterangan ini tidak kuat.

Mereka tinggal di Asia bagian Timur dan menguasai dari Tibet, China sampai Turkistan Barat dan Tamujin. Mereka dikenal sebagai Jengis Khan (berarti Raja Dunia) pada abad ke-7 H di Asia Tengah dan menaklukan Cina Timur. Ditaklukan oleh Quthbuddin Bin Armilan dari Raja Khuwarizmi yang diteruskan oleh anaknya Aqthay.

“Batu” anak saudaranya menukar dengan negara Rusia tahun 723 H dan menghancurkan Babilon dan Hongaria. Kemudian digantikan Jaluk dan dijajah Romawi dengan menggantikan anak saudaranya Manju, diganti saudaranya Kilay yang menaklukan Cina.

Saudaranya Hulako menundukan negara Islam dan menjatuhkan Bagdad pada masa daulah Abasia ketika dipimpin Khalifah Al-Mu’tashim Billah pertengahan abad ke-7 H / 656 H. Ya-juj dan Ma-juj adalah kaum yang banyak keturunannya.

Menurut mitos, mereka tidak mati sebelum melihat seribu anak lelakinya membawa senjata. Mereka taat pada peraturan masyarakat, adab dan pemimpinnya. Ada yang menyebut mereka berperawakan sangat tinggi sampai beberapa meter dan ada yang sangat pendek sampai beberapa centimeter. Konon, telinga mereka panjang, tapi ini tidak berdasar. Pada QS. Al-Kahfi:94, Ya-juj dan Ma-juj adalah kaum yang kasar dan biadab.

Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!
Jika mereka melewati perkampungan, membabad semua yang menghalangi dan merusak atau bila perlu membunuh penduduk. Karenya, ketika Dzulkarnain datang, mereka minta dibuatkan benteng agar mereka tidak dapat menembus dan mengusik ketenangan penduduk.

Siapakah Dzulkarnain ? Menurut versi Barat, Dzulkarnain adalah Iskandar Bin Philips Al-Maqduny Al-Yunany (orang Mecedonia, Yunani). Ia berkuasa selama 330 tahun. Membangun Iskandariah dan murid Aristoteles. Memerangi Persia dan menikahi puterinya. Mengadakan ekspansi ke India dan menaklukan Mesir.

Menurut Asy-Syaukany, pendapat di atas sulit diterima, karena hal ini mengisyaratkan ia seorang kafir dan filosof. Sedangkan al-Quran menyebutkan; “Kami (Allah) mengokohkannya di bumi dan Kami memberikan kepadanya sebab segala sesuatu.” Menurut sejarawan muslim Dzulkarnain adalah julukan Abu Karb Al-Himyari atau Abu Bakar Bin Ifraiqisy dari daulah Al-Jumairiyah (115 SM – 552 M.).

Kerajaannya disebut At-Tababi’ah. Dijuluki Dzulkarnain (Pemilik dua tanduk), karena kekuasaannya yang sangat luas, mulai ujung tanduk matahari di Barat sampai Timur. Menurut Ibnu Abbas, ia adalah seorang raja yang shalih.

Ia seorang pengembara dan ketika sampai di antara dua gunung antara Armenia dan Azzarbaijan. Atas permintaan penduduk, Dzulkarnain membangun benteng. Para arkeolog menemukan benteng tersebut pada awal abad ke-15 M, di belakang Jeihun dalam ekspedisi Balkh dan disebut sebagai “Babul Hadid” (Pintu Besi) di dekat Tarmidz.

Timurleng pernah melewatinya, juga Syah Rukh dan ilmuwan German Slade Verger. Arkeolog Spanyol Klapigeo pada tahun 1403 H. Pernah diutus oleh Raja Qisythalah di Andalus ke sana dan bertamu pada Timurleng. “Babul Hadid” adalah jalan penghubung antara Samarqindi dan India.

Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!
BENARKAH TEMBOK CINA ADALAH TEMBOK Zulkarnain ?
Banyak orang menyangka itulah tembok yang dibuat oleh Zulkarnain dalam surat Al Kahfi. Dan yang disebut Ya’juj dan Ma’juj adalah bangsa Mongol dari Utara yang merusak dan menghancurkan negeri-negeri yang mereka taklukkan.

Mari kita cermati kelanjutan surat Al Kahfi ayat 95-98 tentang itu. Zulkarnain memenuhi permintaan penduduk setempat untuk membuatkan tembok pembatas. Dia meminta bijih besi dicurahkan ke lembah antara dua bukit. Lalu minta api dinyalakan sampai besi mencair. Maka jadilah tembok logam yang licin tidak bisa dipanjat.

Ada tiga hal yang berbeda antara Tembok Cina dan Tembok Zulkarnain. Pertama, tembok Cina terbuat dari batu-batu besar yang disusun, bukan dari besi. Kedua, tembok itu dibangun bertahap selama ratusan tahun oleh raja-raja Dinasti Han, Ming, dst. Sambung-menyambung. Ketiga, dalam Al Kahfi ayat 86, ketika bertemu dengan suatu kaum di Barat, Allah berfirman,

“Wahai Zulkarnain, terserah padamu apakah akan engkau siksa kaum itu atau engkau berikan kebaikan pada mereka.” Artinya, Zulkarnain mendapat wahyu langsung dari Tuhan, sedangkan raja-raja Cina itu tidak. Maka jelaslah bahwa tembok Cina bukan yang dimaksud dalam surat Al Kahfi. Jadi di manakan tembok Zulkarnain?

Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!
BEBERAPA PENELITIAN TEMBOK YA’JUJ
Abdullah Yusuf Ali dalam tafsir The Holy Qur’an menulis bahwa di distrik Hissar, Uzbekistan, 240 km di sebelah tenggara Bukhara, ada celah sempit di antara gunung-gunung batu.

Letaknya di jalur utama antara Turkestan ke India dengan ordinat 38oN dan 67oE. Tempat itu kini bernama buzghol-khana dalam bahasa Turki, tetapi dulu nama Arabnya adalah bab al hadid. Orang Persia menyebutnya dar-i-ahani. Orang Cina menamakannya tie-men-kuan. Semuanya bermakna pintu gerbang besi.

Hiouen Tsiang, seorang pengembara Cina pernah melewati pintu berlapis besi itu dalam perjalanannya ke India di abad ke-7. Tidak jauh dari sana ada danau yang dinamakan Iskandar Kul. Di tahun 842 Khalifah Bani Abbasiyah, al-Watsiq, mengutus sebuah tim ekspedisi ke gerbang besi tadi.

Mereka masih mendapati gerbang di antara gunung selebar 137 m dengan kolom besar di kiri kanan terbuat dari balok-balok besi yang dicor dengan cairan tembaga, tempat bergantung daun pintu raksasa. Persis seperti bunyi surat Al Kahfi. Pada Perang Dunia II, konon Winston Churchill, pemimpin Inggris, mengenali gerbang besi itu.

Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!
Letak Perkiraan Tembok Besi Berada
Apa pun tentang keberadaan dinding penutup tersebut, ia memang terbukti ada sampai sekarang di Azerbaijan dan Armenia. Tepatnya ada di perunungan yang sangat tinggi dan sangat keras.

Ia berdiri tegak seolah-olah diapit oleh dua buah tembok yang sangat tinggi. Tempat itu tercantum pada peta-peta Islam mahupun Rusia, terletak di republik Georgia.

Al-Syarif al-Idrisi menegaskan hal itu melalui riwayat penelitian yang dilakukan Sallam, staf peneliti pada masa Khalifah al-Watsiq Billah (Abbasiah). Konon, Al-Watsiq pernah bermimpi tembok penghalang yang dibangun Iskandar Dzul Qarnain untuk memenjarakan Ya’juj-Ma’juj terbuka.

Mimpi itu mendorong Khalifah untuk mengetahui perihal tembok itu saat itu, juga lokasi pastinya. Al-Watsiq menginstruksikan kepada Sallam untuk mencari tahu tentang tembok itu. Saat itu sallam ditemani 50 orang. Penelitian tersebut memakan biaya besar. Tersebut dalam Nuzhat al-Musytaq, buku geografi, karya al-Idrisi, Al-Watsiq mengeluarkan biaya 5000 dinar untuk penelitian ini.

Rombongan Sallam berangkat ke Armenia. Di situ ia menemui Ishaq bin Ismail, penguasa Armenia. Dari Armenia ia berangkat lagi ke arah utara ke daerah-daerah Rusia. Ia membawa surat dari Ishaq ke penguasa Sarir, lalu ke Raja Lan, lalu ke penguasa Faylan (nama-nama daerah ini tidak dikenal sekarang). Penguasa Faylan mengutus lima penunjuk jalan untuk membantu Sallam sampai ke pegunungan Ya’juj-Ma’juj.

Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!
27 hari Sallam mengarungi puing-puing daerah Basjarat. Ia kemudian tiba di sebuah daerah luas bertanah hitam berbau tidak enak. Selama 10 hari, Sallam melewati daerah yang menyesakkan itu.

Ia kemudian tiba di wilayah berantakan, tak berpenghuni. Penunjuk jalan mengatakan kepada Sallam b
ahwa daerah itu adalah daerah yang dihancurkan oleh Ya’juj-Ma’juj tempo dulu. Selama 6 hari, berjalan menuju daerah benteng. Daerah itu berpenghuni dan berada di balik gunung tempat Ya’juj-Ma’juj berada.

Sallam kemudian pergi menuju pegunungan Ya’juj-Ma’juj. Di situ ia melihat pegunungan yang terpisah lembah. Luas lembah sekitar 150 meter. Lembah ini ditutup tembok berpintu besi sekitar 50 meter.

Dalam Nuzhat al-Musytaq, gambaran Sallam tentang tembok dan pintu besi itu disebutkan dengan sangat detail (Anda yang ingin tahu bentuk detailnya, silakan baca: Muzhat al-Musytaq fi Ikhtiraq al-Afaq, karya al-Syarif al-Idrisi, hal. 934 -938).

Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!
Al-Idrisi juga menceritakan bahwa menurut cerita Sallam penduduk di sekitar pegunungan biasanya memukul kunci pintu besi 3 kali dalam sehari. Setelah itu mereka menempelkan telinganya ke pintu untuk mendengarkan reaksi dari dalam pintu.


Ternyata, mereka mendengar gema teriakan dari dalam. Hal itu menunjukkan bahwa di dalam pintu betul-betul ada makhluk jenis manusia yang konon Ya’juj-Ma’juj itu.

Ya’juj-Ma’juj sendiri, menurut penuturan al-Syarif al-Idrisi dalam Nuzhat al-Musytaq, adalah dua suku keturunan Sam bin Nuh. Mereka sering mengganggu, menyerbu, membunuh, suku-suku lain.

Mereka pembuat onar, dan sering menghancurkan suatu daerah. Masyarakat mengadukan kelakuan suku Ya’juj dan Ma’juj kepada Iskandar Dzul Qarnain, Raja Macedonia.

Iskandar kemudian menggiring (mengusir) mereka ke sebuah pegunungan, lalu menutupnya dengan tembok dan pintu besi. Menjelang Kiamat nanti, pintu itu akan jebol. Mereka keluar dan membuat onar dunia, sampai turunnya Nabi Isa al-Masih.

Kupas tuntas tembok Ya-juj dan Ma-juj serta misterinya...!!!
Dalam Nuzhat al-Musytaq, al-Syarif al-Idrisi juga menuturkan bahwa Sallam pernah bertanya kepada penduduk sekitar pegunungan, apakah ada yang pernah melihat Ya’juj-Ma’juj.

Mereka mengaku pernah melihat gerombolan orang di atas tembok penutup. Lalu angin badai bertiup melemparkan mereka.

Penduduk di situ melihat tubuh mereka sangat kecil. Setelah itu, Sallam pulang melalui Taraz (Kazakhtan), kemudian Samarkand (Uzbekistan), lalu kota Ray (Iran), dan kembali ke istana al-Watsiq di Surra Man Ra’a, Iraq. Ia kemudian menceritakan dengan detail hasil penelitiannya kepada Khalifah.

Kalau menurut penuturan Ibnu Bathuthah dalam kitab Rahlat Ibn Bathuthah pegunungan Ya’juj-Ma’juj berada sekitar perjalanan 6 hari dari Cina. Penuturan ini tidak bertentangan dengan al-Syarif al-Idrisi. Soalnya di sebelah Barat Laut Cina adalah daerah-daerah Rusia.
 
 

 

Kabus

Hantu Kabus Sebelum Subuh

Kisah ini berlaku pada tahun 1999. Masa tu aku Tingkatan 3, baru nak belajar solat Subuh kat surau. Seingat aku hari Sabtu. Aku bersiap setengah jam awal untuk ke surau yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari rumah. Aku kayuh basikal seorang diri meredah jalan kampung yang kiri dan kanan aku adalah kebun getah, tempat yang selalu orang cakap berhantu.

Walaupun berhantu tapi niat aku nak ke surau memang kuat. Aku beranikan diri untuk melepasi kebun getah tu. Basikal aku memecut laju hingga aku sampai depan pintu rumah kawan yang dah janji nak ke surau untuk solat Subuh sama-sama. Kebetulan lepas Subuh nak jogging pulak dengan dua orang lagi kawan yang lain.

30 meter dari rumah kawan aku ada sebatang tiang lampu yang menerangi satu simpang untuk menuju ke masjid besar. Kenapa aku tak solat kat masjid? Sebabnya jalan nak ke masjid lagi gelap dengan kebun getah sepanjang 300 meter. Tapi yang seramnya nak ke sana mesti lalu depan kubur dulu. Kubur tu memang terkenal dengan cerita-cerita seram sejak zaman arwah nenek aku masih muda. Tak ada siapa yang berani nak lalu jalan tu sebelum azan Subuh dilaungkan.

Belum sempat nak ketuk pintu rumah kawan aku tu, tiba-tiba terasa ada angin yang sangat halus sedang meniup. Angin tersebut sangat sejuk hinggakan bulu roma aku naik meremang. Mulanya tidak ada perasaan takut pun sehinggalah aku berpaling ke arah kanan lalu ternampak satu lembaga putih sedang terapung. Lembaga itu berupa seakan kabus tetapi mempunyai seraut wajah tanpa hidung. Boleh digambarkan lembaga tersebut berwajah dan memakai jubah putih tanpa tangan dan kaki.

Aku jadi kaget, langsung tak boleh nak bergerak. Bibir aku menggigil, sepatah pun tak boleh nak diucap, seakan-akan mulut aku terkunci. Hantu itu merenung tepat ke arah aku sambil terbang melayang menyusuri jalan ke masjid. Kemudian, perlahan-lahan hantu tersebut ghaib dari pandangan. Dengan pantas aku mengetuk pintu dengan kuat untuk kejutkan kawan aku yang biasanya tidur di ruang tamu.

Selepas jogging aku ceritakan pengalaman tadi kepada kawan-kawan aku. Tak sempat tengah hari ramai juga orang kampung datang ke rumah nak dengar sendiri pengalaman aku nampak hantu 15 minit sebelum azan Subuh.

Sebelum tu aku cuma dengar cerita orang nampak hantu sekitar kampung aku dan aku memang seorang yang tidak mudah percaya tanpa bukti. Cerita-cerita macam ni memang susah kita nak percaya. Tapi bila diri sendiri yang alamiĆ¢€¦!


Sumber