Isnin, 27 April 2015

Filem Seram - 4 TAHUN TINGGAL DI RUMAH HANTU

4 TAHUN TINGGAL DI RUMAH HANTU

Jenis Film : Horror
Produser : Ravi Pridhnani
Sutradara : Jessica Angelica
Penulis : Nicho A.p
Produksi : STUDIO SEMBILAN PRODUCTIONS


SYNOPSIS 


Kisah nyata dari novel best seller yang mengangkat sebuah keluarga yang membeli sebuah rumah berhantu, dan mendapatkan teror dari arwah penghuni rumah tersebut tanpa hentinya.


Setelah sekian lama, mereka mengetahui bahwa rumah tersebut dibangun diatas kuburan jaman dulu. Mereka terpaksa harus melewatkan hari demi hari dalam ketakutan karena tidak ada pilihan.


Istri dan anaknya terpaksa meninggalkan suaminya sendirian dirumah tersebut karena tidak tahan dengan teror-teror yang mengganggu mereka tiap malam.


Bagaimana akhirnya, apakah mereka dapat lepas dari teror dan gangguan arwah-arwah dirumah berhantu tersebut, dengan akhir yang begitu mencekam.

Tonton Online 4 TAHUN TINGGAL DI RUMAH HANTU

SURAH AL FATIHAH .. SURAH PENYEMBUH ..

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Al-Fatihah  adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
 
Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran. Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”
.
Rasulullah SAW juga  bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”
 

FADZILAT DAN KHASIAT

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahan. Di antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:
 
1.     Memperolehi Hikmah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
 
2.     Hajat Tertunai
a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.
 
b. 
Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah 
diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
.
.
3.     Keperluan Dipenuhi
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
.
b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
 
4.     Mudahkan Rezeki
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”
 
b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.
 
5.     Keselamatan
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ’Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.
 

PENYEMBUH

Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.
Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”
 
 
1.  Mengubati Segala Penyakit
 
a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukan merata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.
 
b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.
 
2.  Penawar Bisa & Racun
 
Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.
 
3.  Menghilangkan Sifat Lupa
 
Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.
 
4.  Mengubati Sakit Gigi
 
a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
 
“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
 
b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
 
 
5.  Penyembuh Penyakit Mata
 
a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.
 
b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
 
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
 
  • Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
  • Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:
  •  
“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab
 
Credit:Sumber
.


Khamis, 23 April 2015

MISTERI PULAU TENGKORAK KELANTAN











TUMPAT, KELANTAN: PULAU TENGKORAK adalah sebuah pulau cukup misteri dan dilaporkan menjadi tempat persinggahan sekumpulan lanun pada tahun 1969 dulu. Pulau ini terletak bersempadan di antara Kelantan dengan Thailand bagi daratan sebelah sini di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang dipisahkan sebuah sungai berjarak kira-kira 200 meter.
Para penduduk dari Kampung Geting ini memang sedia maklum tentang cerita pulau tidak berpenghuni itu, selain dikenali pulau lanun ia juga didakwa sebagai 'pulau puaka'. Berbagai cerita turut menjadi bualan beberapa penduduk dari kampung terbabit tentang keadaan pulau berbentuk buaya itu yang didakwa mempunyai penjaga dan penunggunya sebab itulah ramai yang ke sana dengan berniat serong akan mengalami beberapa perkara yang agak pelik, justeru sejak itu ramai yang seakan fobia untuk menjejakkan kaki ke pulau terbabit atas alasan diserang rasa takut.
Seorang penduduk yang ditemui Penulis, Zakaria Mamat atau Pak Ya, 43, berkata, sememangnya Pulau Tengkorak kelihatannya agak tenang tetapi kejadian yang berlaku agak tidak masuk akal, banyak misterinya yang belum terungkai.

Katanya, Pulau Tengkorak mendapat nama berikutan penemuan rangka dan tengkorak orang mati dibunuh telah dihumbankan ke pulau itu. Seorang nakhoda kapal yang merupakan Ketua Lanun dan juga raja kejam bernama Tok Sang Niaya telah membunuh sekurang-kurangnya 1,000 orang yang engkar arahannya lalu dengan kejamnya mayat itu dicampakkan ke pulau tersebut. Sehingga hari ini kebanyakan penduduk dari Kampung Geting seakan gementar apabila mendengar cerita pulau tersebut, rasa dan ganjil, jika tidak berilmu tinggi tentunya tidak akan sampai ke pulau tersebut.
"Walaupun agak ganjil, penduduk kampung ini berasa yakin tentang adanya harta karun tertanam di pulau itu memang ada kebenarannya. Salah satu harta karun yang masih tidak dapat diambil sehingga kini ialah kura-kura emas", katanya ketika ditemui di gerai makanan milik kakaknya di tebing sungai kampung tersebut.

Walaupun dirinya tidak pernah membicarakan atau mengaitkan tentang hakikat dan suasana pulau misteri itu, beliau pernah mengalami mimpi sebanyak tiga kali melihat sebuah peti berwarna hitam, namun beliau tidak dapat melihat kandungan di dalam peti tersebut. Beliau yakin peti hitam sebagaimana jelmaan dalam mimpinya itu memang wujud kerana terdapat beberapa orang penduduk dari kampungnya yang pernah bermimpi perkara yang sama dan mereka yakin ada di pulau itu. Cuma kekuatan untuk mendapatkan peti hitam yang ada di pulau itu adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan.

"Pernah sewaktu ketika dulu, berlaku kematian berikutan ada kalangan penduduk dari kampung ini cuba untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan, namun setakat ini tidak ada seorang pun penduduk dari kampung ini yang berani dan berjaya masuk ke situ setelah kejadian itu berlaku", jelasnya sambil meneguk secawan teh.

Katanya, pengalaman lain yang pernah didengari oleh Pak Ya apabila terjadi suatu peristiwa penduduk dari kampungnya pergi ke pulau itu untuk mencari lokan. Pada mulanya memanglah hasil lokan yang ditangkap agak sedikit, tetapi entah bahana apa secara tiba-tiba lokan itu semakin banyak. Kemaruk dengan hasil tangkapan yang agak luar biasa si pulan itu cuba untuk berpatah balik kerana dirasakannya semakin jauh melangkau ke tengah pulau menyebabkan laluan asalnya hilang, mangsa dikatakan tersesat di pulau itu. Namun, beliau yakin mangsa sebenarnya bukan tersesat sebaliknya kena sorok di pulau itu. Setakat ini menurut Pak Ya, beliau belum pernah menjejakkan kaki ke pulau misteri itu, bukan ingin menuding jari kepada orang lain kononnya penakut sebab beliau sendiri juga tidak berkeyakinan untuk pergi ke pulau tersebut.

Apabila ditanya adakah masa-masa tertentu wujudnya jelmaan dari pulau itu, beliau menyatakannya tidak. Bukan sahaja malam hari paling ditakuti, sebaliknya kerap berlaku di siang hari terutamanya sebelah petang sehingga Maghrib. Hal seumpama ini berlaku berikutan ketenangan penghuni ghaib di pulau itu telah diganggu sama ada penempatan dan barangan milik makhluk itu telah diceroboh atau dimusnahkan.

"Seorang remaja dari Tat Bai, Thailand bermimpi kononnya beliau mendayung perahu, apabila sampai diletakkannya perahunya di tebing sungai. Seraya turun ke dalam air, kakinya terpijak benda keras dan bulat. Apabila berasa agak aneh dengan apa yang dipijaknya itu, dipegangnya benda yang dimaksudkan. Alangkah terkejutnya, kerana apa yang dipegangnya itu adalah sebiji tengkorak manusia", ujarnya. Sementara itu, menurut kakak Pak Ya, Mariah Mamat atau Kak Yah, 44, berkata, Tok Sang Aniaya memang seorang yang sangat kejam. Tubuhnya setinggi kira-kira empat meter di mana ketika makhluk itu sedang mencangkung hampir sama dengan seorang manusia sedang berdiri. Tok Sang Aniaya menurut Kak Yah sering tidak berbaju dengan hanya mengenakan kain yang diputar (dikilas) di sebelah rusuk sesuai sebagai nakhoda kapal lanun yang dimaksudkan. Menurut cerita yang didengarinya, Tok Sang Aniaya terdampar di pulau itu apabila kapal yang dinaikinya karam semenjak itulah Pulau Tengkorak menjadi miliknya. "Orang-orang tua dahulu pernah bercerita, salah seorang penduduk dari kampung ini masuk ke Pulau Tengkorak untuk mencari lokan. Hairannya pada hari itu, didapati lokan semakin banyak menyebabkan dia lupa hari sudah beransur senja sehinggakan fikirannya terlupa jalan yang dilaluinya menyebabkannya tersesat.
"Dirasakannya beliau semakin jauh berjalan ke tengah pulau, lalu dilemparkan lokan itu kembali. Setelah lokan itu dicampakkan, perjalanannya tiba-tiba menjadi pendek di mana beliau betul-betul telah berada di tebing sungai", ujarnya mengingati kembali kisah yang begitu tersohor dari mulut ke mulut pada masa itu.

Katanya lagi, satu lagi kejadian yang agak pelik apabila beberapa orang remaja cuba mengambil kesempatan untuk mencuri kelapa muda di Pulau Tengkorak. Apabila mereka mendongak ke atas, mereka dapati pohon kelapa muda itu berbuah banyak. Salah seorang dari mereka memanjat dan apabila buah kelapa yang diidamkan telah diperolehi mereka menjamu bersama-sama.
"Dengan tidak disangka-sangka, mereka tidak dapat melangkah ke mana-mana kerana melihat terlalu banyak buaya telah mengepung mereka. Dalam usaha untuk mengelakkan dari dikerjakan atau menjadi mangsa reptilia terbabit mereka memanjat pohon kelapa tersebut. Setelah menjelang hari siang esoknya, apa yang mereka lihat tidak kelihatan walau seekor buaya pun di situ. Justeru, nasiblah mereka terpaksa bermalam di atas pohon kelapa", ujarnya sambil ketawa kecil.
Sambung Kak Yah lagi, suatu kejadian turut menggemparkan penduduk Kampung Geting apabila salah seorang kanak-kanak dari kampung berkenaan yang dikatakan merajuk dan membuat perangai telah melarikan diri dari rumah lalu masuk ke Pulau Tengkorak itu.

Menurut kanak-kanak itu, beliau menemui sebuah kolam agak besar dipenuhi air yang agak jernih dan bersih tanpa dicemari walau sehelai daun pun. Melihatkan suasana kolam yang agak bersih di pulau itu menyebabkannya terpesona dan kanak-kanak itu berasa agak tenteram sambil berendam di dalamnya selama tiga hari tiga malam."Kanak-kanak itu memang bertuah kerana dapat melihat kolam itu dengan sempurna berbanding orang lain yang tidak mempunyai pengalaman seperti itu. Ini kerana, beliau tidak cuba mengambil kesempatan membuat sesuatu angkara. Sebaliknya, sekiranya melakukan tabiat buruk di pulau itu, tentunya akan menerima natijahnya seperti tidak menemui jalan pulang (tersesat), disorok atau sebagainya", ujarnya. Kak Yah menambah, ada seorang yang berhati mulia telah menemui tiga batang nibong emas sebaik menjejakkan kaki ke pulau itu. Walau bagaimanapun, terdapat masalah apabila nibong emas itu tidak dapat dimiliki kerana terlalu sukar untuk mencabutnya. Namun, peluangnya dapat melihat batang nibong emas itu menandakan Pulau Tengkorak memang kaya dengan peninggalan harta karun mahupun bongkah-bongkah emas milik bunian di pulau itu sememangnya wujud dan bukan sekadar cerita dongeng, cuma cara untuk memiilikinya itu atas rezeki masing-masing. "Banyak benda berharga boleh dimiliki jika ke pulau itu, namun setakat ini tidak ada pihak yang dapat berbuat apa-apa. Ini kerana, Pulau Tengkorak memang tempat keras. Jika Allah izin, dapatlah sesuatu yang berharga dari pulau itu walaupun dikatakan agak keras dan menakutkan", katanya.

Menurut Kak Yah lagi, kejadian pada tahun 1969 memang tidak dapat dilupakannya apabila seekor buaya putih masuk ke pulau tersebut. Kejadian berkenaan berlaku selepas banjir besar pada tahun 1967, seekor buaya yang entah dari mana datangnya didapati terdampar di pulau tersebut. Sehingga hari ini, tidak pernah berlaku banjir di pulau terbabit.
Setakat ini menurut Kak Yah, belum lagi berlaku sebarang gangguan terhadap penduduk Kampung Geting itu. Tetapi jika kita berniat ke pulau tersebut secara suka-suka pasti menerima masalah sama ada diganggu ataupun disorok. Munculnya pelbagai jelmaan dan bunyi suara haiwan buas sebagai petanda untuk memberikan gambaran, penempatan makhluk halus di situ telah diganggu.
"Contohnya, pernah anak saudara Kak Yah yang sedang hamil masuk ke pulau itu untuk mencari lokan, tiba-tiba didapati kakinya bengkak agak luar biasa. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital, namun doktor kata tidak ada penyakit. "Kerana tidak puas hati dengan jawapan tersebut, beliau berubat secara kampung dengan Pengamal Rawatan Tradisional. Katanya, anak saudara Kak Yah itu sengaja cari pasal masuk ke pulau tersebut. Kerana terasa sesuatu yang pelik, anak saudara Kak Yah mencampakkan kembali lokan ke pulau itu, secara tiba-tiba penyakit yang dialaminya itu sembuh serta merta", ujar Kak Yah lagi. Sementara itu, terdapat kumpulan remaja seramai tujuh orang sedang berperahu ke Pulau Tengkorak dengan harapan untuk mendapatkan emas yang didakwa wujud di pulau tersebut. Namun, dengan tidak disangka-sangka, perahu yang didayung mereka diserang ribut yang agak dahsyat menyebabkan perahu yang mereka naiki itu hanyut. Salah seorang dari mereka diserang sakit yang datang secara tiba-tiba menyebabkannya meninggal dunia pada ketika itu juga. Sebab-sebab meninggal hanya Allah jua yang mengetahuinya. "Bagi Kak Yah bukan mahu percaya makhluk itu hebat, tapi kalau ada niat buruk seseorang ke atas pulau tersebut, lambat laun akan terima akibatnya. Buktinya, pernah suatu masa ada pihak-pihak cuba masuk ke pulau itu untuk membuat kajian dengan tujuan membina sebuah pusat peranginan, akhirnya terpaksa dibatalkan kerana diserang rasa takut", ujarnya. Seorang lagi penduduk tempatan yang ditemui Penulis, Wan Zainab binti Wan Hassan, 38, berkata, bertahun-tahun beliau menderita sakit kemudiannya beliau kembali sembuh. Setelah sembuh dari penyakit ganjil, secara tidak diduga beliau boleh mengubati orang yang memerlukan rawatan, namun selepas itu beliau menderita sakit sebagaimana sebelumnya. Ketika beliau menderita sakit yang amat sangat itulah, pada setiap malam beliau sering terdengar suara perempuan yang memanggil-manggil namanya. Beliau agak suara tersebut tentunya datang dari pulau berkenaan. Pada suatu malam, beliau bermimpi namanya dipanggil seperti malam-malam sebelumnya sehingga beliau dapat melihat perempuan berpakaian selindang seperti tujuh beradik, beliau agak tentunya puteri bunian dari Pulau Tengkorak itu.

Selepas itu, beliau bermimpi melihat seekor harimau besar, ular, gajah, beruk dan akhir sekali seorang wanita tua yang dikatakan penjaga pulau itu sering dialaminya. Peliknya dalam mimpinya itu, beliau diminta tidak melarikan diri apabila bertembung dengan gajah, ular dan beruk itu.
"Sudah berpuluh bomoh datang ke pulau itu apabila terdengar suara gajah, harimau dan binatang buas lain di pulau itu, akhirnya mereka melarikan diri. Ada juga yang terkejut dengan deruman suara binatang menakutkan itu boleh memanjat sebatang pohon kelapa yang agak tinggi di pulau itu", ujar Wan Zainab sambil ketawa kecil mengingatkan peristiwa itu agak lucu baginya. Katanya, beliau mengetahui cerita Pulau Tengkorak daripada arwah bapanya yang mendakwa pulau itu adalah tempat persinggahan kumpulan lanun terbabit untuk menyembunyikan harta karun yang dirampas dan dirompak. Menurutnya, agak ramai penduduk kampungnya yang telah menjejakkan kaki ke pulau itu menemui barangan bernilai termasuklah emas di beberapa tempat di pulau terbabit.
Contohnya, salah seorang penduduk dikenali Kak Yam pernah menemui wang dinar dari dalam guri, di mana wang tersebut boleh digantungkan di leher. Namun, paling banyak kali beliau dengar apabila ramai yang menjejakkan kaki ke Pulau Tengkorak selepas itu laluannya itu tidak kelihatan menyebabkan mereka tersesat dan tidak menemui jalan pulang. 


Credit:Sumber

Cerita Seram - Langsir Bergoyang Kuat


Dunia Seram - Kali ni aku nak cite pengalaman aku kat dalam bilik tidur aku kat rumah ayah aku ni..aku memang tak pernah nampak clear lah benda ni. Just kena gangguan, dengar bunyi-bunyi jelah. Setakat bayang-bayang tu ada lah. Hantu yg real tak pernah nampak..
Aku tido bilik sorang-sorang je sebab aku tak suka kongsi apa-apa dengan orang lain..rumah aku ni selalu sunyi sebab ayah dan kakak aku selalu pulang lewat. Adik lelaki aku pula selalu merayap ntah kemana. So aku tinggal kat umah sorang-sorang lah selalu,especially waktu malam..

Kejadiaan ni berlaku pada malam jumaat, tak silap aku tahun lepas kot. Aku kan suka tengok cite-cite hantu so malam tu aku pasang lah dvd cite exorcism; emily rose tu. Aku ni kekadang berani tak bertempat juga. Aku bukak volume cite tu kuat gak. Aku tutup lah lampu bilik. Aku tak suka tido dalam keadaan yang terang.


Dengan berbekalkan cahaya tv tu je lah yg menerangi bilik aku ketika itu. Aku siap tutup pintu bilik aku lagi. Konon tak nak gangguan even aku memang tinggal sorang pun masa tu. Aku pun tengok lah sambil baring kat tilam aku. Sedang aku baring sambil menonton filem tu tetibe aku nampak bayang-bayang yang melintas di depan aku!!!!secepat kilat bayangan tu hilang dari pandangan mata aku.


Aku tergamam sekejap sebab aku terkejot gile. Hati aku dah berdebar-debar, takut. Maklum lah tinggal sorang pulak ketika tu. Yang lagi seram sebab malam jumaat pulak, faham-faham je lah malam jumaat ni memang banyak kisah-kisah angker kan. Aku tengok sekeliling memang takda ape-ape pun.aku kembali berbaring kat tilam tu. Aku kecikkan sikit volume tv aku tu rakot tak dengar kalau orang bagi salam ke apa ke kan. Dah lah umah aku ni luas sebab tak banyak perabot, memang bertambah seram.


Tetiba aku tengok langsir tingkap aku bergoyang kuat seakan-akan ribut akan melanda. Makkk aiiii!! Tak mungkin sebab aku hanya bukak kipas meja je, mana bukak aircond or bukak kipas syiling pun. Aku segera bangon dari tempat tido sebab nak pastikan aku dah tutup tingkap. Mana tau tingkap terbuka ke. Aku check tingkap aku tertutup!!! Dan aku bukak sedikit tingkap aku dan tengok keadaan malam tu. Angin tak kuat pun tau tak!!! Langsir aku terus berkibaran macam ada angin kuat yang menerpa masuk ke bilik aku ketika tu.


Punya lah seram aku, aku pun lupa dah mana suis lampu sebab dah terlampau panik masa tu. Aku kuat kan hati dan start baca ayatul qursi sebanyak 3kali. Punya lah takot aku masa tu hanya Allah jelah yang tau.aku meraba-raba dalam gelap nak cari tombol pintu sbb nak keluar dari bilik tu. Dgn cahaya tv je mmg ssh skt nak nampak. Aku try bukak pintu bilik tetapi gagal. Aku try hampir 6kali,akhirnya setelah aku membaca bismillah baru dapat bukak pintu bilik tu.


Berterabur aku lari ke tangga menuju ke ruang tamu. Aku rela tunggu ayah aku balik dari tinggal sorang dalam bilik aku tu. Bila mereka balik, aku pun dok cite lah kat dieorg, habis aku diegelakkan. Bila belum kena mmg lah tak percaya kan. Kalau dah kena baru tau rasa.sampai sekarang pun aku kalau nk tido pun dalam bilik aku tu, aku akan pastikan lampu tido aku terpasang sebab takot kena benda-benda mcm tu lagi.

Kisah Misteri! - Penemuan Tumor Untuk Mencipta Zombi



Dunia Seram - Hari ini sekumpulan penyelidik perubatan melaporkan suatu penemuan yang sangat menarik dalam sejenis kanser pankreas dipanggil PanNET. Rupa-rupanya, PanNET dikaitkan dengan mutasi dalam dua gen yang membantu mengawal sebahagian daripada DNA anda yang menentukan sama ada anda mati.

Khususnya, gen ini secara buatan boleh memanjangkan telomeres, topi pada hujung kromosom yang secara beransur-ansur menghakis kerana anda semakin tua. Gambar di atas, anda boleh melihat sel PanNET - bit bercahaya merah jambu adalah kawasan di mana kanser itu menyebabkan lanjutan telomere. Biasanya, telomeres pendek dikaitkan dengan penyakit dan kematian. Oleh itu, sesetengah saintis percaya bahawa menyimpan telomeres lama untuk satu cara memanjangkan hayat (a beberapa ujian pada tikus tampaknya menyokong penemuan ini). PanNET mungkin telah memberikan kita dua peralatan genetik untuk melanjutkan usia. Persoalannya, apakah kehidupan kanser itu dapat dilanjutkan?

Malangnya bagi orang yang menderita PanNET, telomeres terlebih panjang itu yang menyimpan gen kanser hidup walaupun ia tidak berfungsi. Sebab itu ia mungkin lebih sesuai untuk memanggil sel tak mati ini (undead) dan bukannya abadi. Ya, mereka hidup, tetapi ia bergerak bersama dan cuba untuk meniru dan menggantikan setiap sel lain dengan versi sendiri.

Persoalannya ialah sama ada penyelidik seperti Heaphy boleh bertukar undead ini menjadi sesuatu yang lebih kepada hidup kekal. Mengetahui yang gen akan mati untuk membolehkan telomeres memanjang boleh menjadi langkah pertama dalam proses yang berakhir dengan sel-sel sihat yang tidak tua. Masalahnya ialah, tidak seorang pun mengenal pasti sama ada telomeres pendek menyebabkan penuaan, atau hanya hasil daripada jam umur lain dalam badan kita yang masih belum pasti.


Mungkinkah Zomba Kg. Pisang boleh menjadi kenyataan???



 
Credit:Sumber

Kisah Seram - Jenazah Balik Ke Rumah

 

Dunia Seram - Kisah ini terjadi pada akhir tahun 1990an di sebuah kampung di Selangor. Kisah ini diceritakan semula oleh rakan penulis kepada penulis untuk dijadikan iktibar. Yusuf (bukan nama sebenar) dan Maryam (bukan nama sebenar) tinggal di sebuah kampung yang aman damai. Pada suatu hari Maryam telah mengajak Yusuf menemaninya ke Pekan untuk membeli barang dapur yang sudah kehabisan . Yusuf memang sangat memahami isterinya  yang sangat rajin memasak, sementelah dia bersetuju untuk menghantar Maryam membeli barang dapur di pekan. Setelah penat membeli belah, mereka berdua pun pulang dengan membonceng motosikal ke rumah. Maryam sangat gembira kerana pada hari tersebut dia telah berjanji ingin memasak sedap untuk anak-anaknya. Tiba-tiba tanpa di duga motosikal mereka bergoyang dan beg tangan yang dipegang Maryam di sentap oleh peragut bermotosikal , berlaku tarik menarik dan pada masa itu Maryam jatuh ke tas jalan raya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Yusuf yang pada masa itu mengerang kesakitan. Jenazah Maryam telah disempurnakan oleh penduduk kampung dan ramai penduduk kampung yang mengucapkan takziah pada Yusuf. Pemergian Maryam sangat dirasai anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Setelah di sembahyangkan jenazah Maryam telah di bawa oleh van jenazah ke kubur untuk dikebumikan.
         Sebelumnya lubang kubur khas untuk jenazah Maryam telah digali oleh Pak Kadir sementelah di mengetahui kematian Maryam seperti yang di amanahkan oleh Tok Imam Majid. Van membawa jenazah bergerak perlahan menghampiri kawasan perkuburan dan berhenti di satu sudut kawasan tersebut. Pintu bonet van dibuka , kelihatan adik beradik dan kaum keluarga arwah Maryam dan Yusuf mengusung jenazah ke lubang kubur. Kerja-kerja mengebumikan telah berjalan dengan sempurna jenazah dimasukkan dan dihadapkan ke kiblat. Tiba-tiba hujan turun denga lebatnya tanpa da petanda. Tanah ditimbus dengan segera supaya kubur arwah tidak di masuki air. Pak Kadir dan ahli keluarga jenazah bertungkus lumus menimbus liang lahat arwah Maryam. Sesudah di timbus Tok Imam Majid segera membaca talqin untuk jenazah dalam keadaan hujan lebat dan petir tanpa menghiraukan keadaan jubah putihnya yang basah kuyub. Akhirnya , selesai sudah urusan mengebumikan jenazah tersebut.
        Malam esoknya kenduri tahlil di adakan di rumah Yusuf untuk arwah Maryam , Selesai sahaja kenduri tahlil dibuat...Yusuf yang keletihan sejak petang tadi melayan saudara mara yang melawatnya tertidur di katil. Malam itu Yusuf bermimpi didatangi oleh arwah Maryam yang meminta dia membuka tali kapannya yang terlupa dibuka sewaktu dikebumikan. " Abang, tolonglah maryam..tolonglah bukakan tali kapan maryam....tolonglah". Yusuf terjaga dari tidur dan berfikir sejenak, adakah dia belum membuka tali kain kapan Maryam? Persoalan itu bermain di fikiran Yusuf berulang kali pada malam itu dan menyebabkan Yusuf tidak lena tidur. Yusuf juga terlupa ketika itu...kerana pada masa itu dia hanya memerhatikan dan sedang kesakitan dan tidak dapat membantu menurunkan jenazah Maryam. Tugas itu diambil oleh adik arwah dan beberapa kaum keluarga yang lain. Mimpi itu tidak diceritakan oleh sesiapa, sehinggalah hari yang ketiga berturut-turut dia bermimpi yang serupa. Yusof menjadi tidak tenteram, lalu menceritakan pada Tok Imam Majid.
              Tok Imam Majid menyarankan Yusof membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Setelah laporan telah dibuat oleh Yusof , Pihak Polis, Tok Imam Majid dan beberapa penduduk kampung yang dijemput Yusof datang untuk membantu Yusof menggali semula kubur Maryam. Walaupun berat hati , tetapi bagi Yusof , dia cuba menghuraikan apa yang telah terjadi di sebalik mimpinya. Setelah kubur digali, ternyata benar sangkaan Yusof...tali kain kapan Maryam masih belum dibuka, masing-masing yang berada disitu diam membisu dan tergamam dengan apa yang terjadi ke atas Maryam. Subhanallah !!! Kuasa Allah menentukan segala-galanya. Tali kain dibuka dan tanpa berlengah jenazah dikebumikan semula. Tok Imam membaca talqin semula untuk menghomati jenazah simati.
            Petang itu, gempar cerita mengenai jenazah Maryam digali semula. Namun, bagi Yusof dia redha dengan ketentuanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Cerita ini sudah 13 tahun berlaku, tetapi ia sentiasa di ingatan penulis.Kuasa  Allah mengatasi sgala-galanya.

Cerita Hantu - Toilet

Toilet Di Stor Sheila 


Dunia Seram - Sheila ni dah setahun bekerja di sebuah syarikat C ni yang terletak di damansara( aku tak nak sebut mana tempatnya k)..sheila ni penakut sbb tu sifat die dr dulu pun.di pendekkan cite, Kat tempat die bekerja ni di bawah bangunannya ade satu bilik stor yang akan di renovate lah( blm start renovate lg. Ntah bile die pun tak tahu).. So sheila ni terpaksa turun ke bawah selalu untuk check stock and buat kerja-kerja die lah kat sana.


Jadi bekalan air ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja baik pulih, so kire takkan ada air lah kat stor tu..disebabkan tangki di toilet tu bocor juga lah bekalan air terpaksa ditutup..dah banyak kali bahagian management discuss nak renovate tapi sampai sekarang habuk pun takda.satu hari tu sedang sheila menjalankan tugasnya seperti biasa tetiba dia lupa ada barang dia yang tertinggal kat stor bawah tu. So dia pun bergegas lah turun ke stor.


Sampai je kat stor tu, die pun ambil lah barang yang dia lupa nak ambil tadi..tetiba tu dia terdengar bunyi orang sedang flush toilet!!! ( Kalau kite dah habis guna toilet kan kite flush, mcm tu lah). Sheila ni ingat salah satu staff kat situ sengaja on kan kejap, yelah mana tau ada org nak buang air ke apa kan. Dia pun buat tak tahu dan ingin mencuci tangan di singki stor tu. Stor kan berhabuk..dia pun pusing lah kepala paip..


Alangkah terkejutnya Sheila yang air takda!! Waduhhhh!! Dah lah sheila ni penakut. Habis gigil satu badan die. Apa lagi dia pun cepat-cepat blah dari situ dan mengunci semula pintu stor tu dan cepat-cepat berlari menuju ke officenya semula..sampai sahaja diatas dia terus duduk dan menyambung semula tugasnya tetapi otaknya masih ligat berfikir, siapakah yang flush toilet tadi???

Kisah Misteri - BILIK MAYAT


Dunia Seram - Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.



 








Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahu’alam…. 


Credit:Sumber

Daging Manusia Dijual Di England, Lihat Ini!


SEBUAH kedai daging di England, 6 Wesker & Son Ltd. selama dua hari membuka niaga daging manusia dengan berbagai macam mutilasi anggota tubuh manusia. Kedai ini perdagangkan daging bangsanya sendiri dan menggantung potongan-potongan tubuh manusia di ruang pendingin sebagaimana layaknya daging binatang ternak.
Tidak hanya itu, potongan-potongan tubuh itu di pamerkan dalam sebuah display daging yang dikemas dalam stereofoam berbungkus plastik. Anggota tubuh yang di displaypun terdiri dari berbagai macam anggota tubuh seperti jari-jari, lidah, mata, kuping bahkan ada juga penis.

Pemandangan yang sangat mengerikan terlihat di tempat itu, tubuh manusia tanpa kaki dan tangan, lengan di gantung dengan pengait besi, tapak tangan dan pemandangan mutilasi anggota tubuh manusia lainnya yang tidak kalah mengerikan. Yang lebih mengerikan lagi ada sosok perempuan yang di letakkan di atas meja dan siap dipotong-potong untuk dijual.

Tetapi........ baca seterusnya..











Tetapi...
Kenyataan pemandangan horor di atas tidak seperti yang terlihat. Itu semua hanyalah sebuah trik yang dilakukan oleh team pembuat game Resident Evil 6 untuk menarik perhatian wartawan. Mutilasi anggota tubuh tersebut dibuat dari berbagai macam daging binatang ternak yang di buat sedemikian rupa hingga sangat mirip dengan potongan-potongan tubuh manusia.
Resident Evil  adalah sebuah  game ternama yang mengusung tema horor dalam pembuatan Gamenya. (IH)
 
Credit:Sumber