Khamis, 21 April 2016

Kisah Seram - LRT Kuala Lumpur

Image result for kisah seram saka

Dunia Seram - Kisah ni diceritakan oleh kawan kepada saudara saya...yang mana dia sendiri mengalami satu kejadian di LRT tersebut...
Satu malam...train akhir dari KLCC ke salah satu destinasi, cik yati (bukan nama sebenar) bersama anaknya mizi berumur dalam lingkungan 4-5 tahun (bukan nama sebenar) dalam train terakhir tersebut dalam lingkungan pukul 11:30 malam..
Kebetulan sewaktu menaiki train tersebut, terdapat 3 orang wanita yg duduk berasingan...setiba dia perhentian pertama...ketiga-tiga wanita tersebut telah turun...tetapi..salah seorang dari wanita tersebut telah pergi kepada anak cik yati dan berkata..
"nakkk...xelok tinggalkan mak duduk dengan orang lain.." (tersenyum dan beredar keluar..)
memandangkan anaknya kembali dduk disebelah...cik yati pun bertanya kepada anaknya.
"makcik tu cakap apa?"
anaknya pandang sebelah seperti ada seseorang sdg memndangnya dan memandang ibunya smula lalu menggelengkan kepala..
yati merasa pelik thadap anaknya itu...
kmudian membiarkan anaknya... dia memerhatikan anaknya yg masih lagi kejap kejap memandang dalam gerabak train tu..

mmndangkan tiada sesiapa dalam grabak tersebut..dia tidak mngambil endah walaupun dia rasa xsedap hati...
apabila sampai ke destinasi yg dituju..
setelah turun dari train...pak guard yg berada disitu turut sama terjenguk2 kedalam train...

setelah turun dan keluar dari stesen tersebut...dia bertanya skali lagi kepada anak nya..
"apa yg makcik tadi cakap kepada mizi dalam train sbntar tadi?"
mizi tidak menjawab soalan ibunya itu lalu bertanyakan sesuatu..
"ma, kenapa dalam train tadi mizi nampak smua orang pakai jubah putih ikat kat pinggang..ikat kat kaki..lepas tu dia pakai tudung..ikat keatas...selalu mizi nampak orang ikat tudung kat bawah leher je..patutla nenek tu cakap jgn bagi ma duduk dgn orang lain..dia suruh mizi teman ma"
terkejut dgn soalan dan kenyataan itu..cik yati segera mninggalkan tepat tersebut..rupanya train tersebut dipenuhi dengan POCONG.
dikhabarkan laluan bawah tanah train tersebut melalui salah satu kawasan tanah perkuburan di KL..
sekian.

Kisah Misteri - RnR Lebuhraya Utara-Selatan






Dunia Seram - Ape yang aku taipkan kat sini untuk kali ni adalah sumber yang aku dapat dari member aku sendiri. Kejadian ni berlaku kepada arwah pakciknye sendiri dan diceritakan semula oleh isteri si arwah.
Member aku ni asal dari Penang (seberang Prai) sebenarnye tapi ramai ahli keluarga,sedara mara dia berhijrah luar dari Penang dan member aku ni sendiri berhijrah ke Melaka pasal ikut abah dia yang bertugas di Penjara Melaka.

Kejadian ni berlaku pada masa cuti sekolah dan ketika itu arwah,isteri & sorang anak (masih bayi masa tu) join sedara2 yang lain untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Penang. Info yang aku dapat,ada 3 buah kereta termasuk kereta arwah ni yang ikut dalam konvoi tu.

Perjalanan dorang bermula dari Melaka kemudian singgah di Kuala Selangor untuk mengambil 2 org lagi sedara yg tinggal di situ. Memandangkan perjalanan bermula agak lewat,jadik dah tentu lah dorang akan lalu kat highway pd waktu malam kan.

Perjalanan mereka pada mula memang tiada masalah hinggalah salah sebuah dari keta dorang memberi isyarat untuk berhenti makan di RnR yg biasa terdapat di highway. Ketika itu,dorang ni baru je melepasi RnR tapah. Dan... pada ketika itu jugak,arwah ada suarakan pada isterinya "Jauh lagi lah nampaknye kalau nak brenti makan. Mana ada lagi RnR lepas ni", kata arwah. "Takpelah bang,jap lagi kita boleh brenti kat hentian tepi je. Bukan nak makan berat2 pun. Takat makan buah pun jadik la",jawab isteri (makcik member aku). "Mmm... ikutlah",jawab arwah pulak.

Perjalanan diteruskan hinggalah dorang ternampak sebuah RnR yang besar dan ramai orang. 2 buah keta yang kat depan terus masuk ke susur RnR tu untuk brenti makan & rehat. Tapi masa tu arwah agak teragak2 untuk ikut sekali sebab maybe masa tu dia tak lapar dan dia rasa agak pelik sket dgn keadaan RnR tu tapi memandangkan 2 buah keta yg lain dah menuju ke parking keta,nak tak nak arwah pun brentikan keta.

"Awak nanti jangan makan tau. Minum je takpe",kata arwah pada isterinye. "Eh,kenapa plak bang.",kerut dahi isterinye bertanya. "Alah,ikut jelah. Nanti abg bagitau sebabnye",jawab arwah.

Driver & penumpang2 dalam 2 buah keta yg lain memang duduk makan kat situ tanpa ada musykil ape2. Dorang tak duduk lama kat situ bila kenangkan perjalanan yg masih jauh. Adalah agak2 1/2 jam dorang bertapa kat situ dan kemudian masing2 sambung balik perjalanan menuju ke utara.

"Hah,kenapa abang tak bagi saya makan tadi?",tanya makcik member aku. "Eh,awak ni. Tak perasan ke tadi? Dalam ramai2 orang kat RnR tu,ada awak perasan keta lain kat RnR tu selain keta kita 3 buah. Logik ke,orang ramai tapi takde keta ke,bas ke,motor ke. Pastu,pakaian orang2 kat situ selain dari kita semuanye seakan2 sama kan. Lagi satu,perasan tak pelayan kat RnR tu terutamanye pompuan,semua muka dorang hampir sama. Tak pelik ke tu?",terang arwah pada isterinye...

Masa ni barulah makcik member aku ni perasan. Patutlah,awal2 lagi arwah macam teragak2 nak brenti kat RnR tu. 2 buah keta lagi dah laju di depan meninggalkan dorang 3 beranak ni. "Betul lah bang. Baru saya perasan",sambung sang isteri. "Hah,lagi satu. Kalau awak sempat paling lepas kita kuar dari RnR tu,awak leh nampak tempat tu gaung sebenarnye. tengok je lah sekarang,kita kat bukit kan?",jawab arwah plak.

Meremang bulu roma makcik member aku masa tu bila dengar penjelasan dari arwah suami dia. 2 buah keta kat depan terus je pecut,maybe nak cepat sampai gamaknye sedangkan arwah tetap dengan pemanduannye yg agak perlahan masa tu (dalam 100km/j).

Tiba-tiba......................

Tiba-tiba..... dengan tak memasal,enjin keta arwah mati. Masa tu keta tu hampir menghala ke terowong tol Jelapang. "Allahuakbar,kenapa lak keta ni?",arwah merungut kecil. Isterinya nampak gelabah masa tu sebab 2 buah keta yang lain dah jauh ke depan.

"Awak tunggu je dalam keta. Jangan keluar kemana2. Saya nak tengok ape yg tak kena ngan enjin keta ni",arwah mengarah isterinya. "Abang jangan lama2 tau",jawab isteri yang mula rasa tak sedap hati. "Yelah....yelah.... awak duduk je dalam keta",kata arwah lagi sambil membuka pintu keta.

Bonet depan dibuka,arwah cuba check untuk tau ape masalah pada enjin keta dia. "Awak tunggu jap,saya nak pegi carik air. Radiator dah kering airnye ni",laung arwah pada isteri yg duduk dalam keta. "Nak cari air kat mana bang?. Ni kawasan bukit ni",jawab sang isteri. "Alah,pandai2lah abang nanti",jawab arwah sambil memegang botol kosong yg diambik dari bonet belakang.

Makcik member aku kata,masa tu memang takde keta yg lalu. Sesekali adalah lori treler yang lalu. Takkan nak tahan kan. Kalau tahan pun,tak mungkin lori treler akan brenti sebab takut menggelungsur ke bawah bukit.

Agak lama jugak makcik member aku ni tunggu husband dia. Tiba-tiba................... "Bam!!Bam!!" "Mak!!",jerit sang isteri pasal terlalu terperanjat bila dengar ada bunyik yang kuat di atas bumbung keta seolah2 bunyik buah kelapa jatuh... Anaknye yang kecik turut menangis terperanjat....

Makcik member aku ni mula gelabah. Untungnye,handphone arwah husband dia ditingglkan atas dashboard. Dia capai henpon tu dan call salah sorang sedaranya yang dah jauh di depan. "Halo,korang kat mana tu",sang isteri mula bersuara. "Kitorang baru lepas terowong ni",jawab suara dalam henpon tu. "Macam ni,keta abang rosak tepi jalan ni. Abang plak pegi carik air. Katanye radiator kering. Akak nak buat ape sekarang ni. Ada benda hempap atas bumbung keta tadi ni. Akak takut la",jawab sang isteri lagi.

"Akak jangan kuar keta. Tunggu je dalam keta. Nanti kitorang tepon peronda. Tunggu tau,jangan kuar keta",jawab suara dalam henpon lagi. "Ok2...",jawab sang isteri.

15 minit kemudian,peronda lebuh raya ngan polis sampai. "Tenang sikit hati",kata makcik member aku masa tu. "Puan ok ke? Kenapa brenti tepi jalan ni? Keta rosak ke?",tanye sorang peronda polis. "Keta ni tiba2 mati tadi. Suami saya tengah pegi carik air. Dia kata radiator kering. Pastu tadi saya dengar ada bunyik yang jatuh atas bumbung keta ni. Ada ape2 ke akat atas bumbung ni encik?",soal sang isteri.

"Takde ape2 pun puan. Takpela,puan boleh kuar dari keta sekarang. Nanti kitorang tolong carik suami puan",jawab peronda polis tu plak. "Baiklah. Mintak tolong ye encik,carikan suami saya. Tadi dia pegi ke arah gaung tu tadi. Cari anak sungai agaknye",kata sang isteri lagi.

Gerakan mencari arwah bermula. Masa tu kata makcik member aku ni,peronda tu cuma ada 4 orang aje (2 peronda lebuh raya,2 lagi peronda polis). Agak dah setengah jam mencari tak jumpa,peronda2 tu berpatah balik ke arah keta dorang.

"Takde lah puan. Tapi puan jangan risau,saya akan buat laporan pada ibu pejabat",kata peronda polis. Sambil2 tu,peronda lebuh raya masih lagi cuba mencari di sekitar keta plak.

"Cuba bukak bonet belakang keta ni",arah salah sorang peronda lebuh raya tu. "Papp..." Bonet terbuka. "Encik,mari sini kejap",peronda tu memanggil salah sorang peronda polis tu. "Hah,ada ape ni?",tanye polis tu. "Ini encik",peronda lebuh raya tu menunjukkan sesuatu didalam bonet keta. Polis tu cuma mengangguk kepala je,kemudian berjalan ke arah makcik member aku yg tengah tunggu kat keta peronda tu.

"Puan,banyakkan bersabar ye. Suami puan disahkan tiada lagi",kata polis tu. "Apa??!!!",airmata sang isteri mula meleleh dan kemudiannye terus dia meraung tanda faham ape yg disampaikan oleh polis tu.

Kemudian,sebuah trak polis & lori tunda sampai utk settlekan masalah tu. Melalui polis tu, kepala arwah hampir putus dan hanya tinggal secebis daging sebesar jari untuk memisahkan kepala ngan badan. Kenduri kawen yg dorang patut hadir disatukan sekali ngan kenduri arwah. Dan sampai sekarang makcik member aku tu tak tau punca kematian/ape yg membunuh arwah suami dia. Cuma yg pelik,macam mana plak jenazah arwah boleh ada dalam bonet keta sedangkan selama dia duduk dalam keta tu,takde plak bunyik bonet dibuka atau ditutup....

Bila aku dengar cite ni dari kawan aku,rasanye misteri ni tak jauh beza ngan kejadian yang terjadik kat Karak kan.... minta maaf pasal cara penyampaian aku agak kucar kacir.. 
Credit:Sumber

Ahad, 7 Februari 2016

Kisah Seram - Pelajar Sesat Ketika Merentas Desa

Image result for CERITA HANTU CINA




Dunia Seram - Aktiviti merentas desa antara salah satu aktiviti tahunan yang seringkali diadakan oleh pihak sekolah. Ia merupakan satu peluang yang diberikan kepada para pelajar menunjukkan kebolehan berlari dalam satu jarak jauh yang ditentukan. Kisahbest.my percaya boleh dikatakan semua pernah menyertai aktiviti merentas desa bukan? Namun pernahkah anda berhadapan dengan masalah jalan sesat? Terdapat satu kisah di mana seorang pelajar lelaki yang menyertai aktiviti merentas desa dipercayai hilang dan sesat.


Nasrul berlari beriringan bersama rakannya Alif. Manakala rakan2 yg lain ada yg sudah melepasi mereka berdua. Ada juga sebahagian lagi masih tertinggal jauh dibelakang. Begitulah pada setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan program merentas desa bg pelajar2 di sekolah menengah tersebut..
Ketika sampai di satu lorong kecil nasrul tiba-tiba terpandang sebuah kedai menjual minuman. Dia yg sudah kehausan terus saja menuju ke kedai tersebut. Walaupun ada terbit rasa pelik pada dirinya kerana kedai itu tidak pernah dilihat sebelum ini tapi nasrul sudah tidak peduli lagi, tekak nya sudah kering ditambah dengan cuaca yg sangat ganas ketika itu.. Rakannya alif sudah jauh kehadapan. Dipanggil alif berkali2 tapi alif tidak mendengar panggilan darinya.

Nasrul meneguk air durian belanda yg dibelinya.. seketika kemudian Nasrul terpandang seorang gadis dan seorang budak sedang belari lari anak. Diperhatikan betul2. Mungkin mereka salah seorang dari rakan nya.. Tapi anehnya kenapa ada budak kecil disamping gadis itu.. kerana perasaan ingin tahu, Nasrul terus mengejar gadis tersebut.. Tapi yg peliknya semakin dikejar, gadis itu semakin jauh kehadapan..Dia yang sudah kepenatan terus membatalkan niatnya, nafasnya tercungap2 kepenatan..
Nasrul melihat sekeliling.. dia terkejut, tempat itu begitu asing baginya. Ada penempatan beberapa rumah penduduk disitu. tidak pernah pula dia tahu sebelum ini.. Memandangkan hari semakin petang dan dia yg sudah tersesat, Nasrul memutuskan untuk meminta bantuan kepada salah seorang penduduk disitu.
Nasrul terpandang seorang pakcik sedang menyapu sampah di halaman sebuah rumah disitu. Nasrul memberi salam dan kemudian berjabat tangan dengan pakcik itu.. tanpa ditanya Nasrul terus menceritakan segalanya dan meminta bantuan kepada pakcik tersebut supaya menghantar dia ke jalan keluar dari kampung itu,  tetapi orang tua itu hanya mendiamkan diri, setelah ditanya beberapa kali barulah pakcik itu mencadangkan supaya Nasrul tinggal semalam dirumahnya.. Tapi Nasrul menolak dan bersungguh-sungguh supaya pacik itu menghantarnya pulang ke sekolah.. pacik tersebut hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa, Nasrul semakin pelik dengan riaksi pakcik itu terhadapnya..
***************************************************************************************
Di sekolah sudah mula kecoh atas kehilangan nasrul. Alif rakan baik nasrul disoal siasat oleh guru besar. Setahu alif rakanya itu tiba2 hilang, puas juga alif bertanya pada rakan2 yg lain.tp hampa. Guru besar mengarahkan guru2 yg lain untuk mencari nasrul.. dan kehilangan Nasrul telah dikabarkan kepada ibu bapanya..
Cikgu ahmad yg sedang bersiap-siap untuk gerakan mencari, tiba-tiba terpandang nasrul di tepi jalan besar dihadapan sekolah.. Dia bergegas mendapatkan nasrul. Dilihatnya nasrul sedang berbual2 dgn seseorang. Pelik, tidak pula dia nampak org lain kecuali nasrul keseorangan disitu.. Cikgu ahmad menepuk bahu nasrul, Dia semakin hairan dan terkejut melihat keadaan baju yg dipakai nasrul yg penuh dengan lumpur… Nasrul yg terpingga-pinga dengan wajah yg pucat terus dibawa berjumpa dengan guru besar oleh cikgu Ahmad, Nasrul menceritakan segala apa yg berlaku kepada Guru Besar.. Rakan2 yg lain juga turut mendengar.. Guru besar hanya menggeleng2kan kepala, pelik!! sudah 3kali terjadi pelajar sesat ketika merentas desa. Dan mereka sesat ditempat yg sama.
Nasrul yg dalam keadaan tidak bertenaga tiba-tiba pengsan.. Keadaan menjadi cemas.. Nasrul diangkat dan dibaringkan diatas meja sekolah.. Cikgu ahmad merenjiskan air dimuka nasrul.. Akhirnya nasrul tersedar tapi Nasrul tiba2 muntah.. Apa yg pelik muntahnya mengeluarkan daun2 berwarna hijau dan terdapat duri2 halus.. Seorang Ustaz disitu membaca apa yg patut, dan akhirnya Nasrul kembali segar dan Nasrul dibawa pulang kerumahnya..
Selepas dari kejadian itu Nasrul sering melihat kelibat seorang gadis dan seorang budak sering bermain dikawasan rumahnya, sehinggalah Nasrul berjumpa dengan seorang pakar perubatan Islam, menurut pakar tersebut ada sesuatu yg ingin berdamping dengannya.. siapa dia, sampai sekarang masih lagi menjadi misteri.

Credit Sumber : Nasir Hamzah

Kisah Seram - Seorang ibu mencari bayi nya !!


Cerita hantu seram's photo.

Dunia Seram - Setiap hari tanpa jemu Saripah akan melakukan kerja menjaga bayi di wad penjagaan bayi yang baru dilahirkan. Apa yang membuatkan Saripah seronok dengan tugas tersebut kerana sikap yang menyukai kanak-kanak yang memang tersemat di dalam dirinya. Tambahan pula Saripah turut mempunyai seorang cahaya mata yang baru sahaja berusia setahun membuatkan naluri keibuannya terserlah.
Jika sesetengah orang tidak akan selesa dengan tangisan bayi yang laparkan susu atau kerana lampinnya sudah basah, namun bagi Saripah tangisan tersebut seakan satu bunyi yang sudah sebati dalam dirinya. Sebagai ibu dia pernah merasai keadaan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan pada mulanya dia juga tidak selesa dengan keadaan tersebut tetapi lama kelamaan dia telah biasa dan lali.
Setelah 2 bulan ditugaskan bekerja syift siang, kini tiba gilirannya pula untuk bertugas pada syift malam. Sebagai kakitangan baru, Saripah hanya mampu mengikut jadual tanpa banyak soal. Nasib baik jugalah suaminya bekerja bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, maka Saripah tidak risau akan penjagaan anaknya di rumah.
Jadual kerja Saripah memerlukannya sentiasa memeriksa bayi-bayi di wad berkenaan agar segala-galanya berjalan dengan sempurna. Selain Saripah, terdapat juga 3 orang jururawat yang bertugas menjaga bayi ini secara bergilir-gilir. Dengan cara ini dapat jugalah mereka berehat sambil melakukan kerja-kerja lain.
Hari pertama bekerja malam,segala-galanya berjalan lancer. Cuma kadang-kadang Saripah dan rakan sekerjanya sibuk sedikit apabila terdapatnya kelahiran baru pada waktu itu. Namun disebabkan diri masing-masing sudah dilatih untuk mengatasi sebarang masalah, setiap tugas mampu dilakukan dengan baik sekali.
TANGISAN KUAT
Begitu juga hari kedua. Segala-galanya baik dan ini membuatkan Saripah berasa senang walaupun ditugaskan pada waktu malam. Namun begitu pada malam yang ke-3, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku ketika tiba giliran Saripah member minum susu kepada bayi-bayi yang terjaga pada pukul 2 pagi.
Tangisan seorang bayi lelaki yang agak kuat memecah keheningan awal pagi membuatkan Saripah yang baru bertukar giliran berasa amat terkejut. Sepanjang pengalamannya bekerja, tidak pernah dia mendengar bunyi tangisan yang sebegitu.
Sedang Saripah tergesa-gesa mahu menuju ke bilik yang menempatkan katil bayi tersebut, tiba-tiba dia mendengar suara seorang wanita yang mahukannya agar cepat ke sana. Terkejut juga Saripah mendengar suara itu, sebab setahunya pada waktu begini tiada ibu-ibu yang terjaga. Mungkin itu hanya khayalannya. Fikir Saripah dalam hati.
Sebaik sahaja Saripah sampai ke dalam bilik tersebut, dia berasa amat terkejut apabila melihat bayangan seorang wanita berada di luar cermin bilik itu. Tambah menghairankannya ialah cermin tersebut pula menghala ke balkoni luar dan tidak ada tempat berpijak yang cukup walaupun untuk seorang insan.
Saripah agak kaget, tasingan bayi tersebut tidak diendahkan. Apa yang terdetik di hatinya ketika itu ialah menyelamatkan wanita tersebut dari terjatuh. Tanpa membuang masa Sarimah pun menuju ke cermin tingkap yang boleh dibuka bersebelahan dengan balkoni tersebut. Namun belum sempat Saripah tiba di situ, tiba-tiba bayangan tersebut terbang dengan pantas. Saripah berasa terkejut dan menjerit ketakutan.
Apabila mendengar jeritan Saripah itu, dua orang rakannya yang berada berhampiran bergegas mendapatkannya. Sebaik sahaja mereka sampai di bilik tersebut, segera mereka mendapatkan Saripah. Beberapa ketika kemudian Saripah tersedar dari terkejut lalu mendapatkan bayi yang menangis itu. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada bayi lelaki itu.
Setelah berpuas hati dengan keadaan bayi itu, barulah Saripah menceritakan keadaan yang berlaku pada rakannya. Terkejut juga mereka sebab sewaktu mereka bertugas tiada apa-apa yang berlaku.
Saripah tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut. Terus sahaja dia mengambil keputusan untuk menyiasat bayi siapa yang menangis dan mengapa bayangan tersebut berada di sana. Setelah disiasat barulah Saripah faham apa yang berlaku.
Ibu bayi tersebut sebenarnya telah meninggal dunia sebaik sahaja bayi tersebut dilahirkan. Mungkin disebabkan rindu dan kasihan dengan anaknya, roh wanita tersebut datang melawat anaknya pada malam itu.

Credit:Sumber

PERAYAAN MASYARAKAT CINA - TAHUN BARU CINA

 








PERAYAAN TAHUN BARU


Dunia Seram - Tahun baru Cina sepatutnya diraikan pada hari pertama sesi cuaca Lichun yang bermaksud permulaan musim bunga. Tetapi pada hakikatnya ialah, orang Cina meraikan tahun baru pada hari pertama dalam bulan pertama kalender lunar. Tahun baru merupakan perayaan yang paling penting dalam masyarakat Cina dan ia mula diraikan pada hari ke-8 dalam bulan lunar keduabelas (Laba) tahun sebelumnya dan akan berakhir pada hari ke-15 dalam bulan lunar pertama (Yuanxiaojie) tahun seterusnya.

(B) Perayaan-Perayaan Dalam Tahun Baru Cina

1. Laba

2. Weiya (Penyembahan Akhir Dewa Tanah)

3. Xiezao (Penyembahan Dewa Dapur)

4. Tuannianfan (Makan Malam Bersama-sama Seisi Sekeluarga)
dan Menjualkan Malas

5. Hari Pertama Tahun Baru Cina

6. Hari Kedua Tahun Baru Cina

7. Renri (Harijadi Semua Orang)

8. Tiangongdan (Harijadi Maharaja Jade)

9. Yuanxiaojie (Perayaan Tanglung)

(C) Persediaan Untuk Perayaan Tahun Baru Cina
(Sila Rujuk Post yang Berkenaan)

1. Membersihkan Rumah dan Menampar Dewa Pintu

2. Menampar ‘Chunlian’


Dari perayaan-perayaan yang diadakan sepanjang tahun baru Cina, kita dapat perhatikan budaya rasuah (penyembahan dewa dapur), nilai murni (mengenang budi Maharaja Jade / nenek moyang dengan menyembah mereka), sikap mementingkan simbolik (yuanxiao yangbulat bersimbolik keharmonian keluarga) dan kepandaian mencari peluang (aktiviti melempar buah semasa yuanxiaojie) orang Cina. Benda-benda ini sebenarnya adalah penting dan diamalkan oleh orang-orang Cina dalam kehidupan harian mereka.

 

SATU DARIPADA PERAYAAN MASYARAKAT CINA  - QINGMINGJIE (HARI MELAWAT KE KUBUR)



(A) Pengenalan

Qingming bermaksud cerah (qing) dan terang (ming). Qingmingjie biasanya jatuh pada 5 haribulan April setiap tahun. Cuaca semasa qingming adalah cerah dan terang. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada melawat ke kubur orang yang tersayang adalah melawat ke luar bandar (taqing) selepas mengalami suatu musim sejuk yang panjang.

(B) Hari Melawat ke Kubur

Orang Cina biasanya melawat ke kubur nenek moyang pada hari qingming untuk memperingatkan jasa dan memberi hormat kepada mereka yang sudah meninggal dunia. Pada zaman moden, hari melawat ke kubur dijalankan pada hujung minggu untuk elak daripadamenggunakan hari kerja dan hari persekolahan. Hari melawat ke kubur boleh dijalankan dalam tempoh 2 minggu sebelum dan selepas hari qingming.

Pada hari melawat ke kubur yang telah ditetapkan, seisi keluarga akan pergi bersama-sama dengan membawa cangkul, penyapu lidi, cat merah dan berus kecil, mercun, nenas, telur itik rebus dan makanan serta minuman yang disukai oleh si mati. Sebaik sahaja sampai ke kubur nenek moyang, lalang yang tumbuh pada kubur mesti dicangkul dan dibersihkan. Selepas itu, perkataan yang terukir pada batu nisan dicat semula jika sudah luntur warnanya. Kemudian mercun dibakar dengan tujuan membangunkan si mati yang berehat sekian lama (1 tahun) di bawah tanah. Makanan dan minuman dihidangkan lalu colok dan lilin dibakar dan disembah oleh setiap ahli keluarga. Setelah semua orang telah menyembahkan colok dan arak, kulit nenas (onglai - ong datang) dan kulit telur yang diisi air tea atau air kosong (isi fengshui) ditaburkan di atas kubur. Perbuatan ini dikatakan boleh membawa tuah (ong) dan mengubah nasib (fengshui) cucu cicit si mati.

Selepas membakar duit kertas yang dibawa, orang yang datang melawat ke kubur boleh balik ke rumah atau melawat ke kubur yang lain.

(C) Qingmingjie dan Hanshijie

Satu hari sebelum qingmingjie adalah Hanshijie yang bermaksud hari memakan makanan mentah. Hanshijie adalah hari khas untuk memperingatkan pegawai kerajaan Jin pada zaman Chunqiu yang bernama Jie Zitui. Jie Zitui merupakan salah seorang pegawai yang ikut putera Chong’er yang hidup dalam keadaan yang sangat susah selama 3 tahun semasa dibuang negara. Jie Zitui pernah memotong daging dari peha beliau untuk memasak sup daging untuk putera Chong’er semasa baginda sakit dan sangat ingin memakan daging. Apabila putera Chong’er menaiki takhta menjadi raja Jin, baginda memberi hadiah kepada semua orang yang pernah membantu baginda tetapi terlupa Jie Zitui. Jie Zitui tidak kisah sangat tentang pengurniaan raja, beliau dan ibu beliau berhijrah ke sebuah hutan dan hidup di dalamnya.

Apabila raja Jin diingatkan orang tentang sup daging Jie Zitui, barulah baginda teringat Jie Zitui. Baginda menghantar orang-orangnya untuk mencari Jie Zitui tetapi tidak tahu kediamannya yang tepat. Mereka hanya tahu Jie Zitui hidup dalam hutan dan tidak dapat mencari beliau dalam hutan tersebut. Akhirnya raja Jin mengarahkan pegawai-pegawainya membakar hutan itu untuk memaksa Jie Zitui keluar. Tanggapan baginda salah kerana Jie Zitui sanggup mati terbakar bersama-sama ibunya daripada berkhidmat dengan raja Jin. Memandangkan mayat bakar hangus Jie Zitui dan ibunya yang berpeluk sama, raja Jin berasa kesal sekali lalu memerintah semua rakyat Jin tidak boleh mengguna api untuk memasak sehari demi memperingatkan Jie Zitui.

(E) Penutup

Hari melawat ke kubur bukan sahaja dapat mengamalkan nilai murni mengenang budi nenek moyang bahkan dapat mempereratkan hubungan di antara ahli-ahli keluarga yang sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Jika tidak ada nenak moyang, maka tidak wujudlah kami. Sekiranya tidak adanya titik peluh dan usaha kuat nenek moyang, maka tidak adanya kesenangan yang kita nikmati sekarang.



Credit:Source