Rabu, 2 Julai 2014

Kisah Seram - Dunia Seram - Kamar Kosong Laut Selatan



Dunia Seram - Riak angin laut pantai selatan  sangat bersahabat ktika aku dan parman ada di tempat itu. Tempat wisata yang  belum  begitu dikenal itu merupakan  temapt yang tenang dan rasanya  prospektif untuk dikembangkan sebagai  derah wisata .  parman-duduk di sebuah bangku  sederhana  di tepi pantai  bersamaku. Tugasku bersama dia untuk meneliti  biota pantai laut  tinggal beberapa hari lagi. Entah terdorong oleh apa, tiba-tiba saja parman yang asal Kalimantan itu meminta  bermalam di situ. Katanya dia sangat interest dengan suasana yang ada di situ.
“kulihat bapak-bapak berdua ini datang dari jauh ya ? dan, baru pertama kali datang ke sini ?” ujar seorang lelaki setengah baya yang mengenakan  pakaian khas jawa lengkap dengan  blangkon dan kerisnya. Kami seperti tak menyadari kedatangan  laki-laki itu. Tiba-tiba saja dia seperti sudah berada di dekat kami berdua.
Aku dan parman saling mengangguk. Dia kemudian menawarkan kepada kami untuk menginap di sebuah hotel  bernama hotel  udang biru. Anehnya, parman langsung saja menyetujuinya. Demikian juga denganku, aku seperti terkena hipnotis dan tidak dapat mengelak dengan apa yang  menjadi keinginan parman.
Maka, saat itu juga  aku dan parman mengikuti langkah orang itu menuju hotel yang tidak jauh dari tempat kami berdiri. Begitu memasuki  hotel, kulihat  ada  beberapa orang  yang sedang bersenda gurau sambil  duduk-duduk santai di lobi hotel. Namun dari beberapa orang  yang ada disitu, anehnya tidak ada satupun yang memeprhatikan langkah kami. Kedatangan kami seolah tidak di anggap, meski Cuma melihat barang sepintas  saja.
“ini kamarnya , pak” katanya sambil mengeluarkan  sebuah kunci dari kantong  baju surjannya. Aku dan parman lalu memasuki  kamar itu. Beberapa orang yang ada di sekitar  situ melihatku dengan heran. Aku sendiri tidak tahu  mengapa mereka melihatku  dengan heran. Aku sendiri tidak  tahu mengapa mereka melihatku  dan parman seperti itu. Seolah ada yang aneh pada diri kami. Sementara orang bersujan  tersebut membantu kami membawakan masuk barang-barang bawaan kami ke dalam kamar.
Begitu masuk ke dalam kamar, aku dan parman langsung mencium bau kemenyan yang berbaur dengan kembang kenanga yang biasa digunakan  orang untuk menabur kembang  di atas makam. Aku melayangkan pandangan ke  sekeliling kamar yang di cat dengan nuansa  hijau. Aku sangat penasaran dengan bau-bau tersebut. Demikian pula dengan parman yang hidungnya cengar – cengir  mencium bau tersebut.
Dengan penasaran aku lalu mencoba melongok ke bawah tempat tidur sambil menyingkap spreinya. Tapi tidak ada tempat untuk  pembakaran  dupa  atau kembang secuil pun yang ada dikolong   itu. Orang tua bersurjan  hanya diam  saja melihat tindakanku dan parman yang demikian. Dia tidak menjelaskan dari mana datangnya bau-bauan yang menyengat itu. Bahkan, tak lama kemudian dia langsung ngeloyor pergi.
Malam pun tiba. Hotel di tempat wisata itu tiba-tiba menimbulkan galau di hatiku. Dan ternyata parman juga mengalami hal yang serupa. Malahan, meski malam belum larut, kami malah diserang rasa kantuk yang teramat sangat. Rasa kantuk yang jarang aku alami karena aku terbiasa  tidur larut malam. Kupersilahkan parman yang tersiksa oleh kantuk  untuk tidur duluan. Mendengar usulku, parman rupanya sudah tidak lagi memeperdulikan  lagi bebauan yang mengundang mistik itu. Ia langsung saja merebahkan  diri dan memejamkan matanya.

Sumber

Kisah Misteri - PAKEJ SENGSARA

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


 
JOHOR BAHRU: RM50 untuk demam-demam, RM100 jika muntah-muntah. Begitu harga tawaran �pakej sengsara� ilmu hitam yang ditawarkan segelintir bomoh tidak bertanggungjawab bagi menjerat pelanggan taksub kepada perkara tahyul untuk menganiaya individu dimusuhi mereka.

Harian Metro difahamkan, kewibawaan golongan bomoh sesat itu diukur melalui kesan ilmu sihir terhadap seseorang hingga namanya menjadikan sebutan pelanggan.

Lebih menakutkan, jenis penyakit yang konon mampu dikirimkan kepada mangsa dan tempoh penderitaan disihir bomoh mata duitan itu turut bergantung kepada nilai wang pengeras dibayar pelanggan.

Ini bermakna jika mahu musuh lebih menderita, lebih mahal upah dikenakan bomoh terbabit.

Beberapa bomoh yang ditemubual wartawan Harian Metro di sini mengakui terpaksa menawarkan khidmat jahat seperti itu berikutan persaingan sengit di kalangan mereka untuk mendapatkan wang mudah.

Seorang bomoh yang hanya mahu dikenali sebagai Koromoh, berusia lewat 30-an, berkata dia tiada pilihan selain menawarkan khidmat itu disebabkan bilangan bomoh kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

�Di sekitar bandar raya ini dianggarkan terdapat tidak kurang 20 bomoh dan tidak hairan jika masing-masing mahu mempromosikan khidmat mereka dengan memperkenalkan pakej itu bagi memancing pelanggan.

�Kebanyakan pelanggan bomoh berkenaan termasuk pekerja kilang dan suri rumah dari beberapa kawasan sekitar.

�Sihir berkenaan biasanya ditujukan kepada pihak yang dimusuhi akibat perasaan tidak puas hati, dengki dan dendam,� katanya yang didatangi lima pelanggan, baru-baru ini.

Menurutnya, khidmat murah dan mudah untuk membalas dendam terhadap seseorang menjadikan pelanggan semakin taksub dan percaya terhadap bomoh tanpa berfikir panjang kesannya kepada mangsa.

�Pelanggan tidak perlu membawa sebarang barangan kecuali wang pengeras kerana ia akan menentukan jenis dan tempoh masa penderitaan yang bakal dialami mangsa sihir.

�Menerusi perkhidmatan itu, seseorang pelanggan hanya perlu menyatakan nama mangsa dan membayar wang pengeras manakala urusan lain diuruskan bomoh terbabit,� katanya ketika ditemui di Pasir Gudang di sini, semalam.

Katanya, kebiasaannya, seseorang mangsa mengalami kesengsaraan antara seminggu hingga berlarutan bertahun-tahun.

Seorang lagi bomoh yang dikenali sebagai Abon berkata, ada antara pelanggannya sanggup membayar wang pengeras hingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit semata-mata mahu melihat musuh mereka ditimpa pelbagai kesengsaraan termasuk kesakitan bagi tempoh lama.

�Jika membayar lebih, seseorang itu dikatakan boleh pengsan, mengalami penyakit ganjil, muntah darah, menghadapi masalah keluarga selain membawa maut.

�Pakej RM50 dianggap sebagai percubaan bagi mengenakan mangsa secara ringan-ringan, sekali gus melihat kekuatan ilmu sihir dimiliki seseorang bomoh,� katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ), Mohd Nooh Kadri, berkata amalan ilmu hitam mahupun perbuatan sihir adalah perbuatan syirik kerana menyekutukan Allah.

Menurutnya, ia bertujuan jahat dan tidak akan membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak.

�Bukan saja akidah terpesong kerana mempercayai ilmu sihir, malah mendapat dosa besar kerana pengamal berkenaan melakukan perbuatan menganiaya,� katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
 

Cerita Hantu - Rumah Tua Warisan Keluarga



Dunia Seram - Oke, tanpa basa basi! Cerita ini dimulai di sebuah rumah tua di desa terpencil di daerah Jawa. Rumah tua itu tak lain adalah rumah kakek nenek saya. Rumah itu sudah diwariskan secara turun-temurun dari kakek buyut keluarga kami. Rumah dengan arsitektur Belanda yang ukurannya cukup besar bahkan sampai sekarang. Namun karena hanya ditempati oleh nenek dan kakek saya saja, rumah ini menjadi agak tidak terawat dan menimbulkan berbagai sisi menyeramkan di setiap sudutnya.

Rumah dua lantai dengan ruang tengah seperi sebuah ballroom ini sehari2 hanya ditempati 2 orang renta yang sudah semakin menua usianya. Rumah itu telah menjadi saksi meninggalnya sanak saudara sejak kakek buyut saya. Jadi tidaklah heran jika berbagai "Hal" bermunculan di tempat ini.

Dimulai dari "hal" di kamar mandi ...

Waktu itu sekitar pukul 2 pagi. Ayah saya yang kebetulan menginap di rumah itu terbangun karena ingin buang air. Kamar mandi di rumah itu sangat banyak, dan berderet. Di samping kamar sumur, terdapat kamar mandi, dan kamar toilet, serta beberapa kamar mandi biasa. Ketika ayah saya berjalan di depan deretan kamar mandi tersebut, dari dalam kamar sumur terdengar seakan2 ada orang yang sedang mandi.

Tadinya ayah saya berfikir bahwa orang yang ada di dalam adalah nenek/kakek saya, tapi adakah orang setua itu yang berani mandi di jam 2 pagi? Akhirnya, setelah selesai buang air, ayah saya memutuskan untuk kembali ke kamarnya, tapi suara orang mandi itu masih saja terdengar. Hingga pagi harinya, ayah saya menanyakan kepada seluruh keluarga saya siapa yang semalam mandi jam 2 pagi. Tapi tidak ada yang mengaku dan sontak kejadian ini membuat semuanya ramai membicarakannya.

Malam selanjutnya, lagi2 tepat jam 2 pagi ayah saya memberanikan diri kembali ke kamar mandi tersebut dan terdengarlah suara orang mandi itu seperti hari kemarin. Ayah saya berjalan mengendap2, hingga akhirnya berusaha mengintip ke dalam kamar mandi tersebut. Dalam jarak 1 meter sebelumnya, suara itu masih terdengar. Tapi apa yang kira2 ditemukan ayah saya selanjutnya??

Tidak ada satupun orang di dalamnya! Beberapa menit kemudian, bau yang sangat harum menyengat tercium di sekitar deretan kamar mandi tersebut. Dalam keadaan gelap gulita, kamar mandi itu semakin terlihat menyeramkan. Kamar mandi ini menjadi salah satu titik yang paling banyak menyimpan misteri bahkan sampai sekarang, meski tidak sesering dulu.

- ichi -



Sumber

Kisah Seram - Batu Lesung




Batu Lesung berbunyi pada tengah malam 

Dunia Seram - Rumah sewa nie ada 3 org penyewa, kira deqlis yg keempatlah..mula2
duduk tue ok jer lahh..buat mcm biasa, lagipun x tau cerita kan..

Pada suatu hari tue, salah seorg housemate tue tanya, ada dengar tak
bunyi lesung batu? ada dengar tak bunyi macam orang seret tong2 air yg
besar ditengah2 malam?

akak jawab ada..masa ulangkaji tue ada jugak dengar, nak tidur pun ada
laa dengar...dia pun cerita sebenarnya rumah kat atas rumah kita nie
dah lama tinggal (takde org duduk)... bunyi2 tue semua tu datang dr
penghuni halus rumah kosong tue lah..eeiii seram ...naper laa dia nie
citer,,kalu tak citer x lah rasa seram..

Baru terfikir, masa mula2 masuk rumah tue, saya solat yg pertama
kabinet kat dalam bilik bergoyang..fuhhh seram.... masa depan pc
siapkan assignment plak ada plak terasa angin mcam ditiup2 kat bawah
tengkuk saya nie,....meremang rasa...

Pernah diganggu sampai naik seram duk kat situ... pada suatu ptg, tgh
saya melipat2 kain dan member baca majalah. Saya cakaplah kat member
tue..g lah pasang radio... member jawab malas lah.... tup tup radio
tue berbunyi (buka dgn sendiri)......meremang bulu roma kami..rasa tak
sanggup nk duduk situ..nak study pun bercelaru jadinya...

Bab lesung batu pulak, mmg berbunyi tanpa diduga tengah2 mlm pukul 2-4
pagi pun leh bunyi.. tp saya pernah lah try tunggu bunyi tue..pas tue
mmg tak bunyi... housemate saya plak cakap, bunyi tue kalu kita tunggu
dia tak bunyi... padanlah mmg tak bunyi..macam dia tau2 saya tunggu...
kadang2 plak, bila saya tumbuk lesung batu nak wat sambal belacan,
"dia" pun berlawan tumbuk jugak... isshh mmg rasa tak sedap jer dukkat
situ...mcm terasa diperhatikan jer...

Kadangkala rumah kami tiba2 blackout, rumah org lain tak plak...
sedangkan kalu diikutkan rumah flat, kalu blackout, mesti laa black
out semua kan? nie mmg benda tue kacau kami..Selain tue, kadang2 satu
rumah tukar cahaya warna kuning...fuhh mmg kami selimut jer...bacalah
segala doa yg tahu di baca masa tue...

Bila diceritakan pada kawan2 kuliah, ada yg cadang baca 3 Qul dan Ayat
kerusi, Al-Fatihah 30 kali dah renjis air tue kat 3 pnjuru rumah. Bila
deqlis buat, nampaknya benda tue makin mengganggu deqlis dan yg lain
(mcm marah lah)... byk lagi benda2 pelik berlaku dalam rumah tue..
sehinggakan terpaksa ajak mak dan ayah duduk sekali kat rumah tue
untuk deqlis siapkan kerja dan study untuk final exam. Sebab housemate
deqlis semua yg dah bekerja, kadang2 mereka jarang ada di rumah,
deqlis selalu keseorangan di rumah.

Yang paling menakutkan deqlis plk apabila salah seorang rakan sebilik
bercerita tentang pengalaman dia plak, di mana katil kami mengadap
almari, almari kami plak yang ala2 cermin boleh nampak bayang2.. Masa
dia terjaga dari tidur, dia pandanglah ke almari tue...punyalah dia
terkejut apabila dia nampak seorang yang kelihatan seperti seorang
wanita yang berambut panjang mengurai sedang memandang ke arahnya,
bila dia alih pandangan ke arah kedudukan makhluk tue, makhluk itu
hilang, dan apabila pandang semula di cermin di almari mmg dah
tiada... kalu deqlis mahu pengsan, tp dia nie capai tuala terus g
mandi...

Pengalaman kena sendiri pengalaman dengan makhluk halus nie membuatkan
deqlis sedar kewujudan mereka. Merasai kehadiran mereka dengan
sendiri..bukan menonton movie.. baru tau perasaan kena kacau... buat
pengetahuan ada, mmg kalu benda tue ada berdekatan kita, kitaakan
dapat rasa lain macam... kalu benda tue tak tinggal dengan kita mmg
xde rasa apa bila keseorangan sekalipun.. Aper2pun banyak2lah baca
Ayat Qursi.

Buku Komik - Warisan Puaka

Novel Grafik Warisan Puaka

Semalam ronda2 kat Popular Wangsa Walk,kononnya nak cari buku yang menarik untuk di baca,tapi takda yang menarik.last2 aku beli novel grafik keluaran GempakStarz ni..


Agak menarik jugalah novel grafik seram ni,menggabungkan cerita2 hantu/seram yang telah kita dengar sejak kecik lagi yang boleh di kategorikan sebagai 'Urban Legend'.kira kisah turun temurun dari zaman tok nenek moyang kita dulu la..novel grafik ni sebenarnya,antara komik2 pendek hasil nurkilan Nizam Bachok yang pernah keluar dalam majalah Gempak dulu.section yang bertajuk 'Dari Alam Angker'.


Ada 5 cerita kesemuanya dalam novel grafik seram ni,antaranya Toyol,Orang Minyak,Susuk,Anak Patung Manisah dan Garam.walaupun hanya bacaan secara santai,novel ni hanya sesuai untuk 18+ je.kat cover novel ni pun dah siap bagitau untuk bacaan 18+ ke atas je,pasal banyak unsur tahyul.takut nanti budak2 yang bawah 18 baca terpengaruh pulak.

Nizam Bachok,penulis dan pelukis novel grafik ni.antara anugerah yang beliau pernah menangi,pelukis digital terbaik,dan pameran hasil karya beliau.

Yang ni pulak hasil lukisan beliau dalam koleksi Warisan Puaka ni..


Orang Minyak : kisah orang minyak yang mengganggu ketenteraman kampung Ulu Bertam.bukan seorang,orang minyak ni adik beradik,di sebabkan oleh dendam ayah mereka di kampung tersebut.

Akhirnya kepala orang minyak 2 beradik ni kena penggal,ayah mereka,yang juga jadi tok guru bagi diorang pun akhirnya kena bunuh gak.

Kisah 2 : Susuk


Kisahnya ada sorang pompuan ni selalu la kena ejek,kena perli,kena kutuk kerana tersangatla buruk rupa paras dia,sampai satu hari tu dia ada jumpa sorang nenek ni yang tolong dia nak bagi cantik,kasi dia pakai susuk..so nenek tu cakap kalau nak susuk tu sebati dalam diri dia,dengan syarat dia kena kekalkan dara dia dan cari 7 darah anak dara.bila dah hampir selesai untuk darah anak dara yang ke 7,dia pulak kena bunuh ngan nenek tu.rupanya nenek tu pergunakan dia untuk melengkapkan ritual untuk diri dia sendiri sebenarnya..nenek tu pun tak larat lagi,dah tua tu pasal la dia pergunakan pompuan tu..pompuan tu dah minum 6 darah anak dara,campur dengan darah dia sendiri kira 7 la..

nenek tua tu nak bunuh pompuan tu untuk melengkapkan ritual untuk dia sendiri yang sebenarnya

Kisah 3 : Toyol


Kisah toyol ni dulu selalu jugak la aku dengar masa era 80an dulu,orang melayu kita yang pegi mekah dulu2 sebenarnya beli toyol untuk pegi curi duit.kisah dalam grafik novel ni sama dengan apa yang aku dengar dari mulut ke mulut orang2 tua dulu.


Cerita ni berakhir dengan tuan punya toyol tu kononnya nak bunuh toyol tu,tapi sebenarnya yang beliau bunuh ialah anak dia sendiri..

Kisah 4 : Anak Patung Manisah


Antara cerita paling panjang dalam novel grafik ni,yang paling best,dan yang paling gore..! heheh..kalau di buat dalam bentuk drama seram macam cerekarama pun ok jugak ni.antara karya terbaik dari Nizam Bachok ni pada aku lah..



Cerita dalam ni memang agak panjang,hanya kerana anak patung,ramai nyawa yang melayang.

Kisah 5 : Garam


Kisahnya pasal ada sorang wak ni nama dia Wak Bing.dia ni selalu merungut pasal banyak hutang,pasal takda duit,so lepas dengar cerita sorang member dia ni,kalau nak duit pegi kat hutan mati kat hujung kampung,bawak garam banyak2 bagi hantu garam makan,time hantu tu datang makan garam dengan duit sekali  hantu tu bawak.tapi duit tu kalau matahari terbit,terus bertukar menjadi daun.Wak Bing tension,last2 dia dapat idea macam mana nak buat duit tu sebelum bertukar jadi daun,pinjam duit dengan ah long,dia janji ngan ah long tu akan bayar balik sebelum matahari terbit.
hantu garam datang bawak duit

Last2 Wak Bing mati kena bunuh ngan ah long tu pasal duit yang dia bayar kat ah long tu dah bertukar jadi daun kering.


Sampaikan bila Wak Bing ni dah mati,Hantu garam pulak yang menuntut hutang dari dia..heheh..
Tu je lah cerita yang terdapat dalam novel grafik ni.pada penggemar kisah seram,hantu dan suka baca komik2 seram secara santai boleh la beli novel grafik ni.harga pun tak mahal,cuma rm 6.50 je.lagi pun karya anak tempatan jugak.penulis/pelukis Nizam Bachok ni bijak mengolah cerita seram ni secara ringkas dan padat..lukisan beliau pun menarik dan 'dark' sesuai dengan elemen seram yang ingin di sampaikan.

***(Best!) 


Sumber