Ahad, 27 Januari 2013

Orang Bunian

Photo Credit:  Google Images
 

Alam Ghaib
Imej:Tiada
Orang Bunian
Alam:Alam ghaib
Berbentuk fizikal:Ya
Mampu berubah bentuk:Tidak
Mampu menyerupai manusia:Bentuk asal menyerupai manusia
Menghisap darah:Tidak
Dipelihara:Tidak
Bermasyarakat :Ya
Gambaran
Sejenis makhluk halus umumnya tinggal di hutan belantara dan juga dengan manusia
berbentuk manusia.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.
Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.
Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Isi kandungan

[

Asal-usul

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan

Hubungan dengan manusia

Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin kembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Pemakaian Bunian Wanita

Di Malaysia,berbeza dengan bunian lelaki yang mempunyai pakaian yang pelbagai, bunian wanita sering didapati memakai baju kebaya dan berselendang dikepala. Bunian wanita juga selalunya mengikat rambut gaya siput dua dikepala. Bunian tidak memakai tudung tertutup rapi ataupun labuh.
Di sekitar benua Eropah pula, bunian wanita sering dilihat berpakaian gaun tertutup bewarna putih atau warna lusuh dengan mahkota yang diperbuat dari ranting kayu yang melilit dan terdapat bunga-bunga kecil pada ranting tersebut.

 

Sumber:  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tangan Melambai

 
Photo Credit:  Google Images
    
 
Hay nama ku Ilham. Nie ku mau cerita pengalamanku yang menyeramkan. Pengalaman ini terjadi ketika aku jalan2, entah kemana yang penting jalan2 pikirku.

Waktu itu malam Minggu. Rencananya mau ngajak sahabatku tapi dia lagi sibuk katanya. Yah, ku jalan sendiri deh. Aku jalan2 melewati pinggir sungai (ya iealah masa mau lewat tengah sungai, bisa mengap2 ku nie... He... Just kidding), gak tau kenapa aku melewati daerah itu padahal hari sudah malam, sepi pula. Mungkin saking bosen gitu di rumah, sampai-sampai tak menghiraukan kemana maunya pergi. Setelah ku sampai di area sungai aku mendengar seseorang sedang memanggil2 entah memanggil siapa. Aku clingak-clinguk ke kiri kanan belakang, hasilnya nihil. Gak ada seorangpun.

Akhirnya ku lanjut lagi deh perjalanannya. Selang berapa detik, suara panggilan itu mencuat kembali. Aku terheran2 siapa sieh, sepi gini manggil2. Nama sahabatku tiba-tiba terlintas di otakku, ku senyam-senyum. "Emang ku takut", batinku berkata. Yah ku lanjut deh jalannya, pura2 gak tau sambil senyam-senyum.

Beberapa detik kemudian suara itu muncul lagi, tak ku hiraukan suara itu, toh itu cuma nakut-nakutin. Eits... tunggu dulu, lama-kelamaan suara itu terasa aneh ku dengar. Ku pikir2 kalau sahabatku gak mungkin deh. Terus siapa ya? Huh udah hilang dech kesabaranku.

"Woooyy penyok siapa sih lu... Udach deh... Gak lucu".

Tak ada jawaban. Aku clingak-clinguk gak ada orang, sepi. Rambut kudukku berdiri
(sodara-sodara kalau bulu kudukku salah besar dech. Katanya kalau bulu kan bercabang, kalau rambut tidak bercabang. Benar bukan? Maukah kalian rambutmu yang ada di tangan, kepala, kaki, de es be disebut Bulu, bentuknya kayak punya ayam tuh. Hi... Ga deh. Ntar kayak manusia jadi-jadian hi seyem.. Eh malah ga cerita nih. Hem santai aja bro, sekedar info kok).

Dingin yang ku rasakan. Aku bergidik ngeri. Jangan2... Halah mungkin orang gila kale pikirku. Aku melanjutkan perjalananku dengan was-was plus dag dig dug. Ketika ku melanjut jalan, suara pukulan pada bambu terdengar begitu keras, bukan hanya satu tempatnya, tetapi dimana-mana. Aku kaget bukan kepalang. Aku gemetar, peluh bercucuran.

Seorang memanggil lagi, kali ini berada disamping kanan di dekat bambu. Ku toleh ke kanan. Aku melihat sosok tangan melambai ke arah ku tanpa badan, hanya tangan terbang ke udara sambil melambai2 ke arah ku. "Huaaa" aku lari terbirit-birit.

Sesampai di perumahan, orang-orang memandangku dengan tampang keheranan, tak ku hiraukan. Tak butuh waktu lama aku sampai di rumah. Langsung ku ke kamar menutup badanku dengan selimut. Sejak saat itulah aku ga berani keluar malam2 sendirian.

Yah selesai dech cerita ku yang tak berbobot ni. Mungkin kalian bingung baca cerita ku ya? Sama penulisnya juga bingung. Hihi mungkin hanya itu yang saya bisa sampaikan, kurang lebihnya mohon maaf sebesar-besarnya. Hihi kayak pidato aja yau...

Ok salam kenal
Ilham.

Cerita Hantu Di Hostel (Seram!)


Mendengar cerita hantu adakalanya menyebabkan seseorang itu berasa seram. Kadangkala perasaan itu lagi seram berbanding menonton cerita hantu di panggung wayang. Jom baca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Shah 
 
Melayukini.net – Cerita Hantu Di Hostel | Mendengar cerita-cerita hantu dari senior kepada junior merupakan perkara biasa di asrama sekolah. Tidak cukup itu lagi, ia juga berlanjutan sehinggalah ke dunia hostel pelajar universiti. Pelbagai versi cerita hantu kita dengari. Jom kita dengar sebuah kisah hantu di hostel.
Gambar Hiasan
Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan Entah la,aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.
Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.
Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Click Here
Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.
Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap tak ada langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:
“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
Jangan jadi blogger syok sendiri
“Mana ada, semua dah tidur la..”
“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”
Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..
Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.
Melayukini.net - Seram tak? kalau tak seram, mesti hati kering. He He.. Cerita-cerita dari dunia hostel memang cukup popular, sama jugalah seperti cerita-cerita dari versi pelajar sekolah asrama.

 
Sumber: Ariff Shah | Koleksi Kisah Seram Melayukini.net

Jumaat, 25 Januari 2013

Puntianak

 


Alam Ghaib
Anak pontianak.jpg
Pontianak
AlamAlam Ghaib
Berbentuk fizikalYa
Mampu berubah bentukTidak
Mampu menyerupai manusiaBentuk asal menyerupai manusia
Menghisap darahYa
DipeliharaTidak
BermasyarakatTidak
Gambaran
Sejenis makhluk halus penghisap darahberbentuk wanita.


 

Matlamat

Status

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. [1]Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Ejaan awalnya adalah pontianak, lihat gambar poster filem Anak Pontianak di atas, sebelum ditukarkan sebagai puntianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah. [2]

Puntianak dalam kegunaan lain

Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia iaitu Kota Pontianak (Ibukota Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu puntianak tersebut.
Tersebutlah kisah, ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, dia bersama rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah Laut China Selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembakkannya meriam. Sekaligus dimana peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan. Maka peluru meriam itu jatuh melepasi di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah cikal bakla Kota Pontianak. Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).
Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kukuh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai saksi bisu kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia.

Puntianak dalam filem

Sekitar tahun 1950-an beberapa filem hantu telah difilemkan di Singapura terutamanya oleh Cathay-Keris yang masih menarik untuk ditonton hari ini. Antara yang mashyur adalah Filem Pontianak, Filem Sumpah Pontianak (B.N Rao, 1957, 1958), Filem Anak Pontianak (Ramon A. Estella, 1958), dan Orang Minyak (L. Krishnan, 1958). Ia memberi kesan yang amat sangat sehingga dilaporkan ada penonton yang pengsan kerana menonton filem-filem tersebut. Filem-filem tersebut berasaskan dari lagenda Melayu amat menghiburkan masa kini sebagaimana ketika ia dikeluarkan, walaupun kini ia mungkin dianggap tidak lagi menakutkan dan amat melucukan berbanding keadaan sebenar ketika filem tersebut dihasilkan.
Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Filem-filem tersebut mendorong kepada ketaksuban rakyat masa itu kepada perkara-perkara kurafat, yang akhirnya menyebabkan filem-filem sedemikian diharamkan penghasilan dan disekat daripada saluran kerajaan. Ini bagi menyekat kepercayaan karut yang timbul kesan daripada cerita-cerita sedemikian.
Pada masa kini, dengan cahaya yang terang sepanjang masa, kebanyakan kita menganggap ketakutan yang ditunjukkan dalam filem tersebut sebagai mengarut. Tatapi apabila kita berhadapan dengan suasana yang serupa, keadaan gelap ditengah hutan dengan haiwan buas berkeliaran, ketakutan terhadap sesuatu yang tidak dapat dilihat merupakan sesuatu yang benar bagi mereka yang hidup ketika itu.

Kelemahan

Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.

Penelitian secara ilmiah

Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi. Sesetengah berkata, puntianak takutkan perempuan dan hanya menggangu golongan lelaki sahaja.. [3]




Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khamis, 24 Januari 2013

Badi perigi lama

Photo Credit: Google Images
Baru seminggu Latifah tinggal dirumah sewa barunya. Pertukaran cawangan dari utara tanah air ke pantai timur menyebabkan Latifah tidak punya banyak masa untuk mencari rumah yang betul betul sesuai.Namun dia cukup bersyukur dengan rumah kampung yang diperolehinya disaat saat akhir. Walaupun kecil namun ian selesa dan satu perkara yang digemarinya adalah dibelakabg rumah tersebut terdapat sebuah perigi yang memnag cukup sejuk airnya. Sejak dari kecil lagi Latifah memang suka mandi air perigi, terasa puas katanya. Namun walaupun sudah hampir seminggu tinggal disitu, Latifah masoh belum punya peluang untuk menikmati kesejukan air perigi dek kerana kesibukannya. Tiba hujung minggu barulah Latifah berkesempatan meninjau keadaan perigi tersebut. Pagi pagi lagi dia sudah bangun untuk membersihkan keadaan sekitar perigi yang agak usang itu. Kalau boleh tengah hari nanti biarlah dia mandi air perigi tersebut. Papapn yang dipaku menutupi perigi dibuang, batu bata yang ada di atasnya juga dialihkan. Semak samun yang tumbuh telah ditebaskan.Namun agak menghairankan sewaktu asyik menebas, jiran jiran sekelinlingnya asyik menjeling tajam kearahnya seperti dia telah melakukan kesalahan besar. Tapi perkara itu tidak diendahkannya. Yang penting perigi di rumah itu harus siap dibersihkan hari itu juga. Tak sampai tengah hari, kawasan sekitar perigi tersebut sudah bersih dan lapang. Siap semuanya tanpa berlengah. LAtifah mencapai tuala dan terus mandi. Walaupun sudah agak lama tidak disentuh namun air perigi masih jernih dan sejuknya memang terasa. Selepas mandi Latifah berbaring, entah mengapa kepalanya rasa pening berpusing pusing. Hingga ke petang sakit kepalanya tidak juga surut malah makin teruk hinggkan Latifah muntah teruk.Malam ituLatifah tidak dapat berbuat apa apa, ketika itu hatinya sedih mengenangkan diri keseorangan dirantauan dan tiada siapa yang kisah akan dirinya. Akibat terlau lemah, Latifah tidak langsung berdaya bangun, tingkap dan pintu rumah dibiarkan tanpa ditutup. Kepalanya terasa berat begitu juga dengan badannya. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Menjelang tengah malam, mata Latifah masih lagi tidak mahu tutup dan ketika itulah dia mengalami sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.  Sewaktu terlantar dikatil Latifah terdengar suara sayup sayup meminta tolong, tidak lama kemudian terdengar pula suara orang merintih. Latifah yang sakit tidak boleh berbuat apa apa walaupun ketika itu dia terasa cukup takut. Bulu tengkuknya berdiri setiap kali mendengar suara itu yang datang dari telaga tempat dia mandi siang tadi. Tak mungkin ada orang yang jatuh kerana dia menutup kembali mulut perigi selepas mandi. Lagipun kalau ada orang yang terjatuh sudah tentu dia mendengar terlebih dahulu bunyi percikan air.Keadaan Latifah yang agak teruk menyebabkan dia hanya dapat membungkam diri dikatil. Walaupun rasa takut yang amat sangat tapi dia tidak terdaya bangun mancari pertolongan. Laungan meminta tolong itu hilang sebaik sahaja azan subuhberkumandang. Selepas itu barulah Latifah dapat melelapkan mata. Dia hanya terjaga sewaktu mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Salam yang diberi hanya dijawab dari dalam bilik kerana Latifah tidak berdaya untuk bangun. Pintu yang terbuka luas menyebabkan Mak Uteh, isteri kepada tuan rumah nya terus saja masuk kedalam. Mengucap panjang dia melihat keadaan Latifah. Anak gadis itu terus dipapah sambil menjerit meminta tolong dari suaminya. Pak Uteh sedang menjengah perigi dihalaman rumah tersebut.Dua hari Latifah ditahan di hospital, ketika dirawat Mak Uteh dan Pak Utehlah yang mejengguknya. Setelah pulang kerumah barulah diketahui bahawa apa yang dialaminya itu bukanlah sebenarnya sakit biasa. Sakit Latifah kemungkinan besar kerana badi perigi lama. Menurut cerita Pak Uteh, perigi tersebut menyimpan cerita tersendiri. Lebih memeranjatkan lagi Latifah apabila mengetahui perigi tersebut pernah ada yang menjadi korbannya. Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu.Kata Pak Uteh, penyewa rumah tersebut terjatuh dalam perigi dan hanya dijumpai tiga hari selepas itu. Ketika ditemui mayatnya telah kembung perutnya. Sejak itu tidak lagi yang berani menggunakan perigi tersebut kecuali orang baru yang tidak tahu akan cerita tersebut. Seram bulu roma Latifah mendengar cerita dari Pak Uteh. Sejak hari itu, perigi itu tidak lagi dejengah oleh Latifah. Pak Uteh telah mamakunya dengan kemas dan meletakkan kembali batu bata besar diatasnya seperti keadaan lama. Tak sanggup lagi LEtifah mandi diperigi itu mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya.