Isnin, 25 Februari 2013

Bukit Hantu Yang Bermisteri

Sebuah bukit dikenali sebagai kota hantu terletak Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Kawasan ini dikatakan sungguh misteri kerana terdapat pelbagai kejadian aneh sering berlaku di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Shah
Melayukini.net – Misteri – Bukit Hantu Yang Bermisteri | Bukit juga sering digambarkan sebagai salah satu tempat tinggal makhluk halus. Kali ini Melayukini.net akan berkongsi sebuah artikel mengenai sebuah bukit hantu yang bermisteri. Tempatnya adalah di Centralia, sebuah kota hantu yang terletak di Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Dihuni oleh lebih dari 5.000 orang pada tahun 1960. Ada kilang bioskop, 3 sekolah,sebuah restoran, pejabat pos dan 7 gereja. Ini adalah kota persinggahan yang makmur. Sekarang, tahun 2011, hanya 4 orang tinggal di sana. Boleh lihat sebahagian gambar di bawah ini.
Sebahagian besar bangunan yang ditinggalkan telah dihancurkan oleh manusia atau alam. Sekilas, wilayahnya sekarang hanya nampak lapangan dengan jalan berasap yang ada disekitarnya. Beberapa daerah dipenuhi dengan hutan yang baru ditanam pokok.




Gereja yang tersisih di kota kecil, St Mary’s, dipenuhi pengunjung pada hari Minggu dan tidak terpengaruh oleh api. ini disebabkan kebakaran yang terjadi di 1960 awal dan kebakaran masih berlaku sehingga sekarang. Api ini akan terus menyala selama 250 tahun.

Itulah yang Daud Dekok katakan tentang kota ini (1986): “Ini adalah dunia di mana manusia tidak boleh hidup, lebih panas dari planet Marikh, suasana beracun seperti Saturn. Di pusat punca api, suhu melebihi 1.000 Fahrenheit. Awan karbon monoksida dan gas-gas lain berputar melalui ruang batu. “Api pembakaran secara bertahap bergerak ke segala arah, mengancam kota-kota yang berdekatan. Ironisnya, nama salah satu kota terdekat Centralia adalah Ashland.


\\
Melayukini.net - Sungguh menyeramkan juga bukit ini. Tempat ini seperti suatu tempat yang agak berbahaya untuk berkunjung ke sana. Seperti cerita di atas, terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku seoalah-olah ada satu bencana yang sedang berlaku di kawasan tersebut.

Sumber Dipetik Dari: Tengku Nizam | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Ular, suara misteri di air terjun Tengkil

 

Oleh Noh Isma























 
SETIAP kali pergi memancing di hulu sungai atau kawasan air terjun, penulis pasti teringat peristiwa yang berlaku pada dua tahun lalu. Kejadian berlaku ketika penulis pergi memancing ikan tengas di air terjun Sungai Tengkil di kaki Gunung Muntahak. Peristiwa itu tidak akan penulis lupakan sampai bila-bila.

SETIAP kali pergi memancing di hulu sungai atau kawasan air terjun, penulis pasti teringat peristiwa yang berlaku pada dua tahun lalu. Kejadian berlaku ketika penulis pergi memancing ikan tengas di air terjun Sungai Tengkil di kaki Gunung Muntahak. Peristiwa itu tidak akan penulis lupakan sampai bila-bila.

Begini ceritanya. Pada satu pagi minggu, penulis bersama tiga orang rakan iaitu Aziz TNB, Che Mat dan anak saudaranya bernama Yusri, berpakat masuk hutan. Penulis cadangkan pergi ke air terjun Sungai Tengkil di kaki Gunung Muntahak, kira-kira 20 kilometer (km) dari tempat penulis di Bandar Tenggara. Kebetulan penulis sudah lama tidak ke situ. Mungkin ikan tengas daun yang banyak di situ sudah besar disebabkan tempat itu jarang dimasuki orang.

Dalam kumpulan itu, cuma penulis dan Che Mat minat memancing. Aziz pula minat mencari dan mengumpul orkid hutan. Sementara Yusri minat dalam hal-hal fotografi. Kawasan air t yang bertingkat itu mempunyai pemandangan menarik untuk dirakamkan dalam kamera. Cadangan penulis dipersetujui, kerana selain penulis mereka bertiga memang tidak pernah pergi ke air terjun itu.

Selepas menyiapkan peralatan dan membeli bekalan makanan, kami berempat bergerak ke destinasi dengan menaiki van kepunyaan Aziz. Selepas melalui jalan raya sejauh hampir 12km, van kemudian memasuki jalan lombong berlubang-lubang sejauh hampir 8km. Dulu kawasan itu lombong bijih timah. Sekarang ia bertukar menjadi lombong pasir. Pada hari minggu, lombong pasir ditutup. Di penghujung jalan terdapat sebuah pagar besi yang berkunci. Jadi, kenderaan tidak boleh memasukinya kecuali motosikal. Pada hari biasa, berpuluh lori masuk ke kawasan lombong untuk mengangkut pasir.

Tempat yang akan kami masuk tidak jauh lagi - kira-kira 3km. Tetapi memandangkan jalan tidak boleh dilalui, kami memutuskan untuk berjalan kaki. Van diletakkan bersebelahan pintu pagar. Kelihatan Gunung Muntahak berdiri megah di hadapan seolah-olah menyambut kedatangan kami. Untuk sampai ke kaki gunung, kami terpaksa meredah bekas lombong lama yang tidak berpokok. Bahang matahari terasa begitu panas sekali. Kami juga terpaksa meredah semak samun, resam tebal dan kawasan paya serta mengharung anak sungai sedalam paras pinggang.

Selepas sejam berjalan, kami akhirnya tiba di pinggir hutan. Bunyi air terjun jelas kedengaran. Sebelum itu, kami terpaksa meredah belukar rumput resam tebal untuk tiba di jeram. Penulis berjalan di hadapan diikuti rakan lain. Tiba-tiba terdengar Aziz menjerit: “Lari...! Lari...! Penyengat...!”

Kami bertempiaran lari. Habis semak resam dirempuh. Tiba di jeram, kami berhenti rehat. Masing-masing tercungap kepenatan. Aziz kena dua sengatan di tangan dan badan. Rupanya ada penyengat bersarang dalam rumput resam dan diredah oleh Aziz. Pelik juga macam mana penulis yang berjalan di depan tidak terlanggar sarang penyengat itu. Aziz yang berjalan paling belakang pula yang terlanggar.

Hilang penat, kami menyambung perjalanan ke air terjun beberapa meter lagi di hadapan. Kami sampai di tingkat pertama air terjun. Terdapat kolam di bawahnya tetapi tidak berapa dalam. Kelihatan hanya anak ikan tengas berkeliaran. Kami naik ke atas lagi dan sampai ke tingkat kedua air terjun. Terdapat sebuah kolam yang agak dalam, kelihatan banyak ikan tengas daun bersaiz agak besar berenang ke sana-sini.

Penulis dengan tidak berlengah terus memasang pancing. Begitu juga Che Mat. Aziz yang pulih sedikit setelah disengat, sibuk dengan aktivitinya mencari orkid hutan. Yusri pula sibuk mencari sudut sesuai untuk merakamkan gambar pemandangan air terjun itu. Beberapa ekor ikan tengas bersaiz empat jari dan seekor keli dipancing. Sedang leka memancing, tiba-tiba Che Mat yang memancing di sebelah atas penulis bersebelahan air terjun menjerit: “Ular...! Ular...!”

Penulis menoleh ke belakang. Kelihatan seekor ular sawa batik sebesar betis meluncur laju di atas batu menuju ke bawah. Ular itu lalu betul-betul di sebelah kiri penulis dan terus masuk ke dalam kolam tempat penulis memancing. Pelik! Dari mana ular itu keluar? Apabila penulis bertanya Che Mat yang mula-mula nampak ular itu pun dia tidak perasan dari mana ular itu muncul. Katanya tiba-tiba saja ular itu meluncur laju dari bawah air terjun.
Hilang semangat penulis hendak terus memancing di situ lantas mengajak rakan lain mendaki ke atas lagi. Terdapat beberapa tingkat lagi air terjun di sebelah atas. Hanya Aziz yang hendak mengikut penulis. Che Mat dan Yusri hendak berehat di bawah saja. Penulis bersama Aziz pun mendaki ke atas melalui tebing berbatu yang curam. Kami berpaut pada akar yang keluar dari rekahan batu dan pokok yang tumbuh. Kami pun tiba di tingkat ketiga air terjun. Terdapat sebuah kolam agak besar tetapi tidak ada ikan di dalamnya. Mungkin air terjun yang tinggi menyukarkan ikan untuk naik ke atas.

Sedang penulis meninjau di kolam itu, tiba-tiba sayup terdengar suara orang berteriak: “Oii...! Turun.....turun...!”

Makin lama makin jelas pula suara itu. Penulis bertanya Aziz adakah dia mendengar suara itu. Aziz menangguk, Katanya suara itu macam suara Che Mat.

Suara itu masih lagi kedengaran: “Oii...! Turun bawah..! Turun....”

Bimbang sesuatu terjadi pada Che Mat, kami bergegas turun ke bawah. Sampai saja di tingkat kedua air terjun, penulis nampak Che Mat dan Yusri santai saja sambil mandi. Apabila penulis bertanya Che Mat, betulkah dia yang menjerit memanggil kami turun, Che Mat berkata, tidak.

Bunyi air terjun pun kuat. Macam mana suara dia boleh didengar sampai ke atas.

Penulis menceritakan pada Che Mat yang suara itu seperti macam suaranya. Kami berpandangan sesama sendiri dan penulis pun bersuara: “Jom kita balik...”

Ikan yang dipancing tadi dilepaskan di dalam kolam. Kami berempat tidak berlengah terus turun meninggalkan kawasan air terjun. Sehingga kini penulis masih teringat suara misteri itu, suara siapakah itu?


Seram! Gambar Perkampungan Atas Kubur diManila

By Huzaifah Al-Selangori


 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak korang terdengar tentang keluarga yang tinggal di kubur? Kat kubur dan celah-celak mayat tu la mereka masak, dan di situ juga mereka tidur, bermain, mandi dan membuat segala aktiviti. Tak seram ke? Salah satu gambar pelik masyarakat Manila tu ada kat bawah ni, di mana seorang budak lelaki memegang tengkorak manusia seperti memegang batang kayu je. Mereka ini merupakan keluarga yang sangat miskin di Filipina di mana mereka tidak mampu untuk membeli rumah. Akibatnya, mereka hidup di atas perkuburan. Korang boleh? P/S: Apabila melalui tanah perkuburan Islam, jangan lupa mengucap salam dan sedekahkan al-fatihah kepada penghuni-penghuni kubur. Pahala korang dapat, iktibar pun korang dapat. InsyaAllah.











In the Philippines, a part of South East Asia countries, the poor and the dead have little choice but to mingle together in a graveyard in the northern Manila port district of Navotas, one of the world’s most densely populated areas behind only a few Indian cities.
“We would like to live elsewhere,” Ramos, a 20-year-old pregnant, unwed mother of two, told AFP as she fed her children inside a shanty made of plastic sheets, bamboo and bits of wood. But we were born here and we grew up here. I don’t think we will be able to get out of here.”
Ramos and her extended family of 12, plus her jobless boyfriend, are one of about 600 families in the cemetery compound, a community ironically called Bagong Silang (Newborn).
Ramos’s tent is one of several pitched precariously atop a row of concrete tombs, themselves piled five-high, like shipping containers, at the crowded Navotas municipal cemetery. The residents of the cemetery sleep, cook, eat, bathe, and wash clothes atop the tombs, and life can look grisly for an outsider.
Sumber: Akademi Fantasia Travel
http://melayukini.net/2011/10/seram-gambar-perkampungan-atas-kubur-di-manila/

Siapa Yang Dibelakangku?

 


Photo Credit: Google Images

Ketemu lagi dengan Aryo. Kali ini aku mau menceritakan pengalamanku sendiri yang baru-baru ini aku alami, yaitu saat mengikuti acara Camping di kampus dengan adik-adik dari himpunan mahasiswa (HIMA).

Kejadian ini aku alami tepatnya tanggal 17 Maret 2012. Pada pagi harinya kami (aku dan adik-adik HIMA) pergi ke tempat bersejarah di provinsi Riau yaitu candi Muara Takus dan Masjid Jami` Kampar dan malamnya dilanjutkan dengan acara Camping di hutan kampus (sedikit catatan, kampus kami masih memiliki wilayah yang luas dan masih banyak hutan serta semak belukarnya).

Berhubung bus yang kami naiki sering mogok, kami baru sampai ke Pekanbaru saat maghrib. Begitu sampai di kampus, aku langsung pulang ke kosan, mandi dan bertukar pakaian. Saat hendak berangkat lagi tiba-tiba hujan turun dengan derasnya dan baru berhenti sekitar pukul 22.00 WIB. Begitu hujan berhenti segera aku menuju ke hutan tempat Camping dengan mengendarai sepeda motor.

Begitu sampai di dekat jalan menuju ke hutan yang hanya berupa jalan setapak, kulihat sudah banyak motor yang terparkir disana. Namun aku tak berani masuk sendirian kelokasi perkemahan, karena selain jalannya gelap suasananya juga cukup membuat bulu kuduk berdiri.

Akhirnya kuputuskan untuk menunggu dipinggir hutan hingga tak lama kemudian datang dua orang adik tingkat yang bernama Rizal dan Roby. Rizal bertanya "Abang kok masih disini? tak masuk kedalam?". Aku jawab "Tak berani Zal, lagipula abang tak punya senter, takut pula nanti salah jalan". "Kalau begitu ayolah, Rizal punya HP senter. tapi baterainya tinggal dikit, jadi nanti abang cepat-cepat aja jalannya ya".

Akhirnya kami masuk ke dalam hutan menuju lokasi perkemahan. Awalnya aku di depan, Rizal yang menyenter jalan dari belakang. Tapi karena cahaya senternya sering terhalangi oleh badanku akhirnya kusuruh Rizal yang berjalan duluan dan aku mengikuti dari belakang. Saat itu aku mendengar suara langkah kaki dan suara hembusan nafas dibelakangku, namun karena kukira itu adalah Roby makanya aku merasa biasa saja.

Karena tak tahu jalannya akhirnya kami malah tersesat ke pinggiran Waduk Buatan, yang pemandangannya indah di siang hari, namun kurasakan begitu seram dan mencekam bila dikunjungi pada malam hari. Begitu sampai disana mulailah hawa-hawa tak enak kurasakan dibelakangku. Rizal berkata "Bang Aryo, nampaknya kita salah jalan lah. Tak ada nampak tanda-tanda ada acara perkemahan disekitar sini". Kupinjam sebentar HP senter Rizal dan kuarahkan kebelakangku... ternyata tidak ada siapa-siapa disana.

Tanpa pikir panjang kami langsung berebut lari kembali ke pinggiran hutan. Begitu sampai disana kulihat Roby masih duduk diatas motornya sambil merokok. Kutanya dia "Lho, Roby kok cepat banget sampai disini?". Dia kaget dan menjawab "Mana pula bang! awak dari tadi disini aja, tak ada ikut masuk ke dalam. Awak masih nunggu kawan beberapa orang lagi baru mau masuk ke dalam".

Langsung jantungku berdegup kencang. Jadi siapa yang mengikutiku dari belakang tadi?


-
Aryo -


More Story: http://cerita-misteri.reunion.web.id/2012/07/siapa-yang-dibelakangku.html

Jumaat, 15 Februari 2013

Terperangkap Dalam Lorong Rumah Sakit

Photo Credit:  Google Images 


Salam Sejahtera untuk semua. Saya biasa disapa dengan sebutan Day. Peristiwa ini terjadi saat saya masih belum memahami tentang dunia ghaib. Disebuah Rumah Sakit yang cukup ternama di Jakarta konon ada sebuah cerita tentang seorang gadis remaja yang tewas karena suatu peristiwa dimana saat itu mengejutkan seluruh orang yang ada didalam rumah sakit.

Singkat cerita, pada suatu malam, saat itu saya sedang menjenguk saudara yang sakit (tepat malam Jumat kliwon dalam kondisi hujan deras diluar). Saat itu waktu menunjukkan pukul 00.30, hujan pun reda. Disaat itu saya tidak bisa tertidur dan ingin mencari makanan diluar, namun sudah tidak bisa karena lift serta tangga darurat telah ditutup. Akhirnya saya putuskan untuk tetap didalam rumah sakit namun diluar kamar.

Seketika, disaat saya sedang duduk santai sekaligus mendengarkan musik, saya mendengar suara aneh dari kamar depan tempat saya duduk, seperti orang minta tolong, namun saya tidak memperdulikannya karena saya pikir hanya suara angin saja. Tapi suara itu makin lama semakin jelas. Akhirnya saya putuskan untuk menghampiri kamar tersebut. Akan tetapi pintu kamar tersebut terkunci dan sulit untuk dibuka, walaupun sudah saya dobrak sekeras mungkin alhasil sia-sia.

Disaat itu pula saya mendengar suara telapak kaki berjalan di ujung lorong tersebut menghampiri saya, namun tidak ada siapapun dilorong setengah gelap itu kecuali saya sendri. Tanpa pikir panjang lagi saya berlari menuju tangga darurat yang ada di ujung lorong dengan mendobrak pintu tangga tersebut (karena sudah terkunci), dengan maksud meminta bantuan kepada security.

Setelah sampai dipos security saya menceritakan kejadian yang saya alami, namun security hanya diam saja. Lalu dia menceritakan yang sebenarnya bahwa kamar tersebut telah lama dikosongkan karena meninggalnya seorang gadis remaja, yang sejak saat itu ketika malam Jumat terutama kliwon ada suara gadis minta tolong. Oleh karena itu bila malam Jumat datang tidak ada seorangpun yang berada dilorong lantai satu itu, baik perawat, security, maupun pengunjung.

Akhirnya saya duduk terdiam membisu mendengar cerita tersebut. Saya pun diberikan minum dan roti oleh security serta sayapun merokok sebatang untuk menenangkan pikiran serta memikirkan apa yang telah saya alami. Dengan tekad yang kuat saya putuskan untuk memahami lebih dalam lagi tentang dunia ghaib dengan bantuan abang, kakek, dan uwa saya.

Mereka pun memberikan bekal kepada saya hingga saat ini, serta menasehati "Walaupun saya sudah memiliki bekal yang cukup tapi dunia ghaib bukanlah sembarangan dan makhluk yang hidup disana bukanlah sembarang makhluk karena mereka dapat melihat kita sedang kita tidak dapat melihat mereka. Maka itu buanglah kesombongan pada diri karena diatas langit masih ada langit dan ambillah sifat padi".


- Kiriman cerita dari Day
 
Source:   Cerita Misteri Indo

Rabu, 13 Februari 2013

Friend at GFT


Visit GoFishTalk

Meet new friend at GFT


Visit GoFishTalk

Penduduk Diganggu Kelibat Pocong

Penduduk di kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau kini dilanda ketakutan apabila dikejutkan dengan beberapa penemuan hantu pocong yang sering dilihat kelibat lembaga tersebut di waktu malam.

















Melayukini.net – Seram! Penduduk Diganggu Kelibat Pocong | Hantu pocong merupakan antara nama yang disenaraikan sebagai hantu oleh orang Melayu. Hantu pocong digambarkan sebagai hantu yang berbungkus kain kafan dan berjalan secara terlompat-lompat. Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu ‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam. Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.
 
Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.
 
“Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.
“Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.
Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.
“Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.
“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang,” katanya.
Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.
“Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.
“Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.
Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.
“Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.
Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.
Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.
“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.
“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.
Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.
“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.
“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,” katanya.
Melayukini.net - Memang tidak hairanlah jika kawasan tersebut pernah didiami makhluk halus, mereka akan menganggu jika kita membuat kacau di kawasan tersebut. Namun tentang kemunculan hantu pocong yang dikaitkan dengan cerita ini, ia adalah bergantung kepada individu yang mahu mempercayai atau sebaliknya. Namun mereka juga makhluk ciptaan Allah SWT.
 
 
Sumber: Sinar Harian | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Isnin, 11 Februari 2013

Azimat

 

  

 
Azimat Taweret Mesir Purba, Kerajaan Baru, Wangsa XVIII, c. 1539–1292 SM.



Azimat atau tangkal merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah dan/atau perlindungan kepada pemiliknya. Azimat terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk, iaitu permata, patung, syiling, lukisan, loket, cincin, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya ataupun kata ucapan yang disebut dalam keadaan tertentu misalnya: vade retro satana (Latin, "pulanglah wahai Syaitan"), untuk menghindari kejahatan atau nasib malang.

Azimat dalam keagamaan Ibrahimiah


 
Dalam kepercayaan Kristian, Salib merupakan alat perlindungan untuk menangkis syaitan, selaku lambang suci kemenangan Kristus Jesus ke atas segala kejahatan.
Pada zaman purba dan Zaman Pertengahan, ramai penganut agama Yahudi, Kristian dan Islam di Timur percaya akan kuasa perlindungan dan penyembuhan daripada azimat atau benda-benda yang dirahmati. Azimat yang digunakan oleh golongan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:
  1. jenis yang dibawa atau dipakai pada badan
  2. jenis yang digantung pada atau di atas katil orang yang rengsa
  3. dan jenis azimat yang bersifat pengubat.
Azimat pengubat terbahagi lagi kepada luaran dan dalaman. Misalnya, azimat luaran diletakkan dalam takung mandi, supaya kuasanya dipancarkan dalam air dan sampai ke orang yang mandi. Azimat dalaman pula, prasasti boleh ditulis pada makanan sebelum dikukus, supaya hidangan boleh disalurkan kepada pemakan untuk memindahkan kuasa penyembuh ke dalam tubuhnya.
Penganut Yahudi, Kristian dan Islam juga sekali-sekala menggunakan kitab suci seperti azimat dalam keadaan yang genting. Misalnya, orang yang sakit tenat boleh diletakkan kitab suci di bawah katil atau bantal.[1]

Yahudi

Dalam adat resam Yahudi ada bermacam-macam jenis azimat, khususnya azimat zaman Nabi Sulaiman a.s. yang disimpan dalam muzium. Oleh sebab berhala diharamkan, azimat Yahudi menekankan tulisan dan kalimah. Bentuk, bahan dan warna azimat tidak mendatangkan apa-apa beza Lihat juga Khamsa.
Sebai suci Yahudi yang bucunya berumbai bersimpul-simpul, iaitu tallis, merupakan salah sejenis barang azimat yang paling lama dan laris digunakan. Dipercayai bahawa tujuannya adalah untuk membezakan Yahudi dengan golongan pagan, sambil mengingatkan mereka akan Tuhan dan Syurga.[
Sejenis lagi azimat Yahudi yang tidak seberapa dikenali ialah kimiyah atau "tulisan malaikat." Ia terdiri daripada nama-nama malaikat atau ayat-ayat Taurat yang ditulis oleh katib rabai pada kertas kulit. Kemudian, kertas kulit itu diletakkan di dalam bekas perak yang berhias untuk dipakai pada mana-mana anggota badan.[

Kristian

Gereja Katolik, dan pihak berkuasa Kristian secara amnya, sentiasa berwaspada akan penggunaan azimat. Namun demikian, agama Kristian tradisional membenarkan penggunaan sakramental asalkan pemakainya baik pembawaannya. Misalnya, salib dianggap sebagai lambang pengusir yang berkesan terhadap syaitan, manakala tasbih atau pingat St. Christopher sering kelihatan tergantung pada cermin pandang belakang kenderaan yang dimiliki oleh penganut Kristian untuk menyeru perlindungan Tuhan sewaktu memandu.
Penganut Katolik jelata tidak dibenarkan melakukan upacara semah, tetapi mereka boleh menggunakan air suci, garam terahmat atau sakramental yang lain seperti pingat St. Benedict atau salib untuk menghalau anasir kejahatan.

Salib

Salib merupakan salah satu azimat utama yang digunakan oleh penganut Katolik untuk menghalau anasir kejahatan selama ratusan tahun lamanya. Salib diraja Conrad II (1024–1039) menyebut tentang kuasa salib melawan kejahatan.[ Ramai ahli teologi awal Gereja Katolik menyebut tentang penggunaan lambang Salib oleh orang Kristian untuk merahmati orang lain di samping menghindarkan anasir syaitan.
Salib masih banyak digunakan sebagai sakramental yang bersifat azimat oleh penganut Kristan. Dalam budaya Kristian, ia dianggap sebagai antara kaedah yang paling berkesan untuk menangkis atau melawan syaitan, seperti yang disebut-sebut oleh para tukan semah, termasuklah semah terkenal dari Vatican, iaitu Paderi Gabriele Amorth

Islam

Umat Islam juga memakai sejenis tangkal yang seumpamanya, iaitu ta'wiz, yang tertera ayat-ayat yang dipetik dari al-Qur'an. Tulisannya dipilih berdasarkan situasi yang ditujukan oleh penggunaan tangkal ini. Secara amnya, penggunaan azimat atau tangkal dianggap sebagai tahyul dan khurafat di kalangan umat Islam arus perdana.



Source:  

Meet a Friend at GFT


Visit GoFishTalk

New Friend at GFT


Visit GoFishTalk

Sabtu, 9 Februari 2013

Makhluk menyerupai sepupu temani Hazwan

Oleh Nuri Angkasa























HAZWAN memang tidak minat langsung untuk turut sama dengan kawan-kawan turun memancing sama ada di sungai, tasik lombong, kolam mahu pun di laut. Ceritalah apa pun mengenai keseronokan bertarung dengan ikan yang tersangkut di mata pancing atau bertarung dengan ikan bersaiz XL namun semua itu tidak langsung menarik minat Hazwan.
HAZWAN memang tidak minat langsung untuk turut sama dengan kawan-kawan turun memancing sama ada di sungai, tasik lombong, kolam mahu pun di laut. Ceritalah apa pun mengenai keseronokan bertarung dengan ikan yang tersangkut di mata pancing atau bertarung dengan ikan bersaiz XL namun semua itu tidak langsung menarik minat Hazwan.

Bagaimanapun beliau tetap mempunyai seorang kawan baik yang sentiasa bercerita mengenai hobi memancing. Setiap hujung minggu atau hari kelepasan am, Hazwan sering keseorangan kerana rakannya sentiasa keluar memancing.

Masa terus berlalu. Tetapi sejak kebelakangan dia sendiri rasa tercabar apabila sepupunya, Shakila pulang dari Amerika menunjuk minat memancing yang serius walau dalam keadaan berdepan dengan kesibukan dengan kerja dalam sebuah syarikat swasta.

Shakila ketika belajar di luar negara sering turun memancing dan bermalam di tengah laut bersama rakan pelajarnya. Menyedari adanya perasaan malu setelah beberapa kali dipelawa oleh Shakila, lalu beliau menyahut pelawaan Shakila kerana ingin membuktikan bahawa dia bukan seorang lelaki yang penakut untuk turun memancing.

Seminggu selepas itu, Hazwan sudah berada dalam kumpulan rakan pancingnya yang turun memancing di tasik lama di pedalaman hutan simpan Manong, Perak. Hazwan diajar oleh rakan yang lain mengenai teknik memancing yang betul dan kemudian meneruskan aktiviti dengan sendiri.

Ketika di hutan Simpan Manong, Hazwan terus memancing walaupun ramai rakannya sudah mula berehat dalam khemah kerana sudah lewat malam. Satu jam selepas itu keadaan sekeliling menjadi sepi tetapi Hazwan tidak merasa takut walaupun dia seorang saja yang masih memancing dengan ikan tidak seberapa yang dia dapat. Dalam keadaan sunyi dan sesekali angin lembut bertiup, Hazwan terkejut apabila muncul Shakila dengan tiba-tiba lalu menceritakan bahawa dia dengan dua rakan pancing yang lain sedang berada di hujung tasik sebelah hulu tetapi tidak berapa jauh dari khemah rakan Hazwan.

Shakila mempelawa Hazwan untuk berpindah ke lokasi berkenaan yang didakwa ada banyak ikan. Hazwan tanpa banyak bicara terus pergi mengikut sepupunya ke lokasi yang sudah dibanjiri oleh ramai pemancing dalam keadaan terang benderang dan sesetengah daripada mereka sedang bersuka ria sambil minum dan makan.

“Itu kawan-kawan Shaki. Mereka ke sini bukan saja nak memancing tapi mereka nak berseronok,” Shakila menerangkan pada Hazwan apabila dilihat Hazwan mula sangsi.

Hazwan diajar oleh Shakila cara memancing. Gadis itu memberikan sebungkus mata kail untuk diikat pada tali sebagai perambut. Selepas itu mereka mencuba lalu berhasil mendaratkan ikan yang bukan sedikit. Hazwan bagaikan lupa diri dan Shakila terus melayan hingga masa sudah begitu lama berlalu lalu mereka keletihan dan tertidur.

Esoknya, awal pagi sebelum terbit matahari perkhemahan rakan Hazwan menjadi gempar. Mereka mendapati Hazwan hilang dari khemah malah hilang dalam kawasan memancing di tepi tasik yang berdekatan. Mereka terus mencari dan akhirnya terjumpa Hazwan yang masih terlena di tepi tasik yang agak jauh sedikit dari perkhemahan mereka.
Hazwan dikejutkan tetapi dalam keadaan antara jaga dan tidur dia bertanya mengenai Shakila yang didakwa ada bersama memancing dengannya malam itu. Lantas dia turut menunjuk sebungkus mata pancing dan ikan yang dipancing bersama pada malam itu.

Memang dakwaannya terbukti dengan barang-barang yang masih ada bersamanya. Peristiwa itu tidak berkubur di situ saja kerana sekembalinya daripada memancing Hazwan terus ke rumah Shakila. Dia menceritakan apa yang berlaku.

Shakila terkejut kerana beliau ada di rumah pada malam berkenaan. Persoalannya - siapa yang yang bersama dengan Hazwan memancing di tasik pada malam itu? Bagaimana dengan mata pancing yang masih ada bersama Hazwan? Misteri ini tidak berjawab hingga hari ini tetapi nyata ada makhluk yang menyerupai Shakila menjadi teman memancing Hazwan sebagai membuktikan cabaran bahawa beliau tidak penakut untuk turun memancing.


Source:  Joran

Gadis Misterius Dari Kelas VIII A


Photo Credit:  Google Images


Numpang ngepost ya. Saya Sinar, kejadian ini terjadi waktu saya masih kelas 2 SMP. Saat itu saya dan teman-teman yang berasal dari kelas VIII Unggulan 3 sedang melakukan pembersihan di halaman kelas belakang sekolah. Disana ada pohon besar tua, saya dan semua teman perempuan membersihkan areal sekitar pohon itu.

Tidak lama kemudian, salah satu teman saya berseru dengan hebohnya (sebut saja namanya Leni). "Hey, saya nemu foto perempuan", begitu katanya sambil memegang sehelai foto kecil yang kelihatannya sudah usang dimakan usia. Kamipun bergerombol mengerumuni Leni dengan rasa ingin tahu. saya menatap foto tersebut dimana ada wajah gadis manis didalamnya. Tapi akhirnya saya merasa aneh dan berhenti menatap foto itu.

Leni dan yang lainnya masih memegangi foto itu dan menebak siapa kira-kira gadis itu. Setahu kami, tidak ada siswa yang berwajah seperti itu di sekolah. Alumni? kami bahkan tidak mengenal mereka semua. Dilihat dari keadaan fotonya, sudah bisa dipastikan kalau foto itu sudah ada sebelum kami menginjak sekolah ini.

Saya sedang asyik memunguti sampah plastik bersama dengan teman saya Acha hingga kemudian kelas di depan kami pintunya tertutup dengan sendirinya. Sontak kami terkejut dan menoleh ke arah kelas itu, tapi tidak ada siapa-siapa disana. "Siapa sih yang iseng?" tanya Acha, tapi kami diam karena tidak tahu. Bermodal kenekatan, sayapun berjalan menuju kelas itu, kelas VIII A. Setelah membuka pintunya, perasaan saya jadi gak enak dan akhirnya menutuskan untuk kembali ke kelas. Diam-diam saya menahan sakit sendiri, saya mendengar teriakan perempuan yang bilang "Tolong! Tolong saya! saya akan dibunuh!".

Suara itu terus menghantui pikiran saya. Saat itu, kami semua tengah mengikuti les tambahan matematika di sekolah dan saya sama sekali tidak bisa berkonsentrasi. Kepala saya tiba-tiba sakit dan bayang-bayang perempuan tadi tiba-tiba muncul di hadapan saya. Sayapun berteriak dengan air mata yang mengalir. "Kamu kenapa?" tanya guruku yang sama sekali tidak saya jawab. Semua orang panik tapi saya tetap menangis dan memegangi kepala saya. "Jangan minta tolong sama saya! saya tidak tahu apa-apa!" teriakku lagi.

Akhirnya guru menyuruh saya ke UKS diantar oleh Yogi, sahabat saya. Ia membaringkan saya di kasur kemudian menenangkan saya. "Saya mau balik ke kelas, kamu hati-hati ya" katanya, sayapun ditinggal sendiri di UKS. Saya menatap lurus ke langit-langit dan mencoba menutup mata. "Tolong saya! saya mau dibunuh!" teriakan itu lagi! Kali ini saya melihat seorang gadis berseragam SMP menangis dan berteriak karena diseret oleh dua orang pemuda yang sama sekali tidak saya kenal. Sayapun mencoba menggapainya, namun terasa jauh hingga ia menghilang dibawa oleh dua pemuda tadi.

Entah itu mimpi atau tidak, tapi gadis itu selalu datang meminta tolong pada saya hingga akhirnya saya memutuskan untuk mencari kebenarannya. Saya meminta foto yang dipegang Leni tempo hari dan mengingat wajah gadis itu, dan yup! gadis yang meminta tolong pada saya adalah gadis yang berada di foto ini. Kembali bulu kudukku merinding.

Saya pergi bersama teman saya Acha ke kelas VIII A. Mungkin disanalah kelas gadis itu, karena ia berusaha minta tolong tepat di samping kelas ini. Sayapun masuk dan merasakan suasana yang aneh. "Saya tidak dapat menolongmu, jangan pilih saya, ada orang lain yang akan datang menolongmu" kataku dalam hati sambil memejamkan mata dan duduk tepat di depan kelas itu.

Entah gadis itu mendengarnya atau tidak, selepas sekolah saat saya sedang duduk di rumah, tiba-tiba saya melihat sesosok gadis dengan wajah manis berseragam SMP sedang menangis. Ia berkata "Aku akan mencari orang lain, maaf jika aku terus mengganggumu". Saya mangap-mangap gak percaya, gadis itu nyata! Alhasil setelah kejadian itu, teriakan minta tolong tidak pernah lagi terdengar.

Sekian cerita saya, maaf kalau GaJe, soalnya masih pemula. Terima kasih ^^




Source:   http://cerita-misteri.reunion.web.id/

Gambar Arwah Berkeliaran



Photo Credit: Google Images

Pihak Tentera Delhi Mengesan 100 Biji UFO di Ruang Udara Mereka




Pihak Tentera Delhi Mengesan 100 Biji UFO di Ruang Udara Mereka | Pihak tentera India dan Pasukan Polis Sempadan India-Tibet (ITBP) mendakwa telah mengesan sekurang-sekurangnya 100 biji UFO di ruang udara Jammu dan Kashmir bulan lepas.
Menurut Akhbar India Today, ITBP sudah memberikan maklumat terperinci UFO yang dilihat dalam laporan mereka kepada ibu pejabat New Delhi dan juga kepada Pejabat Perdana Menteri.
Menurut laporan objek bercahaya tidak dikenali atau UFO itu dilihat di ruang udara wilayah terbabit dan mereka menolak kemungkinan cahaya itu datang daripada pengangkutan udara, pesawat tanpa pemandu atau satelit yang sedang mengorbit bumi pada paras rendah.
“Objek bercahaya yang kita nampak itu bukan pesawat tanpa pemandu, kapal terbang atau satelit yang mengorbit bumi,” kata seorang pegawai tentera yang sedang menjalankan kajian ke atas foto kabur yang diambil pasukan ITBP.
Sepasukan tentera yang telah merekodkan penemuan UFO dan pesawat tanpa pemandu secara berasingan, sudah melakukan beberapa usaha bagi mengenal pasti objek berkenaan.
Laporan mengenai kehadiran Objek Terbang Tidak Dikenali pernah dibuat di wilayah Ladakh sebelum ini. Kehadiran objek tidak dikenali yang semakin kerap berlaku telah mendorong pihak tentera menjalankan kajian terperinci mengenainya.
Pasukan tersebut cuba untuk mengenal pasti objek terbang itu September lalu dengan menggunakan radar dari darat dan penganalisis spektrum. Akan tetapi, mereka gagal kerana kedua-dua peranti yang digunakan itu gagal mengesannya.
 
 
Source:  Melayukini

Rabu, 6 Februari 2013

Gadis pengakap terjun dalam lombong

Oleh Mohd Aliff Fadhilah Mohd Ali












 

 

 

 

 

CERITA ini adalah daripada pengalaman adik ipar saya. Dia memang boleh digelar kaki pancing malah tahap hantu pancing dan sewaktu dengannya. Cakaplah di mana tempat pancing baru, semua dia nak pergi. Dalam hutan atau ke laut dalam; dia memang tidak kisah. Pergi pagi atau malam pun tidak menjadi hal. Pukul berapa pun, dia memang tak kisah. Ajak saja, dia pasti pergi.
CERITA ini adalah daripada pengalaman adik ipar saya. Dia memang boleh digelar kaki pancing malah tahap hantu pancing dan sewaktu dengannya. Cakaplah di mana tempat pancing baru, semua dia nak pergi. Dalam hutan atau ke laut dalam; dia memang tidak kisah. Pergi pagi atau malam pun tidak menjadi hal. Pukul berapa pun, dia memang tak kisah. Ajak saja, dia pasti pergi.

Azman memang kaki pancing. Sampai emak dia sendiri pun naik bimbang dengan perangainya. Lebih-lebih lagi kalau dia pergi memancing dengan kawannya pada tengah malam. Pernah emak dia tegur, tak takut kalau-kalau terserempak hantu jembalang dalam hutan. Sebaliknya, Azman menjawab memang dia hendak berjumpa sangat dengan hantu. Mengucap panjang kami bila mendengarnya.

Kami kalau boleh tidak mahu berjumpa benda-benda macam itu. Tetapi Azman, dia berharap sangat hendak bersemuka. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, kata Azman dia sudah bosan melayan ikan tilapia, baung, haruan dan sepat. Kali ini, dia hendak merasa layanan ikan toman.

Hari itu Azman, Mat dan Ajai sudah bersedia untuk meneruskan misi mereka mahu merasakan tentangan ‘ikan toman’. Segala peralatan dan kelengkapan memancing sudah disediakan. Dengan menunggang motosikal H-5, bergerak mereka bertiga menuju lokasi pilihan. Sepanjang perjalanan, banyak kawasan perumahan mereka tempoh. Kawasan perkampungan Orang Asli juga terpaksa dilalui oleh mereka. Walaupun berada dalam suasana perkampungan yang sama, namun baru kali ini mereka bertiga berhadapan dengan Orang Asli. Mereka berbalas senyuman pada Azman, Mat dan Ajoi bila berselisih seketika.

Dalam pengetahuan mereka, kawasan pilihan adalah berdekatan dengan Kem Bina Negara. Dan di situ juga menjadi kawasan tapak perkhemahan untuk orang ramai. Tetapi mereka mengikuti jalan pintas ke kawasan lombong berkenaan. Itulah kawasan pilihan mereka bertiga. Satu lombong tinggal yang jauh ke dalam hutan. Cuma orang-orang tertentu yang tahu adanya lombong itu.

Setelah meninggalkan kawasan penempatan Orang Asli, mereka bertiga masih meneruskan perjalanan. Akhirnya tekaan Azman memang benar. Mereka akan menemui kem berkenaan sebelum menuju ke lombong. Tetapi pada sangkaan mereka lombong itu tidaklah jauh sangat dengan kem. Apabila menempuhi satu lagi perjalanan membuatkan mereka rasa terlalu jauh. Tempat yang dijangkakan dekat menjadi seakan-akan terlalu jauh. Ini kerana mereka terpaksa menempuh laluan tanah merah dan lumpuh.

Azman, Mat dan Ajai terpaksa berhati-hati menunggang motosikal kerana takut tergelincir dan tersangkut dalam lumpur. Hampir tiga jam mereka bertiga menempuhi segala halang itu. Akhirnya sampai juga tempat yang dicari mereka.

Azman memandang persekitaran tepi lombong. Dia mencari tempat yang sesuai untuk melabuhkan umpannya nanti. Begitu juga dengan Mat dan Ajai. Masing-masing mencari tempat pilihan. Walaupun jarak masing-masing agak jauh namun masih dapat mendengar laungan mereka sesama mereka.

Setelah mencampakkan umpan ke dalam lombong. Azman melabuhkan punggung ke tanah. Sambil itu matanya memandang ke atas. Matahari hari hampir hilang dalam gumpalan awan dan sinarannya semakin kecil. Sudah jam 7 malam, bisik hati Azman. Lalu Azman melihat jam di tangan sendiri. Memang sudah lebih jam 7 malam. Azman amat berharap ada taman perumahan di sekitarnya.

Azhar memandang batang pancingnya yang tidak bergerak sejak awal tadi. Mustahil tidak ada ikan di sini, bisik hati kecilnya. Sikit pun tali pancing tidak bergerak, keluh Azman pula.

“Mat, kau ada dapat ke?” jerit Azman.

“Dapat, dapat tengok!” balas Mat.

“Ajai, kau macam mana?” tanya Azman.

“Aku pun sama, dapat tengok juga!” balas Ajai.

“Tapi kalau aku dapat, mestilah aku dulu yang menjerit, kau tahu!” balas Ajai lagi.

Ucapan itu membuatkan Azman tersenyum sinis sendirian. Jam di tangan menunjukkan waktu lebih 8 malam. Perut mula terasa lapar. Azman membuka bekalan yang dibawa.

Azman lahap makan kerana terlalu lapar. Tetapi matanya masih tidak lepas memandang pancingnya itu. Sejak tadi hanya ikan baung yang dapat dipancingnya. Empat ekor baung tumpas tetapi sekadar tidak lebih 200 gram seekor. Dalam leka dengan pancingnya, tiba-tiba Azman terdengar bunyi kayu ranting dipijak sesuatu. Lantas Azman menoleh ke belakang walaupun agak gelap di kawasan semak di sekitar lombong itu. Namun dengan cahaya bulan Azman masih boleh melihat kelibat Mat dan Ajoi. Azman tidak nampak sesiapa pun di situ . Kemudian Azman terdengar bunyi bising seketika di kawasan lombong seolah-olah ada orang berpesta di situ.

Tetapi kemudian suasana sunyi kembali seketika.

“Siapa pula yang datang berkhemah ni, kacau betullah” bentak hati kecil Azman.

“Abang mancing ikan apa,” suatu suara menegurnya.

Azman menoleh ke belakang. Dia terkejut. Seorang gadis berpakaian uniform pengakap berjalan menuju ke arahnya.

“Ada perkhemahan di sini ke?” tanya Azman.

“Abang tahu dalam lombong ini, banyak kuali buruk,” kata gadis itu tanpa menjawab pertanyaan Azman.

Azman terkejut bila tiba-tiba gadis itu melompat terjun ke dalam lombong di depan matanya. Azman mula merasakan lututnya longgar dan dia terasa kaku seketika. Namun dia masih sempat menjerit nama Mat dan Ajoi sebelum dia pengsan.

Selepas balik memancing hari itu, hampir seminggu Azman deman. Tetapi Azman tidak serik untuk meneruskan hobinya itu. Dan, memang betullah dia ‘hantu pancing’.



Sumber:
Joran
 


Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong (Seram!)

Pasaraya TESCO di Mergong Kedah dikatakan panas dan berhantu kerana bayi sering sahaja menangis apabila masuk ke premis pasaraya tersebut.

Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong | Mak mertua penulis ada mengatakan yang Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Terima kasih kepada Kedah2U, akhirnya penulis menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu.
 


Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.
Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerja TESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam.
Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang dia sering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejuk apabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.






Melayukini.net – Percaya tentang adanya makhluk ghaib merupakan salah satu dari rukun iman. Tetapi takutkan makhluk ghaib ini lebih dari takutkan Allah boleh jatuh hukum syirik. Semoga kita semua terselamat dan terpelihara dari dosa syirik. Tiada yang boleh memudaratkan kecuali hanya dengan izin Allah.
 

Sumber: Kedah 2U | Layari Kisah Seram Informasi Melayu Kini

Gambar Pocong Sekawan



Photo Credit: Google Images

Apabila roh tidak tenteram

  
Ibuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu. "Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar," nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku. Walaupun umurku baru 12 tahun, namun aku masih ingat segalanya. Ia berlaku dalam tahun 1972. Pakcikku menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Jalan Bahar. Beliau menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung enam bulan, anak sulung mereka. Pakcik ku yang kami panggil "Pak Su" baru berusia 33 tahun ketika beliau pergi meninggalkan kami. Masa itu keluarga kami tinggal di Pepsy Road di Pasir Panjang, berdepan dengan Masjid Islah. Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam. Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu - kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung tengah yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sesekali terdengar bunyi salakan anjing. Semasa hidupnya, pakcikku adalah seorang yang peramah, mesra dan periang. Bergurau dan bersakat dengan kami adik beradik adalah antara kegemaraannya. Beliau juga suka menunggang skuter dengan laju. Sering ibu dan ayahku menegur cara beliau menunggang skuter. Namun pakcikku tidak menghiraukannya. Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcikku,"Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!" Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah olah terasan kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat. Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram. Setelah tiga hari dikebumikan, kami sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su. apabila masuk waktu maghrib, kami selalu ternampak semacam imbasan beliau dibilik belakang tempat beliau dimandi dan dikapankan. Adakalanya kami terdengar seperti suara beliau berbual bual, bunyi skuter beliau dan jugak bunyi siulannya. Yang paling menghairankan kami, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu, namun bau pacai dan setangi yang kami gunakan untuk menguruskan mayat beliau masih kuat baunya. Yang masih kuingat, kakak dan kedua dua abangku sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka. Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su. Abang abangku pula sering diganggu semasa tidur, dicuit cuit dihidungnya - kebiasaan pak su semamsa hidupnya. Ibuku pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu. Isteri almarhum pula sering terngigau-ngigaukan beliau. Beliau sering bermimpikan arwah pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna. Pernah juga isteri beliau terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya. Masih ku ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan di ikuti dengan salakan anjing yang mendayu dayu. Sungguh menyeramkan ketika itu. Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada didalam rumah selama 40 hari. Kami sering mengaji dan membaca yasin serta berfatihah untuk disedekahkan kepada almarhum. tetapi kami hairan mengapa rohnya seolah olah tidak tenteram. Apa yang menghairankan kami lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcikku menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau dibahagian kepala kubur beliau. Menurut pakcikku yang sorang lagi, lubang tersebut begitu dalam. Beliau cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh kebawah. Yang lebih menghairankan, apabila lubang dibahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan. Begitulah keadaannya berterusan. Kami pula sering berasa ketakutan - terutama sekali aku dan kakakku. Mentelah lagi salah sorang sahabat karib pak su pula dikatakan terkena "badi" beliau. Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenekku (kini sudah arwah) bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan. Menurut arwah nenekku, pak su memeberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul. Masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu. Memang benar seperti kata Allahyarham didalam mimpi arwah nenekku. Keesokkan harinya , kami sekeluarga membersihkan bilik tempat Allahyarham dimandikan dan dikapankan - ternyata masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang masih lembap dibawah tikar getah itu. Ayahlu terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam. Kami sekeluarga lantas membersihkan bilik itu dengan lebih sempurna lagi. Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu. Kini sudah tahun berlalu, anak didalam kandungan makcikku dulu sudah pun dewasa menjadi seorang anak gadis yang cantik dan manis. Aku juga tidak pernah lupa mendoakan al fatihah untuk allahyarham pak su setipa selepas solat.

Pelesit



Photo Credit: Google Images

 

Alam Ghaib
Imej:Tiada
Hantu Pelesit
Alam:Alam ghaib
Berbentuk fizikal:Ya
Mampu berubah bentuk:Ya
Mampu menyerupai manusia:Tidak
Menghisap darah:Ya
Dipelihara:Ya
Bermasyarakat :Tidak
Gambaran
Sejenis makhluk halus
yang dipelihara bagi
tujuan tertentu.
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita[1] bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa[2]. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Isi kandungan

Matlamat

Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.
Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.

Status

Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.[3] Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) Menurut pandangan pengamal perubatan,[nyatakan menurut siapa?] rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya. Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah. Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.


Source:  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Batu Belah Batu Betangkup


Cerita Rakyat dari Gayo Lues

Batu Belah Batu Betangkup

Pada jaman dahulu di tanah Gayo, Aceh – hiduplah sebuah keluarga petani yang sangat miskin. Ladang yang mereka punyai pun hanya sepetak kecil saja sehingga hasil ladang mereka tidak mampu untuk menyambung hidup selama semusim, sedangkan ternak mereka pun hanya dua ekor kambing yang kurus dan sakit-sakitan. Oleh karena itu, untuk menyambung hidup keluarganya, petani itu menjala ikan di sungai Krueng Peusangan atau memasang jerat burung di hutan. Apabila ada burung yang berhasil terjerat dalam perangkapnya, ia akan membawa burung itu untuk dijual ke kota.

Suatu ketika, terjadilah musim kemarau yang amat dahsyat. Sungai-sungai banyak yang menjadi kering, sedangkan tanam-tanaman meranggas gersang. Begitu pula tanaman yang ada di ladang petani itu. Akibatnya, ladang itu tidak memberikan hasil sedikit pun. Petani ini mempunyai dua orang anak. Yang sulung berumur delapan tahun bernama Sulung, sedangkan adiknya Bungsu baru berumur satu tahun. Ibu mereka kadang-kadang membantu mencari nafkah dengan membuat periuk dari tanah liat. Sebagai seorang anak, si Sulung ini bukan main nakalnya. Ia selalu merengek minta uang, padahal ia tahu orang tuanya tidak pernah mempunyai uang lebih. Apabila ia disuruh untuk menjaga adiknya, ia akan sibuk bermain sendiri tanpa peduli apa yang dikerjakan adiknya. Akibatnya, adiknya pernah nyaris tenggelam di sebuah sungai.

Pada suatu hari, si Sulung diminta ayahnya untuk pergi mengembalakan kambing ke padang rumput. Agar kambing itu makan banyak dan terlihat gemuk sehingga orang mau membelinya agak mahal. Besok, ayahnya akan menjualnya ke pasar karena mereka sudah tidak memiliki uang. Akan tetapi, Sulung malas menggembalakan kambingnya ke padang rumput yang jauh letaknya.
“Untuk apa aku pergi jauh-jauh, lebih baik disini saja sehingga aku bisa tidur di bawah pohon ini,” kata si Sulung. Ia lalu tidur di bawah pohon. Ketika si Sulung bangun, hari telah menjelang sore. Tetapi kambing yang digembalakannya sudah tidak ada. Saat ayahnya menanyakan kambing itu kepadanya, dia mendustai ayahnya. Dia berkata bahwa kambing itu hanyut di sungai. Petani itu memarahi si Sulung dan bersedih, bagaimana dia membeli beras besok. Akhirnya, petani itu memutuskan untuk berangkat ke hutan menengok perangkap.

Di dalam hutan, bukan main senangnya petani itu karena melihat seekor anak babi hutan terjerat dalam jebakannya.
“Untung ada anak babi hutan ini. Kalau aku jual bias untuk membeli beras dan bisa untuk makan selama sepekan,” ujar petani itu dengan gembira sambl melepas jerat yang mengikat kaki anak babi hutan itu. Anak babi itu menjerit-jerit, namun petani itu segera mendekapnya untuk dibawa pulang. Tiba-tiba, semak belukar di depan petani itu terkuak. Dua bayangan hitam muncul menyerbu petani itu dengan langkah berat dan dengusan penuh kemarahan. Belum sempat berbuat sesuatu, petani itu telah terkapar di tanah dengan tubuh penuh luka. Ternyata kedua induk babi itu amat marah karena anak mereka ditangkap. Petani itu berusaha bangkit sambil mencabut parangnya. Ia berusaha melawan induk babi yang sedang murka itu.

Namun, sungguh malang petani itu. Ketika ia mengayunkan parangnya ke tubuh babi hutan itu, parangnya yang telah aus itu patah menjadi dua. Babi hutan yang terluka itu semakin marah. Petani itu lari tunggang langgang dikejar babi hutan. Ketika ia meloncati sebuah sungai kecil, ia terpeleset dan jatuh sehingga kepalanya terantuk batu. Tewaslah petani itu tanpa diketahui anak istrinya. Sementara itu – di rumah isri petani itu sedang memarahi si Sulung dengan hati yang sedih karena si Sulung telah membuang segenggam beras terakhir yang mereka punyai ke dalam sumur. Ia tidak pernah membayangkan bahwa anak yang telah dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari dan dirawat dengan penuh cinta kasih itu, kini menjadi anak yang nakal dan selalu membuat susah orang tua.

Karena segenggam beras yang mereka miliki telah dibuang si Sulung ke dalam sumur maka istri petani itu berniat menjual periuk tanah liatnya ke pasar. “Sulung, pergilah ke belakang dan ambillah periuk tanah liat yang sudah ibu keringkan itu. Ibu akan menjualnya ke pasar. Jagalah adikmu karena ayahmu belum pulang,” ucapnya. Akan tetapi, bukan main nakalnya si Sulung ini. Dia bukannya menuruti perintahnya ibunya malah ia menggerutu.
“Buat apa aku mengambil periuk itu. Kalau ibu pergi, aku harus menjaga si Bungsu dan aku tidak dapat pergi bermain. Lebih baik aku pecahkan saja periuk ini,” kata si Sulung. Lalu, dibantingnya kedua periuk tanah liat yang menjadi harapan terakhir ibunya untuk membeli beras. Kedua periuk itu pun hancur berantakan di tanah.

Bukan main terkejut dan kecewanya ibu si Sulung ketika mendengar suara periuk dibanting.
“Aduuuuuh…..Sulung! Tidak tahukah kamu bahwa kita semua butuh makan. Mengapa periuk itu kamu pecahkan juga, padahal periuk itu adalah harta kita yang tersisa,” ujar ibu si Sulung dengan mata penuh air mata. Namun si Sulung benar-benar tidak tahu diri, ia tidak mau makan pisang. Ia ingin makan nasi dengan lauk gulai ikan. Sungguh sedih ibu si Sulung mendengar permintaan anaknya itu.
“Pokoknya aku tidak mau makan pisang! Aku bukan bayi lagi, mengapa harus makan pisang,” teriak si Sulung marah sambil membanting piringnya ke tanah.

Ketika si Sulung sedang marah, datang seorang tetangga mereka yang mengabarkan bahwa mereka menemukan ayah si Sulung yang tewas di tepi sungai. Alangkah sedih dan berdukanya ibu si Sulung mendengar kabar buruk itu. Dipeluknya si Sulung sambil menangis, lalu berkata “Aduh, Sulung, ayahmu telah meninggal dunia. Entah bagaimana nasib kita nanti,” ratap ibu si Sulung. Tetapi si Sulung tidak tampak sedih sedikit pun mendengar berita itu. Bagi si Sulung, ia merasa tidak ada lagi yang memerintahkannya untuk melakukan hal-hal yang tidak disenanginya.

“Sulung, ibu merasa tidak sanggup lagi hidup di dunia ini. Hati ibu sedih sekali apabila memikirkan kamu. Asuhlah adikmu dengan baik. Ibu akan menuju ke Batu Belah. Ibu akan menyusul ayahmu,” ucap ibu si Sulung. Ibu si Sulung lalu menuju ke sebuah batu besar yang menonjol, yang disebut orang Batu Belah.

Sesampainya di sana, ibu si Sulung pun bernyanyi,
Batu belah batu bertangkup.
Hatiku alangkah merana.
Batu belah batu bertangkup.
Bawalah aku serta.

Sesaat kemudian, bertiuplah angin kencang dan batu besar itu pun terbelah. Setelah ibu si Sulung masuk ke dalamnya, batu besar itu merapat kembali. Melihat kejadian itu, timbul penyesalan di hati si Sulung. Ia menangis keras dan memanggil ibunya sampai berjanji tidak akan nakal lagi, namun penyesalan itu datangnya sudah terlambat. Ibunya telah menghilang ditelan Batu Belah.
 
 

Ahad, 3 Februari 2013

Teratai terkuak ditabur nasi kunyit

 

Oleh Sabaruddin Abdul Ghani

TIGA malam berturut-turut beliau bermimpi kanak-kanak bermain di sebuah kolam dan ada antara mereka memberi makan ikan. Indah sungguh kawasan kolam itu ibarat taman bunga raja zaman dulu kala. Harum semerbak memenuhi persekitaran.
TIGA malam berturut-turut beliau bermimpi kanak-kanak bermain di sebuah kolam dan ada antara mereka memberi makan ikan. Indah sungguh kawasan kolam itu ibarat taman bunga raja zaman dulu kala. Harum semerbak memenuhi persekitaran.

Apabila terjaga, beliau terasa tangan kanannya seakan-akan menggenggam sesuatu tetapi tiada apa-apa yang digenggam kecuali berbau hanyir seperti bau ikan. Beliau termanggu seketika dan segera memberitahu bapa saudaranya yang baru selesai menunaikan solat Subuh, demikian kata Wak Mashud (bukan nama sebenar) membuka cerita.

Berkerut dahi bapa saudaranya apabila mendengar kisah mimpi yang diceritakan itu. Berkali-kali lelaki itu bertanya benarkah apa yang dikatakan itu. Maklumlah ketika itu Wak Mashud baru berusia 12 tahun. Orang tua itu kurang percaya kalau-kalau beliau berbohong, cerita Wak Mashud lagi mengimbau kisah lama sekitar 1950-an.

“Seminggu sebelum itu, bapa saudara wak memberitahu hasratnya untuk memancing di Lubuk Lela di Sungai Lipis, Pahang. Musim kemarau panjang ketika itu menyebabkan air sungai berkenaan surut dan cetek. Memang sesuai untuk memancing.

“Lubuk itu menjadi idaman nelayan sungai dan kaki pancing untuk mendapatkan ikan baung tetapi tidak berani kerana banyak mainan makhluk halus seolah-olah tidak suka kehadiran manusia di situ,” kata Wak Mashud yang kini berusia 70 tahun.

Yakin dengan mimpi itu, bapa saudara Wak Mashud membuat persiapan untuk menguji lubuk berkenaan. Orang tua berdarah campuran Melayu dan Bugis itu yang setiap perbuatannya berlandaskan gerak hati mengarahkan Wak Mashud mengajak kawannya, Shuid Kidal ikut sama memancing.

Wan Muliman, bapa saudara Wak Mashud selalu mengajak Shuid Kidal menjala atau memancing di Sungai Lipis yang mengalir merentasi Pekan Benta. Keserasian antara dua sahabat itu ibarat kapur dengan sirih atau aur dengan tebing. Perwatakan Shuid Kidal yang sederhana membuatkan jalinan persahabatan mereka berdua terlalu akrab.

Selepas sarapan pagi pada hari ditetapkan, Wan Muliman, Wak Mashud dan Shuid Kidal bertolak dari rumah mereka di Ladang Budu (Budu Estet) Benta, Pahang menuju ke lokasi. Wak Mashud yang belum pernah dibawa makan angin seronok membonceng basikal bapa saudaranya itu.

Dalam perjalanan kira-kira 200 meter untuk sampai kawasan lubuk berkenaan, mereka berselisih dengan seorang wanita tua yang membawa bakul rotan penuh berisi pucuk paku.

Wan Muliman memberi salam tetapi perempuan tua itu cuma tersenyum.
Sebaik melepasi sebatang pokok terap, bau haruman semerbak menyelubungi persekitaran.

Wan Muliman memberi isyarat kepada Wak Mashud supaya berdiam saja.

“Sebaik sampai di tempat dituju, kami mendirikan pondok pisang sesikat di bawah sebatang pokok kepayang sebagai tempat memancing. Shuid Kidal mendahului kami melabuhkan joran di lubuk berkenaan.

“Namun, sebaik wak melontarkan umpan menggunakan kail batang buluh, kelihatan pokok teratai satu demi satu timbul di permukaan air. Lama kelamaan, lubuk itu dipenuhi dengan tumbuhan itu. Wak terlopong melihatkan kejadian aneh itu,” cerita Wak Mashud lagi sambi kami menghirup kopi di sebuah warung di Kampung Tanjung Pari, Baling, Kedah baru-baru ini.

Melihatkan keadaan yang pelik itu, Wan Muliman mengajak Shuid Kidal dan Wak Mashud berehat di pondok. Shuid Kidal disuruh memasak nasi kerana kebetulan hari sudah menjelang tengahari.

“Ini petanda awal mainan penghuni di sini cuba menguji kita. Jangan risau, mereka cuma mahu bergurau. Insya-Allah, kita akan pulang dengan hasil tangkapan yang banyak,” kata Wan Muliman sambil memerhatikan Shuid Kidal menyalakan api untuk memasak nasi.

Ketika mereka menikmati makan tengah hari itu dengan lauk ikan sardin goreng berlada dan ikan masin, sepasang rama-rama sebesar tapak tangan budak bercorak songket hinggap di bahu kanan Wan Muliman.

Setelah selesai makan, lelaki tua berusia 60 tahun itu menggenggam nasi yang digaul kunyit tumbuk lalu ditaburkan ke dalam lubuk berkenaan. Sejurus kemudian, pokok teratai yang sebelumnya bertaut memenuhi permukaan air akhirnya terlerai merapati tebing sungai.

Shuid Kidal yang faham sangat dengan tindakan Wan Muliman itu segera melabuhkan kailnya.

Wak Mashud yang tidak mengerti apa-apa turut mencuba nasib. Nah! Seekor ikan baung sebesar lengan menggelupur di hujung tali kailnya. Wan Muliman pada kedudukan di sisinya menepuk bahu anak saudaranya itu.

“Ada masanya kita harus dipercayai pada mimpi. Tetapi semuanya dengan kuasa Allah dan kita tidak boleh terlalu taksub. Tengok Shuid tu, nampaknya dia sedang bertarung untuk menjinakkan habuan. Minta-minta baung jugalah akan mengena.”

“Betul tu Pak Wan. Kita balik lewat sikit Pak Wan. Ikan tengah kemaruk ni,” kata Wak Mashud yang semakin teruja dengan keadaan pelik yang belum pernah dialaminya itu.

Wan Muliman bukan seperti orang lain. Beliau tidak tamak. Sebelum senja, mereka sudah berada di rumah. Jiran dapat juga merasa keenakan ikan baung dan kelah yang diberi Wan Muliman dan Shuid Kidal. Wan Muliman memang suka bersedekah. Baginya, sedekah itu sebahagian daripada ibadat.

Peristiwa aneh terus menjejaki Wan Muliman. Suatu pagi ketika beliau menyelak tudung saji untuk menikmati sarapan pagi, terhidang gulai baung masak asam tempoyak berserta ulam pucuk tumbuhan hutan.

Sejak peristiwa itu, ahli keluarga Wan Muliman yang memancing di Sungai Lipis tidak pulang kehampaan. Pernah suatu ketika dua kawan anak lelakinya merajuk tidak mahu memancing kerana sangat kecewa kail tidak disentuh ikan, sedangkan anak Wan Muliman lenguh tangan melayan ikan yang silih berganti mengena mata kail.

Malah, dalam apa juga keadaan sama ada pagi, tengah hari, petang atau malam, anak Wan Muliman yang memancing di sungai berkenaan pasti menjinjing pulang habuan lumayan. Paling tidak dua tiga ekor baung atau kelah dibawa pulang.

Wak Mashud, anak saudara paling disayangi Wan Muliman tahu serba sedikit misteri Sungai Lipis. Pernah beberapa nelayan sungai yang menjala pada waktu malam mengalami peristiwa pelik apabila jala koyak rabak sebaik ditarik naik dari dasar sungai tetapi bukan disebabkan tersangkut pada batu atau tunggul kayu.

“Dengar cerita, Lubuk Lela sekarang tidak lagi sekeras dulu. Pemancing bebas memancing tetapi ikan baung dan kelah semakin pupus dan sukar dicari.

“Seperkara yang menarik di sungai berkenaan ialah mempunyai pari yang menghuni di beberapa lubuk berhampiran Ladang Budu. Jika ingin merasa kelazatan pari sungai, pemancing boleh mencuba di tempat itu,” kata Wak Mashud menutup cerita.

MAKLUMAN

PEMBACA digalakkan menghantar kisah misteri yang dialami atau didengar untuk dikongsi bersama dan hantarkan ke alamat berikut;

Pengarang JORAN, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.


Sumber:  http://joran.bharian.com.my/