Khamis, 12 September 2013

Penunggu Keris Lama

 
 
KERIS PENINGGALAN ARWAH ATOK
Assalamualaikum..
Mintak maap la uollss,, mek bizi skit awal2 bulan ni mengerjakan kerja yang bos bagi, di samping membizikan diri dengan candy crush saga... tak lena tido woo bila terjebak dgn game ni. Mek nak sambung cite pasal keris peninggalan arwah atok.
 
Arwah atok semasa hayatnya ialah seorang guru mengaji al-quran.  Kata mak, arwah atok guru ngaji yang garang khususnya pada anak2, tiap kali mengajar ngaji akan tersisip rotan kat pinggang dia.  Oleh sebab tu mak mek khatam quran berkali2 aww. Arwah atok ni  agak berisi jugakla orangnya.  Pernah sekali ada satu botol kosong atas meja semasa ketiadaan dorang kat rumah, nenek n arwah atok syak angkara jiran sebelah aka sweet couple (refer cite jiran nenek yang membela)   kerana tak puas hati arwah atok tak izinkan sedara mara sweet couple ni menumpang rumah.. Yelah orang nak blk kampung takkan nak bg orang lain tinggal rumah.. ye dok? Tengok je ada botol asing atas meja, arwah atok mintak anak bininya duk jauh sikit dari rumah, dia sorang2 masuk rumah n ambil botol tu dengan mulut arwah atok terkumat kamit membaca sesuatu, disimpan sebelum dibuang ke tempat yang tak diketahui sape2.        
 
Nak dijadikan cerita, sebelum ditawarkan felda, arwah atok ada menerima keris kecik pemberian kenalannya ( dari sape masih tak diketahui, nenek mek pun tak tau dari sape).  Keris ni macam diamanahkan kepada arwah atok untuk dijaga, tapi sepanjang hayat arwah atok tak pernah la nenek tengok arwah atok perasap dengan kemenyan atau buat benda2 pelik pada keris tu.  Keris tu cuma disimpan dalam buku dan diletakkan dalam almari.  Selepas peninggalan arwah atok keris tu disimpan rapi lagi, cume beberapa tahun lepas pakcik mek kononnya bermimpi yang arwah atok minta dia jaga keris tu, nenek tanpa byk soal serahkan jelah keris tu pada pakcik.  Gangguan yang nenek terima pun makin lama makin banyak, tapi semua tempat berubat mengatakan yang gangguan tu dari sweet couple dan tak pernah langsung menyebut tentang keris.  Sampailah dua bulan lepas, nenek berubat di rawang.  Ustaz rawang mengatakan yang gangguan turut berpunca dari keris kecil tu tanpa nenek bgtau psl keris tu.  Menurut ustaz keris tu ada penunggu , n penunggu tu dah pun beranak pinak dan kawasan diorang ada 7 di sekitar rumah nenek.  Kawasan paling lama yang penunggu keris tu duduk adalah bekas tiang seri rumah, atau skrg ni bilik tidur kedua tingkat atas iaitu bilik yang sama suami mek dengar tapak kaki berjalan kat siling sebelum mek keguguran (refer cite mek keguguran).  
 
Selama 3 malam nenek berubat dengan ustaz tersebut, malam pertama nenek didedahkan dengan gangguan dari keris tersebut.  Ustaz tersebut turut meminta nenek mandi air limau nipis di luar rumah pada keesokan harinya dan ambik keris kecik yang ada pada pakcik pada waktu tu.  Esoknya nenek pun ke rumah pakcik untuk ambil keris dan mandi di di kawasan kolam ikan kecik di luar rumah pakcik.  Malam kedua nenek berubat lagi dgn ustaz tu, tapi mek tak sure apa yang ustaz buat pada malam kedua coz mek belum lagi dgr dari mulut nenek cerita ni, tak smpt lagi nak blk rumah nenek disebabkan kekangan masa. Siangnye sebelum mula rawatan pada malam terakhir, mak mek telefon nenek dan nenek cerita pasal keris tu pada mak, mek dan suami pun ada berdekatan dengan mak masa sesi telefon tu.  Malam ketiga atau sesi terakhir, ustaz minta nenek sediakan cuka getah.   Cuka getah tu untuk membuang penunggu pada keris, rawatan tak dilakukan dalam rumah ustaz, tapi di luar rumah, ustaz berseorangan dengan keris.  Masa perubatan mek tak pasti tapi yang bestnye, suami mek bermimpi masa tidur.  Dia bermimpi pasal sepupu yang meninggal kerana kemalangan, tapi ada seorang lelaki tua yang dia tak kenal ada dalam mimpi tu. Nama lelaki tu Daim. Muka lelaki tua tu macam berkutil.  Badan masih lagi nampak gagah walaupun jelas muka orang tua tu dah sangat2 tua. Lelaki tua tu pakai seluar slack dan kemeja warna coklat yang corak ala2 jawa.  Mimpi tu berlaku di beberapa tempat, tempat kemalangan, surau dan kawasan perkuburan.  Di semua tempat tu, suami mek nampak lelaki tu.  Dan lelaki tu cuba untuk bersalam dengan suami mek, tapi suami mek keberatan dan tak membalas salam dari lelaki tua tu.  Sedar dari mimpi, suami mek macam keletihan tapi dia tak pikir apepun dan sambung tido balik.  Mimpi dia ni tak diceritakan pada sape2 pun mulanya.  
 
Esoknya mak mek telefon lagi nenek, nenek cerita yang rawatan diteruskan dengan pakcik yang tinggal dengan nenek kat felda diminta untuk menjirus cuka getah yang dah dibaca ayat2 suci oleh ustaz di kawasan 7 tempat yang didiami oleh anak pinak penunggu keris tu.  Antara 7 tempat tu ialah, bekas tiang seri rumah, penjuru rumah dan jugak stor kecik di luar rumah kawasan belakang, yang dulunya reban ayam yg tak digunakan lagi.  Lepas sesi rawatan dengan ustaz tu nenek mek dah tak terima lagi apa2 gangguan.  Kaki nenek yang selalu sakit pun dah tak sakit lagi, rumah nenek yang dulunya suram dah bertukar rupa, dah nampak terang (ikut kata mak yg baru2 ni balik rumah nenek dengan kakak mek). Ikut kata ustaz, keris tu ada 3 beradik, lagi 2 tuan dia tak diketahui sape tapi di kalangan kenalan arwah atok atau sedara mara arwah atok.  2 keris tu masih lagi berpenunggu, dan perlu dibuang penunggunya tapi memang kami tak tau sape yang pegang 2 lg keris tu. 
 
Lepas beberapa hari berakhirnya rawatan baru lah suami mek buke cerita psl mimpi dia.  Timbul tanda tanya pada kitorang, adakah lelaki tua yang dalam mimpi tu ialah penunggu keris tu yang cuba untuk bertuankan suami mek? Kalaulah suami mek sambut salam lelaki tua tu adakah suami mek pulak tuan pada penunggu keris tu? wallahualam....
 
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan