Ahad, 29 September 2013

Lantunan Guli Dan Lesung

 
 
Assalamualaikum!
Percaya atau tidak, hampir semua penghuni FLAT, APARTMENT dan PANGSAPURI mengalami pengalaman mendengar bunyi lantunan guli dan tumbukan lesung dari tingkat atas perumahan mereka.
Dari kajian yang ditemui ia dikaitkan dengan kejadian supernatural.

Sejauh manakah misteri ini berkait rapat dengan supernatural?
Pernahkah anda mengalami kejadian seumpama ini?

Bunyi lantunan guli dan tumbukan lesung juga dikatakan tidak mengikut masa.
Pagi, petang, siang, malam dan akan lebih menakutkan andai ia berlaku tengah malam.
Hantu guli dan hantu lesung ini juga dikenali sebagai HANTU RUMAH FLAT!

Mengikut pengalaman penulis sendiri.
Saya sebenarnya agak kurang mengalami kejadian misteri seumpamanya. Sampai la di suatu ketika. Malam itu malam jumaat dan jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Sudah menjadi rutin seorang blogger seperti saya tidur lambat dan mencari cerita-cerita sensasi untuk tatapan umum.

Tanpa saya sedari, kerana asyik mencari jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Patut la mata rasa pedih-pedih dan berair. Saya mengambil keputusan untuk membuat secawan nescafe. Tiba-tiba, terdenganr bunyi lantunan guli dari tingkat atas. Masa tu saya takde la nak takut sangat. Guli je pun. Takut apa?
Saya berjalan perlahan ke dapur untuk memanaskan air. Namun, yang menakutkan saya, bunyi lantunan guli itu seperti mengikut pergerakan saya dari tingkat atas. Hati saya tiba-tiba berdegup kencang. Kebetulan masa tu member-member DOTA semua dah tidur. Tinggal saya seorang. Kenapa 'benda' tu harus menggangu di kala saya keseorangan?

Saya kemudian duduk di hadapan laptop dan menganggap 'benda' itu tiada apa.
Namun, ia seperti ingin berkomunikasi dan sepertinya mengajak bermain guli.
Bunyi lantunan guli semakin kuat kedengaran.

Tiba-tiba, saya tergamam apabila disergah seorang member yang baru balik.
Member rapat saya itu ketawa terbahak-bahak melihat saya terkejut sedemikian rupa.
Saya bertanya andai dia juga mendengar lantunan guli. Namun, dia berkata langsung tak mendengar apa benda pun dari tingkat atas.
Mungkin juga itu semua adalah halusinasi dan mainan perasaan saya.

Selang beberapa hari, malam tu kitorang lepak ramai-ramai dan bermain Counter Strike. Sampai la hanya saya dan seorang member yang bernama Saipul yang bertahan. Dengan tidak semena-menanya, bunyi lesung yang ditumbuk betul-betul ada di atas kepala kami. Yang peliknya, siapa yang nak beriya-iya masak pukul 3 pagi ni?

Saya pun dengan selambanya jerit, "Agak-agak la nak masak pukul 3 beb!". Bunyi itu diam seketika. Dan kemudian bunyi semula dan lebih kuat berbanding sebelumnya.

"Apa tu Epul?" Kata saya.
"Entah, masak kot!" Balas Saipul.
"Hotak dia masak sekarang ni. Pastu, macam saja je nak tumbuk atas kepala kita." Balas saya lagi.
"Entah, setahu aku, mane ade orang kat atas tu!" Kata Saipul dengan nada perlahan.
"Ko biar betul. Bulu aku dah meremang ni." Kata aku dengan nada sedikit terketar.
"Betul! Ko tak percaya, jom kita check!" Balas Saipul pantas.

Bunyi tumbukan lesung itu seperti memanggil kami untuk memeriksanya. Kitorang pun mengambil keputusan nekad untuk pergi memeriksa rumah tingkat atas itu kerana bunyinya sangat mengganggu kami di bawah.
Kami pun naik ke tingkat atas. Namun, alangkah terkejutnya bila melihat tiada penghuni kat rumah itu.
Lampu semua tutup dan kami mengintai dari tingkap dan kelihatan seperti rumah tidak berpenghuni.
Siapa nak masak special tanpa api?

 
 
Kejadian yang sama seumpamanya sering menggganggu kitorang dan ia datang tak kira masa dan waktu. Siang-siang pun dia nak bunyi. Misteri itu mula mengganggu sekiranya salah seorang dari kitorang duduk bersendirian.

Sampai la beberapa bulan selepas itu, kedengaran ada penyewa di tingkat atas. Penyewa adalah kumpulan pelajar perempuan.

Kitorang pun apa lagi, main gitar dan nyanyi-nyanyi bagi dengar diorang la. Teknik mengurat la katakan.
Sampai la seminggu selepas tu seorang dari penyewa perempuan itu diserang HISTERIA yang seolah-olah tidak berkesudahan.

Bayangkan, siang hari pun diserang HISTERIA!
Siang hari pun dia berlari naik turun tangga satu blok dan menjerit macam PONTIANAK.
Kena pulak suatu malam tu saya pegi lepak ngan member sampai pukul 3 pagi.
Time tu jugak dia kena serang HISTERIA. Siapa tak kecut beb?

Masih segar lagi di ingatan saya dek kerana terpengaruh dengan drama "SUPERNATURAL" saya dan seorang member saya menjadi Dean dan Sam Wenchenster konon-konon nak menyelesaikan masalah itu.
Namun, apa yang kami lihat adalah sangat mengerikan. Perempuan itu rupa-rupanya setiap hari diserang HISTERIA dan meracau.

Ustaz yang dipanggil tak dapat menyelesaikan masalah itu.
Mereka menjadi hairan dan tertanya-tanya apa benda yang mengganggu perempuan itu. Tapi, kita semua tahu kan?

HANTU GULI
Cara terbaik untuk mengelakkan anda dikacau adalah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Lagi baik kalau anda pasang surah YASSIN di handphone atau laptop korang.
Tapi, hati-hati ada suatu ketika tu handphone atau laptop pandai padam dengan sendiri.

HANTU BATU LESUNG
Lagi baik kalau anda tidak menegur "penghuni" di atas tu. Sebab, rumah kita, dunia kita ni bukan kita manusia je duduk. Kita kongsi dengan makhluk lain. Cara terbaik untuk elak benda ni ambil wuduk sebelum tido dan baca ayat suci Al-Quran.
Kalau takut sangat, letak YASSIN bawah bantal.

Anda pernah mengalami situasi yang sama?
Sila berkongsikan pengalaman anda di ruang komen!
 
 

8 ulasan:

  1. assalamualaikum,
    saya pernah mengalami perkara ini beberapa kali. bunyi orang menumbuk akan kedenganran apabila hampir maghrib sehingga Isyak. bunyi guli bukan setakat guli kecil tetapi guli yang besar dan bunyi seretan perabot rumah.
    siapa yang nak kemas rumah malam2 kan..
    saya memasang ayat ruqyah dan surat albaqarah sepanjang masa. dan pada hari ketiga berbunyi dentuman yang cukup kuat sebelum masuk waktu subuh.
    hari yang lain pula ialah macam orang berlari2 dari hujung dinding ke hujung dinding. takkanlah orang sewasa nain kejar2 pulak.
    tak kira lagi pak guard datang ketuk pintu suruh alas lesung batu ... ada akai ka. masa tu mana kita ada masak. kita orang prepare ptg2 lagi masak.
    ada suatu pagi tu dalam pukul 5 pagi, bunyi angin ribut menderu-deru macam nak hujan lebat. tapi tak terasa angin kuat pun. memang menyeramkan kerana keseluruhan dniding kaca. kot la ada yang menempel kat dinding.
    last2 kami panggil budak2 sekolah tahfiz dengan ustaznya. memang ada 'kawan' dalam rumah kami.
    sekarang alhamdulillah. adalah sikit2 gangguan dan dah terbiasa.

    BalasPadam
  2. saya juga pernah mengalami, tengah malam bunyi guli dan bunyi tumbukan

    BalasPadam
  3. Saya baru dgr bunyi bende mcm tu.. n bulu roma tgh meremang ni����������

    BalasPadam
  4. Saya jgk pernah alami bunyi guli dan tumbukan lesung. Bunyi sekitar jam 3 - 5 pagi....mmg rasa pelik tp buat x kisah....tanpa syak apa2....sehingga la sy terbaca byk psl bunyi2 ni....sy baru tau....ini berlaku di satu apartment di Puchong....di tingkat 8

    BalasPadam
  5. skrg ni saya pun sedang mengalami perkara yang sama, dimana sya diganggu oleh bunyi guli di tngakat atas hostel sya,sedangkan di tngkat ats tiada orng,skrng ni bnyak permpuan yg terkena histeria, dan pihak hostel mngambil lagkah untuk membuka bacaan yasin dan surah pada setiap malam,agar perkara tidak menjadi lebih teruk akan tetapi perkara ini still maintain seperti tiada apa2 yg berlaku malahan kewujudan makhluk lembaga hitam ini masih berlegar2 di aras atas.seringkali org ternmpk makhluk ini melambai lambai kearah sesiapa yg melihat di tepi tingkap luar koridor. ada juga pernah memaklumkan bahawa ternampak akan hantu raya dan pontianak terbang di atas hostel sambil bermain main di keliling hostel ketika senja ataupun larut malam. ada juga yg lemah semangatnya atau pun hijabnya yg sudah terbuka mengatakan bahawa semua ini berlaku akibat perobohan bangunan yg dikatakan hantu ini tinggal dan menyebabkan hantu tersebut berang akan kediamannya dimusnahkan. untuk menguatkan lagi kenyataan tersebut salah seorang pelajar yg terkena histeria ketika hendak membunuh dirinyaa menjerit jerit menyatakan "AKU NAK ADA ORANG MATI!" disebabkan pemusnahan tmpt tinggalnya. ketika berlakunya histeria hampir setiap jam pelajar yg dirasuk lalu meyebabkan kekacauan yg berleluasa di hostel. ketika berlakunya keamukan hantu tersebut,berlaku juga pada masa yg sama kes pemujaan di bilik kosong. pemujaan ini dapat dikenalpasti kerana terdapat bekas tapak kaki dan gadis yg melakukan pemujaan tersebut sering kelihatan kerana beliau sering memakai pakaian serba hitam dan yg peliknya bilik kosong tersebut dikunci akan tetapi bagaimana dia dapat masuk ke bilik kosong tersebut?ini menjadi tanda tanya kpd pihak hostel dan pelajar2 yg menghuni di hostel tersebut.salah seorang perkerja (cleaner) mengatakaan bahawa lantai mozek (tiles) terkopak sedangkan sebelum ini bilik tersebut dalam keadaan baik.

    BalasPadam
  6. Buat mase ni saya hanya mengalami bunyi lesung pade tengah malam sahaja, tapi bunyi lesung tu diketuk dengan sequence bukan macam orang tengah masak, lagi pelik pade waktu malam.

    BalasPadam
  7. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam