Rabu, 11 September 2013

Ganguan Di Banglo Di Punggol



Saya tidak ingin mengenengahkan nama sebenar saya. Panggil saja saya sebagai "Cahaya". Dahulu saya aktif bergiat dengan salah sebuah badan kebajikan Islam Singapura sebagai seorang sukarelawan.

Cerita ini berlaku sekitar tahun 2007 / 2008, bulan Disember. Saya dan para sukarelawan serta ahli-ahli berkenaan pergi ke salah sebuah banglo di Punggol dan mengadakan perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Para peserta kem ini terdiri dari golongan yang amat muda, sekitar umur 6 hingga 12 tahun. Kami bertolak sekitar pukul 11 pagi. Kami dipecahkan kepada dua bahagian dan menaiki dua bas yang disewa.

Setibanya saja di tempat berkenaan, saya ditugaskan untuk turun dari bas dahulu, untuk mengesahkan kawasan itu bersih dan selamat untuk digunakan. Saya seperti tidak percaya akan apa yang saya lihat. Walaupun jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, keadaan sekeliling seperti tak bermaya, dengan daun2 kering bersepah, ranting2 dan dahan pokok memenuhi rumput2 dan bumbung banglo itu. Hati mula rasa gelisah, seakan-akan sesuatu buruk akan berlaku...

Saya pun memanggil sukarelawan yang lain dan memunggah barang2 kami. Saya dan rakan saya masuk selepas peserta2 lain masuk. Saya mengangkat barang2 dan meletakkannya di luar pintu dapur. Kami bongkokkan badan sedikit kerana ia amat berat. Bila saya dongak saja, pintu dapur berkenaan terbuka dan seorang pakcik merenung tajam ke mata saya. Saya tidak pasti apa maksud renungan itu. Saya dapat tahu pakcik dan isterinya adalah penjaga banglo berkenaan. Pesannya pada semua, hubungi mereka jika ada apa2 bantuan yang kami perlukan. Saya pun terus berlalu dan mendapatkan kumpulan saya dan mengarahkan mereka untuk berpecah dan masuk ke bilik tidur masing2.

Di sana hanya ada dua bilik, satu untuk peserta perempuan dan satu lagi untuk peserta lelaki. Di dalam bilik ada sekitar lapan hingga sepuluh buah katil kesemuanya. Terdapat tingkap yang besar tanpa geriji dan hanya bilik peserta wanita saja yang mempunyai tandas di dalam. Petang itu kami bermain bermacam-macam permainan. Walaupun hujan, aktiviti tetap diteruskan. Sekitar 5 petang kami berhenti. Para sukarelawan mempersiapkan barang2 untuk aktiviti berjalan malam kami setelah makan malam.

Sedang sibuk2, dua orang anggota sukarelawan keluar dari kawasan banglo itu untuk membuang sampah. Tong sampah itu terletak di luar pagar banglo itu, bersebelahan sebuah pokok yang besar. Tak lama kemudian seorang lagi sukarelawan bergegas masuk dan memberitahu kami rakannya disampuk dan masih di luar, bersebelahan dengan pokok itu. Seorang pakcik dalam ahli kumpulan ini keluar bersama dua orang peserta lelaki, untuk mendapatkan perempuan yang disampuk itu. Acara berjalan malam terus dibatalkan.

Peserta perempuan yang disampuk diletakkan di luar dapur. Bila ditanya kenapa ganggu perempuan itu, makhluk yang berada di dalam badannya berkata, "Dia buang sampah di sini dan dia hisap rokok di rumah aku. Aku sukakan budak ni!" Takut juga dengar suara dia yang garau itu. Mujur peserta2 yang berumur dan lebih banyak makan garam dapat mengawal situasi dan menghalau makhluk itu...


Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam