Selasa, 18 November 2014

Kisah Seram - Pengalaman Menetap Di Margaret Close Dulu



Dunia Seram - Panggil saja saya Kak S. Kisah ini berlaku pada tahun 1984 yang tidak dapat saya lupakan. Ini berlaku ketika saya tinggal di kawasan "Margaret Close". Kawasan ini sudahpun dirobohkan. Pada waktu itu, saya tinggal bersama suami dan anak sulung saya yang baru dilahirkan. Dipendekkan cerita, pada satu malam, sedang saya hendak tidur, apabila saya sudah baring di atas katil dan pejamkan mata, dengan serta-merta saya rasa tubuh saya terangkat ke atas siling lalu dipusing-pusing berterusan!

Pada saat itu, saya cuba membuka mata, tetapi tidak dapat membukanya. Pada saat itu juga, dalam keadaan mata saya yang sedang tertutup, saya nampak Pontianak di luar tingkap bilik saya ! Mukanya hodoh dan sangat mengerikan! Tak dapat saya lupakan wajahnya. Amat sangat menyeramkan. Lembaga itu cuba menerkam saya! Subhanallah! Allah saja tahu bagaimana perasaan saya pada waktu itu. Pada ketika itu, saya cuba berteriak memanggil suami saya, tetapi suami saya tidak sedar. Saya sempat membaca Ayat Kursi sebanyak mungkin. Lalu saya terasa tubuh saya perlahan-lahan turun ke atas katil semula. Baru mata saya dapat dibuka. Setelah dapat membuka mata, saya mengejutkan suami dan ceritakan kepadanya apa yang telah terjadi. Sampai sekarang tak dapat saya lupakan kejadian yang amat sangat mengerikan..

Terima Kasih.



Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan