Selasa, 18 November 2014

Kisah Seram - Makhluk Menjelma Sewaktu Mayat Dimandikan

 

Dunia Seram - Kisah ini berlaku di utara semenanjung Malaysia, berlaku lebih kurang 25 tahun yang lalu di awal bulan Ramadhan, pada waktu sekitar lebih kurang 11 pagi / 12 tengahari. Kisah mengenai ibu saudara saya yang meninggal dunia akibat tumpah darah sewaktu hamil selama dua atau tiga bulan tak silap saya dan dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal bersama suaminya untuk berbuka puasa. Dia meninggal dunia kerana terpandangkan / berselisih dengan satu kemalangan yang membawa maut. Dia sempat dibawa ke Hospital berhampiran, tetapi Tuhan lebih sayangkan dia.

Selepas menunaikan solat Terawih, maka kami berlima berjumpa dengan datuk kami (yang merupakan pengamal perubatan) - dan bertanyakan beberapa soalan:-


1) Kenapa tidak dibenarkan mengadakan majlis makan / minum semasa jenazah masih berada di rumah untuk diberi penghormatan terakhir?

2) Kenapa kita mesti mandi (sebelum masuk rumah kita) apabila selesai menghadiri majlis pengkebumian?

Untuk mendapatkan jawapan tersebut & secara kebetulan ibu saudara saya akan dimandikan, dikafankan dan dikebumikan di kampung, datuk saya menyuruh saya melakukan seperti berikut:-

- Diambil kapas (orang yang akan dikafankan)
- Diambil kayu lebihan yang diketam (keranda / papan sekeping / papan penutup dimasa mayat dikebumikan)

Kedua-dua bahan tersebut dibakar & dijadikan abu & disapu pada kelopak mata dengan ayat yang dibaca (Caranya:- Ambil abu yang dibakar, gunakan ibu jari kanan disapu pada kelopak mata kiri & ibu jari kiri disapu pada kelopak mata kanan) dan dilakukan pada hari tersebut (mayat sedang dimandikan).

Kami berlima memberanikan diri melakukan perkara tersebut pada hari ibu saudara saya dimandikan. Apa yang kami lihat adalah :-

1) Makhluk yang tingginya dalam lingkungan setengah meter sedang memungut tin-tin kosong, tempurung-tempurung kelapa, bekas-bekas plastik dan sebagainya yang kotor diambil untuk menadah air mandian mayat tersebut dan disimbah / dicurah pada sekalian hadirin & hadirat yang datang. (Cuma kami berlima sahaja yang nampak - sebab dicelak dengan abu)

2) Makhluk tersebut bukanlah seorang tetapi berpuluh-puluh dan berebut-rebut antara satu sama lain menadah air mandian mayat, bukan sekadar dicurah pada tetamu tapi dicurah ke dinding rumah dan segala isi rumah (itulah sebabnya makanan & minuman tidak dihidangkan).

Kami berlima yang melihat dari jarak jauh amat ketakutan dan kehairanan dengan peristiwa itu, makhluk tersebut seakan-akan tahu perilakunya sedang diperhatikan dan mula mengejar kami. (Pesan datuk - Apabila makhluk itu perasan dirinya diperhatikan, maka dengan segera terjun ke sungai). Alhamdulillah sungai memang hampir (lebih kurang 300 meter).

Rupa makhluk tersebut:-

- Berpakaian serba hitam (jubah) yang busuk dan koyak compang-camping
- Tinggi lebih kurang setengah meter & hanya menampakkan matanya yang merah
- Berlari anak ke sana ke mari

Pesanan saya pada para pendengar:-

- Mandi dengan pakaian yang dipakai sebelum masuk ke rumah kita apabila kita selesai menghadiri upacara tersebut.
- Pada pandangan saya, iblis dan syaitan memang dirantai di bulan Ramadhan tapi makhluk tersebut tidak.

Sekian & Assalammualaikum Wbt.



Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan