Khamis, 27 November 2014

Kisah Hantu - Lembaga Seram


Gambar Hiasan

Dunia Seram - Sebelum ini aku hanya mendengar cerita-cerita seram dari kawan2, saudara mara atau membaca buku seram dari internet saja tetapi sejak umurku meningkat atas 35 tahun aku mula mengalami peristiwa yang tidak pernah aku minta untuk melihat secara kasar. Seperti biasa aku akan siram pokok bunga dikawasan sekeliling rumahku, sekiranya tidak sempat siram waktu petang selepas balik kerja petang, aku akan siram pokok bunga pukul 8 malam. Orang tua ku selalu pesan jangan siram bunga malam2, bunga nak masuk tidur katanya, aku jenis yang degil susah sikit kekadang tak nak dengar nasihat. Pada malam itu sekitar pukul 8.30 malam, ketika itu suamiku ada dirumah sedang menonton TV, aku seperti biasa seorang diri diluar menyiram pokok bunga, ketika aku sedang leka menyiram bunga, aku rasa malam itu tidak seperti biasa tetapi aku tidak terlalu memikirkannya.Sambil aku leka dengan kerjaku bulu roma ditangan dan tengkukku mula meremang, terasa panas dan sejuk mula terasa aku mula memandang disekelilingku dan diatas bumbung rumah burung merpati belaan suamiku aku lihat ada lembaga putih pakaian koyak rabak dan kulihat dalam samar-samar cahaya lampu dari dapurku, hanya tuhan saja yang tahu dalam hatiku ketakutan yang amat. Walaupun dalam ketakutan tersebut aku masih cuba untuk melihat wajah lembaga tersebut, masyaalah, astagfirullahallazim ya Allah tolong aku ya Allah, aku nampak dalam samar muka lembaga itu sangat menakutkan rambutnya yang panjang dan kusut masai sambil mencangkung dengan pandangan yang menakutkan sambil merenungku dengan tajam. Kakiku tak dapat bergerak, peluh dingin mula kurasa, ya Allah tolong aku jeritku dalam hati , mulutku seperti dilekat plaster tak boleh menjerit, tak tau aku nak buat apa2, ayat kursi aku baca tunggang langgang, sambil membaca al-fatihah aku cuba melangkah menuju pintu dapur rumahku dalam 10 depa tangan, sampai dipintu aku dah lupa cara untuk membuka pintu, aku tolak 2-3 kali pintu tetap tak boleh dibuka kenapa tak buka dalam hatiku mula menyumpah pintu , kali ini aku dengan cara berlawanan aku tarik pintu sekuat hati pintu "terbuka" apa lagi aku pun kunci pintu dapur, dan berjalan dengan cepat dan duduk disebelah suamiku yang sedang menonton TV. Aku tak hiraukan air paip diluar yang belum ditutup, cuma aku bersyukur dapat masuk dan tidak dluar bersama lembaga itu. Memang tak dapat dilupakan wajah lembaga tersebut sehingga hari ini, memang seram kalau dingatkan atau digambarkan.Selama seminggu aku mengalami demam, sebulan selepas itu baru aku menceritakan peristiwa lemabaga tersebut kepada suamiku. Mendengarkan dari ceritaku suamiku memberitahu lembaga tersebut sudah lama wujud sebelum aku pindah disitu, ia kepunyaan seseorang dari kebun bersebelah seberang parit rumah adik iparku bersebelah rumahku duduki.Lembaga tersebut menjaga "kawasannya" mungkin kebetulan silap hari lembaga tersebut meronda dan tersempak dengan aku yang sememang terlalu penakut. Selepas peristiwa tersebut aku tidak lagi melakukan aktiviti siram bunga diwaktu malam, jika terpaksa aku akan minta anakku menemani diluar sehingga kerjaku habis.


Terima Kasih


Kiriman: Norle Bte Latip

Tiada ulasan:

Catat Ulasan