Ahad, 7 September 2014

Kisah Seram - Penggemar Mencari Hantu...



Dunia Seram - Ini kisah yang amat menyayat hati yang saya dapatkan berpuluh tahun dahulu. Walau apapun jadikanlah ia sebagai pedoman buat mereka yang gemar mencari atau mencabar ‘Makhluk’ di alam ghaib.

Dahulu ada sekumpulan remaja yang amat gemar pergi ke tempat-tempat ‘Angker’ untuk mencari ‘Makhluk’ alam ghaib atau Hantu. Memang mereka amat berani dan hebat mengatasi cubaan-cubaan yang dihadapinya. Di antara tempat yang mereka pergi selain kawasan perkuburan, rumah kosong, pulau-pulau kecil di Singapura dan sebagainya. Di tanah perkuburan “Kristian” katanya adalah kawasan yang paling banyak cubaan dan gangguannya. Resam manusia seperti remaja ini, sering tidak puas hati dengan apa yang dinampakkan dan inginkan pencarian yang lebih mencabar, lebih menyeramkan dan lebih kuat dalam godaannya.


Maka suatu malam, bermalamlah mereka di sebuah kubur “Kristian” lama di Singapura yang mana dikatakan adanya rumah penempatan mayat bawah tanah. Malang tidak berbau. Bagi mereka cabaran yang datang bagaikan terkena buku dengan ruas. Belum sempat diseru sudahpun muncul depan mata. Satu-satunya lubang pintu masuk dan keluar dihalangi tercegat “lembaga” yang menyeramkan. Tidak tergambarkan bilah sabit panjang yang dipegang oleh ‘Makhluk’ itu diacu-acukan kepada mereka. Semakin mendekati, semakin itulah juga deretan muncul ‘Makhluk-makhluk’ lain di belakang makhluk itu.

Lebeh seram dan terlalu mengerikan hingga terkencing-kencing dan salah satu dari remaja itu tidak sedarkan diri malah mereka yang lain juga tidak tahu apa terjadi lepas itu. Paginya mereka hanya sedar mungkin setelah terbau hancing dan busuk dari kencing dan najis mereka sendiri. Dalam kejadian itu, sebenarnya di antara mereka berenam hanya tiga yang hidup. Dua dari yang hidup tidak dapat hidup dengan sempurna (gila). Yang satu-satunya itulah yang sempat insaf dan menceritakan segala hal dalam penampakkannya. Apa yang dinampakkan??? Wallahu'alam bissawab.

Terima kasih dan selamat malam dari  saya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan