Sabtu, 20 September 2014

Cerita Seram - Anjing Peliharaan Terlihat Sesuatu...





Dunia Seram - Kejadian ini terjadi beberapa malam yang lalu iaitu pada tarikh 21 Jun 2012.

Saya ada memelihara anjing. Anjing saya sebesar spesis "mongrel" yang biasa dilihat berkeliaran di tempat-tempat sunyi. Saya sudah memeliharanya hampir 9 tahun.

Di rumah mahupun di luar, ia jarang menyalak. Jadi bila malam hari selepas kerja, saya dan suami saya, akan membawanya berlari berdekatan rumah kami. Kami tinggal daerah Loyang Avenue, berdekatan dengan Changi. Kadangkala kami akan bawa ia keluar supaya dapat bebas berlari-lari pada waktu malam di satu kawasan Changi, seperti Netheravon Road, berdekatan Hospital Lama Changi.

Kami memandu keluar pada malam itu, rasa seperti biasa saja. Suami berhentikan kereta. Kami lepaskan Max (nama anjing peliharaan kami) turun, dan ia terus pergi ke rumput-rumput untuk melepaskan hajat kecil. Saya & suami berbual seperti biasa sementara menunggu. Selalu ia akan berlari ke sana ke mari, seperti kebiasaan anjing-anjing yang lari / jalan melepasi pokok-pokok yang dilaluinya.

Selepas lima hingga sepuluh minit, saya terperasan anjing saya tak kelihatan. Lalu kami pun memanggil manggilnya "Max!!! Max!!! Max!!!" Kami jalan sedikit ke hadapan, di mana ada sebuah chalet berdekatan yang terang sebab musim sekolah, memang ada orang yang menyewa.

Kami nampak anjing kami, berdekatan chalet tersebut sebab kami takut kalau ada orang Melayu yang keluar, mungkin akan terperanjat ternampak anjing kami. Jadi kami panggilnya lagi, "Max... Max... Come here... Home!" Ia toleh ke arah kami tapi tidak berganjak atau tidak seperti selalu, bila dipanggil ia akan datang ke arah kami. Jadi kami tinggikan suara dan memanggilnya, "Max! Come here! Home!"

Berdekatan ia berdiri ada sebuah pokok besar, memang daerah Changi memang banyak pokok-pokok besar di sini. Sebalik salah satu pokok, dari mana kami berada, seperti terlihat ada orang berdiri tetapi terselindung sedikit di belakang celah pokok besar itu. Kami lihat Max sudah menegakkan ekor, telinganya naik, isyaratnya mahu menyalak. Jadi saya tahu ia mungkin ternampak sesuatu aneh atau ternampak sesuatu yang ia tidak suka!

Suami ingin berjalan ke arah anjing kami tapi saya menahan and memegang tangan suami dan berkata dengan perlahan, "Don't go there. Just call Max!!!" Pada masa yang sama, bulu roma saya meremang!!! Saya sudah tidak dapat memikir dengan betul. Dalam benak fikiran, pastinya itu makhluk yang digelar Langsuir!!! Dengan cepat saya pekik, "Max!!! Home!!! Come Now!!!"

Nasib baik, anjing saya dengar kata. Ia tak pusing tapi bergerak secara mundur dan menahan diri dari menyalak. Saya dan suami cepat-cepat buka pintu kereta, suruh anjing saya naik, hidupkan enjin kereta dan terus beredar. Dari cermin atas, suami kata dia nampak benda itu sudah berdiri di mana kami meletakkan kereta tadi dan nampak benda itu seperti melayang. Saya rasa kalau benda itu ikut, pasti anjing saya akan menyalak!!!

Kami berhenti sebentar di Changi Village sebab suami saya tahu saya mesti sedang rasa takut dan gerun. Kami pergi minum kopi sebelum pulang ke rumah.


Mia Lauw

TERIMA KASIH MIA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan