Khamis, 11 September 2014

Kisah Seram - Mata Dikaburi...


 
Dunia Seram - Sekitar tahun lepas, ketika itu malam Jumaat, pengalaman ini terjadi selepas kami pulang dari SETULANG LAUT. Ia terjadi setelah kami habis pulang dari makan malam di luar. Kami pergi mengambil udara segar bersama keluarga, dan duduk2 di tepi pantai Setulang Laut. Setelah bersantai, mata saya terasa mengantuk dan saya mengajak isteri pulang. Saya mengajak isteri pulang awal kerana saya menunggang motosikal. Kami pulang sekitar jam 12 malam. Ibu saya memesan agar saya lepaskan waktu tersebut kerana beliau berkata, tidak elok pulang pada waktu itu. Saya berdegil kerana saya sudah mengantuk. Amat merbahaya untuk menunggang sewaktu mengantuk.

Diringkaskan cerita, saya tidak menghiraukan pesanan ibu saya. Saya dan isteri terus mencapai topi keledar dan terus menunggang pulang ke rumah kami di kawasan Johor juga. Sewaktu saya menunggang melepasi kawasan Setulang Laut, kami memasuki lebuhraya menuju ke kawasan Kebun Teh dan juga kawasan Muhamadiah RTM. Yang amat memeranjatkan saya dengan isteri saya adalah, sepanjang perjalanan kami di lebuhraya itu, kami tidak nampak sebuah kereta pun. Kami menunggang tetapi kami rasakan bahawa kami tetap berada di tempat yang sama, iaitu kawasan "MUHAMADIAH @ RTM" dan kami terus menunggang sehingga kami sampai di sebuah kawasan gelap. Di satu lorong yang sunyi, kami hanya lihat ada sebuah rumah seperti di tengah2 hutan. Isteri saya menyuruh saya berpatah balik.

Setelah saya berpatah balik, motosikal kami terasa amat berat sekali, dan waktu yang sama saya tidak menyedari bahawa, rupanya saya telah memerah "throttle" saya sehingga habis. Isteri saya menepuk belakang saya agar saya perlahankan motosikal saya, barulah saya tersedar. Kami berhenti di satu simpang, membaca apa yang termampu dalam ingatan dan terus kami pulang.

Apabila kami pulang dan sampai di rumah, kami melihat jam tangan kami. Rupa2nya kami telah menghabiskan perjalanan kami selama dua jam, sedangkan perjalanan kami sepatutnya hanya mengambil masa sepuluh minit saja dari Setulang Laut.


#sumber dari kisah misteri#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan