Ahad, 7 September 2014

Kisah Misteri - Syak kerja kaki nombor

Oleh : Oleh Zul Ikhwan Muhammad
 
Rompin: Kejadian enam lelaki termasuk seorang remaja cuba mencuri tulang mayat di kawasan perkuburan Orang Asli Kampung Deraman, Batu 3 di sini, Sabtu lalu menimbulkan banyak persoalan kepada masyarakat berkenaan kerana peristiwa seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Tok Batin kampung berkenaan Atan Deraman, 64, berkata, ketika ditahan semua suspek memberitahu mereka tiada pilihan dan terpaksa mencuri tulang mayat untuk tujuan perubatan, tetapi enggan menjelaskan kaedah sebenar perubatan dimaksudkan.

“Orang Asli sendiri tidak pernah mengamalkan kaedah perubatan dengan menggunakan tulang orang mati. “Tetapi menurut rakan dalam kalangan masyarakat Melayu mereka mengesyaki suspek berniat mengadakan upacara pemujaan dengan mendapatkan tulang si mati mengikut kepercayaan dan amalan tertentu yang diarah bomoh,” katanya.

Menurutnya, kubur digali suspek terbabit milik seorang penduduk dikenali sebagai Jirat dan meninggal dunia kira-kira 20 tahun. Katanya, pihaknya tidak tahu maksud dan tujuan sebenar kumpulan lelaki terbabit mereka.

“Selama ini, penduduk tidak pernah digemparkan dengan insiden pelik seperti ini, selain akan meningkatkan tahap pengawasan di kawasan perkuburan yang terletak di tepi jalan utama Rompin-Kuantan itu supaya tidak berulang lagi,” katanya.


Penduduk, Mat Saman, 51, berkata, nasib baik tindakan kumpulan berkenaan disedari penduduk kampung dan tidak sempat melarikan tulang mayat dari kubur digalinya.

123 N 123
 
Foto
PENDUDUK kampung menunjukkan lokasi kubur yang diceroboh.
123 N 123 Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan perbuatan itu ada kaitan dengan kepercayaan melakukan pemujaan pada tulang si mati bagi tujuan mendapatkan nombor ramalan.

“Saya tidak yakin dengan dakwaan mereka untuk mendapatkan tulang itu bagi tujuan perubatan,” katanya yang mengesahkan penduduk kampung sudah menimbus semula kubur itu,” katanya.

Yaakob Ketinggek, 56, pula berkata, kejadian itu dilakukan orang penduduk luar daerah dan kemungkinan mereka mempercayai unsur mistik menyebabkan mereka tergamak melakukan perkara sedemikian.

“Pada malam kejadian penduduk menjadi sangat marah kerana sejak kubur ini wujud hampir 150 tahun lalu, kami tidak pernah mendengar kejadian orang mencuri tulang mayat,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Johari Jahaya mengesahkan semua suspek ditahan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menceroboh tanah.


Menurutnya, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya tampil membantu polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/11
 
 
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan