Ahad, 26 Mei 2013

DIGANGGU PENANGGAL DI PULAU UBIN


Pristiwa ini berlaku dalam 1967 semasa saya dan rakan rakan mengadakan perkhemahan di pulau ubin.  Saya masih ingat lagi tempat dimana kejadian menakut kan itu berlaku.  Setiba di pulau ubin kira kira 10 pagi, kami berlima terus mendirikan khemah disatu tapak yang terletak bersebelahan dengan pohon kayu besar, berhampiran sebuah pondok usang.
Setelah penat merenta sekeliling pulau itu, kami berehat rehat sambil memasak nasi dan lauk pauk untuk makan malam.  Kira kira 6 petang, angin mulai bertiup kencang, diiikuti pula dengan guruh di langit.  Tidak lama kemudian, hujan mulai turun dengan lebatnya.  Disebabkan khemah yang kami dirikan tidak begitu kukuh, habis kami berlima basah kuyup didalamnya.
Hujan mulai reda kira kira 9 malam.  Kami berlima pun keluar ubtuk mengeringkan badan dan menuju ke pondok usang tidak jauh dari khemah itu.  Setelah menunaikan solat isyak, kami berjalan pulang ke khemah untuk mengeringkan bahagian khemah itu dan mengukuhkannya semula.
Tidak lama kemudian, sedang kami berehat rehat sambil berbual didalam khemah, tiba tiba terdengar sayup sayup suara perempuan sedang berbual , diikiuti pulak dengan bunyi gemersik daun daun.  Kami ingin tahu lalu keluar.
Suara tadi semakin jelas dan datangnya dari atas pokok besar.  Salah seorang rakan menyuluh lampu picitnya kearah suara tadi.
Alangkah terkejutnya kami apabila suluhan lampu picit itu mengena tepat dua kepala berambut panjang tanpa badan, tetapi berusus-tergantung didahan pokok besar itu.  Hantu Penanggal!!!
apalagi, seperti kilat kami berlima berebut rebut masuk ke dalam khemah sambil berpeluk pelukan ketakutan.\Entah berapa banyak ayat suci kami baca beramai ramai sehinggalah malam bertukar pagi, tanpa melelapkan mata walau seketika pun.
Setelah cuaca terang, tanpa berlengah lengah kami pun berkemas dan pulang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan