Khamis, 23 Mei 2013

Puteri Gunung Ledang(Filem)

Rencana ini berkenaan dengan sebuah filem. Untuk legenda mengenai Puteri Gunung Ledang, sila lihat: Puteri Gunung Ledang.



Puteri Gunung Ledang
Puteri gunung ledang.jpg
PengarahSaw Teong Hin
PenerbitTiara Jacquelina
PengarangMamat Khalid
Saw Teong Hin (lakon layar)
LakonanTiara Jacquelina
M. Nasir
Adlin Aman Ramlie
PengedarEnfiniTi Productions Sdn Bhd
Mula tayangan31 Ogos 2004
NegaraBendera Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Rujukan IMDb
Rujukan Filemkita


Gusti Putri menghadap Sultan Mahmud di istana
Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya.

Sinopsis

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.
Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.
Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.
Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan dari sanskrit Jawa:
  • "Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
  • "Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
  • "Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
  • "Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
  • "Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
  • "Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
  • "Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."
Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan.

Pencapaian

Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia yang. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini, "Asmaradana". Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. "Puteri Gunung Ledang" telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar ("Academy Awards") Tahun 2004.
Selain itu, filem ini menyertai Bangkok International Film Festival, 2005, 61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy), 48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA). Filem tersebut turut dicalonkan pada Festival Filem Malaysia ke-18, 2005 dan memenangi anugerah Pengarah Terbaik (Saw Teong Hin), Lakon Layar Terbaik (Mamat Khalid & Saw Teong Hin), Skor Muzik Terbaik (M. Nasir & Tan Yan Wei), Penataan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi "Filem inovatif & berinspirasi".
Pelakon utama, Tiara Jacquelina turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala Lumpur pada tahun 2005.
Anugerah-anugerah yang diperolehi:


AnugerahKategoriPenerimaMenang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-18Filem TerbaikKeseluruhan FilemPencalonan
Pengarah TerbaikSaw Teong HinMenang
Pelakon Lelaki TerbaikM. NasirPencalonan
Adlin Aman RamliPencalonan
Pelakon Wanita TerbaikTiara JacquelinaPencalonan
Lakon Layar TerbaikMamat Khalid & Saw Teong HinMenang
Cerita Asal TerbaikMamat KhalidPencalonan
Skor Muzik Asal TerbaikM. Nasir & Yan Wei Menang
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikDato' Haji Rahim RazaliPencalonan
Penataan Seni TerbaikHanizar IsninMenang
Anugerah Khas JuriFilem inovatif & berinspirasiMenang
Festival Filem Asia Pasifik ke-50, 2005 (Kuala Lumpur)Pelakon Wanita TerbaikTiara JacquelinaMenang

Trivia

  • Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Malaysia ke-16 pada April 2003 yang turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui RTM1.
  • Sepanjang 9 bulan tempoh keseluruhan penggambaran yang bermula pada Januari 2003, jumlah hari penggambaran yang dilakukan di lokasi adalah selama 94 hari sahaja. Pembikinan filem ini juga terganggu oleh faktor cuaca.
  • Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar.
  • Filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menyertai Anugerah Akademi.
  • Filem ini merupakan filem paling mahal di Malaysia buat masa ini dan pementasan muzikal telah dilakukan bermula Februari 2006.
  • Terdapat satu kesilapan fakta yang nyata yang tidak sepatutnya dalam pembikinan filem ini, di mana ada adegan yang dibuat di celah-celah pohon kelapa sawit. Penanaman kelapa sawit hanya diperkenalkan di Malaysia pada abad ke-20, dan sudah pastinya belum wujud di Tanah Melayu pada abad ke-15.

Pelakon

 


PelakonWatak
Tiara JacquelinaPuteri Gunung Ledang
M. NasirHang Tuah
Dato' Rahim RazaliDatuk Bendahara
Adlin Aman RamliSultan Mahmud Shah
Sofia JanePermaisuri Tun Teja
Khir RahmanTun Mamat
Alex KomangGusti Adipati Handaya Ningrat
Christine HakimBayan
Ruminah SidekNenek Kebayan (jelmaan Gusti Putri)
Azmil MustaphaPangeran Demak
Sabri YunusSang Setia
Man BaiTopok
Radhi KhalidTapik
Slamet RahardjoPatih
Muhammad Naufal Nasullah



Article Source:  http://en.wikipedia.org/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan