Isnin, 12 Ogos 2013

Bandar Ini Di Bina Di Bawah Tanah


Coober Pedy adalah sebuah bandar kecil yang terletak di bawah tanah. Terletak di Australia Selatan, bandar ini dibina di negara bahagian yang dikenali sebagai kawasan paling kering di Australia. Coober Pedy ditubuhkan pada tahun 1915, ketika manusia pertama kali ditemui di kawasan tersebut. Para penambang mula tidak tahan dengan keadaan suhu dan cuaca yang begitu keras di sana. Kemudian mereka pun mula menggali rumah mereka di bawah tanah untuk mengelakkan sengatan terik matahari.

 

Sebagaimana dilansir Odditycentral (23/2), dalam proses, para penduduk2 akhirnya mewujudkan sebuah bandar kecil untuk mereka. Sampai hari ini, orang-orang dari Coober Pedy lebih memilih untuk membina rumah mereka di bawah tanah berbanding harus membina di atas tanah.  
 

Musim panas yang sangat esktrem di kawasan di atas 40 darjah Celcius menjadi salah satu alasan mengapa para penambang betah tinggal di bawah tanah . Suhu di bawah tanah tetap berada pada tahap malar 24 darjah dan kelembapan tidak melebihi 20%. Pada musim salji, suhu akan menjadi agak dingin, namun tidak terlalu ekstrem. Kota ini telah menjadi bandar yang popular di seluruh dunia. Terbukti, banyak pelancong antarabangsa yang berbondong-bondong ke Coober Pedy untuk dapat merasakan sensasi tidur di bawah tanah - di sebuah bilik yang sejuk, gelap dan luas. Gereja-gereja bawah tanah juga menjadi daya tarikan yang banyak diburu pelancong. Kota ini tidak hanya terkenal kerana pesona tempat tinggal bawah tanahnya, tetapi juga untuk menjadi ibu kota opal dunia, yang menghasilkan 70% dari keperluan opal (sejenis batu permata) dunia. Keadaan alam yang cukup ekstrem rupanya juga menjadi daya tarik bagi para pengarah Hollywood untuk menggarap filem mereka di sini. Contohnya saja Pitch Black, Red Planet, Queen of the Desert dan Opal Dream. terletak 850 km sebelah utara Adelaide, Coober Pedy menawarkan pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, biliard, bilik tidur, bar, kolam renang, muzium, gereja Ortodoks, dan juga laman makam.


 
 
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan