Sabtu, 13 Julai 2013

Gangguan Pontianak Ketika Hamil Anak Pertama




Nama saya Pearl, ini kisah saya yang berlaku sekitar enam tahun yang lalu apabila umur saya baru tujuh belas tahun dan hamil anak yang pertama. Sebelum saya dapat tahu yang saya hamil, saya suka lepak dengan kawan saya hingga lewat malam. Emak saya selalu berpesan kalau balik lewat malam tak kira pukul berapa pun, masuk rumah mesti pusing belakang, sebab benda-benda halus yang kita tak nampak tak ikut kita masuk sekali.

Saya buat apa yang emak saya pesan, kecuali pada satu kali tu, saya terus masuk ke rumah dan menuju ke bilik tidur utama dan cuci kaki di dalam tandas. Tidak ada orang yang nak tidur di dalam bilik itu, jadi saya tidur di situ seorang diri. Keesokan hari saya ke sekolah, tapi balik setengah hari sahaja kerana saya rasa nak pengsan. Pada hari itu baru saya tahu yang saya hamil.

Tiba di rumah, pintu terbuka, peti televisyen dan lampu rumah semua dihidupkan. Apabila saya masuk rumah, saya nampak adik kecil saya yang berusia lima tahun sedang menangis ketakutan dan bertanya “Rudy, kenapa nangis?” Adik saya kata sambil menunjuk-nunjuk dalam bilik, “Ada pontianak, dia panggil Rudy masuk, tapi Rudy tak masuk, Rudy takut”. Mak saya dengar Adik saya cakap begitu dan terus memaki-hamun benda itu. Saya tanya lagi adik saya, “Dy, lawa tak muka dia?” Adik saya menjawab, “Tak lawa, mata dia terkeluar...”

Dipendekkan cerita saya sudah pun hamil tujuh bulan. Saya tidak lagi tidur di bilik tidur utama kerana takut. Kami sekeluarga semua tidur di luar seperti orang pelarian. Waktu saya sedang tidur, saya tersedar tetapi dalam keadaan antara sedar atau tidak. Di tepi perut saya ada kepala perempuan. Rambutnya kusut masai, tapi tak nampak wajahnya. Benda itu berkata dengan saya “Ini anak lelaki, nanti keluar mati!”dan hilang, terus saya tersedar.

Keesokan hari saya ke KKH untuk buat pemeriksaan. Selesai pemeriksaan, saya ke kantin untuk makan tengahari. Saya rasa ada orang menggosok perlahan di badan saya lalu menoleh. Saya ternampak seorang apek dengan cucunya, dalam fikiran saya, “Tak mungkin apek ni hendak meraba aku...”

Sampai di rumah, sedang saya bermain dengan komputer riba, saya perasan ada tangan perempuan pucat sekali hendak memegang perut saya dan terus hilang! Kebetulan saya hendak membuang air kecil, saya terus masuk ke tandas tidak menutup pintu kerana takut kalau terjatuh dalam tandas. Apabila saya hendak membersihkan diri, saya toleh ke arah pintu dan ternampak satu makhluk besar berwarna putih sedang memerhatikan saya. Saya tak tahu benda apa itu sebenarnya. Syukur Alhamdulillah, anak saya selamat dilahirkan apabila tiba masanya.

Itu sahaja, sekian terima kasih...


Read more: http://seram-giler.blogspot.com/2013/02/gangguan-pontianak-ketika-hamil-anak.html#ixzz2Z2W3oEqw

1 ulasan: