Rabu, 12 Februari 2014

Gua Tempurung Gopeng???

Ada apa di laluan PLUS – Gua Tempurung Gopeng???
maut

Kerap sangat kedengaran berita tentang kemalangan maut di laluan PLUS Gua Tempurung.
Kini, laluan ‘maut’ itu menuntut mangsanya  lagi…Seorang pemandu bas maut tersepit di celah kerusi akibat kecederaan parah di kepala  manakala 10 penumpang cedera.

Kejadian berlaku akibat sebuah bas ekspress dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh, melanggar belakang sebuah lori yang membawa bekalan air mineral. Ianya berlaku ketika bas tersebut sedang mendaki bukit.

Pemandu bas berkenaan, mati serta merta di tempat kejadian.

Sejak bulan November ini, sudah 6 kejadian kemalangan yang berlaku di sepanjang laluan PLUS – Gua Tempurung ini, walau pun melibatkan kawasan yang berbeza.

1 November : sebuah bas ekspress melekat di belakang sebuah lori dengan muatan susu getah selepas terbabit dengan kemalangan di KM307.1 lebuhraya PLUS berhampiran Tapah, kira-kira jam 11.00 malam. Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut.

4 November : 15 orang penumpang sebuah bas ekspress hampir maut setelah kenderaan yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah treler KM305 PLUS (arah utara) berhampiran dengan Gopeng pada jam 5.30 pagi.

11 November : Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama sembilan lagi ahli keluarga ketika dalam perjalanan bercuti sempena meraikan sambutan Deepavali terbabas di KM299.9 PLUS (arah utara) berhampiran Gopeng pada jam 4.40 pagi.

21 November : Empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad,  (Propel) terbunuh, manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler bermuatan makanan ringan di KM294.1 PLUS (arah Selatan) selepas susur keluar Gopeng jam 4.30 pagi.

1 Disember : Seorang remaja 18 tahun maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres di KM293.8 PLUS (arah selatan) berhampiran susur keluar Gopeng jam 3.50 pagi.

4 Disember : iaitu selang 3 hari dari kemalangan yang lalu, kejadian terbaru yang membabitkan sebuah bas dan lori membawa air mineral seperti yang diceritakan di atas. Kejadian berlaku pada jam 12.40 pagi.

Kenapa jadi begini ??? Kalau diperhatikan kejadian berlaku pada waktu malam dan pagi. Rasanya, kemungkinan kemalangan berlaku akibat terlalu mengantuk.

Ha… beringatlah, teman semua… berhati-hati di jalan raya dan berhenti dan berehatlah di tempat yang disediakan oleh pihak PLUS untuk seketika sebelum menyambung kembali perjalanan ke destinasi masing-masing.

Atau !!! Jeng..jeng..jeng !!! Ada apa di laluan PLUS – Gua Tempurung tu, sehinggakan begitu kerap me”makan” nyawa manusia??? Perlukah agaknya, meminta nasihat dari para alim atau ‘pandai agama’ supaya ‘menengok-nengokkan’  kawasan berkenaan.. Mungkin ada “penghuni” lain yang mengganggu para pemandu di malam hari dan di waktu pagi..!!!

Seperti cerita berkenaan tol Jelapang (tapi tak pasti sejauh mana kebenarannya) yang juga kerap kedengaran berlakunya kemalangan yang banyak meragut nyawa manusia. Akhirnya atas nasihat para alim dan ‘pandai agama’, akhirnya tol Jelapang kini telah diubah jauh dari tempat asal… Dan, Alhamdulillah.. kemalangan maut sudah berkurangan atau boleh dikatakan tiada lagi.

Jadi !!!!

Ada apa di laluan PLUS – Gua Tempurung tuuu ???

Entah laaaa… cumaaaa !!! Lepas nie… kalau ada sesiapa yang melalui laluan berkenaan terutama dekat dengan Gua Tempurung-Gopeng, baca-bacalah apa-apa ayat yang korang tahu…jangan pandang cermin belakang… jangan tegur-tegur kalau nampak sesuatu, bimbang ada sesuatu yang sedang memerhati ….. !!!

Eeeiiii !!! SERAMMMM !!!!

p/s : kepada semua keluarga mangsa yang maut di laluan PLUS-Gua Tempurung Gopeng, takziah diucapkan… Doakan agar roh mereka ditempatkan disamping orang yang beriman (bagi yg beragama ISLAM).

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam