Selasa, 14 Januari 2014

Kopi Misteri

 
Kisah ini berlaku ketika saya masih tinggal di bukit panjang. Ketika itu sy bekerja shif malam, Manakala isteri yang baru sy kahwini masih tidak mempunyai pekerjaan. Jam menunjukkan pukul 2a.m. ketika itu. Semasa sy masuk kedlm rumah, sy terdengar bunyi televisyen di dalam bilik tidur kami. Sy masuk ke dalam bilik dan mendapati isteri sy sedang nyenyak tidur...

Sy dengan perlahan pergi ke almari untuk membuka uniform kerje. Sambil2 itu saya menjeling ke televisyen untuk melihat rancangan lewat mlm yg sy kira tidak berapa menarik. Cahaya dr kaca televisyen lah yg menerangi bilik ketika itu. Sengaja sy tidak membuka lampu agar isteri tidak terjaga. Ketika membuka pakaian, sy seolah2 terpandang seperti ada sesuatu di bawah katil tidur kami. Sekujur tubuh yang berbungkus dengan plastic hitam. Sy seakan2 tidak percaya kerana stahu sy, kami tidak meletakkan apa2 brg dibawah katil. Sy membaca ayat Qursi smbil menutupkan mata. Tidak lama selepas itu, objek yg kelihatan seperti mayat itu pn hilang dr pndngn sy.

Sebelum sy ke bilik air yg terletak di bhgian dpor rumah kami, sy sempat mencapai remote control televisyen yg terletak bersebelahan dengan isteri sy. Ketika itu juga, tiba2 sy dikejutkan dengan suara istri, “Abang dah balik? Syg penat lah abang... Syg tidor e?”. Terkejut sy ketika itu, lantas isteri pejam mata dan tidur semula. Segera sy padamkan televisyen dan bergegas ke bilik air. Sy buka lampu di dapur untuk menghilangkan rasa goyah yg baru td sy alami. Ketika sy sdg mandi, sy terdengar seseorang buka peti ais. Siapa lagi, pastilah isteri saya kerana kami hanya tinggal ber2. “Syg... buatkan abang kopi segera 1 e?”. Isteri tidak membalas sahutan saya. Jd sy fikir, mungkin dia tidak mendengar panggilan sy. Sy terus mandi dan apabila selesai mandi sy dapati isteri masih tidur..? Sebelum masuk ke dlm bilik, sy terpandang secawan kopi yang masih panas di atas meja dapor... OH... rupa2 isteri sempat buatkan sy air sebelum dia sambung tidurnya. Lalu sy meneguk air kopi itu sehingga habis.

Keesokan paginya, sebelum sy ke tempat keje, sy berbual2 dengan isteri sy. Dia meminta maaf kepada sy kerana tidak sempat melayannye td mlm kerana terlalu penat. Sy katakan kepadanya, tidak mengapa kerana awak juga sempat buatkan sy kopi walaupun kepenatan dan mengantuk...

Isteri sy terkejut mendengar pernyataan sy. Dia langsung tidak bngn untuk kedapur pon pd mlm td. Sy menjadi semakin hairan. Beberapa hari selepas itu, bilik kami kadangkala sering didatangi bau busuk, terutama sekali pada waktu maghrib sehingga isyak. Kami sangkakan bau angin yang dtg dr luar rumah, tetapi selepas bau itu kerap datang pada waktu yg sama, kami mengesyaki sesuatu yg tidak kene.

Lantas atas nasihat rakan, sy mendapatkan seorang ustaz dr surau di perumahan kami untuk datang membantu. Ustaz tersebut memilih untuk datang ke rumah kami pd mlm jumaat selepas dia selesai berjemaah Solat Isyak di surau terdekat. Ustaz tersebut dtg seorang diri. Kami menjemputnya masuk. Saya dpt lihat pandangan ustaz tertumpu pada bilik kami. Dengan keizinan kami beliau masuk ke dalam bilik. Smbil tangannya memegang seutas tasbih, beliau membaca berapa potong ayat Al-Quran. Beliau bergerak dari dr 1 penjuru ke satu penjuru dlm bilik seperti mencari sesuatu.

Dia keluar dr dlm bilik, dan bertanya jika sy ade menunaikan solat atau tidak sepanjang tinggal di rumah ini. Sy dan isteri tertunduk kerana kami memang tidak pernah solat sejak pindah ke situ. Beliau menasihati kami agar kembali ke pangkal jalan dan jgn sesekali melupakan solat kerana itu shj cara untuk mencegah benda2 yg tak diingini masuk ke dalam rumah. Sebelum beliau pulang, beliau telah melaungkan azan dari ruang tengah rumah kami. Sebaik azan selesai di laung, bau busuk yg luar biasa telah dtg menerjah sehinggakan kami ber3 tersedak2 kerana bau tersebut. Terpaksalah kami keluar dr rumah tersebut dan menunggu sehingga bau tersebut beransur hilang... Sebelum ustaz itu pulang, beliau sempat meminta maaf kerana tidak dpt selesaikan masalah kami pada mlm itu kerana beliau tidak dapat MELIHAT? Kami kurang faham tentang itu, tetapi beliau berjanji akan dtg semula pd esok hari dengan membawa seorang lagi rakan yg boleh MELIHAT...

Keesokannya pd waktu yg sama, ustaz tersebut datang lagi dengan membawa rakannya. Rakannya hanya memakai pakaian biasa tidak seperti seorang ustaz. Selepas mengambil wuduk, mereka ber2 membentangkan sejadah di dalam bilik kami. Ustaz tersebut menjadi imam dan solat 2 rakaat didirikan. Selepas solat, mereka duduk bertafakur dan bacaan2 Al-Quran serta zikir diperdengarkan. Sedang mereka tekun berzikir, rakan ustaz itu bangun dan seperti menjenguk sesuatu ke bawah katil kami.

Sy dan isteri yg berada di luar bilik memandang antara 1 sama lain. Rakan ustaz itu seperti menarik sesuatu keluar dari bawah katil. Lalu mereka berdua keluar bersama dr dlm bilik dengan rakan ustaz itu seperti menggendong sesuatu yg sngt berat. Merah padam muka nya seperti seorang atlit angkat berat yang sedang mengangkat beban 158kg.

Mereka ber2 keluar rumah dan rakan ustaz itu seperti mencampakkan bnda yg diangkatnya ke tengah2 jalan. Ustaz itu melaungkan azan dengan kuat dan tidak semena-mena saya dan isteri yg berdiri bersebelahan dengan ustaz itu merasakan seperti ada bahang di hadapan kami. Sejak hari itu tiada lagi gangguan di dalam rumah kami.
 
 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam