Rabu, 19 Ogos 2015

Kisah Seram - Ada Sesuatu


 


Dunia Seram - Pagi tadi aku mimpi ada sorang kawan nak jual perfume kat aku. Bentuk perfume tu sama dengan perfume yg wife aku pakai skang ni. Dalam mimpi tu kawan cakap ada la dalam 2 3 botol perfume dia nak bagi. Aku cakap bawak je semua, senang nak pilih mana yg aku berkenan. Tapi yg peliknya kawan aku tu tak tunjuk muka. Sape kawan aku tu pun aku tak tau. Cuma sekadar kawan yg muncul suara dalam mimpi jelah.
Lepas tu aku tersedar. Mata aku celik. Aku confirm kali ni bukan mimpi sebab aku nampak jelas keadaan bilik aku. Masa tu aku tido mengiring ke kanan sambil peluk bantal golek. Kat belakang aku ada wife dengan anak aku tengah tido. Anak aku tido tengah2 antara aku dgn wife.
Tiba2 aku dengar lagi suara tu. Dia cakap nak tunjuk diri dia. Aku cakap tunjuklah, tak payah sorok2. Aku cakap ni dalam hati. Lepas je aku cakap camtu badan aku tiba2 rasa seram sejuk yg amat sgt. Bulu roma tegak berdiri sampai rasa nak tercabut. Jantung aku berdebar2 kencang. Gelisah aku masa tu. Tangan kanan aku lak masa tu aku lipat ke atas kepala. Erk, tak tau nak cakap camana, harap2 korang dapat bayangkanlah ek.
Tiba2 aku rasa macam tengah pegang tali. Aku pegang je tali tu try rasa tali apa. Terus terfikir....itu tali pengikat kain kafan!!! Dalam pada masa tu gak aku rasa macam ada satu susuk badan menempek kat belakang aku secara tiba2. Sebelum tu memang takde. Mula2 terfikir maybe anak aku tapi susuk badan ni besar sangat. Meremang habis satu badan. Aku nak laung Ya Allah tapi tak boleh. Mulut terkunci. Lepas tu cuba nak cakap Allahuakbar...boleh...tapi agak perlahan. Masa aku sebut Allahuakbar tu aku jadi geram pastu aku tarik tali tu sampai rasa macam nak terbukak pengikat tali bahagian atas kepala mayat tu (aku kira pocong dah kot). Tapi aku tak tarik habis sebab takut bila aku tarik tali tu nanti tali tu akan berada dalam tangan aku, nanti bila hantu tu dah takde tapi tali tu ada dengan aku, aku risau dia akan terus ikut aku sampai bila2. Nasib baik terfikir kejap.
Dalam takut2 tadi timbul gak rasa berani bercampur geram. Nak nak je aku bangun tengok pocong tu lepas tu bagi tumbukan sedas dua. Memang geram betul dah masa tu tapi takut gak boleh terpengsan kalau betul2 pocong tu tido kat belakang. Aku baca ayat Kursi dengan nada yg tak berapa kuat sangat takut orang tersedar. Alhamdulillah dapat baca dan tak semena-mena badan aku cool sikit demi sikit. 3 kali aku baca sampailah reda rasa takut tu sepenuhnya. Tali yg aku pegang tadi pun beransur2 hilang. Lepas tu baru aku pusing badan aku menghadap siling. Tengok jam kat dinding, pukul 3:50 pagi.
Ini kali kedua rasa ada sesuatu tido kat belakang aku. Masa duk rumah sewa kat Taman Samudera, Batu Caves dulu pun macam ni gak. Korang pernah?

4 ulasan: