Setelah
pemeriksaan selesai, aku dan isteriku pulang ke wad dan aku terkejut
melihatkan satu bungkusan hadiah berada di atas katil isteriku. Setelah
aku amati ternyata hadiah itu datangnya daripada rakan-rakanku
sepejabat. Aku pada mulanya tertanya-tanya kenapa mereka tidak menunggu
kami tetapi kemudiannya menganggap bahawa mereka mungkin kesuntukan
masa. Lagipun kami lama berada di makmal, jadi tentulah mereka ada hal
lain yang perlu diuruskan. Jadinya aku tidaklah terlampau memikirkan
mengenai perkara tersebut.
Setelah
isteriku keluar daripada hospital aku ke pejabat seperti biasa. Apabila
aku bertemu teman-teman, aku mengucapkan terima kasih di atas kesudian
mereka melawat aku dan isteriku di hospital disamping meminta maaf
kerana aku tidak dapat bertemu mereka ketika lawatan mereka. Mereka
terkejut kerana mereka sememangnya ada bertemu aku di sana. Malah mereka
berkeras menyatakan bahawa mereka sempat berbual-bual panjang dengan
aku tentang keadaan isteriku. Aku pula yang merasa pening dengan dakwaan
mereka itu kerana mereka bersungguh-sungguh benar menegaskan bahawa
akulah yang berada di situ. Tambahan lagi seorang kawan aku berkeras
menegaskan bahawa dia pasti akan sedar sekiranya orang lain yang mereka
temui kerana mereka bukan baru ini kenal diri aku.
Pada
mulanya aku menganggap mereka bergurau tetapi mereka bersungguh-
sungguh meyakinkan aku bahawa mereka ada bertemu dan berbual-bual dengan
aku di sana. Setelah beberapa orang berkata sedemikian, aku mempercayai
kata-kata mereka tetapi aku tetap menafikan ada bertemu dan
berbual-bual dengan mereka kerana ketika itu aku sememangnya berada di
makmal dengan isteriku. Kawan-kawanku pula pada mulanya menyangka aku
cuba mempermain- mainkan mereka sehinggalah aku terpaksa menafikan
berkali-kali pula bahawa aku ada berbual dengan mereka ketika itu.
Peristiwa tersebut menimbulkan kesedikit keributan di pejabat apabila
masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing sehingga akhirnya
perkara itu tergantung begitu sahaja.
Ada
di antara mereka yang mengatakan bahawa aku cuba memperolok-olokkan
mereka dan ada juga yang mempercayai cerita aku. Pendapat aku sendiri???
Ah... entahlah. Aku pun tidak tahu apa yang hendak aku katakan. Cuma
aku berasa bersyukur bahawa aku cuma mengetahui mengenai perkara
tersebut selepas aku keluar daripada wad itu. Juga bahawa isteri aku
tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut.
Sehingga
kini yang menjadi kemuskilan kepada aku adalah sekiranya aku berada di
makmal bersama isteri aku, siapa pula yang berbual-bual dengan
rakan-rakan sepejabat aku. Dan sekiranya ada orang lain yang cuba
menyamar, tentu rakan- rakan aku akan mengenali bahawa bukan aku yang
berbual-bual dengan mereka. Dan sekiranya bukan orang yang menyamar
sebagai aku, makluk apa pula yang berbual-bual dengan rakan-rakanku dan
apa pula matlamatnya? Apakah yang dikehendaki daripada diri aku ini?
Tambahan
pula semenjak kejadian itu, aku selalu pula merasakan seperti diekori
oleh sesuatu. Seram bulu roma aku setiap kali mengingati perkara
tersebut. Aku tidak pernah menceritakan perasaan aku kepada isteriku dan
aku tidak tahu apakah itu hanya mainan minda dan hanyalah merupakan
perasaan aku semata- mata? Mungkinkan aku terlalu letih kerana melayan
isteri aku ketika dia di wad dahulu, atau mungkin .... Ahh!!! pedulikan
sahaja. Asalkan isteri aku selamat tidak ada apa yang aku perlu
bimbangkan.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?