Dunia Seram - Aktiviti merentas desa antara salah satu aktiviti tahunan yang seringkali diadakan oleh pihak sekolah. Ia merupakan satu peluang yang diberikan kepada para pelajar menunjukkan kebolehan berlari dalam satu jarak jauh yang ditentukan. Kisahbest.my percaya boleh dikatakan semua pernah menyertai aktiviti merentas desa bukan? Namun pernahkah anda berhadapan dengan masalah jalan sesat? Terdapat satu kisah di mana seorang pelajar lelaki yang menyertai aktiviti merentas desa dipercayai hilang dan sesat.
Nasrul berlari beriringan bersama
rakannya Alif. Manakala rakan2 yg lain ada yg sudah melepasi mereka
berdua. Ada juga sebahagian lagi masih tertinggal jauh dibelakang.
Begitulah pada setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan program
merentas desa bg pelajar2 di sekolah menengah tersebut..
Ketika sampai di satu lorong kecil nasrul
tiba-tiba terpandang sebuah kedai menjual minuman. Dia yg sudah
kehausan terus saja menuju ke kedai tersebut. Walaupun ada
terbit rasa pelik pada dirinya kerana kedai itu tidak pernah dilihat
sebelum ini tapi nasrul sudah tidak peduli lagi, tekak nya
sudah kering ditambah dengan cuaca yg sangat ganas ketika itu.. Rakannya
alif sudah jauh kehadapan. Dipanggil alif berkali2 tapi alif tidak
mendengar panggilan darinya.
Nasrul meneguk air durian belanda yg
dibelinya.. seketika kemudian Nasrul terpandang seorang gadis dan
seorang budak sedang belari lari anak. Diperhatikan betul2. Mungkin
mereka salah seorang dari rakan nya.. Tapi anehnya kenapa ada budak kecil disamping gadis itu.. kerana perasaan ingin tahu, Nasrul terus mengejar gadis tersebut..
Tapi yg peliknya semakin dikejar, gadis itu semakin jauh kehadapan..Dia
yang sudah kepenatan terus membatalkan niatnya, nafasnya tercungap2
kepenatan..
Nasrul melihat sekeliling.. dia terkejut,
tempat itu begitu asing baginya. Ada penempatan beberapa rumah penduduk
disitu. tidak pernah pula dia tahu sebelum ini.. Memandangkan hari semakin petang dan dia yg sudah tersesat, Nasrul memutuskan untuk meminta bantuan kepada salah seorang penduduk disitu.
Nasrul terpandang seorang pakcik sedang
menyapu sampah di halaman sebuah rumah disitu. Nasrul memberi salam dan
kemudian berjabat tangan dengan pakcik itu.. tanpa ditanya Nasrul terus
menceritakan segalanya dan meminta bantuan kepada pakcik tersebut supaya
menghantar dia ke jalan keluar dari kampung itu, tetapi orang
tua itu hanya mendiamkan diri, setelah ditanya beberapa kali barulah
pakcik itu mencadangkan supaya Nasrul tinggal semalam dirumahnya..
Tapi Nasrul menolak dan bersungguh-sungguh supaya pacik itu
menghantarnya pulang ke sekolah.. pacik tersebut hanya mendiamkan diri
tanpa berkata apa-apa, Nasrul semakin pelik dengan riaksi pakcik itu
terhadapnya..
***************************************************************************************
Di sekolah sudah mula kecoh atas kehilangan nasrul. Alif rakan baik nasrul disoal siasat oleh guru besar. Setahu alif rakanya itu tiba2 hilang, puas juga alif bertanya pada rakan2 yg lain.tp hampa. Guru besar mengarahkan guru2 yg lain untuk mencari nasrul.. dan kehilangan Nasrul telah dikabarkan kepada ibu bapanya..
Di sekolah sudah mula kecoh atas kehilangan nasrul. Alif rakan baik nasrul disoal siasat oleh guru besar. Setahu alif rakanya itu tiba2 hilang, puas juga alif bertanya pada rakan2 yg lain.tp hampa. Guru besar mengarahkan guru2 yg lain untuk mencari nasrul.. dan kehilangan Nasrul telah dikabarkan kepada ibu bapanya..
Cikgu ahmad yg sedang bersiap-siap untuk
gerakan mencari, tiba-tiba terpandang nasrul di tepi jalan besar
dihadapan sekolah.. Dia bergegas mendapatkan nasrul. Dilihatnya nasrul
sedang berbual2 dgn seseorang. Pelik, tidak pula dia nampak org lain
kecuali nasrul keseorangan disitu.. Cikgu ahmad menepuk bahu nasrul, Dia semakin hairan dan terkejut melihat keadaan baju yg dipakai nasrul yg penuh dengan lumpur…
Nasrul yg terpingga-pinga dengan wajah yg pucat terus dibawa berjumpa
dengan guru besar oleh cikgu Ahmad, Nasrul menceritakan segala apa yg
berlaku kepada Guru Besar.. Rakan2 yg lain juga turut mendengar.. Guru besar hanya menggeleng2kan kepala, pelik!! sudah 3kali terjadi pelajar sesat ketika merentas desa. Dan mereka sesat ditempat yg sama.
Nasrul yg dalam keadaan tidak bertenaga
tiba-tiba pengsan.. Keadaan menjadi cemas.. Nasrul diangkat dan
dibaringkan diatas meja sekolah.. Cikgu ahmad merenjiskan air dimuka
nasrul.. Akhirnya nasrul tersedar tapi Nasrul tiba2 muntah.. Apa yg
pelik muntahnya mengeluarkan daun2 berwarna hijau dan terdapat duri2
halus.. Seorang Ustaz disitu membaca apa yg patut, dan akhirnya Nasrul
kembali segar dan Nasrul dibawa pulang kerumahnya..
Selepas dari kejadian itu Nasrul sering melihat kelibat seorang gadis dan seorang budak sering bermain dikawasan rumahnya,
sehinggalah Nasrul berjumpa dengan seorang pakar perubatan Islam,
menurut pakar tersebut ada sesuatu yg ingin berdamping dengannya.. siapa
dia, sampai sekarang masih lagi menjadi misteri.
Credit Sumber : Nasir Hamzah