Sabtu, 6 Disember 2014

Kisah Nyata - Pengalaman Dicekik



Dunia Seram - Nama saya Zul. Pengalaman saya ini berlaku lebih kurang dua tahun lalu di tempat saya bertugas di kawasan Pasir Panjang. Pada waktu itu saya bekerja giliran malam bermula dari pukul 11 malam hingga 8 pagi. Kami bertugas seramai tiga orang dalam satu kumpulan dan berganti-ganti untuk berehat. Setelah jam lebih kurang pukul tiga pagi, giliran saya pula untuk berehat. Saya pun keluar ke suatu sudut di luar bilik saya bertugas dan di situ terdapat dua buah sofa.
Saya pun baring di salah satu sofa itu untuk berehat. Kemudian saya pun terlelap. Tiba2 saya terasa seperti dicekik dan saya tidak dapat bernafas. Saya tidak dapat bergerak seperti ada yang duduk di atas badan saya. Saya baca Ayat Kursi dan ayat2 suci lain yang saya tahu. Lama juga saya dalam keadaan begitu dan akhirnya saya berjaya melepaskan diri saya. Berpeluh2 saya dibuatnya.


Saya bangun lalu pergi ke kaunter pengawal keselamatan untuk memberitahu salah seorang pengawal yang saya kenali mengenai pengalaman saya tadi. Pengawal itu memberitahu saya bahawa tempat sofa yang saya baring itu memang 'keras'. Dia telah beberapa kali ternampak kelibat seseorang sedang duduk di sofa itu tetapi apabila dia mendekati sofa itu tiada apa2 di situ.

Saya juga menceritakan cerita saya itu kepada salah seorang rakan setugas saya yang telah bekerja lebih lima belas tahun di pejabat itu. Dia memberitahu bahawa ketika pejabat itu dibina, ada seorang buruh Thailand telah mendapati kemalangan dan terbunuh di tempat itu. Banyak juga orang2 lama yang telah diganggu oleh makhluk halus di situ. Mungkin sofa itu tempat tidurnya dan telah diganggu oleh saya.

Itu sahaja cerita saya. Terima kasih dan selamat malam.


1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam