Oleh : Harith Faruqi Sidek
Sebut sahaja Batu Gajah, Perak,
pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai
tarikan utamanya. Walaupun telah berusia
107, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh
berdiri di puncak bukit, malah
keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang
telah
dilakukan keatasnya. Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang
menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana
sepertimana
bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina
sebagai
manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina
sebagai
lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina
atas
rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes.
William
Kellie Smith dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas
kapal
dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Sebenarnya William Kellie
Smith
bukan sahaja telah membina sebuah istana buat isterinya, tetapi beliau
turut
memindahkan beberapa hartanah miliknya atas nama Agnes. Kedudukan sosial
keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi,
malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang
menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.
Siapa William Kellie Smith
William Smith dilahirkan pada 1 Mac 1870 di Moray
Firth, Dellas, sebuah kawasan tanah tinggi di Scotland. Dilahirkan dalam
keluarga petani, beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik
beradik. Pada 1 Mac 1890 (Utusan Malaysia, 22 Januari 2008), sewaktu
berumur 20 tahun, William dikatakan telah merantau ke Malaya untuk
menambahbaik taraf kehidupannya, beliau bermula sebagai jurutera awam
dengan mendapat kontrak selama 2 tahun dengan kerajaan kolonial bagi
membina laluan keretapi ke sebuah kuari batu yang baru dibina,malangnya
projek ini mempunyai masalah lalu beliau terpaksa menghantikannya.
William seterusnya membuat usahasama dengan seorang kontraktor, Charles
Alma Baker bagi mengusahakan projek membina jalan raya di Perak.
Usahasama dengan Charles Alma Baker ternyata begitu menjadi, beliau
berjaya mendapatkan 200 ekar tanah di Batu Gajah untuk diusahakan.
William memilih untuk mengusahakan tanaman kopi mulai tahun 1896, namun
ianya tidak bertahan lama kerana pasaran untuk kopi malaya telah merosot
akibat kemunculan kopi dari Brazil yang sangat popular. William
kemudiannya telah menggantikan tanaman kopi beliau dengan getah, ianya
dianggap tindakan yang bersesuaian pada ketika itu kerana getah sangat
diperlukan sebagai bahan mentah dalam pembuatan tayar pneumatik.
Industri pembuatan kenderaan yang sedang meningkat naik di eropah
menyebabkan permintaan terhadap getah menjadi tinggi dan lumayan. Ladang
getah seluas 144 ekar itu diusahakan bersama rakan
kongsi beliau, Alma Baker (Berita Harian, 17 September 2008),William
Kellie
Smiths akhirnya berjaya membeli sebuah ladang di kawasan Batu Gajah,
estet
berkenaan kemudiannya dinamakan Ladang Kinta Kellas. Selain itu, William
Smith
turut mengusahakan syarikat perlombongan bijih timah yang dinamakan
Kinta
Kellas Dredging Company. Menurut (Dr. Ho
Tak Ming, 2007 ) , pada tahun 1903, William Smith terpaksa pulang ke
Scotland
bagi melawat ibu beliau yang sedang nazak, dalam perjalanan pulang
inilah beliau bertemu bakal isterinya, Agnes. Setelah kembali semula ke
Malaya,
William telah menambah nama “Kellie” pada nama beliau, dan mahu dikenali
sebagai
William Kellie Smith. Nama “Kellie” adalah bersempena nama ibunya selain
mengahwini Agnes. Agnes merupakan pewaris kepada perniagaan kapas yang
diusahakan oleh keluarga beliau, Agnes dikatakan bakal mewarisi dana
sebanyak 300,000 pound.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi__DIOYaNUz3mnWh58yKVNsG96jnXOFdGd3AoMx2GJqTiPjGmVrR-uxoZ62ZJPJQxtJGyTpY8YD8a-2TsdWYwaNjHdnjIcQszDSedoTjZTJGwF1BKGin6qgxN2tVaO2SR4nBesj1y1SstN/s200/739d752eb573f5ac0d3adbe0946858035b3656.jpg) |
Mendiang William Kellie Smith ( 1870 - 1926) - Gambar ihsan Lamography.com |
Karenah Agnes
Setelah mengahwini Agnes, William tinggal di rumah beliau yang telah
dibina di kawasan ladang miliknya, rumah berkenaan dinamakan Kellas
House. Kellas House dibina dari kayu, lalu dalam cuaca tropika, pada
ketika suhu panas, suhu dalam rumah turut menjadi tinggi. Suhu yang
panas sangat tidak menyenangkan Agnes, beliau tidak sukakan Kellas House
dan mengindamkan sebuah rumah yang lebih sesuai. Sewaktu mengandungkan
Helen, Agnes telah menyuarakan hasrat tersebut kepada William. Sudah
menjadi kelaziman keluarga elit dari eropah pada ketika itu,untuk lari
dari cuaca panas, mereka akan berkunjung ke Bukit Maxwell di Taiping
atau Bukit Kledang di Menglembu, Ipoh.
Istana Kellie dibina
Menyedari situasi kewangan beliau yang baik, William setuju dengan
cadangan isteri beliau, tambahan pula isterinya itu bakal mewarisi dana
sebanyak 300,000 Pound sterling yang dianggap lebih dari cukup untuk
membiayai rumah idaman mereka. Setelah Agnes melahirkan anak sulung
mereka Helen pada 1904, William tanpa lengah lagi terus mengusahakan
pembinaan kediaman baru mereka. Dalam tahun yang sama, William telah
berurusan dengan sebuah firma kewangan dari Singapura untuk memperolehi
dana pendahuluan sebanyak 24,000 pound setahun selama 3 tahun.
Pembiayaan kewangan ini dikatakan untuk pembangunan ladang milik beliau
disamping pembinaan rumah baru keluarga tersebut, pembayaran balik atas
dana pendahuluan tersebut akan dilunaskan sebaik sahaja pemegang amanah
perniagaan keluarga Agnes melepaskan dana yang diamanahkan kepada
mereka.
Masalah kewangan rencatkan proses pembinaan
Setahun selepas perancangan pembinaan dibuat, William telah menerima
berita yang kurang menyenangkan, pemegang amanah dana milik isterinya
telah memaklumkan bahawa dana berjumlah 300,000 pound itu hanya akan
dilepaskan dalam tahun 1908. Tambah menyulitkan lagi, firma kewangan
dari Singapura yang menyediakan dana pinjaman kepada william turut
mengalami nasib malang, mereka terpaksa menghentikan pembiayaan kepada
William kerana firma itu sendiri mengalami kegawatan ekonomi kesan
prestasi perniagaan mereka yang teruk di Indonesia. Untuk keluar dari
kemelut kewangan ini, William telah meminta Agnes menulis surat kepada
kerajaan kolonial untuk memohon dana bantuan sebanyak 50,000 pound.
Permohonan tersebut diterima, tetapi dengan nilai separuh dari yang
dimohon, sebelum dikurangkan lagi, akhirnya nilai akhir yang setuju
dipinjamkan oleh kerajaan kolonial kepada Agnes adalah sebanyak 10,000
pound. Karenah pemerintah kolonial yang dikatakan skeptikal terhadap
keupayaan Agnes membayar balik pembiayaan yang dimohon telah mencabar
William untuk meneruskan juga pembinaan kediaman baru mereka.
Kesempitan kewangan ini menyebabkan William terpaksa menjual 2/3 kawasan
ladang milik beliau bagi tujuan pembayaran balik dana yang dipinjam.
Malang kemudian berkunjung lagi, kali ini permit konsesi milik William
melalui aktiviti perlombongan bijih timah telah ditamatkan selain
kehilangan ternakan kuda dan lembu akibat wabak penyakit.
Dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu
Setelah memperolehi dana yang diwarisi oleh Agnes pada tahun 1908,
pembinaan istana akhirnya berkenaan dapat diteruskan. William telah
menggaji 70 orang buruh mahir dari Madras, India untuk menyiapkan
kediaman beliau, kebanyakkan bahan binaan hiasan seperti batu marmar
adalah diimport dari India, sementara Jubin
yang digunakan diimport dari Itali pada tahun 1904. Batu bata jenis
aprikot yang digunakan dibuat di Malaya, begitu juga dengan kayu cengal
yang menghiasi jenang pintu dan
tingkap istana berkenaan, kualiti kayu cengal sememangnya diakui serta
mampu kekal utuh sehingga
200 tahun lamanya. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di
Malaya, maka dinding istana tersebut
dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran
putih
telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Dengan seni binanya yang
mempunyai asimilasi konsep
Greco – Roman, Moorish dan india, istana ini sememangnya unik, malah
binaan
yang seumpamanya tidak dapat dilihat dimana-mana di Malaya pada ketika
itu. Menurut Tajuddin Yaakob, Pengurus Istana Kellie, pembinaan istana
ini tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat. Menurut beliau
lagi, seandainya lif di menara Istana Kellie dapat disiapkan, maka
bangunan itu akan menjadi bangunan pertama di Malaya yang mempunyai lif.
Ciri-ciri senibina yang terdapat pada bangunan sekretariat kolonial di
Kuala Lumpur turut diselitkan, bagi mengatasi masalah suhu panas dalam
rumah yang menjadi isu kepada Agnes, William menggunakan dinding batu
yang tebal, selain laluan berkoridor yang akan membantu pengudaraan yang
baik. Intana Kellie sebenarnya pernah mendapat liputan sebuah akhbar
inggeris di
London, iaitu London Financier pada 15 September 1911. Menurut laporan akhbar
berkenaan, istana kellie dianggap unik dari sudut rekabentuk binaan serta
keluasannya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCJocmejXQQ164juvCNBiiAyFWryAZJy4jKpQaNV6fepB9SAKb4yU_IXWHLJTHO9S8rtMgwEWFrLs_H9Ibzfa0zSqaknvNaLBF5NLXt1dczsbpwYd0rhYKZ7ie4riqjs1F60mHnsfnXqIs/s200/IMG_5983.JPG) |
Istana Kellie dari seberang Sungai Kinta. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyIG6H3EPR_PcwTrKndld-w7R_u0nqrR45T2effMqecBgWT_8Yg3JogWJ5uyBGCbwkdnorjHNxNgGLTPzdjZzZJyNSM_zzvJZ4RXeVw2xATwcgKNZflB-qMiJggZcQU5HR23TNjESIVkwt/s200/IMG_6035.JPG) |
Penulis bersama anakanda Ziyad di bahagian atas Istana Kellie. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1yuytyPRAAHHPaRTkOjZhUF-kMC-gub-ObleVVlZMMrwYNH6ez-nLynMuiFjlp0h2_ei4fBjen13dARr2zogbIGrr5DjMdgVMu3Wa6t2h4syBrTjtZ-hwMhsJz4_0_pWo-ysheeGxZqK0/s200/IMG_6012.JPG) |
Penulis di koridor Istana Kellie. |
Bilik-Bilik
Pelan asal sewaktu Istana ini
dibina menunjukkan ianya mempunyai 14
buah bilik yang mempunyai fungsi yang berbeza setiap satunya. Setiap bilik ahli
keluarga yang terdapat di tingkat satu mempunyai laluan tangga yang akan
digunakan ketika kecemasan (NST, 2004).
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7TzBlT8pH1C833Q42WuoyRxdnRplJ3aN1RvNpgMYiaKsw5ZPdkH6M0wwoRhAStXFAMC5kcNrb2yY5Vz1GPywoX99uHjbQCFp26s4RU6T4rYsnsro_3eSfkgOhBVZOtTg9aa7j-ByA19HN/s200/IMG_6008.JPG) |
Bilik Khas yang dipercayai untuk menyimpan minuman keras. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDtYabY-8d8g0iAoNmnW1g6mN1ESavnGl2Ur65_fbIdIA2ctmt7zaGVLDokGfRUS3YjymhhIk2LEpW0pX7hY_09yrhJ8JRkgVr4V-_mKY6j96DqIAKQC4FdC9USm0J2cwK3Iyig9tBcwAl/s200/IMG_6013.JPG) |
Ukiran pada dinding salah satu bilik di Istana Kellie |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIwH2ZMqqJ2Kj8h6wRUkJ53zIzbYQYBmwahaH3B7gc_Z7KVRl0K4jbmzfMKJZB19HkJrSlVV-Lt7Ixi9eu0S1BGJaIubINlym8cMqou9xcTo_o-v_Ll4FFqrieL1IJrRDtbLelZidQJPZc/s200/IMG_6014.JPG) |
Bingkai serta daun tingkap yang diperbuat dari kayu cengal |
Terowong rahsia
Istana ini dikatakan mempunyai
tiga terowong dibawahnya, terowong pertama menuju ke kuil Hindu yang
berada
kira-kira 500 meter dari istana ini, terowong kedua menuju jalan keluar
yang
berada betul-betul berdekatan kereta milik keluarga Kellie, laluan
terowong ini dikatakan telah runtuh dan kereta berkenaan tertimbus
dibawah runtuhan tersebut. Terowong terakhir, iaitu terowong ketiga
masih
kekal misteri kemana arah tujunya.(NST, 26 Julai 2004). Terowong pertama
dan
kedua memang telah diketahui sejak istana ini ditinggalkan, tetapi
terowong
ketiga hanya ditemui pada tahun 2003. Terowong ketiga hanya ditemui pada
tahun
2003 secara tidak sengaja, ianya ditemui sewaktu Jabatan Kerja Raya
(JKR)
menjalankan kerja-kerja membuat jalanraya di Km 4 Jalan Gopeng – Batu
Gajah
dijalankan. Projek berkenaan terpaksa dihentikan selama 3 hari setelah
terowong
berkenaan ditemui sewaktu kerja-kerja menggali dijalankan. Sewaktu
ditermui,
terowong yang berketinggian 1.5 meter dengan lebar satu meter itu dalam
keadaan
ditenggelami air (Bernama, 13 Jun 2003).
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgg3b7_4q4k2N5MhvrsFPH7GFE2nTizoygvPbNq_wWQH9pCROzIVVp6oBY1CVzFaQ3xvVgLEHZBfrvlP-mFOW226Hq6VpHP1iby26QBIMEFlYnhe2AzQecUhXfDPDcwlFKkX2hJNo-tl786/s200/IMG_5998.JPG) |
Lubang udara dari terowong yang menghala ke Kuil Sri Mariamman |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbxEhgamI2Hs7oIzA6jsVSaDkdkoxD2htnJpiiZV3bFXFPEqWtKinkYwIlmQHBBVvxBcENjnUY1ifercsXHaMTbSWh1IhTi2upQJz272oDsA2y22hUfzYentgrpFu9vZNpTq44v_8jP0bz/s200/kellie+car.jpg) |
William Kellie
Smith dan Agnes bersama kereta Marlborough milik mereka, kereta inikah
yang dikatakan tertimbus dibawah runtuhan salah satu terowong di Istana
Kellie. (Gambar ihsan Arkib Negara Malaysia dan NST). |
Perang dunia pertama lambatkan pembinaan
Meskipun masalah kewangan dapat diatasi oleh William, proses pembinaan
kediamannya kali ini diancam pula dengan krisis perang dunia pertama
yang berlaku di eropah. Bekalan bahan mentah dari luar negara melalui
jalan laut menjadi sangat lambat, sementara kos perdagangan cara darat
meningkat berkali ganda kosnya. William sangat terdesak untuk menyiapkan
segera kediaman tersebut, tambahan pula Agnes telah melahirkan anak
kedua mereka, Anthony.
Binaan tergendala akibat wabak
Penyakit
Wabak penyakit yang dinamakan “Spanish’s Flu” yang bermula di eropah
telah tersebar ke asia, terutamanya India, melalui aktiviti perdagangan
yang berlaku. Wabak ini akhirnya melanda Malaya, melalui pekerja ladang
yang dibawa dari India, musibah ini mendatangkan kesan yang amat besar
kepada William, kesemua 70 orang
tenaga mahir yang dibawa khas dari India yang ditugaskan membina istana
Kellie telah mati akibat wabak ini. Malah ramai lagi pekerja beliau yang
turut maut.
Pembinaan Kuil Sri Maha
Mariamman
Kesan
wabak penyakit "Spanish Flu" yang telah mengorbankan ramai pekerja
menyebabkan pekerja ladang yang kebanyakkannya berasal dari India berada
dalam ketakutan. Mereka merasakan mereka perlu mendapatkan perlindungan
daripada tuhan mereka, lalu memohon William Kellie Smith membina sebuah
kuil untuk Dewa Mariamman, beliau bersetuju untuk membina kuil
tersebut. Sebagai tanda penghargaan kepada William Kellie Smith, sebuah
patung berupa beliau telah diukir dan diletakkan bersama patung-patung
dewa lain di atas bumbung kuil berkenaan.
Kematian William Kellie Smith
Pada tahun 1926, William serta
anaknya Helen telah pergi ke Lisbon, Portugal sebelum meneruskan perjalanan ke
England untuk melawat Agnes dan Anthony. Ada juga maklumat yang mengatakan
William Kellie pulang ke England untuk membawa balik set lif yang ingin beliau
pasang di menara istananya ( NST, 27 Mei 2008). Malangnya sewaktu berada
di Portugal, William telah diserang
penyakit radang paru-paru yang kronik, beliau akhirnya meninggal dunia di Lisbon
pada 11 Disember 1926 pada usia 56 tahun.
Pembinaan istana terbengkalai
Setelah kematian suaminya, Agnes telah
meninggalkan Malaya, sebelum itu beliau telah bertindak menjual segala
harta
milik mereka, termasuk Istana Kellie (NST, 27 Mei 2008). Ladang milik
Kellie
telah dijual kepada Syarikat Harrisons and Crosfield. Syarikat yang
mulai mengambil alih ladang berkenaan ternyata tidak berminat dengan
projek istana tersebut, lalu pengarahkan pembinaanya tidak diteruskan
dan dibiarkan begitu sahaja, maka pembinaan istana Kellie terhenti pada
tahun 1926.
Waris William Kellie Smith
Tidak dapat dipastikan sama ada pernah ada usaha untuk menjejaki waris
William Kellie Smith, namun berdasarkan rekod, anak lelaki beliau,
Anthony William Kellie-Smiths pernah berkhidmat dalam pasukan tentera
British
sewaktu perang dunia ke2, Anthony kemudiannya terbunuh pada 9 Jun 1942,
pada
ketika itu beliau berpangkat Leftenan. Hasil semakan daripada laman web “The
Peerage : A genealogical survey of the peerage of Britain as well as the royal
families of Europe”
( http://www.thepeerage.com/)
, keturunan William Kellie Smiths yang seterusnya ialah cucu beliau, David
Anthony Kellie-Smith yang dilahirkan pada 4 jun 1940, serta dua orang cicit,
iaitu Samuel Anthony Kellie-Smith ( dilahirkan pada 12 May 1966) dan Owen
William Kellie-Smith ( dilahirkan pada 20 julai 1968), jurai keturunan ini
adalah daripada anak lelaki beliau, Anthony, sementara jurai keluarga dari
sebelah anak perempuan Smith, Helen tidak dapat dikesan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjDhuFBBvkndatH1lDhWDhiiJ4KiWw9cmlqyVu5Hse6xXZ1IVi-Ru6bZkNqUUxGpjHjiljZ9zcAIdCpTR-_dBcrC58hYDk4oWPanhQ5dZEiQPMWtGvvFrZtKPicIUjXS0BK5XJIRyZgBpM/s200/IMG_6010.JPG) |
Antara sudut Istana yang gagal disiapkan |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmBg7KZr5r_oWyu_0cZm2P0qfYRZyvkI5zF7HGAxeCBUMVGhlVKOu7scsb-Xqs9v9ME2QfHS75w4Fm1wRIA14iZ61aIfTj80eym63UAQqdXgyp4jX7YRcWu_iyrAXfUAc878sX1-LfBg4K/s200/IMG_6027.JPG) |
Terbengkalai.... |
Kisah Misteri disebalik Istana
Kellie
Sudah menjadi lumrah mana-mana
bangunan lama yang ditinggalkan, kisah misteri seram pasti diulit dan menjadi
sebutan dari generasi ke generasi,sepertimana kisah penunggu di Istana Menati,
Negeri Sembilan atau kisah Perempuan Hijau di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Istana Kellie sendiri mengundang pelbagai kisah misterinya yang tersendiri. Malah Istana Kellie pernah dicadangakan
sebagai antara kawasan tarikan bagi Pelancongan Paranormal (Paranormal Tourism)
bersama Jirat Cina di Sungai Besi, Selangor (NST, 13 Mac 2006).
Roh William Kellie menjaga istananya
Roh
William Kellie Smith juga dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar
koridor
bekas istananya itu.(NST, 27 Mei 2008). Ketika ditemuduga dalam satu
rancangan dokumentari, Tajuddin Yaakob, Pengarah Aqfast Enterprise,
iaitu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Istana Kellie turut
berkongsi kisah misteri. Beliau merujuk peristiwa dimana sekumpulan ahli
naturalis saintifik dari Kanada yang mengadakan kajian tentang haiwan
yang keluar pada waktu malam di kawasan berkenaan. Sekitar tengah malam,
setelah selesai mengambil gambar, salah seorang anggota wanita pasukan
tersebut dikatakan telah terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang
lelaki bangsa eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu
tingkat di Istana berkenaan, lembaga tersebut dipercayai roh William
Kellie Smith.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRhaCi0d95uyCNaZpbIk46nEvK5gSy1czERdvaKN8-rPG1ghKDZNjCLKE4sE-_B6vbpVKSqAXHN9fx0blmdBkGGXswR9dr3bL7FfWeKJQJs6fU5ZkLoWLRLcaajo7JjkhiImwGpicHTFD7/s200/IMG_5993.JPG) |
Di koridor inikah Roh William Kellie Smith dikatakan dilihat merayau-rayau ? |
Misteri Bilik Helen
Antara ruang dalam istana Kellie
yang dianggap mempunyai misteri ialah bilik anak perempuan beliau, Helen.
Seorang pengunjung dikatakan pernah terlihat seorang budak perempuan bangsa eropah
dalam lingkungan usia enam tahun berkeliaran di bilik tersebut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqabzXoWPf8vcdXU02pflUAi7AJX7Z13LrpFDT8487hfnja-nIPSscqJOncziOAri-uVMIEWeaOHOBtxHLZKOFSYyNaIdPfyhQ-wJG8tJJ41IfC8cxy7X9vy1G83X4S9D2d3yOcFyMCHtT/s200/IMG_6030.JPG) |
Adakah di bilik ini "lembaga budak perempuan" itu muncul ? |
Pengawal Tanpa Kaki
Dalam tahun 1995, dikisahkan
empat orang pemuda dari Tapah, Perak buat kali pertamanya melawati Istana
Kellie, mereka tiba di Istana berkenaan pada kira-kira pukul lima petang.
Malangnya mereka telah didatangi seorang lelaki yang dipercayai pengawal istana
berkenaan dan dimaklumkan bahawa premis berkenaan telah ditutup kerana telah
melewati tempoh melawat. Sebelum meninggalkan premis berkenaan mereka sempat
memandang kearah pengawal tadi yang sedang menuju ke pondok pengawalnya,
disitulah baru mereka sedari bahawa pangawal tadi TIDAK BERKAKI, sebaliknya
seakan melayang menuju ke pondoknya (NST, 8 Oktober 2006).
Bertemu Langsuir
Seorang pengawal di Istana
Kellie, Kamazan Yeop atau Pak Naman berkongsi pengalaman seram beliau sewaktu
melakukan tugas rondaan selepas waktu melawat berakhir pada pukul 6 petang.
Sewaktu beliau melintasi sebatang pokok angsana yang berada di halaman istana
berkenaan, beliau terdengar bunyi yang agak mencurigakan, lalu mematikan
langkah beliau disitu. Sebalik sahaja menoleh kebelakang, kelihatan satu
lembaga putih dengan rambut hitam menggerbang muncul di sisi pokok angsana
berkenaan dan menuju kearah dimana beliau berdiri. Dalam situasi cemas itu, Pak
Naman sempat membaca beberapa potong ayat quran sambil mengacukan senapang
patah beliau kearah lembaga tersebut. Beberapa das dilepaskan, namun ianya
tidak meninggalkan sebarang kesan, sebaliknya lembaga tersebut melayang terbang
meninggalkan kawasan tersebut. Dikatakan lembaga yang ditemui oleh Pak Naman itu sebenarnya
adalah Hantu Langsui, beberapa hari
kemudian, Pak Naman sekali lagi terserempak dengan satu lembaga putih, cuma kali
ini di sekitar kawasan Surau premis berkenaan dan Pak Naman tidak pasti lembaga
apakah yang beliau temui itu. Kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam tahun 1997 (NST,
26 Jun 2006).
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjnQVSJBoS67Kszk61Qa1SVAfTX2S7Z1sG4ZNGqMSdPth4wpE-pJE-Gw23WQi8XpdnHqisNeAX54zHUrVs6SP07IFR7tEVibNvcw8VfQOStKXSTc4JqPH3gXEj1lKVzdz9iy0IJucUwfoO/s200/IMG_6050.JPG) |
Disinikah lokasi Pak Naman diganggu Langsuir ? |
Khatimah
Pada tahun 2000, projek arkeologi
konservasi telah dijalankan keatas bangunan ini, sebelum proses
pemuliharaan
dan naik taraf turut dilaksanakan pada 2011. Istana Kellie kini berada
dalam
keadaannya yang terbaik berbanding sebelum ini, projek naik taraf yang
menelan
belanja sebanyak RM5 juta itu merupakan sebahagian daripada projek di
bawah
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Projek naik taraf yang siap sekitar
Oktober
2011 itu telah melihatkan impak yang sangat besar kepada industri
pelancongan
negeri Perak, ianya berdasarkan kepada statistik pelawat sepanjang 2011
yang
menunjukkan Istana Kellir telah dilawati oleh 66,000 orang pelancong
dalam dan
luar Negara (Bernama, 20 Oktober 2011). Kini pengurusan Istana Kellie
diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Aqfast Enterpise. Semoga istana
ini terus kekal sebagai tarikan utama industri pelancongan negara, dan
dalam masa yang sama kajian harus terus dilakukan berkaitan dengannya,
usah dibiarkan Istanan Kellie ini terus kekal dalam misteri.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieJKf7G9PXZn2ze8vFlT_eQ7XUEIs2iHFhkjdvQIckqWS2o7P-vWlWkWtSvmYMJHLolwnaHHep38VELciiJhyphenhyphen0gw7uOVY27JCcFNt4oDbItPkBiNYsqel1vtpDfLukdx84x-PRQX1XUhUm/s200/kellie+1970.jpg) |
Seram...Istana Kellie dalam tahun 1970. (Gambah Ihsan NST) |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAnQ-omuZuu7gD_cOJKJqAl76eKT-yxYst8wbUMRwh603gnpZ5bIaawneQytL7VEZ2dSNGLdc2v0ziY4-lIfiuhWUknJg86UBaekgPFzpt5-NUWheWuMS8RXxhpLv7kBDCyw7vCTGKRfNk/s200/IMG_6046.JPG) |
Indah...Istana Kellie dalam tahun 2012 |
Rujukan :
Asyaari Muhammad.
Arkeologi dalam Kerja Pemuliharaan: Cabaran Terhadap Masa Depan Negara. SARI(27), 185-197.
Azizulhakim Mohd Salleh (Writer). Rahsia Kellie's Castle. In S. College (Producer).
Castle of Love. (27 May
2008). New Straits Times, p. 16.
Chilling tales surround
Kellie's Castle in Perak. (26 Jun 2006).
New Straits Times, p. 16.
Diana Yeoh. (27 May
2008). Bear-y strange indeed, New Straits
Times, p. 6.
Diana Yeoh. (14 March
2011). Top three places to visit in Perak,
New Straits Times, p. 6.
Dzulkifley Zanudin. (29
Oktober 1997). Kellie's Castle dipertingkatkan, Berita Harian.
Hamzah Md. Som, Hassan
Ismail, Sarah Sabaratnam, & Anita Anadarajah. (26 July 2004). Kellie still
keeps an eye on castle, New Straits Times.
Ho Tak Ming (2007). [Batu Gajah]. Ipoh
World. at http://www.ipohworld.org/search8/result.asp?strid=2936
(diakses pada 16 Julai 2012)
June Ramli, & Mimi
Syed Yusof. (26 Jun 2006). Spectres the new tourist spectacle, New Straits Times, p. 16.
Kellie's Castle dinaik
taraf jadi 'Istana Eropah'. (20 Oktober 2011). Bernama.
Kellis's Castle kini
diurus swasta. (26 Februari 2000). Utusan
Malaysia.
Mai, K. P. (13 Jun
2003). Terowong ditemui dekat Kellie's Castle, Bernama.
Monster could be a real
money-spinner. (13 March 2006). New
Straits Times, p. 10.
Pokok menyerupai beruang
tarikan baru Kellie's Castle. (22 Januari 2008). Utusan Malaysia.
Raihanah Abdullah. (4
Mei 1997). Kellie's Castle, Berita Harian.
Rosdalilah Zahari. (26
November 2008). Roh berlegar di Istana Kellie, Harian Metro, p. 10.
Rosdalilah Zahari. (17
September 2008). Taj Mahal Malaysia seteguh cinta sang suami, Berita Harian, p. 8.
San An Ren. (11 April
2001). Secret behind Kellie's Castle, New
Straits Times.
Shariff Kamarul Baharin (Writer).
Kellie's Castle. In A. Campbell (Producer). akses di
http://www.youtube.com/watch?v=a3dLSQxsE6Y
Silva, R. D., Kaur, M.,
Sabayanagam, N., & Ishak, N. (8 October 2006). Are they real or in the
mind?, New Sunday Times, p. 7.
Siti Kharteeny
Shuraddin. (28 Jun 2012). Spectacular Mansion, New Straits Times, p. 12.
Wendy Khadijah Moore. (2007). Malaysia : A Pictorial History 1400 - 2004. Kuala Lumpur: Archipelago Press.
Zulkarnain Zakaria. (15
Oktober 2000). Melayan imaginasi di Kellie's Castle, Utusan Malaysia.