Khamis, 21 November 2013

Arwah Abah

Kisah Misteri Pelawat Arwah Abah

As’salamualaikum.. Terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan cerita saya ni.. Tak perlulah kreditkan kisah misteri ini dengan nama penuh saya. Memadai dengan menggunakan nama KUNTUM..
Saya dianugerahkan Allah untuk merasai kehadiran entity yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sekali-sekala dapat melihat mereka.. Selalunya saya sendiri tidak sedar itu adalah mereka sehinggalah bila dikaji semula siapakah mereka yang saya nampak.. Mungkin sebab mudah sangat nampak agaknya..

Kelebihan ini semakin menjadi-jadi semenjak saya berkahwin.. Paling kerap setiap kali mengandung.. Selalu juga mengadu pada arwah abah.. Namun sebagai seorg ayah yang bijaksana dia hanya menenangkan saya dengan mengatakan jika sesuatu perkara itu sering difikirkan maka itu la yang akan kita nampak.. Maknanya macam mainan perasaan la.. Tak cukup dengan itu arwah abah berpesan supaya membaca ayat² yang boleh dijadikan pendinding diri daripada syaitan dan spesis² nya..
Arwah abah adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Allah dan dia banyak menurunkan pengetahuan² agamanya kepada saya.. Arwah juga merupakan rujukan bagi kenalan-kenalannya berkaitan hal² agama.. Cerita ini adalah yang paling menghantui diri saya shingga saat saya menaip sekarang ni.. Awal tahun 2011 keluarga kami diuji Allah dengan pemergian Arwah…
Seminggu arwah ditahan di CCU kerana Lung Infection.. Doktor mencadangkan supaya kerongkong arwah ditebuk kerana sukar untuk mengeluarkan bendalir yang berada didalam paru-parunya.. Tetapi ahli keluarga mengambil keputusan untuk tidak membenarkan procedure itu kerana arwah selalu berpesan tidak mahu diperlakukan sebegitu..
2 hari arwah abah terlantar dirumah tanpa salur makanan dan juga bantuan oksigen. Sayu hati memandang namun hati tetap berdoa sapaya dia disembuhkan Allah. Pada pagi hari pemergiannya, saya duduk di hujung kaki sambil membaca surah Yassin manakala mak duduk di satu sudut rumah dengan pandangan sayu terhadap lelaki yang dicintainya.. Sedang saya membaca surah Yassin, datang la sahabat arwah melawat dia duduk dibahagian kepala sebelah kanan arwah, pakcik Akob namanya.. Di saat saya menghabiskan bacaan Yassin saya, datang lagi 3 orang sahabat arwah abah..
Saya tak pernah tengok sahabat abah yang ini.. Mereka bersalaman dan mencium tangan abah.. Tapi tiada sorang pun yang mengambil Yassin dan membacakannya untuk arwah abah.. Cuma salah seorang daripada mereka merapati arwah abah dan berbisik.. Saya lihat abah seolah² menganggukkan kepalanya.. Mereka bertiga berpakaian segak putih bersih.. Sesudah itu lelaki yang berbisik ditelinga abah bersalaman lagi diikuti dengan kawan²nya lalu meninggalkan rumah kami dan saya dalam termanggu²… Dalam kepala saya kenapa la diorang ni tak bacakan Yassin untuk abah..??
Dengan perasaan tak berapa nak puashati saya pergi kat mak “mak.. Siapa dia tadi tu datang bersalam dengan abah siap cium² tangan tak pernah nampak pun” mungkin dalam keadaan sugul mak pun jawab… ”Alahh kak, abah awk tu bukan awak tak tau.. Anak² murid dia la agaknya”. Saya pun melupakan hal itu dan menuju ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari dengan adik beradik yg lain..
Petang tu selepas Asar arwah semakin nazak dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas maghrib.. Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan mereka² yang beriman…Amin… Selepas pengebumian dan selesai tahlil selama 3 hari saya seolah² terpanggil² untuk mengingati tentang 3 orang lelaki yang datang melawat arwah abah.. Ringan pulak mulut saya bercerita dengan kakak saya sebab saya rasa peristiwa tu macam khayalan je.. Tahu apa kakak saya kata “kak..kak Wa ada masa tu tengah baca Yassin kat kepala abah sebelah kiri.. Memang tak ada sape² yang datang”..
“Tapi kak Wa ada dengar awak bercakap dengan mak dan memang jelas kak Wa dengar mak jawab soalan awka tu.. Pape pun memang kompom tak ada sapa datang melawat abah melainkan pakcik Akob..” Fuhh berderau-derau darah masa tu… Siapakah mereka akan menjadi persoalan sampai bila².. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Maaf la ini bukan cerita hantu mahupn cerita seram.. Kisah misteri barangkali… -Kuntum-

Kisah Misteri Pelawat Arwah Abah

Terima kasih KUNTUM kerana sudi berkongsi kisah misteri ini dengan kami semua. Semoga roh arwah berada dikalangan golongan yang beriman. Al-Fatihah.. Mungkin di sebalik peristiwa yang KUNTUM alami mempunyai hikmahnya. Dalam sedar atau tidak sahaja KUNTUM menyedarinya. Serahkanlah semuanya kepada Allah untuk menentukannya. Sekian, terima kasih.


Sumber

1 ulasan:

  1. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    BalasPadam