Rabu, 30 Disember 2015

Cerita Hantu - ‘Benda’ tu hisap kaki mak


 

Mak,mak, ‘benda’ tu hisap kaki mak
 
Dunia Seram - Keinginan bersukaria dan menyambung pelajaran adalah impian seorang remaja perempuan ini tetapi nasibnya tidak begitu baik berbanding dengan orang lain.Dia anak kedua daripada 4 beradik.Abang Sulongnya meninggal dunia akibat kemalangan semasa umurnya belasan tahun.Jadi sepatutnya dialah menjadi tempat bergantung harap ibu bapa dan adik beradiknya namun harapan itu masih tinggal harapan; masih belum menjadi kenyataan.

Kesihatan Munirah sering terganggu, kerap dia sakit dan hospital itu sudah jadi sebahgian dari rumahnya.Pandangannya menjadi kabur kekadang berbayang-bayang dan sering jatuh dari tangga.Dia secara rutin dibawa oleh ibunya berulang alik untuk mengambil ubat dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital tetapi penyakitnya tidak nampak berkurang.Doktor pun sudah tak tahu nak bagi ubat jenis apa lagi kerana penyakitnya adalah penyakit misteri.Hanya ubat penenang menjadi makanannya.

Munirah boleh nampak hantu,boleh nampak jin,malah boleh nampak hantu yang mengigit dan menghisap darah ibunya.Dia juga boleh nampak toyol yang datang mencuri duit dirumahnya namun tidak berdaya untuk berbuat apa-apa hanya sekadar memberitahu ibunya saja.

Oleh kerana ia berlarutan begitu lama , ibu bapanya mengambil keputusan berpindah  ke rumah lain.Walaupun sudah berada di rumah yang baru , ‘benda’ yang sama masih ada, masih datang menghisap darah. Ibunya telah berjumpa dengan bomoh dan pawang malah ada diantara mereka berkata bahawa boleh melihat berbagai perkara ghaib itu suatu anugerah.Samada ibu bapanya percaya kepada dakwaan itu tidak dipastikan tetapi mengikut percakapan ibunya seolah-olah mempersetujui dengan apa yang dikatakan.

Kini umur Munirah sudah lewat usia 20’an tetapi dia tidak dapat menyambung belajar lagi kerana masaalah yang dihadapi.Lebih menyedihkan lagi , kedua ibu bapanya lebih percayakan kepada bomoh dah pawang dari berubat secara rawatan Islam. Mereka tidak menunjukkan kesungguhan apabila disarankan untuk menggunakan kaedah menepati hukum.

Jikalau mereka terus berjumpa dengan bomoh dan pawang , keadaan Munirah tidak mungkin akan sembuh.Jika ada kesembuhan pun  ianya hanyalah bersifat sementara sahaja.Ibarat basuh berak dengan air kencing , penyakit akibat dari tindakan hantu dan jin diubati pula dengan hantu dan jin.Maka masaalah tidak akan selesai malah berpanjangan dan berlarutan. Apa yang dirisaukan adalah Munirah sendiri,ibunya atau mungkin adik perempuannya terus di’gomoli’ oleh makhluk laknat itu. Hampir keseluruhan badan ibunya penoh dengan kesan lebam-lebam. Adakah mereka merelakan keadaan ini berlaku berterusan?

Kisah Seram - Di-Follow Hantu


Dunia Seram - Menjadi Mahasiswa Baru memang tidak gampang. Berkali-kali harus pulang malam dan mengerjakan tugas-tugas yang diberikan oleh senior kepada juniornya. Saya tahu bahwa tugas-tugas itu berguna juga untuk kuliah saya ke depannya. Hanya saja kami belum terbiasa dengan suasana kampus di malam hari, maklum belum genap satu semester.
Waktu itu pukul 7 malam lewat. Mahasiswa Baru di jurusan Administrasi Niaga FISIP sedang sibuk-sibuknya mengerjakan buku angakatan di belakang gedung M FISIP UI. Kejadian di tahun 2008 itu mungkin akan teringat selamanya di-ingatanku.
Gedung M terletak di di sebelah gedung pasca sarjana FISIP, biasanya gedung ini sering dipakai untuk kuliah mahasiswa yang mengambil program ekstensi dari program D3 untuk mendapatkan gelar S1. Gedung M yang biasanya ramai pada jam malam, kini sepi karena sedang tidak ada kuliah ekstensi di gedung M.
Saat itu kedua temanku sedang asik berjalan sambil mengobrol melewati samping gedung M. Pukul 7 lewat hampir seluruh ruangan kelas di Gedung M sudah digelapkan oleh penjaga gedung jika tidak ada kelas Ekstensi. Tiba-tiba ketika mereka melihat ke salah satu ruangan gelap yang da di lantai atas. Mereka melihat ada sesosok bayangan hitam makhluk seperti manusia tua.
Sialnya, bayangan hitam tersebut keluar dari jendela dan terbang menuju ke arah kedua teman saya hingga mengejarnya. Mereka berdua lari menuju keramaian karena ketakutan. Untungnya ketika mereka bertemu saya dan teman-teman mahasiswa baru lainnya, bayangan itu sudah pergi.
Mereka berdua menceritakan apa yang terjadi ketika bertemu, dan aku menyepelekan apa yang mereka rasakan barusan. Setelah beberapa saat, hujan turun. Namun, ternyata setelah kejadian di gedung M tadi, makhluk tersebut masih mengganggu kami
Setelah tugas kami selesai, saya hendak pulang menuju kost-an di Kutek. Sayangnya karena hujan, saya terpaksa menumpang mobil teman saya beserta kedua teman saya yang baru saja menceritakan pengalamannya barusan. Kami berdua berangkat dari parkiran FISIP menuju Kutek. Saya memang beruntung, ketika saya sudah sampai di Kutek dan turun, semuanya damai dan tidak terjadi apa-apa, hanya sedikit kebasahan akibat hujan. Kedua temanku yang mengantar mengambil arah balik melewati kampus FISIP lagi.
Saat mereka melewati danau di sebelah Fakultas Ekonomi, tiba-tiba dari sebelah kiri mobil mereka terdapat sesosok perempuan berbaju merah bersinar. Matanya tertutup rambut panjang dan berjalan ke arah mobil cepat sekali. Mereka berdua panik dan menginjak gas lebih dalam, hingga ketika mereka melewati FISIP teman saya yang mengemudi melihat ke spion tengah.
Perempuan berbaju merah itu duduk di kursi belakang mobil mereka.
Mereka berdua sangat ketakutan pada saat itu, siapa sangka dari pertemuan mereka di gedung M dengan makhluk yang tidak jelas berbuntut hingga ke dalam mobil. Hingga mereka keluar dari gerbang utama UI, teman saya yang mengemudikan mobil melihat kembali ke spion belakang dan makhluk itu sudah pergi dari mobil mereka.
by ManusiaBalon

Credit:Sumber

Ucapan Tahun Baru 2016



Tahun 2015 bakal meninggalkan kita.
Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui.
Coretan demi coretan telah memenuhi catatan masa,
kadang tak bererti, kadang tanpa haluan,
atau hanya sedikit yang bermakna.
Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna,
setiap lembaran bermanfaat dan menjanjikan seribu harapan.
Semoga kita lebih berjaya dan bahagia.
Selamat Tahun Baru 2016.

Dari Kami Dunia Seram

Selasa, 1 Disember 2015

Cerita Hantu - DISAMPUK PONTIANAK


  Image result for DIGANGGU DI GUNUNG PULAI



Dunia Seram - Kisah ini terjadi dirumah nenekku masa itu aku umur 12 tahun darjah 6. kebetulan cuti sekolah jd sepupu2 pun balik kmpung bersama keluarga mereka masing2.aku masih lagi tnggal dngan nenekku.keluarga ku menetap di KL aku pula tnggl di sabah. ini adalah pengalaman benar ku dan nak jadikan
cerita..

Masa tu makcik aku yg bongsu dirasuk hantu disebuah pohon dibelakang kebun.sebelum kejadian..nenek ada menyuruh maksu ngan makngah p cari sayur di kebun.maksu menyangka makngah telah pergi dulu meningglknnya walhal makngah tengah bersiap dlm bilik.maksu pergi sorang2 masa tu da hampir senja.pulang dirumah maksu diam dn lansung pergi ke biliknya.nenek yg sedar perubahan sikap maksu tu menyuruh makngah bgtau datuk dn pkcik2 ku berjaga.jelas dimata maksu agak merah galak serta raub wajah seakan pucat. .nenek aku ni orangnya pandai mengubat juga dikenali sebagai bidan kampung serta pengamal perubatan tradisional.jd tidak hairan lah jika nenek aku ni banyak pengalamn serta kisah2 'menarik' sepnjang dia ' berkerier' dlm bidng brkenaan. mak su meracau2 tidak keruan sewktu di ubati oleh nenek juga dibantu datuk serta 2 org lg pakcik ku..aku melihat mak su ketawa mengilai2 seperti bukan dirinya nenek dengan tangkas membaca berapa ayat suci seraya berkata, "hai,mahluk terkutuk!keluar lah dikau dari tubuh anak ku jika tidak mahu dibinasakan!"mak su yg sedari tadi ketawa mengilai2 merenung tajam ke arah nenek.maksu meronta2 dengan kuat pakcik2 ku yg masa tu memegang tangan maksu terlepas dan lantas maksu cuba lari nmun sempat ditahan oleh datuk.makngah yg ada sekali menutup pintu bilik utk mengelakkn maksu yg kerasukkan terlepas lari.aku yg menyaksikan dari luar bilik merasa takut mengajak sepupu2 ku yg lain yg turut melihat kesurupan itu utk beredar pergi ke ruang tamu.adalh dlm sejam lbh kmi duduk diruang tamu tu.bermcm benda yg kmi dpt dngar.
seusai merawat mak su yg tersampuk nenek keluar pergi ke ruang tamu.nenek ckp maksu da pulih cuma dia dlm keadaan letih.datuk dn makngah jga.nenek ckp maksu tersampuk masa pergi cari sayur di belakang kebun dia ada jua ambil buah mangga luruh dibawah pokok dimana diatasnya tempat seekor puntianak bertenggek.nenek ckp,puntianak tu suka dengan maksu..tu yg dia ikut maksu balik rumah.aku tanya dengan nenek mcm mna nenek halau puntianak tu..nenek ckp dengan membaca berapa ayat suci Al-Quran serta picit di ibu jari kaki.dan kalau nak senang..ancam dengan menyebut namanya. kami yg musykil Tanya balik.nek,mcm mna pula puntianak ni ada nama?
nenek senyum dn ckp klau dulu dia pernah diberitahu ada kejadian masa dulu dia dengar dari mulut ke mulut dikampungnya masa tu nenek muda lg sebelum berkhwin bersama datuk.iaitu 2 beradik hilang di pulau penunggu.(nantilah sya ceritakan kisah ni.) nenek dapat tahu nama puntianak daripda kisah ini. nenek ckp setiap benda mesti ada namanya..seperti mana puntianak itu jelmaan daripda iblis syaitan.syaitan itu ada nma2nya bgtu juga jelmaannya sbgai puntianak.nenek ckp,masa picit ibu jari kaki maksu suara maksu berubah2 seperti nada haiwan diselang seli ketawa mengilai dn menangis.sungguh mengerikan sesiapa yg mendengar!ini benar sbb dari td kami duduk sblum nenek tiba kami mmg terdengar bunyi menyeramkan.kmi mmg sedia maklum itu mmg dtg dari bilik maksu namun suara maksu jauh berbeza. .meremangkan bulu roma kala itu.nenek lanjut lagi,puntianak tu berkeras enggan keluar dari tubuh maksu..ia berbicara mahu mengunakan tubuh maksu utk mendapatkn darah dan daging kmbing.jika tidk ia akan menggngu lagi.lalu nenek membantah bahawa perbuatan itu syirik tidk sekali akan akan melakukn hajat sedemikian.maka nenek mgunakan ayat2 suci yg ampuh serta menyebut namanya..
"AKU TAHU NAMA MU SIAPA DAN ASAL USUL MU DIMANA..DENGAN NAMA ALLAH MAHA KUASA SERTA IZINAN-NYA TERBAKAR LAH ENGKAU DIDALAM KHALIMAH2 SUCI NI.'CINDAI'..!!"
baru berapa potong ayat suci dibacakan tubuh maksu terketar2 dn menutup telinga.bilang nenek lg sejurus nama tu disebut atap zink rumah seperti ada 'benda' jatuh!dan kedengaran juga cakaran ditepi dinding bilik maksu.nenek lanjutkan bacaan dengan laungan kuat tidak lama pokok dibelakang jendela maksu seakan digocang2..rupanya puntianak tu dah keluar..suara puntianak mengilai terbang semakin menjauh.. keesokkan paginya..maksu pun pulih sepenuhnya.apa yg maksu ingat dia hanya memugut buah mangga yg jatuh dan masa tu banyak sngat buah bagus2.. tiba2 dia tak ingat dah.datuk dn pakcik2 ku pergi tebang pokok mangga lama dibelakang kebun tu.takut akan menjadi tempat tinggl mahluk berkenaan.2 hari kemudian nenek buat kenduri tolak bala...

TQ to Puteri hatiku
Credit:Sumber

Kisah Misteri - DIGANGGU DI GUNUNG PULAI

Image result for DIGANGGU DI GUNUNG PULAI


Dunia Seram - Hari pertama hanya sekolah kami sahaja yang baru mendirikan tapak. Hari pertama berlalu dengan aman.

Hari Kedua, datang pula pelajar dari U*M mendirikan khemah di kawasan kami.. mereka datang dengan kekecohan! Riuh rendah dibuatnya! Diaorang mandi di sungai tak kira waktu.. time azan berkumandang pun hentam je mandi-manda! Bila hari dah petang kami semua bersedia untuk menunaikan solat maghrib di surau. Mereka still bermandi manda di sungai sehingga azan maghrib pun diaorang tak hiraukan. Masa nak solat telekung tak cukup so aku sorang-sorang tunggu giliran nak solat. Tiba-tiba aku dengar suara seperti suara ungka (monyet) ukkkk..ukkkk..ukkk panjang dan lama, aku biarkan sahaja aku hanya fikir yang tu bunyi binatang. Lepas diaorang selesai solat aku pun tanya ngan kawan-kawan yang lain “korang ade dengar tak bunyi ungka?? Kuat betul bunyinya” dorang gelak kan aku pula katanya “mana ada! Kitaorang tak dengar apa-apa pun” dalam hati aku mustahil mereka tak dengar apa-apa! bunyi tu bukan perlahan, tapi kuat sangat dan lama! Semasa kami pulang ke khemah kami tengok mereka masih lagi berendam kat sungai walaupun hari dah gelap!
Setelah kami sampai di tapak perkhemahan kami bersiap sedia untuk sediakan makanan, kali ni tugas kumpulan aku untuk sediakan makanan. Azrin ditugaskan masak nasi, kami yang lain memasak lauk. Azrin kemudian ke pinggir sungai untuk membasuh beras, semasa dia membasuh beras dia terjumpa dengan Kak Ain, Azrin pun tegur “hai kak basuh pinggan sorang-sorang ke? Takde orang teman?” Kak Ain Cuma mengangkat muka dah tersenyum lebar, senyuman nya lebar dari yang biasa.. Azrin pun menyudahkan tugasnya dengan segera.
Setibanya diatas Azrin kelihatan pucat! Selepas ternampak kak Ain.. Azrin terus mendapatkan Kak Ain “eh bukan akak ke yang kat bawah tadi ngah basuh pinggan?” Kak Ain pun jawab “mana ada dari tadi akak kat sini” Azrin pun terus terdiam tanpa sebarang kata lagi.
Nampaknya apa yang Azrin Nampak tadi bukanlah Kak Ain tapi lembaga yang menyerupai Kak Ain, patutla dia tak menjawab soalan Azrin dan Hanya tersenyum sahaja!

Kisah Seram - Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki




Dunia Seram - SELAIN cabaran bentuk muka bumi yang mencabar, golongan pendaki juga berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan misteri.
TERSEREMPAK bigfoot, pontianak bertenggek di atas batu, mendaki bertemankan 'pelanduk dua serupa', laluan mendaki dihalang tembok dan suara perempuan mengilai pada tengah malam.
Itu antara pengalaman yang pernah dikongsikan rakan-rakan sehobi sewaktu penulis masih aktif dalam aktiviti mendaki dan meneroka hutan beberapa tahun lalu.
Walaupun kedengaran seperti terlalu tipikal dan tidak masuk akal, kebenaran cerita itu tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana dialami sendiri oleh rakan-rakan terdekat.
Malah satu daripada kejadian tersebut berlaku semasa aktiviti perkhemahan yang disertai sendiri oleh penulis di Hutan Lipur Berkelah di Maran, Pahang.
Dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu itu, rakan sependakian yang sedang tidur di khemah berhampiran air terjun dikejutkan dengan lembaga seperti bigfoot di depan pintu khemahnya.
Kehadiran makhluk berbulu itu disedari beliau selepas terdengar bunyi degusan seperti binatang buas dan ranting kayu dipijak.
"Kami tidur bertiga dalam satu khemah. Dalam samar-samar, saya nampak seperti ada orang mencangkung di hujung kaki (di depan khemah).
"Badannya berbulu hitam dan mukanya memandang tepat ke arah saya. Bila saya toleh ke sebelah untuk kejutkan kawan, ia terus hilang,'' ujar beliau pada keesokan hari sebelum kami meninggalkan tapak perkhemahan.
Pengalaman bertemu dengan makhluk yang hampir sama turut dilalui oleh tiga lagi rakan pendaki semasa perjalanan turun dari puncak Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor, kira-kira 15 tahun lalu.
Dalam kejadian itu, makhluk yang mempunyai ketinggian manusia dewasa itu dikatakan muncul kira-kira 50 meter di depan mereka.
"Ketika itu hujan renyai-renyai, kami berjalan perlahan kerana jalan mendaki licin.
"Tiba-tiba makhluk berbulu hitam melintas di depan kami.
"Tak nampak macam Siamang kerana saiznya tinggi dan berjalan tegap seperti manusia,'' ujar salah seorang daripada mereka.
Walaupun jarang berlaku, pertembungan manusia dengan bigfoot bukan sesuatu yang baharu di negara ini.
Kisah penemuan kesan tapak kaki bersaiz luar biasa pernah beberapa kali dilaporkan di hutan negeri Johor dan Pahang.
Bahkan kewujudan orang mawas itu turut dipercayai oleh masyarakat Orang Asli yang menggelarkannya Ta'woi atau Bojos.
Selain bigfoot, kejadian misteri dan seram di hutan tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah gangguan makhluk halus yang menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Antara kejadian yang kerap dialami golongan pendaki adalah terdengar suara perempuan menangis, suara manusia berbual, kelibat manusia berjubah dan kerlipan lampu seolah-olah melihat sebuah perkampungan di tengah-tengah hutan.
Bagi yang kurang bernasib baik, makhluk halus kadangkala datang berdampingan dalam jelmaan 'pelanduk dua serupa'.
Kejadian pendaki bertemu rakan sependakian sedangkan individu sebenar berada di suatu tempat lain boleh dikatakan antara yang kerap berlaku.
Dalam kejadian di Gunung Irau, Pahang kira-kira 15 tahun lalu, rakan-rakan penulis pernah berdepan dengan situasi misteri apabila laluan pendakian mereka dihalang tembok batu yang sebenarnya tidak wujud di situ.
Menurut ketua ekspedisi, kejadian paranormal itu adalah bentuk amaran oleh makhluk bunian yang mendiami kawasan berkenaan supaya manusia tidak berjalan pada waktu Maghrib.
"Laluan denai hutan yang diselaputi lumut di situ tiba-tiba disekat oleh tembok yang entah dari mana datangnya.
"Sudah banyak kali saya naik ke Irau tapi tak pernah jumpa tembok di situ.
"Selepas berpatah ke belakang dan solat Maghrib, tembok itu hilang dan laluan ke puncak Irau 'dibuka' semula,'' tambah beliau.
Jelasnya, waktu pertukaran antara siang dan malam adalah masa 'paling aktif' bagi jin dan syaitan. Justeru katanya, pendaki dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan pada waktu itu.
"Kalau jin Islam mungkin dia mahu kita berhenti sembahyang dahulu. Kalau kena yang kafir, mungkin kita dirasuknya,'' ujarnya.
Kisah-kisah pendaki dicuit dan ditepuk ketika sedang mendaki merupakan sebahagian daripada kejadian yang biasa berlaku.
Bukan itu sahaja, gangguan makhluk halus juga datang dalam 'gurauan' yang lebih agresif.
Penulis sendiri pernah melihat penderitaan rakan yang meneguk minyak petrol selepas meracau dipercayai akibat gangguan makhluk halus semasa di kampus.
Gangguan selama beberapa hari itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang membawa turun seketul batu dari Gunung Tahan.
Hakikatnya, kejadian-kejadian yang diceritakan di sini hanya mewakili sebahagian kisah-kisah yang dilalui oleh golongan pendaki dan peneroka hutan di negara itu.
Walaupun kebenarannya sukar untuk dijelaskan dengan bukti, hakikat kewujudan alam ghaib dan 'penghuninya' sudah menjadi kepercayaan masyarakat kita sejak sekian lama.
Kongsi Konten di :