Sabtu, 3 Januari 2015

Ulasan Filem - Cerita Hantu Malaysia



Sudah selesai sidang media dan preview filem Cerita Hantu Malaysia (omnibus 3 cerita dalam sebuah filem menampilkan ‘Penjaga Sekolah’, ‘Bas Sewa’ dan ‘Jalan Mati’) arahan Pierre Andre di Cathay Cineleisure, eCurve. Antara filem genre seram yang baik bagi menutup kalendar filem 2014. Rata-rata memberi pujian pada lakonan Kamarul ‘Gagak Hitam’ Yusoff yang memberangsangkan sebagai pak guard yang diganggu hantu. Permainan emosi dan comic timingnya yang tepat biarpun ia bukan filem bergenre komedi. Slot ‘Bas Sewa’ lakonan Kamal Adli juga mengesankan sementara slot ‘Jalan Mati’ lebih berpotensi jika ia dipanjangkan sebagai sebuah filem full length biarpun premisnya sudah biasa dilihat. Kredit juga patut diberi pada skor dan kesan bunyinya yang benar-benar memberi kesan kesurupan filem seram yang jarang saya dapat dengar pada sebuah produksi tempatan. Cerita Hantu Malaysia bakal menjengah pawagam 25 Disember ini edaran RAM Entertainment.
7ceritahantumalaysia02
Plot: Filem ini terdiri daripada tiga cerita yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ia bermula di sebuah sekolah lama di mana seorang pengawal keselamatan bernama Aki mengalami beberapa perkara menyeramkan ketika bekerja. Pihak sekolah kemudian meminta seorang guru agama untuk mengusir mahkluk-mahluk halus dari sekolah tersebut. Dalam cerita kedua, guru tersebut dan penolongnya, Saad, sedang dalam perjalanan kembali dari sekolah itu apabila mereka terlibat dalam kemalangan. Guru itu meninggal serta merta setelah diserang sakit jantung. Saad pula meninggal apabila dilanggar oleh sebuah kereta. Dalam cerita ketiga, Jo, Mansur dan Akim mencari rakan mereka, Rose, yang dirasuk dan telah menghilangkan diri. Mereka mengalami pelbagai peristiwa seram sehingga mereka menjumpai Saad dan guru agama yang terlantar tanpa nyawa di tepi jalan.
20141224075348
Klasifikasi: P13
Tarikh tayang: 25 Disember 2014
Genre: Seram
Arahan: Pierre Andre
Lakonan: Kamal Adli, Leez Rosli, Kamarul Hj. Yusoff, Wan Ellyas, Mikail Andre, Adam Shah, Rahim Omar

Sumber

1 ulasan: