Isnin, 23 Jun 2014

Kisah Seram - Rumah



 

Dunia Seram - Arwah pakcik kita dulu keje Jabatan Pertanian kot, bila ada tanah rancangan yg dibukak, dia selalu pergi supervise kat sana lar. Keje dia ni telah membawa dia ke merata2 pelusuk Malaysia lar. And finally, dia decided to settle down kat Perak. Masa tu dia in charge of projek ladang teh. Kalo org perak mesti tau dulu ada satu projek ladang teh, kira projek pioneer lar.

Keje macam dia nie telah memberi peluang berkenalan dgn org kampung. So, masa kat Perak, dia sempat ler berkenalan dgn arkab org kat satu kg nie. And pulak org kg masa tu nak jual tanah mereka, sebab nk biaya anak mereka belajar overseas. Harga yg ditawarkan memang berbaloi lar, and masa tu org tak sangka kat kawasan sinun tu akan membangun dan ada access ke highway. So, pakcik aku pun beli tanah org kg nie dan buat rumah dan ladang dia kat situ.

Masa kitaorg membesar, aku dan cousin2 aku semua ok aje kat rumah tu. Tak de masalah. Tapi masalah mula timbul bila kitaorg semua dah mula belajar kat universiti. Rumah tu selalu kosong, yelah cousin2 aku semua belajar ke luar, yg tinggal anak bongsu yg masih sekolah menengah dan arwah pakcik dan makcik aku. Masa tu kejadian2 pelik mula berlaku.

Yg aku dpt tau, lama gak mereka keluar dari situ dan tak duduk rumah tu. Arwah pakcik aku mula sakit. Dia rasa seolah2 tapak kaki dia dicucuk2 dgn jarum yg byk tiap kali melangkah masuk kawasan rumah dia tu. So, arwah makcik aku pun bawak lar dia jumpa doktor, tak de apa2 masalah urat bagai. So, ditakdirkan diaorg tergerak hati nk pg buat umrah, bila balik umrah baru ler ada kurang dan tak sakit lagi. Sepupu aku yg bongsu tu pg tumpang kat umah kawan dia selama arwah bapak dia sakit.

Rupa2nya pada masa yg sama arwah makcik aku ikhtiar pg jumpa ustaz dan buat solat hajat. And kesannya, org yg dok mengirim benda2 tu adalah org yg makan gaji jaga ladang pakcik aku tu. Dia meninggal accident motor, kepala terputus. Masa famili si mati kemas bilik si mati nie, diaorg terkejut, diaorg jumpa byk barang2 pemujaan yg entah hapa2 kat dlm bilik tu, termasuk lah satu tengkorak manusia yg tak tau dpt dari mana.

Tak lama lepas tu, arwah makcik aku meninggal, heart attack. Arwah pakcik aku memang ler sedih giler. So, depa dua beranak aje lar tinggal kat umah besar. Aku ada ler pergi ziarah mereka masa tu. And kejadian nie berlaku betul2 kat aku. Tgh aku golek2 kat bilik anak dia yg kat atas, tiba2 pintu bilik diketuk, kuat gak, 2 kali. Aku pun siap ckp, masuk ler, pintu tak kunci. Masa tu mak aku ada dgn aku, tgh relaks2....tunggu punya tunggu, tak de siapa pn yg masuk. Aku pn segera bukak pintu, tak ada sesiapa. Semua bilik kat atas tu aku check, memang tak ada org lain selain aku dan mak aku. Kitaorg pn apa lagi, segera turun ke bawah ler. Masa kat bawah pun kena kacau, aku tgh duduk2 kat hall, tiba2 langsir kat sliding door tu mula mcm bergerak2, seolah2 ada angin sepoi2 bahasa, then grill sliding door tu pun seolah2 ditolak org, terbuka dan tertutup. Menggeletar aku....

Tak lama selepas arwah makcik aku meninggal, dlm masa lebih kurang 2 thn, pakcik aku pulak meninggal. Lepas dia meninggal tu, rumah tu memang tak ada sesiapa duduk. Anak2 dia dtg sebulan sekali kemas dan tgk2 rumah. Tapi aku mimpi pasal umah tu. Dlm kedua2 mimpi aku tu, arwah pakcik aku mcm nk bgtau aku sesuatu. Mimpi yg pertama, ada kenduri kat rumah dia tu. Mmg ramai org, then ada arwah pakcik aku...dia mcm senyum aje. Dia kemudian mula tunjukkan kat aku area bawah tangga dlm rumah dia. Aku pn segera tgk kt arah yg dia tunjuk...tiba2 ada satu busut anai2 yg besar sgt kat area tu. Aku pn pelik, takkan busut boleh tiba2 muncul dlm rumah. Then, pakcik aku mcm nk ckp sesuatu, aku tk faham. Aku terpandang luar rumah, aku nampak seolah2 ada byg2 hitam yg besar nk try masuk ke dlm rumah. Suasana kat luar rumah dah mcm ribut, aku panik lalu terjaga.

Mimpi yg kedua pulak, aku berjalan dgn arwah pakcik aku kat kawasan ladang dia. Dia kemudian tunjukkan kat aku kat perdu satu pokok rambutan. Pokok tu memang dah ada sejak dia beli tanah tu. Aku pn mcm biasa, tgk ler arah yg ditunjuk. Kat perdu pokok tu aku lihat ada mcm kuil/bahan pemujaan hindu kat situ. (in real life, mmg tak ada benda2 tu). Gerun aku menengok. Then aku terjaga.

Aku citer kan kedua2 kejadian nie pada cousin aku. Dia tanya lar ada lg ke area lain yg ditunjukkan, aku kata tak de. Rupa2nye, mengikut citer cousin aku, tanah tu dulu org2 kg dok buat semahan, ancak bagai and tempat lepaskan benda2 nie. Area dia mmg betul2 kat bawah tangga dlm rumah tu. Diaorg dah cuba beberapa kali nk buang, tak berjaya. Yg kat perdu pokok rambutan tu, mmg ada, ada lar org yg tak berapa suka dgn keluarga arwah pakcik aku sebab bg diaorg, mcm mana org luar blh beli tanah kat kawasan mereka.

Sekarang, rumah tu dah reput ditelan waktu, dah roboh. Sayang betul mengenangkan ladang pakcik aku tu, pokok buah semua menjadik, tapi tak de siapa yg nak pg kutip hasilnya. Terbiar lar tanah dan rumah tu sampai sekarang.

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam