Jumaat, 30 Mei 2014

Cerita Hantu - Tangga Asrama

 

Since aku baru lagi kat sini, ni baru first post. saja cuba-cuba dulu tengok respon guane ye. Nak share satu cerita, tapi ni cerita lama dah ni. Zaman sekolah-sekolah dulu. Ade la dalam 3-4 tahun lepas. Dulu masa sekolah aku duduk asrama. Cite ni masa aku form 5. Masa tue tgah spm yang esoknye paper Kimia. Membunuh je rase. Heeee. Memang tak minat langsung-langsung la benda alah ethene bagai ni.

Nak dijadikan cerita, smpai malam pukul 12 tue pon aku  tak khatam lagi sume chapter. Maka, aku pon merancang nak bangun awal pagi tue konon-konon nak sambung study la katenyerr. Oh ye, memandangkan time tuedah start cuti sekolah, budak form laen sume dah angkut kaen baju balik kampung halaman, tinggal bebudak form5 aje pasal berjuang dengan SPM. Jadi, semua kene pindah duduk dorm di tingkat 1. Meh nak cite sikit rekabentuk asrama tu supaya boleh bagi gambaran yang jelas sikit untuk cerita aku ni. Asrama aku ni 2 blok yang menghadap antara satu sama laen yang kalau kita berdiri di koridor salah 1 blok bleh sembang dengan orang blok depan tue haa, dan blok-blok ni dihubungkan dengan koridor di hujung kanan dan hujung kiri. Kalau tengok dari angkasa macam segi empat sama yang ade lubang tengah2. kat hujung kanan dan kiri tue ade tangga untuk ke tingkat dua dan ke tingkat bawah. Dapat bayang x guane? 

Ok, pagi tue dalam pukul 3, aku terjaga sebab rasa nak wee wee. Tapi disebabkan tak berapa nak berani pegi sensorang, maka aku jenguk kalau-kalau ade dormate aku yang dah terjaga nak ajak teman pegi tandas. Tandas kat hujung sekali, berdekatan dengan tangga belakang. Ade 4 dorm sederet, sebelah dorm keempat ade satu stor, dan sebelah stor tu lah tandas. Dorm yang aku dduk tue dorm yang no 2. Jenguk punya jenguk, ade sorang kawan aku yang dah terjaga,  Ani (bukan nama sebenar). Aku pon melompat turun dari katil (katil double-decker) dan ajak dye pegi tandas. Dye setuju je, tapi disebabkan dye pon masih mamai, agak lambat jugak dye nak bangkit dari katil dan keluar dari pintu tue haa, sedangkan aku dah terkemut-kemut tak tahan. Jadi, aku keluar la dulu, kelam-kabut sarung selipar, dan jalan laju-laju nak pegi tandas. Masa aku lalu dorm ketiga tu, aku macam nampak sesuatu tengah duduk dekat tangga tu haa. Oh, orang bergayut phone kot, aku bersangka baik je la kan. Oh ye, tangga tue tengah-tengah antara 2 blok kan, dan kalau aku nak pegi tandas aku kene melepasi tangga tue pasal tandas kat hujung sekali dan tangga tue dekat area stor. Haa, cakap balik pasal benda yang aku nampak tu. Dye macam tengah duduk atas tangga tu. Malangnya aku ni rabun ckit dan tak pakai spek masa tue, maka tak berapa jelas. Aku perlahankan langkah aku. Aku tenung je benda alah tue. Dye macam encik PO**NG, tapi bukan wane putih, kaler dye macam wane lusuh merah-merah tanah gitu. Aku dah nak dekat dengan dorm yang keempat, tetiba benda tue gerakkan badan ke kiri ke kanan, macam daun pisang kene tiup angin tue tp slow motion punya versi.Masa tu, si Ani dah jalan seiring, belah kanan aku. Lepas aku nampak benda tue gerak-gerak tue, aku berhenti, pegang tangan Ani, muka paling menghadap Ani (takmau tengok benda tu lagi) dan aku bisik kat dye.
" Nampak x?"
Dye cakap, " Tangga ke?" 
Aku balas, "Jom, masuk dorm, dah tak rasa nak wee wee lagi,"
Kitorang pusing, jalan laju-laju masuk bilik, kunci pintu bagai, sambung baring. Dan aku selubung habih muka badan sume dengan selimut. Pukul 4.30 dah ramai yang bangun, dan ramai-ramai nak pegi tandas. Aku ikot sekali. Benda tue dah takde lagi dekat tangga tue. Hangin je aku rase, sebab benda tue aku tak sempat khatamkan sume chapter subjek kimia aku, dan dalam dewan exam, nganga je aku. Hish.


Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam