Ahad, 20 April 2014

Kisah Seram - Hantu Hutan

 

Dunia Seram - Saya Hyqel. Saya ingin berkongsi pengalaman yang agak menyeramkan yang pernah saya betul-betul alami. Pada waktu itu, saya di menengah satu. Sekolah kami telah menganjurkan kem riadah untuk kami di Sentosa. Ada orang kata, Sentosa tu berhantu. Apabila berada di sana, saya berasa amat selesa dengan suasana di sana tetapi apabila suasana sudah kelihatan gelap, seram sejuk dibuatnya.

Pada malam itu, kami diberitahu bahawa kami harus memasuki hutan "Dragon Trail" pada pukul 10 malam. "Dragon Trail" itu ialah nama yang diberikan kepada hutan tersebut. KC nak tahu, apabila kami semua berada di hadapan "Dragon Trail itu", ada terletak dua naga di sebelah kiri dan kanan kami. Kami juga diberi amaran bahawa kami harus berani memasukinya, dan semestinya ada risiko. Saya berasa tidak sedap hati tapi apa yang saya boleh buat? Kalau saya tinggalkan tempat itu, mana jalannya ke kawasan perkhemahan? Jadi saya beralah dan mengikut mereka. Apabila berada di dalam "Dragon Trail" itu, kami disuruh memegang tangan rakan kami supaya kami semua tidak hilang.

Selepas 5 hingga 10 minit kami berjalan dalam kegelapan hutan itu, sedang saya mula menyuluh lampu suluh saya ke sana dan ke sini, saya ternampak dengan mata saya sendiri - Ada makhluk mukanya merah sekali, matanya seperti dikorek oleh orang dan dibalut dengan kain putih. Tidak jauh daripada saya. Cuma 3 meter saja jarak jauhnya KC!!! Dia sedang melihat ke arah belakang. Jadi saya terus berbisik kepada kawan saya "Eh, kau tengok tu. Seramlahh..." Kawan saya tidak menjawab lalu melihat ke lantai. Saya bisik kepadanya sekali lagi. Dia menjawab," Aku tak nak tengoklah. Daripada tadi seram sejuk dibuatnya... "

Saya pun diam dan terus menuju ke hadapan dengan menoleh ke belakang untuk melihat "benda" itu sekali lagi. Hairannya ia hilang entah ke mana. Saya terus menoleh ke hadapan. Saya baca apa-apa ayat suci yang saya tahu. Itulah pengalaman saya, KC. Terima Kasih.



Sumber 

 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam